Saturday, December 31, 2011

TENTANG DHIA




MY KAD BERWAJAH BARU


image

Tukar MyKad baru 3 Januari
Oleh Haika Khazi

2011/12/31

Kad pengenalan baru dilengkapi perlindungan antisalinan elak pemalsuan

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. 

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.




 

“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam. 

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan. 

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan. 




“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya. 
Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari). 

JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. 

sumber: berita harian

BLOGWALKING

Blog walking.. tiba terbehenti.. terpandang SLIDE SHOW.. bila korang da buka page tu nanti tengok kat sidebar.. ade slide show.. teringat zaman muda-muda dulu.. (imbasan waktu 5tahun yang lepas)

tapi mafflah.. blognya da bersawang dah..

k la.. gud nite!!

HATI

assalamualaikum semua... apa khabar?? lama tak update blog.. tapi korang semua tak sunyi coz at least ada video klip  untuk korang aku tontonkan...

drama TENTANG DHIA sudahpun melabuhkan tirainya semalam.. tapi aku sempat tengok beberapa jam tadi.. dalam bilik keseorangan.. for surelah air mata berjurai-jurai keluar.. sedih.. lagi sedih bila dikenangkan dengan nasib aku sekarang.. ohh... mata panda aku muncul pada pagi esok.. tak apa.. dah biasa dah.. aku harap aku pun akan setabah NURKAMADHIA.. cinta yang paling agung hanya untuk-MU Ya Allah.. dan cinta terakhirku hanya untuk suamiku... biar hati ini terluka.. tapi aku kena kuat.. sekuat hati NURKAMADHIA membenarkan suaminya berkahwin lain, setabah hatinya juga apabila berhadapan dengan kanser rahim tahap ke-3... jangan kau pesongkan kepercayaanku seperti ZIKIR yang mempercayai kata-kata ibunya yang berhati busuk.. aku tetap sayangkan dia tapi takdir aku bukan dengan dia.. semoga dia bahagia.. aku redha.. REDHA ITU IKHLAS.. PASRAH ITU MENYERAH..

mungkin malam ni post aku lebih mengikut kata-kata hati yang bercampur aduk.. tak ada tempat mengadu.. dan disini lah medan aku untuk meluahkan perasaan.. dan jika ada yang terasa.. aku mintak maaf...

hati aku tak tenang bila keluar dari rumah.. hati aku tak tenang bila berada di tempat orang walhal baru 2 minggu meninggalkannya.. bila sampai.. hatiku berkata.. baik aku duduk rumah.. aku dah agak dah benda ni akan berlaku.. masing-masing nak tunjuk ego.. dia jumpa kawan boleh.. aku jumpa kawan dibiarkan rasa bersalah.. apakah itu??? sifat manusia.. tak semuanya dapat puaskan hati manusia lain.. dan tak semuanya seharusnya kita miliki.. dia ada life dia.. aku ada life aku.. ada masa boleh gelak ketawa bersama, ada masa kita simpan sahaja gelak tawa itu sendirian.. ya.. sendirian..

dulu mungkin tak dapat nak terima hakikat.. tapi sekarang mungkin dah boleh.. tanpa dia dan tanpa mereka pun aku kena teruskan hidup aku.. mencari kebahagian sendiri... ya jika ada jodoh kita akan bertemu.. kita akan bersatu.. bersama-sama ketawa...

ohh.. tiba-tiba rasa panas pipi ini.. menangiskah aku.. jangan emi.. jangan sampai orang pijak kau.. jangan sampai orang buat kau macam lembu dicucuk hidung.. ikut kata orang sana, ikut kata orang sini.. mana pendirian kau??? ya!!! mana pendirian aku?? mana keberanian aku??? mana??? kau pengecut emi.. pengecut!!!

salahkah aku meluahkan perasaan kepada sahabat sampaikan kau hilang kepercayaan kepadaku?? ya, mungkin kau tidak gemar dengan feilku yang satu ini.. dan mungkin banyak lagi yang kau tak suka.. kau yang buat keputusan itu.. aku yang menerima.. REDHA ITU JAWAPAN KU.. mungkin suatu hari nanti kita bertemu dan mungkin kau juga tidak mengenaliku lagi.. dan mungkin juga kau sudah bahagia dengan kehidupanmu pada waktu itu.. dari jauh ku berdoa semoga kau bahagia.. sahabat.. kawan.. besty.. kekasih.. mahupun cinta pertamaku..

tahun baru tak lama lagi akan muncul.. mudah-mudahan ada ruang untuk aku memperbaiki diri.. demi masa depan aku.. demi keluargaku yang tercinta.. dan demi agama, bangsa dan negara aku...

YA ALLAH.. BANTULAH AKU.. TUNJUKAN AKU JALAN YANG KAU REDHAI.. BANTULAH AKU UNTUK BERHIJRAH DEMI KEBAIKAN DIRI AKU SENDIRI.. SEMOGA ORANG-ORANG DISEKELILING AKU BAHAGIA.. DAN AKU JUGA BAHAGIA MELIHAT SENYUMAN BAHAGIA DI BIBIR MEREKA... LIMPAHKANLAH REZEKI UNTUK AKU DAN KELUARGA.. JAUHKAN KAMI DARI DIANIAYA, DIBENCI OLEH ORANG SEKELILING.. TABAHKAN HATI KAMI JIKA KAU MENURUNKAN UJIAN KEPADA KAMI.. SESUNGGUHNYA KAMI TAHU UJIAN ITU ADALAH TANDA KAU MENYANYANGI KAMI SEBAGAI HAMBAMU YANG KERDIL... KUATKAN IMAN KAMI AGAR TIDAK TERPESONG DARI AJARANMU YA ALLAH... SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA... AMIN...

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

CARA TUNTUT BAUCAR BUKU RM200 KEPADA PELAJAR IPTA/IPTS/FORM 6 @ 2012


Kepada semua pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Matrikulasi/Asasi/Tingkatan 6 Tahun 2012. berikut adalah maklumat berkaitan Baucer Buku RM200.00


 


1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar yang masih aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucer buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012 sehingga Mac 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucer berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucer yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM50 x 4keping).

4. Baucer buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucer ini adalah untuk pembelian buku–buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

6. Tuntutan bayaran balik baucer akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucer buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucer buku ini dengan wang tunai.

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS/FORM 6 @ 2012



2011/11/27

KOTA BHARU: Baucar buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Beliau berkata, mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucar dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

"Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab Rahim berkata, langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucar buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Terdahulu, dalam ucapannya Abd Rahim berkata, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.

"Ini selaras dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

"Dasar ini juga adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020," katanya. – BERNAMA

MEMORI

MAK MASA MUDA
FAMILY BARU

BERSAMA ARWAH ATOK RAHMAN

MAK & AYAH 

IBU BARU

BERSAMA ARWAH ATOK DAN MAK

AYAH MASA KECIK

4SN1 4EVER IN MY HEART


BFF MASA SEKOLAH

BFF

MR SLUMBER & MIZSLUMBER

MD.DAUD & RUZANA

RAMBUT MEGGI AKU

ME

HIM

NAK DIA KURUS MCM NIE

Thursday, December 22, 2011

MIMPI

beberapa hari selepas aku habis praktikal, aku selalu diganggu dengan mimpi yang bukan-bukan..
sebelum nak tutup mata tu ada jek benda yang aku bayangkan.. tapi berkat bacaan ayat-ayat kursi yang aku baca berulang kali,  akhirnya semua bayangan itu hilang.. lena terus aku tidur..Zzzzzz...

ayah ada beritahu aku yang dia mimpikan aku.. masa dalam mimpi tu ayah sakit.. sebabnya rindukan aku yang dah lama tak balik rumah.. mungkin aku dah dapat kerja bagus-bagus kot.. so, jarang lah balik rumah.. benda ni pun pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ini.. tapi aku jarang balik rumah disebabkan aku tak sanggup melihat bilik aku sendiri digunakan oleh orang lain.. yang sesuka hati dia bawa barang-barang dia masuk ke bilik aku dan buat bilik aku macam bilik dia sendiri.. aku tak selesa.. serius cakap.. memang aku tak suka orang  luar tiba-tiba datang masuk bilik aku tanpa izin aku.. lepas tu guna barang-barang aku sesuka hati.. baju-baju aku pun banyak hilang.. tapi tak apa.. itu mungkin rezeki dia.. aku malas nak cari gaduh.. insya'Allah.. Allah lagi maha mengetahui disebaliknya.. ok, berbalik semula pada mimpi ayah tadi.. tiba-tiba adik aku menjerit beritahu ayah yang aku dah balik.. ayah tak percaya.. yang dia nampak ada kereta mewah masuk keperkarangan rumah.. nak tahu kereta apa tak?? ayah aku cakap kereta tu Toyota Camry putih.. dan ayah terkejut.. sebabnya yang keluar dari kereta tu adalah aku, Emilia anak sulung En. Md.Daud.. dan lagi yang membuatkan ayah terperanjat.. tiba-tiba aku hulurkan duit sebanyak RM2,000 ke tangan ayah.. selalunya aku hulurkan wang dari hasil titik peluh aku sendiri tak sikit tak banyak pun RM200, tapi pada hari itu ayah terima RM2,000.. terus ayah terkejut.. dan pada hari itulah ayah hantar mesej kat aku tanya aku bila nak balik.. rasa dah lama anak ayah tak balik rumah... 

harap-harap mimpi ayah jadi kenyataan.. semoga aku jadi orang berguna yang boleh menbahagiakan keluarga aku sendiri.. kuranglah sedikit beban orang tua aku bila aku dapat kerja yang bagus-bagus... amin...

aku jugak pernah bermimpi arwah nenek.. masa tu aku keluar bersiar-siar dengan pakcik aku, Boboy dengan menaiki kereta.. tiba-tiba semasa aku lalu dihadapan rumah, aku ternampak nenek sedang membaca al-quran depan pintu utama.. balik dari bersiar-siar, tiba-tiba nenek muncul dari bilik dia dan aku terus peluk dan cium nenek.. tapi pelukan aku tak lama.. nenek tolak aku secara baik.. apa petandanya itu??? mungkin aku dah lama tak sedekahkan bacaan yassin kepada nenek, atok dan mak.. mugkin jugak itu adalah petunjuk kepada aku yang sudah lama tidak membaca ayat-ayat suci al-quran... mana tidaknya.. selama aku praktikal 6 bulan aku jarang baca al-quran.. dengan balik kerjanya tak tentu masa.. balik kerja pun dah penat.. cuma yang termampu adalah melakukan perkara yang wajib sahaja.. tapi Alhamdulillah, dengan cuti yang bersisa ini.. aku akan selalu mengisi masaku dengan membaca ayat-ayat suci al-quran.. Insya'Allah... 

korang ada mimpi yang mahu dikongsi bersama?? kalau ada tak salah kita bertukar cerita.. 

ok lah.. jumpa di lain hari.. Wassalam...