Wednesday, February 8, 2012

OST VANILLA COKLAT

hai semua.. currently i listening lagu tapi bagaimana by Spider.. sebabnya aku tengah gila tengok drama slot lestary di tv3 iaitu drama VANILLA COKLAT... sweet la cerita nie... sesuai giler la aiman hakim dan izara aisyah bergabung.. comel giler... aku siap guling-guling kat katil tengok cerita nie... dah lah aiman ni hensem... zara pulak comel... dulu kalo korang pernah baca entri aku sebelum-sebelum ni aku pernah cakap yang kalau bagi watak anak kurang hajar bagi jek kat dia.. dia tu izara aisyah lah.. tak sangka dia boleh bawak watak gadis comel camni... sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttt...

aku nak macam cerita ni.. nak macam cerita ni... hari ni punya episod best giler.. walaupun aku keje, aku gagahkan mata aku untuk menonton cerita ni dia tonton... hahahah... tak sabar nak tunggu episod akan datang..

jom kita layan lagu-lagu yang dimainkan dalam drama ni..

see ya.. take care semua!!!






LOVE SO MUCH VANILLA COKLAT

Thursday, February 2, 2012

THE ONLY ONE



he is my PAST

but
  
u are my PRESENT 

and 

my FUTURE..





saranghaeyo!!!

Wednesday, January 25, 2012

SABTU DAN AHAD HARI TANPA DEODORAN SEDUNIA

baru sahaja blogwalking.. terbaca satu artikel.. aku rasa ada betulnya apa yang dinyatakan dalam artikel ni..

so dengan ini aku ingin mewar-warkan kepada pengguna deodoran  semua bahawasanya hari SABTU dan AHAD merupakan HARI TANPA DEODORAN SEDUNIA..

daripada penyakit ini menular keseluruh tubuh kita, baik kita mencegah.. tak gitu readers semua...

sila baca klik link dibawah untuk info selanjutnya:
downgila: Serius : Deodoran & Kanser Tetek: Sebenarnya dah lama menda ni gua nak tulis, tapi tak cukup sumber, tapi hari ni gua beduk je tulis. Kenapa tiba tiba gua rasa nak tulis? Ki...
credit to: GamePoint

UNTUK KAMU BONCET

TERUKIR DI BINTANG BY YUNA ZARAI

TAHNIAH ALLY ISKANDAR & FARAHIN

Tuesday, January 24, 2012

JODOH

JODOH itu rahsia ALLAH SWT..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Wednesday, January 18, 2012

I.N.G.I.N

hai semua.. dah lama aku tak update blog.. busy sikit.. maklumlah dah kerja ni paham-paham jelah.. balik kerja je dah penat.. takpelah just for temporary sahaja... tak lama lagi dah nak masuk sem baru...

mengenai kerja yang aku lakukan... kerja aku senang.. bermain dengan duit.. tapi bila short atau over, potong gaji... tapi yang penting sekarang ni aku nak cerita sesuatu yang telah mengusik jiwa aku untuk melakukan perkara yang sama macam customer ni selama aku kerja ditempat baru ni...

hari-hari aku kena melayan kerenah pelanggan.. ada yang jenis berkira.. sampai 5sen pun nak kene pulangkan.. jenuh nak mencari duit 5sen kalau dalam float takada... tapi yang bestnyer aku happy jumpa banyak orang.. dan dari situ kita boleh tahu orang ni macam mana.. bab memerhatikan orang ni bagi kat aku... dari atas bawah sampailah hujung ke hujung aku tengok... tak berkelip tak mata memandang...

apa yang aku I.N.G.I.N sebenarnya... sebenarnya aku teringin sangat nak keluar belanja barang-barang keperluan rumah bersama suami tersayang.. bila tengok pasangan suami isteri ni pilih barang sama-sama, jiwa aku pun memberontak ingin lakukan benda yang sama macamana mereka lakukan.. tapi bila?? lambatnya nak dapat rasa macam tu.. ada satu customer tu sampai pakai baju couple masa dorang belanja barang dorang.. sweet giler.. si isteri pilih barang dapur... then tanya si suami.. abang nak ayang masak apa nanti?? abang nak makan apa?? nanti sayang masakan..
bestnyer....

teringat masa arwah bakal mak mertua aku dulu suruh aku dengan boncet beli barang nak masak ayam kari dengan barang nak masak nasi beriyani.. rasa macam kitorang ni dah kahwin.. pergi kedai lepas tu cari barang tu sama-sama.. best giler.. bila nak dapat lagi beli barang dapur sama-sama lagi pun aku tak tahu... teringat lagi satu kisah.. masa tu kami hangat bercinta.. masa tu aku dengan boncet jalan-jalan dekat Jusco.. kitorang berlakon macam dah kahwin..jalan-jalan dekat bahagian barang-barang keperluan rumah.. pastu kitorg berangan nak beli rice cooker, kuali, mesih basuh, ice box, water dispenser, tv, sofa, katil.. macam-macamlah.. pastu berangan nak susun barang-barang yang kitorang beli tu kat rumah macamana.. hahahah... indahnya kenangan masa tu... bila la nak dapat berangan dan berlakon macam tu lagi... hmmm...

oklah.. mata dah ngantok.. esok aku cuti.. nanti aku update lagi ok.. see ya..

take care semua.. peace yo!!!

Monday, January 9, 2012

K.E.R.J.A



jumpa kembali kita.. just nak inform yang esok pagi pukul 10 aku dipanggil interview kerja.. harap-harap diterima lah.. dah bosan duduk rumah sahaja.. at least dapat juga kumpul duit belanja sendiri, walaupun masih ditaja PTPTN... tapi berapa lah sangat aku dapat.. tapi aku tetap bersyukur walaupun gaji yang bakal aku dapat tu gaji budak lepasan SPM.. tetap lidah ni menyebut Alhamdulillah...

kerja kat mana tu emie??

kerja mana-mana pun sama.. tak perlulah nak bagitahu kat sini.. lagipun sekarang ni aku berkawan dengan seorang lelaki yang perahsia.. manalah tahu dia stalker blog aku nie.. kang kantoi pulak aku kerja mana.. bagi yang dah tahu tu tolong diam-diam jek eh.. rahsiakan tau.. tq so much..



lepas ni aku busy lah sikit.. kalau boleh bila kerja ni dapatlah kurangkan sikit berat badan dan dapat gugurkan lemak-lemak yang dah lama bertepek dikulit aku ni.. biarlah dia terbakar sikit.. so tak adalah dikatakan aku ni obesiti sangat.. bersyukur alhamdulillah.. sedebab-sedebab aku ni, belum ada penyakit merbahaya datang menyerang.. kurang darah merah dan tonsil tu dah biasa kena.. penyakit selain tu tak adalah pulak.. mintak dijauhkan lah... amin..

TIME TO



doakan aku yek.. mudah-mudahan urusan aku esok dipermudahkan... amin.. gambate emilia!!!

Sunday, January 8, 2012

MOTOR IDAMAN AKU



hai semua.. berjumpa kembali kita.. apa khabar semua.. hari ini aku nak cerita pasal motor idaman aku..

lately ni, hari-hari aku kena hantar adik aku pergi kerja.. aku pulak tak pergi-pergi kerja pulak.. next entry aku bagitahulah pasal kerja aku yek..

motor idaman aku..
disebabkan dah selalu naik wave, aku rasa aku lebih selesa menunggang motor jenis ni.. adik-adik aku semua pakai wave.. so aku pun rasa nak join sekali pakai wave.. tapi bila nak belinya.. tunggulah aku da cukup duit nanti.. banyak sangat duit nak pakai.. kan ini angan-angan aku sahaja.. berangan tak salahkan.. lagi pun free jek.. tak payah mintak izin siapa-siapa pun.. cuma angan-angan ini akan jadi realiti ataupun tidak kita tunggu sahajalah..


mengenai motor wave ni banyak siri dia.. tapi yang aku tahu wave s dan wave 125.. yang aku minat sekarang ni wave 125.. laju pun laju.. selesa pun selesa.. naik bukit pun tak adalah berat sangat nak naik tu.. yang penting aku selesalah menunggang motor jenis ni.. Insya'Allah.. suatu hari nanti akan ku miliki juga motor ni.. ngeng... ngeng... ngeng....



tapikan.. tapikan... mata aku tertarik dengan motor yang satu ni.. cantik pun cantik.. memang sesuai lah dengan wanita lemah lembut macam aku ni.. (lemah lembut ke???).. dari dulu memang minat LC tapi sebab tak nak sama dengan seseorang tu aku cari la jenis yang lebih girly sikit tapi LC jugak cuma  taambah depan dia EGO.. disebabkan ego aku pun tahap melampau.. bak kata seseorang nie.. aku decide nak ambil Yamaha Ego LC ni.. cantik kan design dia.. lagi-lagi yang warne purple pink... fuhhh mantooppp...

tulah angan-angan aku.. berangan je lebih belinya tak tahu bila.. doa-doakan lah yek.. mana tahu dalam masa terdekat ni aku mampu memiliki salah satu dari dua motor idaman aku ni.. kalau nak lagi murah wave la... tapi tengoklah kedudukan kewangan aku sekarang.. jealous tengok adik-adik aku mampu memilik sebiji motor sedangkan kakak dia ni hamprak pun takda... sabar emi.. sabar.. slow-slow ok.. Insya'Allah ada rezeki nanti ada lah sebijik untuk kau.. huhu..

ok lah.. see you again.. take care people!!