Saturday, July 28, 2012

PUASA DAN FIDYAH



Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)


Orang Yang Dilarang Puasa


Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :
“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)

  1. Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa
  2. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  3. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  4. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  5. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  6. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  7. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.



Cara Menggantikan Puasa Ramadhan


Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.


Cara Mengeluarkan Fidyah


Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)


*Jika anda ragu-ragu sila lawati http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.


Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :

Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90 



Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan anda itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.


soalan lazim dari orang ramai:

  • Banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?


Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

  • Selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

  • Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang?

Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

  • Kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti. Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.




RINDU DIA



DIA JAUH DARI PANDANGAN MATA
JARAK PEMISAH BUKAN PENGHALANG HATIKU UNTUK MENCINTAI DAN MERINDUI DIA
WALAU DIA MENIDAKAN IA
KUNCI HATIKU CUMA PADA SESEORANG SEPERTI DIA

KAU KATA AKU PEMBUAT AIRMATAMU MENITIS
JURAIAN AIRMATA DIPIPIKU JUA TERTITIS
KATAMU "AKU ADALAH KUNCI HATIMU" TERSEMAT DIHATI
ITULAH JUA DIHATIKU ADA KAMU MEMAKAN DIRI

SALAM RINDU UNTUKMU WAHAI CINTA HATI
KAU MENYEPI TENANGKAN HATI
HARI-HARIKU DILALUI TANPAMU DISISI
PENGUAT SEMANGAT DICARI DITEMPAT ORANG TAK DIKENALI

HARAPAN DIRI UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG BERBAKI
DEMI KEGEMBIRAAN KELUARGA YANG DISAYANGI
SEMANGAT DARIMU KUPERLU UNTUK KUATKAN HATI
DEMI MENGHARUNGI ONAK RANJAU YANG BERDURI

Monday, July 23, 2012

YA ALLAH!!

Ya Allah... rindunya dengan kawan2 seperjuangan bila dah berjauhan ni.. rindu nak gossip2 girlz, makan ramai2 ala2 macam kenduri giteww, mandi manda bersama, nyanyi n buat persembahan sama2.. issshhh.. kalau nak di ikutkan banyaklah...

dengar berita awal bulan 8 nie result nak kuar dah.. berdebar den.. takot seii... wisau nie...

keje pun dah banyak dah apply.. cuma lum dapat feedback jek lagi.. xpe... lom ada rezeki.. sabar yek emilia..


RUMAH UNTUK DISEWA SEKITAR SEGAMAT



RUMAH UNTUK DISEWA- FULLY FURNISH
SEWA: SEKEPALA RM100 (MAKSIMUM 6 ORG 1 RUMAH)
TEMPAT: BUKIT PUPUK ( BERSEBELAHAN HARDWARE DAN KUMPULAN GAS PETRONAS, 5-10MINIT KE UITM)
HUBUNGI: 012-7866923 (PAKCIK MULOQ)/ 019-7324359 (MAKCIK ZAWIYAH)

Monday, July 16, 2012

LAUNCHING DUIT BARU ON MY BIRTHDAY


16 JULY 2012

SALAM PERPISAHAN KAWAN2




LOVE  AND MISS U ALL A LOT!!
EVERY SINGLE TIME WITH U ALLZ ARE VERY MEANINGFUL TO ME..
SEE YOU AT CONVOCATION DAY!!! INSYA'ALLAH..
AMIN..

Sunday, July 15, 2012

MEJA UNTUK DIJUAL



KEPADA PENDUDUK DI AREA SEGAMAT, JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI MEJA TERSEBUT SILA MESEJ DI NOMBOR YANG TERTERA

TEMPAT: BUKIT PUPUK, SEGAMAT
HARGA: RM40
KOS PENGANGKUTAN: SENDIRIAN BERHAD


SOLD OUT!!!!!!!

SEMESTER SUPER BUSY


Meja study kat ruang tamu sangat bersepah dengan notes

meja study dalam bilik yang berserabut. nak g claz cari buku tak jumpa2.

linda yang slalu get ready awal buku n beg g claz dia sblm masuk tdo

pandangan tepi pintu

buku pun dah main letak jek kat lantai

motip ade daun pandan. jadi aromaterapi la..

report yang nak kene submit during this month:-

  • Maf 680: Johnson Turnaround case study, buat movie pasal to fiddle not to fiddle
  • Maf 635: Robotics, report agency theory
  • Aud 571: interview internal audit department Dewan Bahasa dan Pustaka 
  • Maf 640: interview Jalan-jalan Cari Markah (JJCM)- kilang tempeh, cipta lirik lagu about chapter 7
  • Far 600: Satyam case study, Group presentation- construction co vs technology co
  • Aud 610: case study pasal forensic accounting
  • EXTRA ASSIGNMENT: AUD 571 last submit 2/7/12 
  • new assignment: AUD 610.. last submit a day b4 paper
quiz:
  • Aud 571: risk based & audit report
test 2:
  • Maf 640: chapter 4,5,6 & 7
  • Aud 571: 19/6
  • Aud 610: akan diberitahu
  • Maf680: 25/6
final exam 
  • 28/6 : Maf 640
  • 30/6 : Far 600
  • 3/7 : Aud 610=SUSAH
  • 7/7 : Maf 680
  • 11/7 : Aud 571=SUSAH
  • 15/7 : Maf 635



HOPEFULLY, SEMUA PAPER YANG AKU AMIK DI FINAL SEM NI PASS AND LULUS

 DENGAN CEMERLANG. 




"YA ALLAH JAUHKAN LAH AKU DARI REPEAT.. AKU

MOHON PADAMU.. AKU MOHON BELAS IHSANMU, 

BANTULAH HAMBAMU INI.BUKAKANLAH PINTU HATI 

LECTURER YANG MENANDA KERTAS AKU, TENANGKAN

 JIWANYA DAN MUDAH-MUDAHAN BELIAU BAIK HATI 

UNTUK BANTU DAN LULUSKAN

 PAPER YANG AKU AMBIL PADA FINAL SEM INI.. AMIN...."

Wednesday, July 11, 2012

KAKIMOTONG DOT COM

hero

si gagah perkasa

baru jek tengok TAKDIR kat TV3 . this week dorang paparkan kisah kucing yang tak ada kaki tu.. kalau korang masih ingat pada tahun 2005 ade kisah gempar pasal kucing yang di dera.. sampaikan kaki kucing tu dipotong atas sebab kucing tu curi makanan kat satu restoran nie.. malang sungguh nasib kucing tu tapi dia sangat bertuah sebab ade makhluk tuhan yang sanggup jaga dia.. rawat dia.. bila baca dan tengok video yang dipaparkan betul2 menyentuh perasaan.. apa lagi.. nak tahu lebih lanjut yokla kita melawat blog penyelamat kepada kucing yang bernama HERO ini..  lets check it out bebeh..

owner n also papa kepada hero.. insan yang baik hati.. may Allah bless u bro..

KAKIMOTONG DOT COM

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero: Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...

Tuesday, July 10, 2012

NAK KAIN CUTTON FREE TAK??




Senang je YANG PENTING  ikut cara seperti yang dinyatakan:



  1. like dulu page Beauty Speaks 
  2. Then korang klik banner dan share kat wall facebook korang. 
  3. Daripada jumlah share tu nanti, ahli panel Beauty Speaks akan cabut undi untuk tentukan siapa pemenangnya. 

Haa senang kan nak dapat hadiah? :)

Kalau korang nak tahu keputusanya. Later, pihak Beauty Speaks akan inform kat facebook dorang  dari masa ke masa.. SO, Tunggu...

Sambutan untuk giveaway ni juga memberansangkan. So, apa lagi jom la semua join untuk memeriahkan suasana sempena nak masuk bulan Ramadhan dan seterusnya nak sambut Hari Raya Aidilfitri yang tak lama lagi akan kunjung tiba. Mana tahu rezeki korang? Boleh la tempah baju kurung ke kebaya ke buat pakai raya nanti.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, July 9, 2012

KELUARGA BARU SUNKIST

TAHNIAH IKA & LILY


Berdebar time nak lafaz jadi suami dan isteri


muka happy lepas nikah.. congrats!!









P/s: sorry ya ika n lily coz xdapat hadir.. aku ngah final exam.. so tak dapat nak hadir.. xpe.. ayah n mak aku wakilkan aku ke majlis korang.. Tahniah!!!

Wednesday, July 4, 2012

Majlis Pernikahan Irma Hasmie Ibrahim & Redza Shah Azmeer Radzuan



one day.. my turn will come true.. congratulation IRMA HASMI!!

TAHNIAH FIRDAUS & NISA

semoga bahagia ke anak cucu


sweet n cantik nisa.. macam permaisuri betul2..


wan.. jadi pengapit jek.. turn ko bila la..


credit to sunkist ixora sbb tolong jadi wakil aku n merangkap tukang tangkap gambar.. aku tak sabar nak tgu turn ko pluk ni...