Hai kawan-kawan!! Kamu semua da
shopping raya belum?? Hahahahah… aku dah shopping semalam dekat Plaza Kota
Tinggi, JB. Memang banyak pilihan dekat sana. Sampai ada kedai yang offer 3
helai RM100. Aku apa lag, bolon lah. Aku beli baju jenis cotton 2 helai dan
baju lace sehelai. Itu untuk baju pergi kelas and kerja. Belum lagi baju raya.
Baju raya aku beli sehelai jek. Tawar punya tawar, aku dapat RM70 sehelai. Cuma
tudung jek tak dapat nak cari. Takpelah guna tudung yang ada. Tak baik
membazir. Alang-alang da murah ni aku beli banyak sekali. So, boleh jimat
disitu. Ingat nak beli lagi lah baju cotton. Aku selesa pakai baju jenis macam
ni.
Aku pergi shopping raya bersama-sama
office mate aku:-
|
NOR SYAHKILA MAHZAN |
|
SITI YUHANES AMAT ARJAK |
|
NURAZIDAH AZAHAR |
|
HANI NAZIYAH MD.HARUN |
Yeah!!! Aku da ingat nama penuh
kawan-kawanaku. Selama berpraktikal di AFTAAS ni banyak benda aku kena ingat.
Nombor telefon client pun kene ingat. Tapi disebabkan memori aku ni kecik
(nizam… saya sedar memori saya memang kecik), aku buat la satu buku telefon.
Dan sekarang masing-masing bila nak telefon, masing-masing mencari buku telefon
yang aku buat.. (sebenarnya takdelah sangat macam buku telefon, just sehelai
kertas yang berisi nombor telefon sahaja… saja nak wat ayat gempaq.. gempaq
kew????)
Berbalik dengan cerita shopping raya
aku, rasa macam seronok sangat shopping bersama-sama mereka. Dan sambil-sambil
jalan cari baju yang cantik dan berkenan dihati, kepala aku teringat memori
indah semasa mencari baju raya bersama keluarga aku. Rindunya saat itu. Tapi
sekarang semuanya dah berubah. Rasa macam dah tak ada apa-apa dengan raya ni.
Cuma hanya atas nama HARI RAYA sahaja. Feeling nak raya dah tak ada. Mungkin
sebab peningkatan umur yang semakin menjangkau usia dewasa, itu yang tak ada
feel tu. Dan mungkin sebab keadaan
keluarga aku yang aku rasa macam nak roboh ni. Rasa-rasanya apalah jalan
terbaik untuk kami sekeluarga boleh bahagia seperti dahulu. Muka-muka ceria dah
lenyap untuk dijadikan hiasan dihari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Hanya
muka-muka blur, menyampah dan benci menhiasi raya kali ini. Lama sungguh nak
tunggu aku grad. Aku memang tunggu masa sahaja nak balas segala jasa bawang
merah yang kununnya banyak berkorban untuk ayah, aku dan adik-adik. Tunggu jelah
wahai bawang merah. Kata-katamu itu akan aku pegang sampai bila-bila. Lepas ni
jangan harap apa-apa dari aku. Bukan niat nak membenci ke apa, Cuma nak tunjuk
bukti dekat dia yang aku dan adik-adik aku bukan bebanan yang dia tanggung
selama ni. Nak dapat mak yang boleh dijadikan kawan dikala sedih, sunyi dan
gembira pun tak kesampaian. Bakal mak mertua yang sporting pun dah meninggal.
So, aku nak cerita kat siapa lepas ni cerita-cerita aku ni. Emmm…
Sambung balik cerita shopping raya
kita, sepatutnya aku kene kerja semalam sebab kak watie cuti pergi hospital.
Nak tak nak aku mintak kerja half day dengan Encik Joe. Nasib bos bagi.
Terketar-ketar jugak masa nak cakap mintak kerja half day tu. Fuuhhh… ini semua
disebabkan mereka2 ini, lepas nie kawan-kawan aku akan pergi balik ke Banting meninggalkan
aku sensorang. So, aku tak nak lepas peluang ini untuk bersama-sama mereka kali ini. Bila buka
puasa, kalau boleh nak hari-hari buka dengan mereka. Makan beramai-ramai
bersama kawan-kawan yang kita sayang ni sangat seronok. Banyak cerita boleh
dikongsi bersama. Kadang-kadang benda yang kita tak tahu pun boleh jadi tahu.
Seronokan macam ni. Bila dorang pergi mesti hari-hariku suram. Sedih….
Ni gambar2 semasa kitorang shopping raya aritu.. checkitout!!
|
lovely sista.. |
|
try muat x?? |
|
sweet 1 |
|
sweet 2 |
|
penat... |
|
cameramam |
|
amek ko.. |
|
kepenatan.. |
|
still bertenaga si anis nie.. |
|
jom ke uptown pandan.. |
|
beli 1 hot perfume... apple be delicious.. |
|
adeh.. mana nak pilih nie.. |
|
tudung yang mana sesuai dengan baju raya aku ni??? |