Wednesday, August 19, 2009

my web site

hahaha.. xlama lagi aku da nak hanrat website aku... now, aku kat lab nie... xtau nak wat ape... frontpage 2000 dgn 2003 lain la... susah nak convert...
so miggu dpn da nak kene hantar... aku kne workhard tok siapkan website nie... jap g da nak balik..t kita sambung balik ehh.... tataata

Tuesday, August 18, 2009

BOYS OVER FLOWER

weekend yang lps aku xbuat apa2 pon... ada event keusahawanan pon aku x turun padang... aku xde semangat la minggu nie... kenapa yek... hmmm... masa keboringan aku yang x terisi tu aku isikan la dengan menonton cerita korea 25 episod... BOYS OVER FLOWER... best giler citer nie.. kalo kawan2 aku ade join skali mesti aku malu... tau x sebab apa aku kate aku malu.. hahaha... sebab... kalo aku tgk citer... aku emo sket... kalo aku geram kat pelakon dalam cite tu aku akan tumbuk2 bantal atau tilam aku... dan bayangkan tilam or bantal aku tu adalah pelakon tersebut... kedebuk22!!!! ( bunyi aku tumbuk bantal... hahaha...)



teringat lah sampai sekarang citer nie.. sampai dalam kelas pon aku kaitkan dengan citer nie... ainun bengang jek dgn aku coz aku asyik cerita pasal BOYS OVER FLOWER nie... hahaha... si curly boy... JUN PYO.. n si cutie... JAN DI... "JJ"... macam aku dengan nizam... si curlynya of coz la nizam.. n si cutie mestila aku... hahaha... dorang sangat2 sweet... no one can take JAN DI from JUN PYO... JUN PYO sangat2 menjaga hal ehwal hidup JAN DI... aku nak jadi cam JAN DI la.. apa pandangan korang... she is the lucky girl.. whatever she want.. she do it until she can reach it... dia juga penyeri hidup semua orang.. da la cute... most all the part about JAN DI n JUN PYO... aku suka... huhuuhuhukk... nak macam dorang.... aku nak kisah percintaan aku berakhir mcam mana kisah cinta JAN DI n JUN PYO berakhir...
nizam... i miz u so much!!!! nape la konsert tu g penting dari aku... aku ingat dia cakap dia nak gerak pukul 6 tu dia nak gerak dtg jumpa aku... hmmm..hampa... tp benda yang menyakitkan ati aku yang aku dapat... kadang2 cemburu pulak aku dengan NINI... bf dia sgup datang bawak dia jalan2 bila dia perlukan bf dia... aku pulak time kat sini.. kalo perlukan sesorang... kene cari kawan.. tapi kawan2 pon mestilah ada life dorg sdri xtvt dorg sendiri time cuti hujung minggu... dorg pon nak rehat gak...
****NINI dating dgn bf dia dari ari sabtu sampai ahad
****SAL ari sabtu ada modul sampai petang... ahadnya pulak ada claz memandu n abes claz dia g berjimba dgn AINI, AZIE n BF AZIE...
**** MIRA pulak balik uma sampai ari isnin...
**** AINUN outing dgn SAI...
**** AKU???? layan citer BOYS OVER FLOWER la... haahaha... n then gadoh dgn NIZAM... sbb dia xlayan aku... hahahha...

Sunday, August 9, 2009

TAKZIAH UNTUK KELUARGA KAK AISHAH... AL-FATIHAH..


Dua lagi korban H1N1
Oleh ZALIFAH MOHD YATIM dan INTAN MAS AYU SHAHIMI

SEGAMAT: Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) di negeri ini terus meningkat apabila dua lagi mangsa terkorban membabitkan seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) di sini dan seorang bayi perempuan berusia 16 bulan di Johor Bahru, malam kelmarin.

Dalam kes pertama, seorang penuntut UiTM Segamat meninggal dunia di Hospital Segamat, kira-kira jam 8 malam.

Siti Aisyah Koestiadi, 23, penuntut tahun akhir Ijazah Perakaunan berasal dari Kampung Bukit Bintang di sini, masuk ke hospital sejak 2 Ogos sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Khairi Yakub, berkata penuntut wanita berusia 23 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 2 Ogos lalu dan dia dipindahkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam kelmarin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah obesiti dan pneumonia,” katanya.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Siti Aisyah tinggal menyewa bersama rakan di sebuah rumah Kampung Lubok Batu di Jalan Muar-Segamat.

Dia dipercayai demam panas dan masukkan ke hospital sejak seminggu lalu apabila keadaannya bertambah kritikal.

“Selepas cuti semester dipinda awal, sepatutnya Siti Aisyah balik semua ke universiti untuk menduduki peperiksaan kerana pengajiannya bakal habis tidak lama lagi,” katanya.Menurutnya, arwah Siti Aisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bintang, di sini, pagi semalam.Di Johor Bahru, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Dr Mohd Khairi berkata, bayi itu meninggal dunia kerana pneumonia.Kes kematian pertama akibat H1N1 di negeri ini membabitkan seorang budak lelaki, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2 Ogos lalu.

Seorang budak lelaki berumur enam tahun pula meninggal dunia jam 2.30 pagi pada 5 Ogos lalu di Hospital Batu Pahat, iaitu kematian kedua di Johor.Manakala dua lagi kes membabitkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia 37 tahun. Kedua-dua mangsa dimasukkan ke Hospital Kluang pada 3 Ogos lalu dan meninggal dunia di HSA Johor Bahru, Rabu lalu.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

Friday, August 7, 2009

akibat dari serangan cik bab

disebabkan serangan cik bab, aku dapt cuti free selama 9hari bermula pada 26hb July sampaila 2hb Aug... selama aku bercuti dirumah dan dirumah bakal mak mertua aku, aku hanya belajar MAF380 sahaja.. walhal buku yang aku bawa balik ada banyak.. diantaranya TAX370 dan AUD390 yang baru sahaja aku jawab test.. aku membazirkan masa aku dengan perkara yang tak ada faedahnya...

kenapa ek kat rumah aku tak boleh concentrait nak belajar??? maybe pasal mak aku membebel banyak sangat kot.. tu yang terus terbantut niat aku nak belajar.. huhuhu... tapi... ntah lah.. sepatutnya aku kne teruskan perjuangan aku untuk grad 3. walaupun badai yang melanda aku patut tempuh.. ini tidak... apala nak jadi dengan aku ni...

dan sekarang da pun bermula naik cuti.. 1st week jek dah banyak benda yang menghempap kepala otak aku.. dengan test,quiz,sahabat persidan family day persida... banyaknye nak kene buat... alhamdulillah... dua test dan 3 quiz telah selamat aku jawab.. tinggal nak settlekan sahabat persida dan family day persida untuk esok hingga hari ahad... mesti penat punya la...

****Ainun nak terbang ke Sabah esok petang... semoga dia selamat pergi dan balik... Nun!!! jgn lupa bawa ole2 dari sana... heeheh.. xbest la kamu xjoin kite time sahabat n family day persida... huhuhu...=(

Monday, August 3, 2009

harapan seorang ayah

Hari ini aku mendengar cerita dari ayah.. mulanya begini.. ada seorang kawan ayah namanya Pak Usop… pekerjaanya adalah sebagai seorang penukang rumah.. dia mempunyai empat orang anak dan kesemuanya adalah lelaki… cerita ini lebih kepada anak Pak Usop yang sulung… menurut cerita ayah.. anak sulung Pak Usop nie sekarang bekerja di Putrajaya. Elaun dia ke Jepun mencecah puluhan ribu… tambahan dengan gajinya lagi.. mayb aku rasa ada lah ratusan ribu gak.. dan menurut pandangan aku.. mungkin anak sulung Pak Usop nie seorang engineer. Setau aku.. kebanyakan engineer Negara kita akan di hantar ke Jepun untuk diberi pendedahan yang meluas serta di beri motivasi.. tengok saja anak jiran dihadapan rumah aku nie… dia pun seorang engineer n xlama lagi akan melangsungkan perkahwinanya… oklah.. berbalik pada cerita anak pak usop tadi… sebagai anak yang sulung.. dia belikan adik2 dia seorang satu motosikal untuk kemudahan mereka ulang alik dari tempat belajar.. dan kebetulan satu tempat dengan adik aku Aidil belajar… adik dia yang kedua dibelinya sebuah kereta untuk kemudahan dia bekerja dan juga untuk membawa family dorang kemana2 jika abang dia ni berada di KL. Tapi syarat.. motor n kereta yang dibelikan itu tidak boleh di ubahsuai. Semua kenderaan yang diberikan kepada adik2nya itu debeli secara CASH n no iNSTALLMENT… betapa kayanya anak sulung Pak Usop nie… aku cakap la dgn ayah.. kalo beli CASH t kerajaan suspect dia.. ayah cakap.. nak suspect, suspect la.. dia ada bukti gaji dia dalam buku akaun dia…

Moral of the story… ayah nak aku belajar bersungguh n Berjaya dalam hidup aku.. ayah kata aku sempat lagi ubah nasib keluarga dan diri aku serta adik2 aku… kalo ayah.. mmg da x sempat nak wat apa2.. so ayah harapkan anak2 ayah untuk ubah kehidupan yang sedia ada ini ke[pada yang lebih baik…

*** masa aku balik dari segamat aritu aku sempat berkenalan dengan kakak ni yang merupakan graduan uitm segamat 2007. Kami bertukar2 cerita dan pandangan serta no telefon sekali.. mudah2an aku dapat tunjuk ajar dari dia untuk teruskan cita2 aku.. terima kasih KAK NURIN..

29 july 2009

apalah nak jadi kat adik2 aku

Aku xtau nak cakap macam mane lagi kat adik2 aku supaya mak x membebel pada dorg lagi… yee.. akak da banyak kali cakap.. belajar tue diutamakan dahulu dari benda lain.. kau tu nak amik SPM.. bukan nya UPSR.. ni akak tengok kau asyik keluar umah jek… da xingat kat ayah langsung.. apa nak jadi yee… asyik dgn silat kau jek… SPM kau tergadai… kate nak jadi juru terbang.. kalo nak jadi juruterbang kne la belajar bersungguh2… SPM kene bagus… t terus apply MIAT akak tengok kau la yang degil sekali.. yee… kalo kau nak wat apa2 pun pikirkan ayah… kau piker ayah nak ke tengok ank2 dia gagal dalam hidup.. mana janji kau.. kau kate xkira susah ke senang kew kau x lupa ayah.. tapi sekarang pun kau da tunjukan kau tu x hiraukan ayah langsung.. ayah sakit ke.. apa ke.. ada kau kesah yeee????

Untuk apiz pluk.. akak tgk antara adik2 akak.. apiz la yang menurut kata orang tua.. mungkin apiz malas nak cari pasal.. so, apiz ikut je la… kalo apiz xpuas ati.. jangan simpan k.. jgn jadi cam akak.. akak penyimpan orgnya.. t kalo dibiarkan lama2 meletup!!! Apiz anak yang baik.. so akak doakan apiz terus Berjaya.. jangan malas2.. kalo ada apa2 yang x paham tanye je aka.. kalo akak tau.. akak tolong selesaikan.

Bob… ni sorang g.. dgn uyul xle nak betembung.. ada jek nak digadohkan.. macam kucing dgn anjing… bob… kalo xpuas ati ke.. baik ngadu kat akak.. kalo akak leh tolong akak tolong…ni.. akak tgk asyik nak melawan jek ckp abang.. dgn ayah, mak, akak bob leh hormat n cakap baik2… apa salah nya dgn abang2 n uyul pon sama… ok bob…

27 july 2009

sebak

Semalam ayah, aku, mak, bob n uyul bersama2 hantar aidil balik ke asrama dia.. Aku tgk riak muka ayah sama seperti dia menghantar aku balik ke uitm… muka yang amat sedih.. Memang beginikah perasaan seorang ayah ketika melepaskan anak2nya sambung belajar ke tempat yang jauh dari dirinya… patutlah dulu masa aku melontarkan hasrat aku untuk belajar ke sekolah teknik ayah x bagi aku pergi… baru sekarang aku sedar betapa sunyinya ayah ketika kami anak2nya tiada di rumah…

Mengikut cerita mak, bila ayah balik keja pada waktu pagi… ayah bukan terus salin baju.. tapi dia pergi cek bilik2 anak2nya… ternyata kosong tiada sesiapa.. baik aku, aidil, yee, apiz, bob dan jugak uyul… kesemua anak2 ayah bersekolah.. tengah hari nanti riuh lah… uyul balik, apiz n bob pun akan balik… yee selalunya akan balik sekolah waktu petang kerana ada kelas tambahan.. manakala aku n aidil, kami tinggal di asrama… kadang2 time cuti baru kami pulang kerumah…

Kesian ayah… masih teringat di benak fikiran ku suatu ketika dahulu ayah pernah berkata… “suatu hari nanti ayah rasa, ayah kan tinggal sorang2 dalam rumag pusaka ini… anak2 ayah mesti da tinggal kan ayah menuju haluan hidup masing2… mak kau mungkin da xsanggup jaga ayah… itu yang ayah rasa sekarang… ayah da tua.. fikiran ayah da jauh berfikir… tgk contoh sedara ayah tu pun da cukup… anak ramai.. tapi tiada seorang pun yang nak jaga dia… betul lah ornag kata.. seorang ayah atau ibu boleh menjaga sepuluh orang anak… tapi nak yang sepuluh tu xboleh nak jaga seorang ayah ataupun ibu… “ aku dan adik2 aku yang lain apa lagi… sedih lah bila dengar ayah cakap camtu dekat kami… macam kitorang ni betul2 nk buang ayah dari hidup kitorang… x sekalipun terlintas difikitran aku nak wat ayah macam tue.. aku xnak jadi anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya… cukuplah sekali dulu menjadi pengajaran kepada aku.. aku xnak kehilangan orang2 yang aku sayang….

Ayah… kami sayang ayah.. jangan lah berfikiran yang kami akan tinggalkan ayah.. we all love u daddy!!!!

26 july 2009