Friday, May 11, 2012

TAHNIAH HAFIZAH IZYAN & HER HUSBAND



TAHNIAH AZIELA JOHARI a.k.a AMOI



BEST MOMENT WITH U GUYS N GIRLS


I LOVE U ALLZ!!!!!



AKU ADA ALLAH



baru sahaja baca blog fara lee.. macam faham-faham jek apa yang aku alami sekarang.
ya aku nak berubah.. berubah kepada yang lebih baik..
bila nak berubah macam-macam dugaan yang datang pada kita..
time tu lah syaitan laknatullah mainkan peranan menghasut hati kita..
its depend on seseorang itu untuk menangkas semua hasutan jahat yang sentiasa berbisik-bisik dihati kita..

memang payah nak berubah..
ia sangat memerlukan kekuatan jasmani dan rohani
hati tak kuat, iman tak kuat.. kita akan goyah dek hasutan dan berputus asa dengan dugaan yang Allah turunkan kepada kita.
tanda Allah tunjukan kasih sayang-Nya kepada hamba-hambanya adalah dengan menurunkan pelbagai dugaan kepada kita.. Allah tak akan turunkan sesuatu dugaan itu melebihi kemampuan kita..

aku memang dalam proses kearah itu..
cuma persekitaran aku banyak menganggu proses tersebut..
sejak hati ini dah di lukai hanya pada Allah tempat aku mengadu..
kawan-kawan jugak banyak membantu..
walaupun dalam proses kenal hati budi masing-masing..
dah tak lama lagi aku bakal akan meninggalkan alam universiti..
tapi tak bermakna tugas aku sebagai pelajar habis sampai disitu sahaja..
banyak benda lagi yang harus aku perbaiki dan pelajari..
bak kata orang pandai-pandai.
"belajar hingga sampai ke tembok china"

ye.. Aku ada Allah untuk membantu aku untuk berubah..
tugas aku berdoa dan berusaha untuk ke arah kebaikan..
sepetang bersama al-hidayah..
even kita busy macamana pun
selepas solat 5 waktu dengan membaca ayat pendek tersebut pun sudah mencukupi menharap redha dari-Nya.. amin...

"Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati 

hasanataw waqina 'azabannar... waqina 'azabannar... 

waqina 'azabannar... Wasalallahu 'ala saiyidina 

Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam. 

walhamdulillahirabbila'lamin"


maksudnya:- 
Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka.. jauhilah kami dari siksa neraka... jauhilah kami dari siksa neraka.. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

ANOTHER ONE VIDEO FROM CST PRODUCTION FOR AWAL & SCHA

VIDEO TERBAIK & EXCLUSIVE DI MAJLIS PERNIKAHAN AWAL & SCHA

Wednesday, May 9, 2012

BAYI DIDERA DENGAN KEJAM



YA ALLAH SELAMATKAN BABY NI.. SEMBUHKANLAH DIA.. HATI AKU TAK TAHAN SEBAK MELIHAT DIA DIDERA, DITAMPAR, DITERAJANG SEBEGITU RUPA.. YA ALLAH.. JAUHKAN PERKARA INI TERJADI LAGI DI MALAYSIA INI. JAUHKAN SANGAT2.. KASIHANILAH GOLONGAN BABY INI SEBAB MEREKA MASIH KECIL DAN TAK TAHU APA-APA.. YA ALLAH.. SELAMATKAN DUNIA INI DARI KEKEJAMAN.. AKU MOHON PADAMU.. KABULKANLAH DOA HAMBAMU INI.. AMIN...

KLIK THE VIDEO

INFO TERKINI BERKENAAN BERITA PENDERAAN BABY TERSEBUT:

Dera Kanak-kanak - PDRM Terima Link Video Dari Orang Ramai


Salam 1 Malaysia,
Pihak PDRM telah banyak menerima video yang sama namun pelakunya tidak dapat dipastikan selagi pihak keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat membuat laporan polis.
Video ini juga telah disalurkan ke jabatan yang berkenaan
Terima kasih di atas keprihatinan.
Itu adalah mesej yang dihantar admin page Polis Diraja Malaysia di Facebook.
Kurang daripada 1 minit Mynewshub menghantar mesej itu, mereka telah memberikan respon.
Inilah contoh kecekapan yang harus dipuji. Penamat yang lebih baik adalah jika polis benar-benar dapat membawa si pelaku ke muka pengadilan.
Kami yakin ia boleh dilakukan namun seperti yang ada dalam mesej di atas, selagi pihak keluarga atau sesiapa yang tahu tidak tampil, mungkin ia agak sukar
STATUS TERKINI VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

OTHERS INFO:
  • HARAP MAKLUM KAWAN-KAWAN FB, VIDEO TERSEBUT MERUPAKAN KES PADA TAHUN LEPAS IAITU PADA 2011, TELAH PUN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SELAM 18 BULAN. UNTUK PENGETAHUAN KAWAN-KAWAN FB, ORANGNYA ADALAH SEORANG INDON YANG BERUSIA 19 TAHUN SAHAJA DAN TEMPAT KEJADIAN PUN BUKAN DI SEPANG MALAH DI PETALING JAYA.
  • MAKLUMAT INI DIPEROLEHI DARIPADA JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN- D11
  • UNTUK KEPADA SESIAPA YANG UPLOAD VISUAL INI BARU JE , TOLONGLAH MAKLUMKAN APAKAH KESUDAHANYA, JANGAN HANTAR MACAM TU JE! JANGAN MENGUJI PERASAAN IBU- IBU DI LUAR SANA. Baru dapat update dari fb..
  • UPDATE: Ni video tahun lepas. Perempuan Ira gila ni dh kena tangkap, dlm proses perbicaraan lagi. Perempuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pegang, dia nangis. perempuan yg record ni dh pernah cuba halang tp kene blasah, so dia terpaksa record senyap2 dan tunjuk bukti kat polis.

P/S: MAKLUMAT DIATAS AKU DAPAT DR FACEBOOK. JIKA BENAR IA BERLAKU KITA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK BABY NI.. DAN BERHARAP PERKARA YANG SAMA TAK TERULANG LAGI. 
OTHER RESOURCES:-

SWEET SANGAT!! AWAL & SCHA

KESALAHAN DALAM BERTAUBAT

taubat nasuha 258x300 Kesalahan Dalam Bertaubat

Mahu bertaubat tetapi menunda taubat
seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada ALLAH kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa.Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus”hati sehingga dosa sukar dihapus.

Lalai dan terlupa untuk bertaubat
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada ALLAH, lantas lalai untuk bertaubat kepada ALLAH.

Enggan bertaubat kerana khuatir akan melakukannya lagi
Seseorang telah berbuat dosa kepada ALLAH dan kemudian ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat.

Malu Hendak Bertaubat
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami islam, jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.


Berani buat maksiat lagi kerana rahmat ALLAH itu luas
Rahmat dan kasih sayang ALLAH bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan  suka melakukan kemaksiatan pada ALLAH.

Tertipu dengan ahli maksiat
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus malakukan maksiat tanpa ada balasan daripada ALLAH, bahkan mereka diberikan nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.

Berputus asa daripada rahmat ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat ALLAH kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat ALLAH seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang muslim.

SHARE:- Boleh Buat Maksiat, dengan Syarat



Dalam kitab Al-Tazkirah Fi Ahwal Al-Mawta wa Umur Al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
“Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:”
1.Jangan kamu makan rezeki ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki ALLAH derhaka kepada ALLAH.

2.Jangan kamu tinggal di bumi ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi ALLAH malakukan maksiat dan menderhaka kepada-Nya.

3.Buatlah maksiat di tempat yang ALLAH tidak nampak akan kamu.

4.Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5.Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba ALLAH untuk melakukan maksiat kepada-NYA.

Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yang soleh.

credit to: bicara islam.com