Tuesday, March 18, 2014

GIGI

Assalamualaikum semua.. lama kan tak post berita dekat kamu-kamu semua. aku sihat. cuma lately ni macam-macam ragam pulak badan aku ni. bulan lepas doktor cakap aku kena buat rawatan akar untuk gigi aku ni.. RM600 kau nak buat rawatan akar. aku pergi klinik kerajaan doktor cakap gigi aku ni belom sampai tahap nak buat rawatan akar lagi. Alhamdulilllah mengucap aku dalam hati. risau sebenarnya. ramai yang cakap buat rawatan akar ni sakit sangat. tapi masa aku kena ni pon rasa nak pecah kepala aku dibuatnya. mujur doktor kata dia nak tengok lobang di bekas tempat aku cabut gigi dulu. so, doktor pon menggerudi la gigi aku. berdesing kepala otak aku dibuatnya. Tuhan sahaja yang tahu. menjerit aku. disebabkan aku menjerit kuat sangat agaknya en.bocet pon menjenguk aku dicelah pintu. hahah.. patotlah aku dengar doktor tu bercakap dengan orang lain. rupanya cakap dengan mamat tu. buat sementara doktor tampal dulu lobang tu. dan doktor tak bagi aku makan sehari.. makan pon yang lembut-lembut jek. so aku decide makan bubur jek. thanks en.boncet temankan i jumpa doktor. dan terima kasih bikin kontroversi kat facebook cakap aku kene operate. dah kawan-kawan aku menanya.. 

hah!! hari ini rawatan susulan pulak.. tapi hari ni en.boncet tak dapat nak temankan aku pergi klinik. 2 minggu sebelum pergi klinik aku dah mintak cuti awal-awal dah dengan k.ina. so, hari ni cuti. pergi klinik pagi tadi aku menggunakan khidmat myteksi. first time menggunakan applikasi ini. rasa oshem sekejap. hihi.. dah tahu guna senang la lepas ni nak pergi mana-mana. ala..... tapi... lepas ni dah tak naik public transport dah. lepas ni aku naik private transport pulak.. jeng-jeng... tunggu yek berita gembira ni. selagi tak ada depan mata tak boleh nak cerita lebih-lebih.. nanti tak dapat kecewa pulak. tunggu tau.. hihihi... ehhh.. cerita pasal rawatan susulan ni tak habis lagi. ok sambung balik.. hari ni doktor buka balik bekas tampalan sementara tu.. kali ni lagi sakit.. adeh... ingat balik berdesing kepala otak aku ni. sampai doktor pon naik marah kat aku sebab aku tak reti nak duduk diam.. sakit tahu tak!!!! dah tahu sakit dah tak reti lagi nak jaga kebajikan gigi sendiri... marah pada diri sendiri sebenarnya.  tension sikit makan.. mana tak naik badan.. coklat la.. gula-gula la.. keropok lagi.. emi.. emi..  lepas dah siap doktor tampal balik tempat yang berlobang tu doktor scaling gigi aku.. hamik ko!!! darah banyak gilerrr... tapi sekarang dah happy sebabnya gigi aku dah tak berkarat lagi.. (nampak sangat aku tak jaga gigi kan.. jangan contohi perangai aku ni ok kawan-kawan). tapikan.. nak minum air atau nak makan ngilu pulak gigi ni. mungkin memang macam ni kot rasa dia. first time la katakan buat scaling ni. 

mulai sekarang ni aku nak jaga gigi aku dan juga pemakanan aku. seriously aku dapat rasakan zaman bujang aku bakal berakhir tak lama lagi. dari sekarang aku perlu jaga semua tu. just be save, sediakan patung sebelum hujan. tapi.. kalau dah rasa nak dekat hari yang special tu aku tak prepare apa-apa pun.. kau ni emi.. jangan buat kerja gila. aku tak gila ok.. pihak lelaki pon tak buat apa-apa pun. aku pun relax jelah kan.. buat yang simple-simple jek. janji kami sah dan hubungan kami Halal disisi dan mata Allah S.W.T.. Doakanlah aku dapat menempuhi hari-hari yang mendatang ni dengan tabah. banyak dugaan yang datang. semua tu menguatkan lagi semangat aku untuk berjuang meneruskan kehidupan didunia ini. lagi-lagi anak sulung ni. macam-macam tanggungjawab nak kena pikul. kalau tak sabar, tak cukup iman aku rasa aku boleh naik gila jugak lah. harap aku dapat tunaikan impian aku dan orang-orang yang aku sayang. aku nak tengok mereka bahagia dan tak nak tengok mereka susah. hope everything gonna be ok. Amin....

ok lah sampai disini dulu coretan aku. memang niat dihati ni nak cerita banyak tapi apakan daya. idea pun tak banyak. kepada semua warga Malaysia.. please don't stop pray for MH370. hopefully semuanya akan selamat. dan kita semua berdoalah jika betul ada kemalangan yang berlaku berikan petunjuk kepada rescue semua untuk menjumpai pesawat tersebut. dan jika dia hilang, semoga Allah tunjukan mereka jalan balik. MH370.. kami menunggu kamu disini. dan kami sentiasa berdoa keselamatan mangsa-mangsa yang terlibat. untuk keluarga mangsa. be strong. always pray for them to come back. Allahuakhbar!!!!