Wednesday, May 9, 2012

DURIAN RUNTUH UNTUK WARGA FELDA




Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan ‘Durian Runtuh’ kepada 112,635 peneroka FELDA, Jengka 8, 8 Mei 2012 dihadapan 40,000 orang warga FELDA.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ jumlah terkumpul bernilai RM 15,000.00 dalam wang tunai kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.
“Sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion. Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.
Pengumuman yang dinanti nanti oleh 112,635 peneroka FELDA dibuat Perdana Menteri dalam program Majlis Bersama Peneroka FELDA itu mendapat sambutan begitu gemuruh dikalangan 40,000 warga FELDA yang berhimpun di Jengka 8 ini. Jalan menuju FELDA Jengka 8 ini menerima kesesakan trafik yang luar biasa, sejauh 6 km dari arah Pusat Bandar Jengka dan Jerantut.

Selain dari itu, 20% saham FGVH akan diperuntukan kepada Tabung Amanah bagi peneroka FELDA. “Sekiranya FGVH untung selepas penyenaraian, insyaAllah akan dapat lagi RM 1,500.00 bagi setiap peneroka FELDA”.

Beliau, yang juga Menteri bertangung jawab hal ehwal FELDA juga mengumumkan ‘Durian Runtuh 2′ merupakan ‘pink form’ bagi pengagihan saham dalam gerak-kerja penyenaraian FGVH, yang dijangkakan akan disempurnakan 26 Jun 2012 di Bursa Malaysia.
“Membetulkan segala tohmahan Pembangkang, saya ingin mengesahkan, tanah peneroka akan kekal milik warga FELDA”.

Bagi warga kerja FELDA pula, PM Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ untuk mereka. Sumbangan dan dedikasi mereka dalam agenda membawa perubahan melalui transformasi FELDA semenjak ditubuhkan, jelas dihargai dalam pengumuman ini. Ini juga merupakan rekod bonus paling besar yang diperuntukan untuk mana mana warga-kerja agensi Kerajaan.

‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011. Ianya merupakan sebahagian dari agenda transformasi beliau bagi masyarakat FELDA, yang merangkumi penyenaraian FGVH, dalam menentukan kedudukan strategik FELDA bagi 50 tahun akan datang terus kekal kukuh dan progressif.

“Apa yang ada hari ini merupakan impian Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi itu kepada tahap yang lebih tinggi”, sambil mengimbau FELDA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan memberikan tumpuan khusus peribadi, merupakan agenda transformasi masyakar luar bandar bermula tahun 60an itu.

“Untuk sampai ke tahap ini, ianya dengan kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas. Bermula dari ‘roll call’ setiap pagi dan berbekalkan dengan alat asas seperti kapak, parang dan kecekalan jitu. Akhirnya, kawasan hutan itu bertukar wajah dan berjaya dibangunkan kampung dan kawasan ladang”.

“Ditempat binatang buas dan berpuaka itu kita bina kampung, ujudkan ladang dan membangunkan masyarakat. Hari ini, ianya berubah kepada kawasan yang maju, seperti Pusat Bandar Jengka ini”.


 Antara warga peneroka FELDA yang hadir

FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan sehingga berjaya mengujud dan bangunkan 317 tanah rancangan seluruh Negara.

Menurut PM Najib, FELDA merupakan organisasi pengeluar minyak sawit terbesar didunia. Kini ianya mengorak langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA dikonsolidasikan bawah FGVH. “Banyak pihak luar ingin belajar dengan kita”.

Beliau juga mencemuh segelintir minoriti dikalangan peneroka FELDA yang bersekongkol dengan Pembangkang dan cuba menggagalkan penyenarian IPO, termasuk membawa ke Mahkamah. Beberapa kali mesyuarat agung luar biasa (EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dibatalkan kerana injuksi Mahkamah yang diambil. “Saya tidak rela dan redha mereka menerima ‘Durian Runtuh’ ini. Haram jadah mereka!”.

Dalam ucapan alu aluan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus menentukan masyarakat FELDA dibela dan bangunkan. Beliau meminta masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib.

Monday, May 7, 2012

CELOTEH SEBELUM TIDO

hai semua.. minggu ni merupakan minggu yang sibuk untuk aku yang sedang berada di final year as a student of account..

isnin: pukul 8.30 pg kne siap2 nk g lawatan ke KL..
selasa: presentation chicken run
rabu: prepare resume, write up chicken run
khamis: lawatan ke UiTM Shah Alam under unit kerjaya
jumaat: discuss Johnson Turnaraound

sem akhir ni banyak giler discussion.. sakit kepala.. balik rumah dah penat.. mata dah macam panda.. bz..bz.. cepatlah habis belajar nie.. harap2 dapat lulus dengan jayanya.. jauhkanlah dari t'repeat paper.. mintak sangat2..  mudah2an dapat grad ontime and pointer pun naik.. amin...

p/s: doakan keselamatan perjalanan kami yek..  

Monday, April 30, 2012

SEKADAR CUCI MATA




















PAHIT UNTUK DITELAN

hai semua apa khabar?? alhamdulillah.. aku baru sahaja habiskan cuti mid term minggu lepas.. esok dah start class semula.. rasa liat semacam je kan nak pergi kelas bila lama cuti ni.. 

by the way cuti nie aku kena siapkan report.. macam2 report sebenarnya nak disiapkan.. dan buat masa ni interview untuk internal audit baru je selesai.. report praktikal aku pun sudah selamat di pos ke office JB untuk dicop dan disign then boleh la dihantar ke Pn.Rosmahwati.. kalo tak hantar matilah result aku kene tahan untuk sem nie... macamanalah leh hilang buku log aku tu pun aku tak tahu.. redha jelah..

cuti mid term ni aku tak balik rumah atas beberapa sebab.. salah satunya tulah nak siapkan report praktikal aku tu.. dan sebab lain.. hati aku sedang dilanda omabak badai.. tak tenang.. masalah cinta ke mizslumber?? a ar.. masalah cinta yang tak ada kesudahanya.. tak apalah.. jodoh  pertemuan, ajal maut semua ditangan Tuhan.. apa yang Tuhan dah tetapkan kita kena terima dengan hati yang tenang.. mula-mula memang nak melenting aje. tapi bila pikie2 balik tak guna nak melenting tak tentu pasal.. apa yang terjadi mesti bersebab.. cuma kita je tak tahu dan tak cuba selaminya..

sekarang ni tumpuan dan fokus aku hanya untuk belajar dan belajar.. nak menyesal sekarang pun tak guna sebabnya benda tu dah berlaku pun.. nak tak nak terima jelah... aku sekarang ni sedang mengcount down bila nak habis belajar ni.. aku nak tebus semuanya.. ya.. semuanya.. aku nak sibukan diri aku.. aku taknak kenangan2 aku dulu2 bermain2 difikiran aku.. aku hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja untuk DIA. dan aku juga nak wish kat dia,,

gambar terakhir sebelum kita berpisah jauh

SELAMAT MEMULAKAN PEKERJAAN YANG BARU AWAK.. EVEN KITA DAH TAK ADA PAPE.. SAYA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AWAK. JAGALAH DIRI AWAK DAN ADIK2 AWAK TU BAIK2.. JANGAN SIA2KAN MEREKA.. TANGGUNGJAWAB AWAK DAH MAKIN BESAR.. JANGAN HAMPAKAN HARAPAN IBUBAPA AWAK.. JIKA SAYA ADA BUAT BANYAK KESILAPAN PADA AWAK.. SAYA MINTAK MAAF DARI HUJUNG KEPALA HINGGA HUJUNG KAKI. HALALKAN MAKAN MINUM SAYA SELAMA INI. GOOD LUCK!!!


thanx kakak2 dan abg IA


tq encik salleh kerana sudi luangkan masa untuk kami.
last paper...

Saturday, April 28, 2012

PROMO KAMPUS DUNIA

hai semua just nak share UiTM Segamat kuar tv @tv al-hijrah channel 114, ahad (29.4.2012) pukul 2.30 pm. jangan lupa tonton!!

Thursday, April 19, 2012

BAS UiTM SEGAMAT TERBAKAR

Bas UiTM terbakar, empat kakitangan selamat

Bas UITM musnah sama sekali dalam kebakaran dekat Hentian Seeblah kampung Bemban, semalam
JASIN - Empat kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar dekat Hentian Sebelah Kampung Bemban, di KM184 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu disedari pemandu bas universiti, Shamsuri Sentol, 46, yang terbau hangit dari arah belakang.

Menurutnya, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Simpang Ampat, Alor Gajah ke UiTM Segamat dan terbau hangit kira-kira dua kilometer sebelum memasuki kawasan hentian sebelah Kampung Bemban.

“Saya kemudiannya memberhentikan bas. Selepas diperiksa, ada asap pada tayar di belakang bas dan cuba memadamkannya menggunakan air.

“Namun api mula keluar dan berlaku letupan kecil sebelum marak menyebabkan saya terus menghubungi bomba,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Rozali Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Bagaimanapun dalam perjalanan, kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil untuk ke lokasi berikutan lokasi kami lebih jauh.

"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 100 peratus dan api dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.

Tuesday, April 17, 2012

JANGAN BERSEDIH

beberapa hari ni hatiku tak tenang
mengenang nasib ditinggalkan
hari-hari bermandikan air mata
tekanan perasaan membalut diri

hati disana gembira
hati disini sunyi
pelbagai andaian dibuat
sehingga memikirkan yang luar dek akal

sterio in my heart, hati yang kau sakiti, terukir dibintang
a 1000 years, kau pasangan yang tepat, merinduimu
tapi bagaimana, wish you were here, penerang hati
semua aku mainkan untuk temani hati yang sepi

that's when i love you, pujaan hati, secret,rindu bukan teman
menuggumu, ashiteru, baik-baik sayang, percaya padaku,
i miss you like crazy, ku tetap menanti, marry you, count on me
penghujung cintaku aku dendangkan dalam kamar hati

temanku berkata
sabarlah wahai teman
doakan dia baik-baik sahaja
doakan dia selamat

ya aku berdoa untukmu
tapi hati ini masih terasa dihiris sembilu
bukan perpisahan yang kupinta
kasih sayang yang makin berkurang yang kurasa kini
menjadi penghalang cinta kita

wahai Tuhan yang maha mengetahui
kalau benar dia diciptakan untuk aku
kau tetapkan hati aku untuk dia
kalau dia bukan untukku
tunjukan aku hidayahmu supaya aku tidak terpesong

Ya Allah ubati hatiku yang rasa disakiti
ubati hatiku supaya jangan bersedih
didik hatiku hanya dengan menyebut namamu
supaya aku tidak hanyut dibuai deru