Assalamualaikum and hye uolls..
Sejak dua menjak ni tahap kesihatan fizikal dan mental aku sangat la menyedihkan. Ia nya berpunca sejak dari peak period for year end December hari tu. Balik tak tentu masa. Duduk buat kerja mengadap komputer sahaja. Rehat, makan pastu sambung buat kerja. Macam tak tentu arah masa tu hidup aku. Cerita ni berlaku lepas aku balik cuti rasa seminggu hari tu.
Nak dijadikan cerita, one day before due date submission income tax for year of assessment 2013 for company year end December (Khamis), aku, bos aku, k.siti dan k.lina telah bertungkus lumus mengangkat white board yang besar kedabak dan bapak berat tu ke dalam bilik bos aku. On that day tak rasa sakit lagi. Malam submission income tax (Jumaat), aku and geng tax department including Adam, k.chik,mel dan staff RAMC datang menolong kami untuk buat submission sehinggalah pukul 3 pagi (Sabtu). Tak rasa sakit lagi. Around pukul 4 pagi jugak la aku tidur.
Keesokan paginya (Sabtu), mean pada hari yang sama aku tidur tu aku bangun pukul 8.30pagi sebab dah janji dengan "syafiqa zindane" nak perjis majlis perkahwinan Raudah di Tangkak. Dengan gigih aku bangun diselimuti perasaan malas pun ada bersiap-siap untuk menempuh perjalanan selama 2 jam untuk ke Segamat dari Kuala Lumpur. Around pukul 9.30 macam tu aku sampai di LRT Maluri sebab dah janji kumpul dekat situ dulu sebelum berangkat. Aku ingatkan aku la yang paling lambat. Rupanya ada lagi yang paling lambat. Tunggu punya tunggu dalam pukul 11 a.m jugak la gerak dari KL. Semasa berlangsungnya majlis perkahwinan Raudah aku happy jek dan memang dalam gambar mata aku dah macam mata panda. Masa nak balik dari Segamat (sebab singgah beraya rumah makcik Segamat sekejap) ke Kuala Lumpur mata aku memang dah tak tahan sangat. So, aku pun terlena dalam kereta Syafiqa. Kesian Syafiqa sampai kaki dia krem jadinya. That day tak rasa sakit lagi.
Ahad tengah hari pergi open house pulak, satu dekat ampang satu lagi dekat Klang. Yang dekat Klang tu kne merempit. Hari ni baru terasa sakit.
Isnin pagi, nak bangun pergi kerja tiba nak bangun tak boleh. Aku nak bangun kene papah something pastu baru boleh berdiri. Dekat office tak boleh nak concentrait and fokus sebab kena tahan sakit belakang.
Selasa pagi, memang tak boleh nak bangun terus. Tidur memang meniarap tak boleh nak menelentang atau mengiring. Tak tahan sakit sangat terus jumpa Doktor. Doktor cakap berat badan aku adalah salah satu faktor aku sakit bahagian pinggang sebab tak boleh nak menampung berat badan aku. Memang lah pun.. jalan jauh sikit dah penat. Lagi satu kerja aku pula memang mengadap komputer jek. Memei la terjadinya penyakit yang aku hadapi sekarang ni.
Oleh sebab faktor tersebut, dengan rasminya pada 26.08.2014 bermulalah "PROJECT Mycarbo". Bagi aku masa sebulan untuk tahu result dia. Aku akan berusaha. Tak mahu mengalah lagi untuk kali ini. Gambate!!!!!!!!!