Thursday, November 3, 2011

DINNER DI B.POINT

Dekat jek area Stulang 

kitorang makan kat luar.. best sket.. tengok kereta..



suara dia jek yang dengar masa makan.. ira.. ira...




Nur Zaafirah Zakaria

Siti Hajar Zakaria


B.point Special Burger + air limau ais- RM10

Roti John + air sirap- RM2

sedang menjamu selera.. k.lili makan nasi ayam + air sirap- RM4





sayang anak ibu


kenangan sebelum pindah & abes praktikal


adeh??



sementara tunggu k.lili beli barang kat kedai.

jaja tolong amikan gambar..heheh

kenyang...

cantik tak pemandangan tempat kitorang dinner tadi???

thanks k.lili bawa kita pergi dinner bersama..  enjoy with u guys... bergerak balik pulang kerumah sebelum CINTA ELISYA start!!!


Aril.. i like cara u blakon..

Sunday, October 30, 2011

TAHNIAH MUNIR!!

semoga bahagia ke akhir hayat..


tahniah!!


muka wife munir macam fasha sandha..

Saturday, October 29, 2011

JIKA ANDA DIROMPAK SEMASA WITHDRAW DUIT





aku ada baca satu artikel dekat facebook pasal kes kena rompak time kita nak withdraw duit dekat automated teller machine (ATM). means tak kiralah korang withdraw dekat ATM Maybank, CIMB, RHB bank, Ambank atau BIMB sekalipon. orang tua-tua ada cakap kalau nak keluarkan duit tu berhati-hati dan lihat keadaan disekeliling.. kadang2 kita tak tahu ada orang niat tak baik nak rompak kita.. dorang ingat bila kita withdraw, duit kita ni berkepok2lah dalam bank tu.. dorang tak tahu yang tinggal dalam bank tu cuma RM50 jek..


so, kat sini aku bagitahulah cara untuk pihak berkuasa tahu yang kita ni tengah kena rompak time nak withdraw duit.





kalau perompak tu suruh keluarkan jugak duit korang... just follow jek instruction dia.. jangan melawan.. kalau korang melawan lagi teruk akibatnya.. boleh melayang nyawa wei.. ingat tu..





yang paling penting sekarang ni, korang kena tukar no pin korang tu.. (mana sempat nak tukar no pin cik slumber oii.. nak mati!!).. maksud aku suruh tukar no pin tu bukan suh tukar kat mesin ATM tu.. korang just terbalikan jek no pin korang.
  • contoh: if no pin korang 123456 korang tekan lah 654321.




duit korang memang akan keluar dari mesin tu tapi tak banyaklah.. jangan risau.. duit korang akan stuck tiba2 nanti.. dan time tulah pihak berkuasa tahu korang dalam bahaya sekarang.. 




so, jangan gelabah jangan kelam kabut.. dengan bertenang jek ok.. by tne way, for your information.. teknik nie dah lama ada, cuma kita jek yang ignore. semua mesin ATM ade system nie. so dont worry ok. you will be safe.. 

selamat mencuba!!

sumber: facebook



HATI-HATI!! ADA YANG LIHAT ANDA TANPA DISANGKA



Nafsu syahwat jahat bagaikan pemangsa yang sungguh menggerunkan.. Bila ia meletus ke tahap marabahaya, maka pelbagai idea menjijikan akan menghiasi kamar kejahatan dalam dunianya..Salah satunya ialah  PEMERKOSAAN SECARA VISUAL..kalian tidak disentuh, tapi mata nafsu jahat itu menatap maruah kalian dengan rakus malah ada yang diarkibkan adegan itu dalam bentuk episod..Ini perbuatan maha zalim dan gila. 

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)



Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Sumber: Facebook

ANAK ANGKASAWAN NEGARA


pagi-pagi masuk office > on lappy > beli sarapan kat kedai hassan > naik office balik > buat air teh > pasang bb kat lappy > makan sarapan yang di beli > on FB > tgok notification > Raudah Siman shared a link on your wall > omaigod!!! > menaikan semangat aku nak kawen cepat!!! > nak anak macam ni jugak!!!

ini anak Dr. Sheikh Muzaphar dan Dr.Halina.. comel gilerr kan... bila aku nak kawin nie???  kalau nak tahu lebih detail tengok lah blog si BeautifulNara nie.. dia nie memang selalu update pasal orang2 yang famous amous nie...  


gambar anak sheikh muszaphar
sophea isabella


gambar anak sheikh muszaphar
nice pic.. aku nak buat jugak cam nie bila nilia keluar...

p/s: wish one day i can be like them.. pray for me and my boncet can live happily and hopefully our plans will come true and we got the pleasure of Allah S.W.T.. amin...

Friday, October 28, 2011

MARIA ELENA DIRISIK DATO'!!!


aku suka tgok mereka berdua... sporting & funny couple..

macam biasa.. kalau tak ada kerja aku akan blogwalking kat blog2 yang aku suka tengok xspecially yang aku dah listkan dalam bloglist aku tu...

and aku sangat2 terharu sebab tak lama lagi one blogger yang aku admire nie xlama lagi akan hidup berkeluarga.. which go another one step in her life... i'm happy for both of  you.. maria... you are very the vogue u know.. i like u so much.. i wish one day i will meet u maria elena .. 

WISH U HAPPY & I PRAY EVERYTHING GOES AS U PLANNED!! 

I     I
:.............:

Wednesday, October 26, 2011

SEPETANG BERSAMA SUHARA

meluahkan perasaan rindu masing-masing

tersenyum sipu bila aku mintak dia tunjukan hp baru dia...
xsempat nak snap gmbr hp baru dia.. huhu


cerita pasal office,anis dimana, pelajaran dia kat segamat, dan
binatang yang selalu mengganggu ketenteraman dia
& housie dia belajar


xlupa jugak bercerita pasal ex dia yang bakal melangsungkan
pertunanganya pada bulan Dec..


aku cakap dengan dia aku nak stop g semayang asar jap,
then.. aku inform dia yg aku akan post kat blog aku pasal
kitorg chat & b'webcam.. haha..

sempat snap muka dia time dia borak ngan roomate dia..
maybe.. heheh..



HAPPY DEEPAVALI TO ALL MY HINDU MEMBERS!!! WISH U ALL HAPPY ALWAYS!!!
MARUKU MARI... HEHEH..

Monday, October 24, 2011

REAL STEEL




TERBAEEEKKKKKK!!!!!! itulah yang keluar dari mulut aku selepas keluar dari panggung wayang Golden Screen Cinema, Midvalley.. sambil keluar dari pintu keluar sambil bercerita dengan Mr.Boncet and ajuk dia sebab ade satu scene dalam movie ni dia menangis.. maybe dia teringatkan abah dia kot.. tapi cerita nie memang best gileewww tahap gaban!! Mr.Boncet cakap aku tengok cerita ni sampai lebam2 tangan and peha dia.. hahahahakk.. dia jadi mangsa tepuk, tumbuk and cubit aku.. jadi mangsa lepaskan geram and teruja aku.. 

bila kitorang on the way nak cari jalan keluar untuk amek teksi, aku berlagak as ATOM.. hehehe... memang kitorang happy gilew hari tu.. padahal satu hari jek jumpa... selalunya bile jumpa ada jek benda yang boleh dibuat gadoh.. hahah.. gadoh2 manja jek.. tapi yang bestnya and kelakar.. time aku ikut gaya dia berjalan.. as if  macam aku ni ATOM yang bergerak ikut teknik bayangan.. hehe... sweet tak?? haha.. Mr.Boncet gelak tak agak sampai keluar taik air mata dia... tak pernah aku tengok dia happy macam tu sekali.. sepanjang perjalanan mencari pintu keluar kitorang ketawa jek.. happy tengok dia happy...





ok lah.. aku nak buat sedikit ulasan pasal REAL STEEL nie:-

ceritanya macam nie... cerita ni dalam era 2020 kot... sebab kebanyakan tahun2 yang disebut dalam cerita ni dah lebih current year... maknakata dah melebihi tahun 2011.. Charlie Kenton (Hugh Jackman) salah seorang yang penganggur yang berjaya dimana kebanyakan kerja yang ada pada zaman itu dilakukan oleh robot-robot canggih.. tidak ketinggalan charlie nie...





sanggup menghabiskan duit dia untuk membeli robot untuk mengadu nasib berlawan di gelanggang dimana pulangannya amatlah menguntungkan jika dia menang. antara robot-robot milik charlie adalah ambush dan noisy boy.









charlie mempunyai seorang anak lelaki, Max hasil hubungan dia dengan kekasih lamanya.. Max is very the cute bile dia menari dengan Atom.. comel gilerrrr... lets check it out..








comel gilerrr kan... memang the best la citer ni... rasa esok nak tengok lagi la... tapi kali nie nak g tengok sorang2 dekat City Square, JB jelah...

cerita ini jugak terselit nilai kasih sayang antara seorang ayah dan seorang anak dimana si ayah selama ini telah mengabaikan anaknya and sanggup jual anaknya demi mendapatkan duit untuk membeli sebuah robot. tapi last nanti kita dapat lihat dimana charlie berubah.. mungkin dia nak tebus dosa dia sebab selama ini dia abaikan Max dan Charlie sanggup tebus kesalahannya itu dengan berlawan dengan Zeus.. yeah.. "i will fight for you" sungguh comel tengok scene dia dengan Max... lagi-lagi bila time Max tengok Charlie as bapak dia as seorang boxer yang bolehlah dikatakan berjya suatu ketika dahulu... hebat & cool man... dan-dan Max menangis and Bailey pun nangis sekali.. memang menyentuh perasaan tapi perasaan teruja aku tengok cerita ni mengatasi segalanya... tiba-tiba rasa nak peluk ayah aku pulak... mungkin sebab ini juga Mr.Boncet nangis tengok cerita ni.. haahahak...

terima kasih dekat Atom.. sebab dialah... Max & Charlie jadi bestfriend... so sweet...








lupa nak bagitau... Mr.Boncet cakap dia teringin nak buat apa yang Charlie buat dengan Bailey... dia nak peluk aku time aku tengah tidur.. masa tu dia baru balik kerja... huhuhukk...





Saturday, October 22, 2011

KERETA IDAMAN AKU

kalau aku berkemampuan aku nak miliki sebiji kereta Honda CRV.. nie aku nak bagi ayah aku pakai..  insya'Allah kalau emie ada rezeki lebih.. emi belikan satu kereta ni untuk ayah.. yang penting ayah doakan emi berjaya dalam hidup dan dipermudahkan segala urusan dalam mencari rezeki di bumi Malaysia tercinta ini.


Honda CRV


ok kan kalau untu ayah aku???


di sebabkan hati aku more to produk buatan Malaysia.. mata aku terpesona pulak ingin memiliki Proton Pesona nie.. nak warna silver.. bila aku tengok dia beraksi di jalan raya macam nak bawa jek.. walaupun kaki aku menggeletar bila nak tekan minyak dan pedal... tak apa akan ku gagahkan diri ini untuk ambil lesen kereta pada awal tahun depan.. doakan aku tak menggigil nak bawa kereta nanti..


Proton Pesona


disebabkan aku juga pernah naik kereta ini sebagai penumpang ini yang membuatkan aku yakin suatu hari nanti aku akan memilikinya jugak.. tak kira...  eee.. tak sabar nak kerja lepas tu ada kereta sendiri... DOAKAN AKU!!!!!





tapi kalau korang nak tau sebelum mata aku terpesona dengan kereta Pesona tu hati aku dah tertarik dengan  kereta Produa Myvi ni.. tak tahu kenapa.. first time naik.. best jek.. lagi pun ramai member aku pakai myvi.. tu yang bila aku naik.. rasa macam best jek... time ni aku just simpan impian nak memiliki myvi nie sahaja tak adalah berkobar2 sangat nak ambil lesen kereta lagi... tapi insya'Allah.. kalau aku rasa aku tak mampu nak beli Pesona aku akan beli myvi ini kot.. yeeehhaaa.... andre!! andre!!!


Myvi


last sekali.. kalau tuntutan kewangan aku masih belum stabil lagi... yela.. baru nak menapak nak cari kerja la katakan.. aku pakai Produa Viva kot.. tapi tengoklah keadaan macam mana.. nak beli kereta pun nak kena bincang dengan ayah aku dulu.. and tak lupa jugak dengan mr.boncet aku sorang nie..  nak lawan dengan kereta yang dia nak beli memanglah aku tak mampu... dia nak beli kereta Toyota Vios kot.. tak pun dia nak beli Honda City... mentang-mentanglah dulu dia pernah kerja Honda.. cet!!!..


Viva


tak apa.. tunggu aku dah kaya nanti.. entah-entah.. macam kereta terbaru akan keluar.. buat masa terdekat ni.. inilah kereta-kereta yang bakal aku nak beli.. tapi tunggu aku dah kerja lah.. hutang PTPTN pun tak habis bayar lagi mau kecoh.. do i care??? yang penting aku nak gerak senang.. tak adalah kena hujan ke apa kan...=P


peace yo!!