Wednesday, February 29, 2012

DUGAAN ALLAH ITU INDAH

assalamualaikum semua..

sebagai hamba Allah kita tak lepas dari menerima ujian dari Allah S.W.T.. ujian atau dugaan yang diberikan itu hanya untuk orang yang special di mata-Nya.. Dia tidak akan beri sesuatu ujian itu di luar kemampuan hambanya.. dan sebagai hambanya yang taat menurut segala suruhan-Nya.. seharusnya kita menerima dengan hati yang tenang.. cuba selesaikan sesuatu masalah itu dengan berhati-hati, slow-slow, tenang dan sifat sabar  amat-amat diperlukan.. jangan kita cepat melatah, serta cepat berputus asa.. sesungguhnya ada orang lain yang lebih hebat ujian yang diterimanya dari kita.. sepatutnya kita harus bersyukur..

kunci utama untuk selesaikan sesuatu masalah itu adalah..
  1. BERUSAHA 
  2. BERDOA
  3. BERTAWAKAL
sesungguhnya semua ujian yang datang itu dari-Nya, maka perginya sesuatu itu juga adalah dari-Nya..
banyakkan berdoa kerana itulah satu-satunya kunci kita untuk kita dekat pada  Allah S.W.T .

harus di ingatkan sekiranya masalah yang menimpa kita itu dapat diselesaikan, dan kita berjaya menjalani ujian  itu dengan penuh sabar.. ucapan syukur jangan sesekali dilepaskan dari mulut, hati dan perbuatan kita.. kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui yang tersirat dan juga yang tersurat.. 

aku berharap apa yang menimpa kami semua adalah peringatan dari-Nya untuk kami lebih dekat dengan-Nya.. Insya'Allah.. akan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua.. 


Monday, February 27, 2012

TAHNIAH ASZALIANA PAIJO!!














HAPPY BILA KITA TENGOK SAHABAT KITA GEMBIRA DIHARI BAHAGIA DIA..

Friday, February 24, 2012

RESIGN

Econsave Homepage

hai semua! apa khabar?? sihat?? lama kan tak update. busy la.. kan aku kerja.. tapi tinggal esok jek ni. lepas tu  aku resign.. surat resign pun dah siap.. tinggal nak print jek.. masalah rumah sewa pun dah selesai.. tapi ada sikit masalah family yang aku kena selesaikan.. sekarang ni ayah mengahrapkan aku untuk tolong dia. kesian tengok ayah.. aku dapat lihat betapa terbebannya dia.. Insya'Allah.. aku harap aku dapat tolong ayah aku sedaya yang boleh.. doakan kami..

hari ahad ni seorang lagi kawan aku nak bertunang.. actually, she's one of my BFF.. masa wawa tunang aku tak dapat pergi dek kekangan masa.. kebetulan last aku kerja sabtu ni.. ahad pulak aza jemput untuk datang ke majlis dia..  so, bolehlah menghadirkan diri.. isnin pula aku kena ikut ayah pergi pejabat harta pusaka kecil.. then kalau sempat pergi pejabat pentadbir tanah daerah, johor. semoga segala urusan dapat diselesaikan dan dipermudahkan.. kawan-kawan.. doakan kami..

SURAT PERLETAKAN JAWATAN:-


Emilia Binti Md.Daud
No 47-A Prkt 1 Jalan Ros,
Felda Cahaya Baru,
81760 Masai, Johor

____________________________________________

Department head Cashier,
Econsave Kota Masai,
Jalan Rusa 1 Kota Masai,
81700 Pasir Gudang,
Johor.                                                                                                                          25hb Feb 2012

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya, berdasarkan maklumat yang dirujuk diatas, saya Emilia binti Md.Daud (ID: 151XXX) sebagai juruwang (cashier) di Econsave Kota Masai ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya yang secara rasmi jatuh pada 26hb Februari 2012.

2).        Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya ingin melanjutkan pelajaran saya yang akan bermula pada awal bulan Mac ini. Sehubungan dengan itu saya harap pihak tuan dapat menerima keputusan saya ini dengan hati yang terbuka.

3).        Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan terutamanya pada senior-senior department cashier kerana sudi member tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Segala jasa baik dan kenangan selama saya bekerja bersama pihak tuan amat-amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_________________________
(EMILIA BINTI MD.DAUD)
CASHIER
ID: 151XXX

LISA SURIHANI & YUSRY KRU

tahniah di ucapkan kepada kedua mempelai kerana selamat di ijabkabulkan semalam. aku doakan mereka berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat.. jom kita layan gambar-gambar sekitar pernikahan mereka. credit to BlissCandid.









































jom kita layan lagu dari jejaka-jejaka yang frust ni..



dan aku tak sabar nak tunggu esok sebab nak tengok...



happy for them..

p/s: mr. boncet.. lisa dan yusry dah kahwin.. k.dina dah tunang.. kita bila lagi???

Wednesday, February 22, 2012

SELAMAT BERTUNANG

WAWA & PASANGAN







AZLI ASYHAR & FIKA







MAHIRA & PASANGAN



TAHNIAH KAK DINA!!

FARAHDINA ASYIKIN nama secantik orangnya


semoga jadi bakal menantu yang disayangi


sayang mak mertua


keluarga besar kak dina


miss them so much!!!


barang hantaran


sweet 

congrats for both of u

Thursday, February 16, 2012

FESTIVAL LAYANG-LAYANG 2012 DI PASIR GUDANG


TEMA:- SATU LANGIT SATU BUDAYA




MARI KITA MERIAHKAN LAGI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA YANG AKAN BERLANGSUNG DARI 15hb SEHINGGA 19hb 2012 DI BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG DENGAN MENGIKUTI PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEPERTI:-
Jadual Acara Pesta Layang-layang Pasir Gudang Kali ke 17 Tahun 2012

SUDAH PASTI RAMAI PESERTA-PESERTA DARI LUAR NEGARA AKAN BERAKSI DENGAN MENAIKAN LAYANG-LAYANG MEREKA SERTA MEMERIAHKAN LAGI LANGIT BIRU BUMI JOHOR INI. SEMOGA ANDA SEMUA TERHIBUR!! JUMPA ANDA DISANA INSYA'ALLAH..

FACT



I LOVE HIM VERY MUCH!
YOK APPLY ONE MILLION MONEY DROP
THEN KITA KAHWIN...

Thursday, February 9, 2012

TONSIL



lately ni aku sering diserang sakit tekak.. 6 bulan yang lepas aku disahkan ada radang tonsil.. dan doktor sarankan aku buat pembedahan... aku cuba alternatif lain.. aku pergi farmasi then beli ubat yang doktor dah sarankan kat aku untuk makan.. dan aku sembuh.. alhamdulillah..

tapi tak lama lepas tu, seminggu yang lepas tekak aku kembali bengkak.. aku jumpa doktor yang lain pulak.. doktor tak sanggup tengok tekak aku sebab dia kata aku punya tonsil ni dah besar sangat.. dia siap suruh nurse yang tengokan tekak aku.. masa tu aku tak tahu nak cakap apa.. aku mintak penjelasan dari doktor tu.. tak silap nama doktor tu Dr.Noraini... dia cakap..

setiap orang dikurniakan 2 tonsil.. tujuannya adalah untuk menghalang virus dan bakteria memasuki saluran pernafasan kita..  dan menjadi salah satu sistem pertahanan badan.. bagi orang yang luar biasa.. tonsil dia lebih besar dari orang lain.. kalau tak percaya sila suruh adik ke ayah ke cek tekak kamu.. mesti mereka cakap.. Ya Allah! besarnya.. then terbukti.. adik aku dan teman sekerja terkejut tengok tekak aku... bila tonsil tu dah membengkak dan mengalami inflamasi.. saluran pernafasan kita akan terganggu.. dan banyaklah gejala-gejala yang boleh kita alami seperti:-

  1. selalu demam dan boleh mencapai suhu tinggi
  2. tidur berdengkur
  3. tak boleh makan, sampai boleh masuk air bila kena tahan kat hospital
  4. suara garau dan kadangkala sampai tak boleh bercakap dan kadang-kadang orang lain tak faham dan tak dengar apa yang kita katakan 
  5. sakit kepala dan badan
walaupun kita ambil ubat tahan sakit, antibiotik.. itu semua hanya bersifat sementara.. dan seboleh-bolehnya buatlah pembedahan untuk buang tonsil tersebut.. dan untuk masa akan datang kita dah tak ada nak sakit-sakit tekak lagi.. sakit memang sakit.. tapi untuk masa sebulan dua jek.. lepas tu awak dah boleh happy... doktor suruh aku balik dan fikir dulu.. nanti bila aku dah bersedia untuk buat pembedahan.. Dr.Noraini suruh aku jumpa dia untuk buat surat keizinan untuk buat pembedahan.. 

masalahnya sekarang aku masih belum sedia.. aku takut.. lagipun.. tak lama lagi aku dah nak start sem baru.. sem akhir aku.. bila aku buat operation nanti.. aku takut aku takleh fokus pulak sebabnya kena tahan sakit.. tunggulah lepas aku habiskan final sem aku ni dulu.. baru aku pikir balik kata-kata Dr.Noraini. aku tahu itu cara terbaik untuk aku.. tapi tunggulah aku dah bersedia nanti... dan untuk mengelakan ianya berlarutan.. doktor sarankan supaya aku jaga kebersihan tangan terutama bila nak makan.. selalu-selalulah basuh tangan untuk elakan inflamasi yang lebih teruk lagi...


by the way.. aku ada terbaca satu artikel ni.. dengan minum minyak kelapa dara BioVCO.. bengkak tonsil ni boleh kurang dan Insya'Allah jika selalu diamalkan.. radang tonsil ni boleh hilang... tapi boleh percaya ke?? any suggestion?? and ada sape-sape yang tahu pasal produk ni tak?? if ada.. bolehlah berkongsi dengan i.. mana tahu boleh hilangkan bengkak tonsil ni.. takpayah susah-susah nak buat operation.. (mr.boncet siap bagi warning lagi, kalau tak bedah takleh kawen)

terima kasih baca entri ni.. take care people.. jagalah kesihatan diri masing-masing. 
peace yo!!