Showing posts with label CERITA RAYA. Show all posts
Showing posts with label CERITA RAYA. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

RAYA AIDIL ADHA DIPERANTAUAN

salam semua... esok kita semua akan menyambut hari raya korban.. tahun ni merupakan raya korban kedua aku beraya diperantauan.. kalau sebelom nie aku sambut raya dirumah officemate aku semasa aku kerja di UiTM Segamat time cuti semester dulu.. kali ni pula, aku beraya sorang2 jek dirumah sewa aku.. disebabkan hari ini aku masih bekerja.. aku pon decide aku nak beraya disini sahaja.. lagipun keadaan tak mengizinkan aku balik kampung.. bawang merah pun paham keadaan kerja aku sekarang... dan aku pon dah beritahu ayah yang aku tak dapat balik.. ayah pon sedia maklum dengan keadaan anak perempuan dia sorang nie.. maafkan emi ayah..


sabtu nie keluarga kami akan menghantar rombongan merisik untuk pak usu aku... aku tak dapat pergi.. lagi pon dengan bilangan ahli keluarga yang ramai takot kereta kami tak muat.. so aku decide.. aku dok soini sahaja.. aku doakan semoga perjalanan mereka pergi dan balik dari merisik selamat dan dijauhkan dari marabahaya..


if korang nak tahu, ayah aku sekarang dalam keadaan yang tak sihat... mata kanan ayah aku dah tak nampak langsung.. orang tua2 cakap katarak... minggu depan bawang merah nak bawa ayah pergi hospital untuk checkup.. harap2 mata ayah dapat pulih seperti sediakala...kalau korang semua baik hati.. tolong doakan ayah aku sihat yekk... kesian ayah...


apa cerita raya korban kali nie??? aku??? seperti sedia maklum aku sekarang sedang berusaha keras berjuang memperbaiki kedudukan keluarga aku sekarang... kalau diperkenankan oleh yang maha kuasa aku nak ayah aku sihat dan aku nak ayah dapat lihat dan bangga dengan kejayaan anak2nya sekarang dan juga in future.. aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur ibu bapa aku.. dan somoga Allah memberikan aku kesempatan untuk membalas kesemua jasa mereka terhadap aku sebelum ini.. aku mohon belas ihsan-Mu... perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...


pagi tadi semasa aku nak melintas jalan, ada sebuah lori yang membawa muatan beberapa ekor lembu lalu didepan aku.. bila aku tengok lembu2 tersebut.. muka dorang semua sedih semacam jek.. mungkin dorang  dah tahu kot esok hari penentuan dorang.. itulah agaknya pengorbanan mereka sebagai salah seekor haiwan yang dah tertulis dalam Al-Quran sebagai binatang yang boleh dibuat korban..

apa pulaklah pengobanan yang kita boleh lakukan ye kawan2???


mungkin sebagai anak.. kita boleh bekorban demi keluarga kita dan sebagai pelajar kita boleh bekorban masa dan tenaga untuk lulus cemerlang dalam pelajaran kita supaya bila dah grad nanti kita boleh balas balik jasa ibu bapa kita.. sebagai pasangan kekasih kita harus korbankan nafsu kita ke jalan yang benar.. bukan dijalan yang dimurkai Allah.. sedar tak sedar sebenarnya kita as perempuan... dosa kita masih ditanggung oleh ayah atau bapa kita.. selagi kita tak kahwin apa segala dosa yang kita buat ayah kita yang tanggung.. kalau boleh.. bukan kalau boleh.. kene MESTI... jauhkanlah diri kita dari melakukan maksiat.. cuba kikis semua tu.. kita tak sedar kita dah banyak menyusahkan mak bapak kita semasa dorang hidup.. bila dorang dah tak ada nanti barulah time tu kita rasa menyesal.. sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian dah tak guna lgi dah... selagi dorang ada lagi ni.. elakanlah.. kalau tak sabar sangat nak pegang sane pegang sini.. suruhlah bf kita tu masuk meminang cepat2.. atleast tak adalah berat sangat beban dosa yang ayah kita tanggung.. 

aku cakap ni kadang2 dalam tak sedar aku pon buat juga.. tapi akhir2 ni.. bila buka cerita pasal hal ni dengan roomate aku, ia buat aku tersedar dan revise apa yang aku dah buat selama ni.. kita sebagai manusia tak lepas dari buat silap.. kalo boleh from now kita minimizekanlah semua tu... bila mak ayah kita dah bagi kepercayaan kepada kita, kita gunakanlah ia sebaik-baiknya.. janganlah sesekali memusnahkan kepercayaan yang diberikan tu dengan melakukan benda2 yang tak elok.. bukanya apa.. kalau dorang tahu kita buat kerja yang tak elok.. sudah semestinya ibu bapa kita kecewa dengan kita.. menghampakan, mengecewakan dan buat hati ibu bapa kita sedih ni kita pon dah kira dosa dah.. 

rasanya nie sesi meluahkan perasaan... yelah.. dok uma sorang2 ni kadang2 buat kita muhasabah diri seketika.. kalau ia untuk kebaikan diri kita apa salahnya kita berubah.. hehe.. cuma nak bagitau kat semua.. lately ni aku balik rumah, aku dah tak naik lif.. aku naik tangga... rumah aku tingkat 13... semput tak semput lah aku naik tangga tu.. atleast aku tengah berusaha nak turunkan berat badan aku.. kepala lutut aku pon menggigil bila dah sampai tingkat 10.. ye!!! aku kene usaha lebih.. chayok emilia!!

ok lah.. kita sambung next time k..

Thursday, August 16, 2012

POST RAYA

semalam baru sahaja settlekan e-filling.. nak kejar punya dateline.. banyak jugak salah yang aku buat.. nasib manager consider aku budak baru.. bertungkus lumus aku, K.ina (manager) and K.madiha siapkan semua keja semata-mata nak balik berbuka puasa bersama family.. aku jek berbuka keseorangan di ampang point..

hari ni aku kena siapkan semua working paper tok direview oleh k.ina.. penat jugak.. stress.. template yang co ni gunakan lain sikit dari template tempat praktikal aku dulu (AFTAAS). takpe.. aku belajar sikit2.. dan tengahari tadi bos panggil wat meeting raya.. alhamdulillah rezeki.. dapat duit raya.. walaupun baru masuk 4 hari bekerja.. bertuah aku bekerja disini.. bos aku sangat baik dan lemah lembut. mesti dia seorang ayah yang penyanyang.. thanx daddy Ghani..

bercerita tentang balik raya.. aku tak tahulah ade tiket tak ni nak balik JB.. lenjan jek nie.. risau jugak.. kot-kot dah memang confirm takada.. beraya kat Ampang lah aku sorang2. mak aku pulak entah apa dia meroyan tiba-tiba paksa boncet balik raya dengan aku sekali.. pelik.. siap ugut g.. tapi sedih.. dia taknak pun beraya dengan kami.. dah takada feel raya katanya.. entahlah.. mood raya aku tahun ni tak terasa sangat.. biasa jek.. tengok akak2 kat opis nie beriya beli kuih raya, kepek la.. angpow raya pun nak beli kat bank negara.. dasyat sungguh.. nila auditor.. agaknya duit dia dah banyak sangat.. tu yang dia melabur banyak untuk raya ni.. bestnya dorang semua dapat bonus.. seronok lah.. ok lah.. walaupun tak ade feel raya, aku tetap nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..


Wednesday, September 28, 2011

POST SHOPPING RAYA YANG X TERPOST LAGI



Hai kawan-kawan!! Kamu semua da shopping raya belum?? Hahahahah… aku dah shopping semalam dekat Plaza Kota Tinggi, JB. Memang banyak pilihan dekat sana. Sampai ada kedai yang offer 3 helai RM100. Aku apa lag, bolon lah. Aku beli baju jenis cotton 2 helai dan baju lace sehelai. Itu untuk baju pergi kelas and kerja. Belum lagi baju raya. Baju raya aku beli sehelai jek. Tawar punya tawar, aku dapat RM70 sehelai. Cuma tudung jek tak dapat nak cari. Takpelah guna tudung yang ada. Tak baik membazir. Alang-alang da murah ni aku beli banyak sekali. So, boleh jimat disitu. Ingat nak beli lagi lah baju cotton. Aku selesa pakai baju jenis macam ni.

Aku pergi shopping raya bersama-sama office mate aku:-


NOR SYAHKILA MAHZAN

SITI YUHANES AMAT ARJAK

NURAZIDAH AZAHAR

HANI NAZIYAH MD.HARUN

Yeah!!! Aku da ingat nama penuh kawan-kawanaku. Selama berpraktikal di AFTAAS ni banyak benda aku kena ingat. Nombor telefon client pun kene ingat. Tapi disebabkan memori aku ni kecik (nizam… saya sedar memori saya memang kecik), aku buat la satu buku telefon. Dan sekarang masing-masing bila nak telefon, masing-masing mencari buku telefon yang aku buat.. (sebenarnya takdelah sangat macam buku telefon, just sehelai kertas yang berisi nombor telefon sahaja… saja nak wat ayat gempaq.. gempaq kew????)

Berbalik dengan cerita shopping raya aku, rasa macam seronok sangat shopping bersama-sama mereka. Dan sambil-sambil jalan cari baju yang cantik dan berkenan dihati, kepala aku teringat memori indah semasa mencari baju raya bersama keluarga aku. Rindunya saat itu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Rasa macam dah tak ada apa-apa dengan raya ni. Cuma hanya atas nama HARI RAYA sahaja. Feeling nak raya dah tak ada. Mungkin sebab peningkatan umur yang semakin menjangkau usia dewasa, itu yang tak ada feel tu.  Dan mungkin sebab keadaan keluarga aku yang aku rasa macam nak roboh ni. Rasa-rasanya apalah jalan terbaik untuk kami sekeluarga boleh bahagia seperti dahulu. Muka-muka ceria dah lenyap untuk dijadikan hiasan dihari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Hanya muka-muka blur, menyampah dan benci menhiasi raya kali ini. Lama sungguh nak tunggu aku grad. Aku memang tunggu masa sahaja nak balas segala jasa bawang merah yang kununnya banyak berkorban untuk ayah, aku dan adik-adik. Tunggu jelah wahai bawang merah. Kata-katamu itu akan aku pegang sampai bila-bila. Lepas ni jangan harap apa-apa dari aku. Bukan niat nak membenci ke apa, Cuma nak tunjuk bukti dekat dia yang aku dan adik-adik aku bukan bebanan yang dia tanggung selama ni. Nak dapat mak yang boleh dijadikan kawan dikala sedih, sunyi dan gembira pun tak kesampaian. Bakal mak mertua yang sporting pun dah meninggal. So, aku nak cerita kat siapa lepas ni cerita-cerita aku ni. Emmm…

Sambung balik cerita shopping raya kita, sepatutnya aku kene kerja semalam sebab kak watie cuti pergi hospital. Nak tak nak aku mintak kerja half day dengan Encik Joe. Nasib bos bagi. Terketar-ketar jugak masa nak cakap mintak kerja half day tu. Fuuhhh… ini semua disebabkan mereka2 ini, lepas nie kawan-kawan aku akan pergi balik ke Banting meninggalkan aku sensorang. So, aku tak nak lepas peluang ini untuk  bersama-sama mereka kali ini. Bila buka puasa, kalau boleh nak hari-hari buka dengan mereka. Makan beramai-ramai bersama kawan-kawan yang kita sayang ni sangat seronok. Banyak cerita boleh dikongsi bersama. Kadang-kadang benda yang kita tak tahu pun boleh jadi tahu. Seronokan macam ni. Bila dorang pergi mesti hari-hariku suram. Sedih….

Ni gambar2 semasa kitorang shopping raya aritu.. checkitout!!





lovely sista..



try muat x??



sweet 1

sweet 2





penat...


cameramam

amek ko..



















kepenatan..

still bertenaga si anis nie..









jom ke uptown pandan..





beli 1 hot perfume... apple be delicious..





adeh.. mana nak pilih nie..


tudung yang mana sesuai dengan baju raya aku ni???




Saturday, February 19, 2011

cerita lepas cuti raya cina


hye.. jumpa lagi kita... banyak member2 update dorang punya belog... aku punya belog tak update2 lagi.. nie baru nak update..

kita start cerita kita dari aku holiday masa cuti raya cina dulu ok..
.
.
.
.

aku balik uma ari ahad 2 minggu yang lepas dimana cuaca di segamat sangat buruk... hujan turun tak henti2...hati ini risau takut2 banjir...
memang dah banjir pun dikawasan bandar segamat.

kenapa kau tak balik jek ari jumaat lepas kelas??
sebabnya aku ada class memandu pada hari sabtu. so aku
balik lah hari ahad... undrestand???

ok! pada hari ahad tu aku bangun pagi2 then
siap2 nak balik.. nasib baik bus dari tangkak-segamat still beroperasi lagi... tiket aku pukul 10. tapi aku da get ready tunggu bus pukul 8.30 pagi. makcik dan pakcik beriya2 melayan aku... disuruhnya aku sarapan dulu... dengan nasi gorengnya, roti canainya, kuih apamnya... lagi sedap teh susu makcik... memang mantap... tapi lagi sedap teh susu nenek belah bawang merah... betul2 mantop!!!

perjalanan pada hari ahad itu diteruskan dengan singgah selama 2h1m di rumah yun...
motif??? (bak kata baraz)
motifnya nak beli baju kurung untuk interview... tapi bila da
sampai kedai mata terus rambang... beli 3 baju kurung. just satu jek untuk interview...
last2 tunjuk kat miss... REJECT!!! what the.....
then baju kurung satu lagi besar nak mampos... ingat nak tukar... tp last2 bagi bawang merah... suka bawang merah dapatbajubaru..
habis duit aku.. nasib dapat murah...TERIMA KASIH PUAN NORA!!!

bila nak bertolak dari kota tinggi-larkin... kota tinggi sudah dinaiki air..
mean??? BANJIR!!! aku naik bus terakhir dari kota-larkin..
selamat terlepas dari berkampung kat kota.

akhirnya sampai jugak aku di FELDA CAHAYA BARU... welcome home EMILIA!!
sehari berada dirumah... then, aku dapat offer
jadi CIKGU... oh my!!!

love it!!!

murid2 darjah 4: CIKGU EMILIA....

aku: panggil saya CIKGU EMIE jek...

murid2: cikgu.. cikgu, tadi kan masa kitorang nampak cikgu turun dari tangga kitorang ingat
cikgu garang...

aku: kenapa kamu semua tengok muka cikgu garang kew???

murid2: aar.. garang.... tapi kan cikgu... bila cikgu ajar kitorang cikgu baik sangat... cikgu tunggu kitorang siapkan kerja dulu baru cikgu teruskan ngajar lagi... kami sayang cikgu!!!

aku: eh??? cikgu baru ngajar kamu hari ni kamu da sayang cikgu???

murid: cikgu baiklah... cikgu M tu garang sangat... bagi kitorang kerja banyak pulak tu... tak siap kene marah pulak tu... cikgu... cikgu ada facebook x???

aku: (budak2 nie tahu jugak fb nie...; senyum nak tergelak)... ada. kenapa?

murid2: nak email cikgu boleh???

aku: cikgu akan bagi.. tapi kita belajar dulu ok???

murid2: baik!!! cikgu2... hari khamis ni cikgu ajar kami lagi tak??

aku: tengok keadaan.. kalau cikgu wawa panggil cikgu ngajar kamu lagi... kita akan berjumpa...
oryte...

setelah habis mengajar... dan kerja sekolah pon sudah diberi... mereka siap2 nak pulang kerumah masing2... ada yang naik basikal... ada yanan ada ya
ng naik van sekolah dan ada yang ibu bapa meraka ambil mereka...

murid2: bye cikgu!!!!

aku: bye!! hati balik rumah!!!
.
.
.
.
february 5th, 2011


kebetulan kami merancang nak berjumpa untuk kesekian lamanya tak jumpa..
merancang hendak bercuti.... tapi sesuatu yang buruk sudah berlaku.. bakal ibu mertuaku meninggalkan aku untuk selamanya...

very2 sedih coz almarhumah sangat2 sporting dan yang penting sangat rock!!!
i miss her so much!!! so much!!!
miss her curry... nasi briyani... love it!!

kata nizam mak tak sempat nak tengok bakal cucu dia...
arrggghhh!!! sedih bila di ingat balik...

cerita dia.. pagi2 lepas subuh main game kat hp... then boring kami akan bercerita di bawah pokok kelapa depan rumah... banyak lagi cerita yang kami nak kongsi...

makcik... emie sayang makcik... emi tak pernah dapat kasih sayang ibu yang amat sporting dan sangat memahami macam makcik...
mak saya tinggalkan saya sebelum saya sempat kenal mak saya sepenuhnya...
bertuah nizam dapat kenal makdia... dapat berkongsi cerita dengan mak dia dan sempat balas jasa mak dia.. hope dia n adik2 dia dapat doakan mak dia...

SEMOGA ALMARHUMAH PUAN FAREEDAH DAUD DI TEMPATKAN BERSAMA2 ORANG2 YANG BERIMAN DAN SOLEHAH... AL-FATIHAH
.
.
.
.
cerita kembali menuntut ilmu di UiTM

takde semangat... you know why??? sebab hati aku tertinggal di JENJAROM
tapi harus terima dan teruskan hidup... tak sanggup tengok dia cakap

"sayang... mak da takde... mak da takde..."

hati aku akan sebak... sebab aku pon xde mak jugak...

yeah!!! aku perlu teruskan hidup aku...

SEMANGAT!!! kembalilah padaku... jauhkan MALAS dalam hidup aku...
please...... hope sangat2...