Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

FROM MY BROTHER YG PALING NAKAL




if xnmapak.. this what my lil bro said:

pic nie tox kakak , mse mkn pg2 rye , lee dgar owg trik ingoz , lee tgk aya yg ngez ..
lee : np aya ?
aya : mcm mne akak agk nye kt sne pg2 nie , da mkn ke blowm , shat ke dy , np dy tade (aer mate bejurai2)
lee : dala aya , akak keje , akak shat , t dy blek la 2 , mkn la aya ,,
aya : (batuk)
lee : (bg aer , mak plak bg tisu)
muah ! syg akak !
— with Emilia Daud.



what gonna want to do.. just crying.. akak rindu adik2 akak.. ayah!!! emi rindu ayah... nak balik!!!!!!!!

Sunday, October 21, 2012

YA ALLAH TABAHKAN HATI AKU


Besar betul dugaan yang aku terima lately nie.. kuatkanlah hati aku untuk terima kenyataan ini.. berikanlah aku rezeki yang tak disangka-sangka Ya Allah.. bantulah aku.. kurangkanlah beban yang aku dan keluarga aku tanggung.. satukanlah hati aku dan adik2 aku.. bukakanlah jalan untuk kami selesaikan masalah yang ada dengan waras.. bantu kami Ya Allah.. janganlah Engkau jauhkan hati kami dari mengingati-Mu semasa waktu senang dan susah.. tak ade tempat lain lagi untuk aku mengadu selain dari-Mu Ya Allah.. aku mohon perkenan dan belas ihsan-Mu.. bantu kami.. suluhkanlah kami dengan jalan yang Kau redhai.. Amin...

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN

hai semua.. hari ini hari yang sangat memenatkan.. kerana satu hari aku berjalan atau outing bersama family aku.. tak pergi mana pun.. cuma melawat atok dan nenek di Felda Sening, Sg Rengit, Kota Tinggi...  berjalan di Bandar Penawar.. teman atok settlekan payment cukai tanah dia.. sekali arung renew I/C baru yang ada 2 gambar tu.. memang la tak diwajibkan.. tapi demi keselamatan kami sekeluarga buatlah.. dah alang-alang sampai kan.. buatlah skali.. lagipun tak ramai orang.. so sekejap jelah.. lagi 3 minggu siaplah I/C baru aku tu.. heheh... lepas buat I/C kami semua pergi menjamu selera di medan selera Bandar Penawar.. ramai giler orang.. bak kata atok.. time dah pukul 1 ramailah orang datang makan.. kang pukul 4 dah tak ada orang nak datang makan pulak.. apa maksud atok tu??

lepas makan nenek ajak pergi Sakan Bandar Penawar.. ada jawatan kosong!!! tapi jauhlah pulak dari rumah.. tak kan aku nak tinggal rumah nenek pula... tak nak lah.. huhuu... pusing punya pusing, aku beli kain ela untuk dibuat baju kurung.. kunun-kunun nak bakar semangat untuk masuk sem baru pada bulan 3 nanti.. eee... tak sabar rasanya nak belajar semula.. walaupun aku tahu betapa susahnya dan banyaknya rintangan yang bakal aku hadapi nanti.. tapi dengan bertenang jek ni... relax.. nanti kalau dah siap.. aku upload lah gambar bajunya yek.. tunggu...

si adik pula merengek mintak dibelanjakan sepasang stoking putih.. sebabnya.. esok dorang dah start sekolah..

demi adik tersayang akak sanggup keluarkan duit belikan stoking untuk korang.. lepas tu.. kami round punya round sampai dah tak tahu nak round mana... kami pun beransur pulang semula ke rumah nenek.. bagilah ayah rehat sebentar.. aku, bawang merah dan nenek siapkan apa yang patut untuk juadah minum petang...

dah siap makan semua, kami pun berangkat pulang ke rumah melalui lebuhraya yang baru siap.. dalam masa 30 minit kami pun sudah sampai di hadapan rumah..

malamnya pula.. si adik minta dibawakan keluar mencari baju t-shirt putih dan juga mencari seluar tracksuit.. tapi malangnya hanya t-shirt putih sahaja yang berjaya dibeli... dapat adik pula yang memng seleranya agak cerewet sedikit.. tapi layankan jelah... sambil-sambil teman si adik mencari barang yang mahu di belinya.. mata aku meliar mencari kertas-kertas yang di tampal di kedai-kedai yang berdekatan.. mana tahu ada rezeki aku... esok bolehlah aku call tanya ada kosong lagi ke tak.. heheh...

settle sesi mencari dan membeli.. kami pun balik.. dengan menaiki motor wave S kepunyaan poksu kesayangan kami.. dalam perjalanan.. ada pulak yang block jalan kami..

roadblock da.. tapi tak pe, dengan bertenang jek ni... dengan muka yang tak bersalah aku harungi pak-pak polisi yang berada di tengah-tengah jalan itu slow-slow... sambil mengukirkan senyuman manis.. kenyit-kenyit mata sikit.. (tipu jek.. heheh). padahal dalam hati dah mengelabah dah.. siap berdoa lagi.. "janganlah kene tahan.. janganlah kene tahan.. aku tahu salah aku.. tapi tolonglah lepaskan kami..."

nak tahu apa salah aku??? aku tak tampal sticker "P".. maklumlah x full lagi.. gelabah la sikit..

berkat mengharungi mereka dengan bacaan Basmallah... alhamdulillah.. kami selamat...

fuuuhhh... lega...

pantun untuk si adik:-

pagi-pagi gosok gigi,
lepas mandi bersiap bersarapan roti,
wahai si adik bangun.. dah pagi,
siap ke sekolah menuntut ilmu dengan hati berseri.

SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN KEPADA ADIK-ADIK AKU YANG COMEL, AKAK DOAKAN KAMU SEMUA BERJAYA DAN SEMANGAT UNTUK MENGHADAPI HARI MENDATANG.. AMIN..

UNTUK KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENGHADAPI FINAL EXAM ESOK.. AKU DOAKAN KORANG DIPERMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB PAPER KORANG.. DI BERI KETENANGAN UNTUK BERFIKIR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENHADAPI HARI-HARI FINAL EXAM KORANG.. DAN JANGAN LUPA KAWANKU.. USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN... BERUSAHALAH!! DAN BERDOALAH!! YANG SELEBIHNYA KITA BERTAWAKAL PADA YANG MAHA KUASA.. CHAYOK!!!!

Friday, December 23, 2011

MEMORI

MAK MASA MUDA
FAMILY BARU

BERSAMA ARWAH ATOK RAHMAN

MAK & AYAH 

IBU BARU

BERSAMA ARWAH ATOK DAN MAK

AYAH MASA KECIK

4SN1 4EVER IN MY HEART


BFF MASA SEKOLAH

BFF

MR SLUMBER & MIZSLUMBER

MD.DAUD & RUZANA

RAMBUT MEGGI AKU

ME

HIM

NAK DIA KURUS MCM NIE

Monday, October 17, 2011

AYAH

Pada hari sabtu yang lepas bakal bapa mertua aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kesian nizam.. aku tak ada bersama dengan dia ketika dia perlukan aku.. maafkan sayang b.. 

SEMOGA ROH PAKCIK YUSOH DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

Di waktu dia perlukan aku, ayah aku juga perlukan aku.. hati aku berbelah bagi. Tapi aku gagahi jugak.. aku pilih untuk balik kerumah tengok keadaan ayah di rumah.. Adik2 aku cakap ayah aku sakit.. sakit sebab rindukan aku... maafkan emi ayah.. bukan emi tak nak balik.. tapi keadaan di rumah buat emi tak sanggup nak balik rumah... rumah kita tu dah macam bukan rumah kita sendiri dah ayah... emi rasa macam duduk di rumah orang lain.. bilik emi tu dah tak ada rupa bilik emi dah ayah... 

Sesampainya aku di perkarangan rumah, ayah dengan keadaan jalanya yang terhencut2 menyambut kepulangan aku.. " yeyeyeye... anak ayah dah balik.." terus ayah peluk aku... sambil menangis dan berbisik.. "ayah rindukan kau.." bawang merah pula tersenyum dan berkata.. 

b.merah : la nape tak bagitau nak balik.. bila kau balik jek mak nak pergi rumah nenek..
aku        : tak pelah mak.. lama ke pergi rumah nenk?? 
b.merah : esok balik lah.. nak tolong cat rumah nenek jek.. ni bawa apis dengan bob skali tolong cat..

Betul kata odah.. family come first.. dan bawang merah pilih untuk pergi jumpa mak dia di Kota Tinggi... dan aku bertiga jek di rumah bersama ayah dan Aidil.

Bila malam tiba.. sepatutnya kami sekeluarga berkumpul menonton tv tapi kali ini aku berdua sahaja dengan ayah.. sambil bercerita.. ayah sekali lagi mengeluarkan air mata rindunya di hadapan aku.. tapi aku gagahi air mata aku untuk turut jatuh membasahi pipi.. ayah tahu the reason why aku tak balik rumah.. 

Aku dah malas nak bertekak.. masa aku sampai jek bilik aku sendiri aku lihat bilik aku dah rupa tempat kucing beranak.. bersepah yang amat.. aku tak tahu parasit yang duduk bilik aku tu jantan ke betina... tapi aku lihat yang masuk bilik aku tu betina.. sepatutnya kalau betina.. kemas jek bilik tu.. tapi tidak.. sakit mata aku melihatnya keadaan bilik aku..  terus aku keluar balik bawa beg pack dan handbag aku keluar duduk di kerusi ruang tamu sehinggalah parasit betina itu balik dan kemas bilik aku.. 

Mungkin ayah ada bercakap dengan bawang merah mengapa aku jarang balik rumah.. dan tiba2 bawang merah masuk bilik aku.. mungkin dia pelik kenapa aku tak bawa masuk barang2 yang aku bawa tu terus ke bilik.. di sebabkan parasit itu adik dia.. tu yang bawang merah tak sanggup nak marah dia.. nanti bergaduh melibatkan atok dan nenek aku pulak.. tu yamg dia malas nak cakap lebih.. tapi parasit tu boleh pikir sendiri lah yang kau tu cuma menumpang jek.. tak kan la tak tahu adab menumpang rumah orang macam mana.. belajar tinggi... tapi otak letak dekat lutut.. dan si parasit boleh arah aku basuh cadar yang melekat di tilam aku itu.. emm.. tak tahulah nak cakap apa.. sebenarnya aku dah malas nak layan kerenah orang.. penat nak jaga hati orang sedangkan hati aku sendiri tak ada siapa yang nak jaga.. UNFAIR!!


Saturday, October 15, 2011

TERSEPIT

YA ALLAH... AKU SAYANG KEDUA-DUANYA... MANA SATU HARUS AKU DAHULUKAN??? 

AKU TERSEPIT... MANA SATU JALAN YANG HARUS AKU PERGI??

AYAH AKU YANG SEDANG SAKIT MERINDUI AKU YANG DAH LAMA TAK BALIK RUMAH??

ATAU

BAKAL BAPAK MERTUAKU YANG SEDANG NAZAK??? 

DIMANA SEMUA ANAK2NYA SEDANG KELAM KABUT KETIKA INI MENUJU KE HOSPITAL 

APABILA DAPAT PANGGILAN DARI HOSPITAL MENGATAKAN BAPA MEREKA SEDANG NAZAK... 

YA ALLAH... PERMUDAHKAN SEGALANYA.. AKU MOHON PADAMU...

AMIN...

Wednesday, September 28, 2011

CUTI DI HUJUNG MINGGU



Setiap manusia mengidamkan hari minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Yalah.. sape yang tak nak cutikan...time tu lah dapat berehat sepuas-puasnya selepas 5 hari bekerja dengan teruk & stress walaupun aku baru lagi dalam dunia pekerjaan even baru pra pekerjaan.

Apa yang aku nak ceritakan disini, aku rasa lain bila balik kerumah untuk meluangkan masa bersama keluarga aku. Aku rasa terasing sangat bila berada bersama mereka. Aku lebih mesra dengan adik2 aku jek.. terasa diri ini seorang kakak yang perihatin bila menemani adik2 belajar.. ajar mereka bila tak tahu apa yang mereka buat.. and at the same time aku ingat balik apa yang aku belajar masa zaman sekolah menengah dahulu. Paling best bila adik aku sandarkan kepala dia kat bahu aku.. aku rindukan semua itu..





Aku dengan adik aku paling kecik jek perempuan dalam rumah. So, kami lebih kearah fe’el lelaki disebabkan 4 lagi adik2 aku adalah lelaki. Semuanya ganas-ganas belaka kecuali si HANAFAIS. AIDIL, FAZLEE dan FIRDAUS ni kuat melawan dan memberontak tapi AIDIL cool sikit coz dia paling tua antara mereka berempat.

yang aku geram sangat bilik aku dah bukan macam bilik aku sendiri... tiba2 ada almari orang lain dalam bilik aku... bikin panas jek... nak tido bilik sendiri pun tak tenang... nak masuk bilik sendiri sesuka ati da rasa terbatas dah.. macam nak masuk bilik orang lain... kene ketuk.. pastu cakap "boleh masuk tak.. nak amek barang nie..."


amacam nie... what happen now??? xpaham la... bila aku terbaca mesej bwg merah yang aku rasa dia rasa terbeban amik aku kat bus stop kopok yang jauhnya tak la seberapa.. lagi menambah pilu dihati aku.. tak tahu nak cakap apa... aku ngah berazam nak belik at least sebiji motor untuk aku gerak... then insya'Allah awal tahun depan sebelum masuk semester baru aku nak amik lesen kereta dulu.. tehn aku nak kumpul duit beli kereta untuk aku gerak dan terlindung dari hujan dan panas... senang la aku nak bawa adik2 aku jalan2... bestnya dapat jadikan semua itu kenyataan,,,

nak tahu tak motor idaman aku.. dan kereta idaman aku..

honda wave 125x

myvi
1.      
xdapat myvi viva pon jadilah buat sementara waktu

Saturday, April 23, 2011

D&Z RUZANA : feedback from kenalan

buat masa nie ada penambahan barang yang kami jual atau diniagakan... antaranya adalah:




jajan2 untuk kanak2 bawah umur yang xsygkan gigi mereka... B)



keropok lekor panas2... nyum2!!!


nugget goreng 3biji RM1



ais krim Malaysia

Dan ada beberapa feedback dan cadangan yang saya terima dari kenalan terdekat.. mereka cadangkan dan suruh ayah dan bawang merah buat:



nasi lemak dan soto nasi/mee



air nescafe, teh tarik, kopi tok pakcik2 yang suka lepak2

untuk dijual pada sesi malamnya.. so sesiapa yang yang ada suggestion untuk ditambah2 dalam menu kami silalah tinggalkan di ruangan komen... cadangan2 yang anda beri sangat2 saya hargai...

sekian, terima kasih... B)

Thursday, April 21, 2011

D&Z RUZANA : ada idea tak nak di kongsi bersama???

hye!! sebenarnya aku tak tahu nak buat apa... nak belajar belum ada mood lagi nie... bak kata LAN:

during study week..
isnin-pagi : ari ni kene stady ni..
isnin-ptg : xpe lah esk ar start,ad mse lg..
selase-pg : jap g stady ar..
selase-ptg : eh dah ptg dah,ble nk stady ni..xpe esk ar..
...................
luse nak exam - ari ni : eh luse dah nk exam, byk nye lg x stady..smpt ke ni..huuhu.
.
(mule lah mengharapkan spot).. B)
.
.
.
tak tahu nak cakap ap ni... tolong lah... (berharap benda yang tak pasti)
.
.
.

emmm....
.
.
.

ok lah... just nak kongsi pendapat dari seseorang yang amat bereeti dalam hidup aku... tadi kami ade berbincang mengenai business yang family aku sedang jalankan ni... dia kata apa kata malam2 jual makanan ALA CARTE...


macam:

mee goreng mamak kew...

nasi lemak...

modal pun x banyak... ayah pula sedang berusaha untuk tarik customer datang dengan pasang

astro...

biasalah... lepak2 tengok bola la gamaknyer lepas nie... mesti riuh kawasan rumah aku nanti... tapi tula... modal tak cukup lagi...

my sis, uyul cerita kat aku:

kak... ayah dengan abg aidil nak pasang astro... tapi ayah tak ada duit lagi.. ayah cakap dengan abg aidil suruh simpan duit dia dulu... nanti dah ada duit kita pasang astro...
si uyul ni.. kalau jumpa aku ade jek benda dia nak cerita... biasalah... dekat siapa lagi tempat dia nak bercerita kalau tak dekat aku dengan bawnag merah... kepoh... kepoh....

korang pulak ada idea nak tamabh tak??? mana tahu boleh memajukan business family aku lagi...if ade kongsi2lah lah dekat ruangan komen nanti eh...

see you then...B)





Wednesday, April 20, 2011

D&Z RUZANA

baru ni kami sekeluarga berjinak2 dalam dunia perniagaan... (ayat macam besar jek business yang budak ni buat)... takdelah besar mana pon... baru jek nak belajar merangkak nie. kami start business kami sedikit demi sedikit. bila ada untung lebih, kami mempelbagaikan lagi produk kami. buat masa ni kami keluarkan apa yang termampu. bila da maju sikit bolehlah besarkan business kami... harap2 kami sekeluarga berjayalah dalam bidang perniagaan nie
mula2 bawang merah malu2 nak jumpa orang. dia kata dia masak jek... yang jaga kedai nanti ayah.. tapi baru2 ini aku balik... dia yang paling busy... mula2 memang la malu.. tapi bila da nampak keuntungan depan mata da hilang da rasa malu... tak gitu bawang merah???

B)

ni la rupanya kedai kami yang seberapa nak kedai... tapi aku rasa cukup berbangga dengan hasil titik peluh ayah dan adik aku aidil untuk siapkan kedai nie... tak pe yah... nanti emi da dapat kerja bagus2 kita bangunkan kedai kita jadi besar sikit.

buat masa nie kami jual :


ABC



ROJAK ASMA RESIPI TURUN TEMURUN FAMILY KAMI


AIR CEDOK


BARANG2 RUNCIT


dan waktu malamnyer kami buka business BURGER...




ROTI JOHN PON ADE!!

dan ini lah abg burger kita...

MOHD FAZLEE BIN MD.DAUD

ramai jugak yang serbu burger kami... maghrib jek berpusu2 orang datang nak beli burger kami... dan kami da xsempat nak sembahyang berjemaah lagi sejak da buka business nie b'coz tak cukup tangan nak layan customer... so kami bergilir ambil turn sembahyang...

bila da 3 bulan tak pulang ke kampung terubat juga rindu aku kat family... takpelah balik rumah tak dapat nak makan masakan bawang merah... dapat makan ROJAK ASMA 3hari berturut2 pon jadilah... makan ABC jangan cakaplah... haus jek... ABC 1!!! hehehe... malam aku order BURGER DAGING SPECIAL 1!!! hahah...


xlupa jugak minah sorang nie... mentang2 da lama xjumpa kakak kesayangan dia... kemain dia nak manja2 dgn kakak dia... manja bukan nak apa pon... manja ada sebab... manja sebab nak main game kat hp aku... tu la dia minah sowg nie...

bila cek2 balik hp aku...


sempat lagi curi2 posing bergambar minah nie

then.... bila aku nak balik segamat... sempat lagi tanye... akak solek eh?? akak pakai gincu yang LISA SURIHANI pakai eh... akak....

tu tandanya minah nie pon nak bersolek juga...


NURULHUDA BINTI MD.DAUD