Thursday, October 23, 2014

TIPS LULUS TEMUDUGA PENJAWAT AWAM

Salam ceria semua. Baru-baru ni aku pergi temuduga di Menara Kastam Johor untuk jawatan Penguasa Kastam Gred W41. Debaran semasa di temuduga Tuhan saja yang tahu. Nervous nya Allah saja yang tahu. Sebab apa nervous korang nak tahu?? Sebab aku tak prepare apa-apa pun untuk hari temuduga tersebut. Dalam bas nak balik JB baru terhegeh nak baca pasal Kastam. Memang gelabah la kan. Dalam hati sebenarnya nak surrender jek tapi aku gagahkan kaki ini melangkah ke Menara Kastam Johor sebab aku nak rasa macam mana temuduga untuk kerja dengan kerajaan. Dan aku dah rasa pun perasaan tu.

So, hari ni aku nak share sikit tips yang berguna bagi sesiapa yang tengah cari kerja untuk jadi penjawat awam ni. Tips ni aku dapat sendiri dari Tuan Penemuduga dari Kastam sendiri. Kebetulan lepas interview hujan lebat. So aku tunggu hujan reda baru gerak balik rumah. Agaknya rezeki aku hari tu, Tuan Penemuduga tu pun tengah tunggu driver dia pick up dia balik hotel. Sementara menunggu tu kami berboraklah dan aku happy sebab Tuan Penemuduga tu ingat nama aku. Cuma aku sahaja yang tak sempat nak belek nama dia. Maafkan saya Tuan.

Ok. straight to the point. korang bacalah tips yang aku nak sharekan ni. semoga ia bagi manfaat kat korang-korang semua untuk menghadapi hari temuduga untuk sandang jawatan penjawat awam. tak kisahlah jawatan apa yang korang apply tapi tips or rahsia ni untuk kebaikan bersama. 


1. Pemakaian semasa hari temuduga

  • Pakaian hendaklah formal dan bukan kasual. korang tahu bezakan kasual dan formal macam manakan.
  • Warna pakaian hendaklah cerah.. terang.. dan senangkata striking. Sebab Tuan Penemuduga  tu bagi contoh kat aku. "Kalau Emilia tengok kereta kat jalan raya tu. Kereta mana yang menarik perhatian Emilia?". Aku perhatikanlah kereta kat jalan tu ada kereta Myvi biru, Honda hitam dan Proton saga oren. So, aku jawablah oren sebab mata aku lebih tertarik pada kereta oren tu. So, kata Tuan Penemuduga tu kalau nak kami tertarik pada anda pakailah pakaian yang terang dan bukannya warna kusam dan suram macam warna hijau, hitam, kelabu dan sewaktu dengannya.






2. Fizikal

  • Kata Tuan Penemuduga, kalau nak masuk badan beruniform badan nak kena segak. Mereka tak ambil orang-orang yang sihat ni. So, betapa malunya aku time tu. Rasanya macam tak layak jek apply jawatan penguasa kastam dan yang sewaktunya. Tuan Penemuduga tu cakap before nak pergi temuduga fit kan dulu badan tu. So, dah kantoi.
  • "Emilia.. kalau rasa diri tu pendek pakailah kasut tumit tinggi. Janganlah pakai kasut leper..". Amik kau kena smash. Nak tahu satu rahsia tak?? Semasa korang masuk melalui pintu bilik temuduga, kat pintu tu ada ukuran paras ketinggian yang diambilkira untuk menjadi penjawat awam. maka ternyata aku tak melepasi paras ketinggian yang dah ditetapkan. So, aku dah kantoi kali kedua kat situ.
  • Semasa ditemuduga make sure duduk tegak dan jangan membongkok, tangan macam orang nak kawin. Penemuduga nak tengok yang korang ni prepare atau tak nak menjawab soalan yang bakal diajukan oleh mereka.
  • Jangan selalu sangat senyum. Muka kena tegas dan nampak kan yang kita serius nak di temuduga.




2. Buat research mengenai jawatan yang dipohon

  • Nak ditemuduga tak semestinya kena baca sahaja pasal jawatan yang dipohon. Bukan sekali baca dah masuk semua dalam otak. Kita kena buat research sikit pasal jawatan yang dipohon. Kena jumpa orang-orang yang berkaitan dengan jawatan tersebut untuk tahu lebih dekat lagi pasal jawatan yang dipohon tu. 
  • Selak-selaklah laman web yang berkaitan. macam aku ni kenalah intai-intai laman web kastam. memang banyak soalan yang diambil dari laman web tersebut.
  • Bacalah:- Visi, misi, fungsi, strategi, program yang dikendalikan, berapa keuntungan yang didapati dalam negara, dll.

Sekadar gambar hiasan



3. Isu-isu semasa

  • Hal-hal negara mesti kena amik tau. banyak benda ditanya. pasal kementerian, Dasar-dasar negara, Strategi negara, Dasar transformasi negara (DTP), NKRA, Bajet, GST dan isu-isu semasa yang lain.





Ni sahaja yang aku dapat share kan. Good luck bagi yang akan menghadapi hari temuduga. harap-harap tips yang sedikit ni membantu korang nanti.

See you at next post.