Wednesday, January 25, 2012

SABTU DAN AHAD HARI TANPA DEODORAN SEDUNIA

baru sahaja blogwalking.. terbaca satu artikel.. aku rasa ada betulnya apa yang dinyatakan dalam artikel ni..

so dengan ini aku ingin mewar-warkan kepada pengguna deodoran  semua bahawasanya hari SABTU dan AHAD merupakan HARI TANPA DEODORAN SEDUNIA..

daripada penyakit ini menular keseluruh tubuh kita, baik kita mencegah.. tak gitu readers semua...

sila baca klik link dibawah untuk info selanjutnya:
downgila: Serius : Deodoran & Kanser Tetek: Sebenarnya dah lama menda ni gua nak tulis, tapi tak cukup sumber, tapi hari ni gua beduk je tulis. Kenapa tiba tiba gua rasa nak tulis? Ki...
credit to: GamePoint

UNTUK KAMU BONCET

TERUKIR DI BINTANG BY YUNA ZARAI

TAHNIAH ALLY ISKANDAR & FARAHIN

Tuesday, January 24, 2012

JODOH

JODOH itu rahsia ALLAH SWT..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Wednesday, January 18, 2012

I.N.G.I.N

hai semua.. dah lama aku tak update blog.. busy sikit.. maklumlah dah kerja ni paham-paham jelah.. balik kerja je dah penat.. takpelah just for temporary sahaja... tak lama lagi dah nak masuk sem baru...

mengenai kerja yang aku lakukan... kerja aku senang.. bermain dengan duit.. tapi bila short atau over, potong gaji... tapi yang penting sekarang ni aku nak cerita sesuatu yang telah mengusik jiwa aku untuk melakukan perkara yang sama macam customer ni selama aku kerja ditempat baru ni...

hari-hari aku kena melayan kerenah pelanggan.. ada yang jenis berkira.. sampai 5sen pun nak kene pulangkan.. jenuh nak mencari duit 5sen kalau dalam float takada... tapi yang bestnyer aku happy jumpa banyak orang.. dan dari situ kita boleh tahu orang ni macam mana.. bab memerhatikan orang ni bagi kat aku... dari atas bawah sampailah hujung ke hujung aku tengok... tak berkelip tak mata memandang...

apa yang aku I.N.G.I.N sebenarnya... sebenarnya aku teringin sangat nak keluar belanja barang-barang keperluan rumah bersama suami tersayang.. bila tengok pasangan suami isteri ni pilih barang sama-sama, jiwa aku pun memberontak ingin lakukan benda yang sama macamana mereka lakukan.. tapi bila?? lambatnya nak dapat rasa macam tu.. ada satu customer tu sampai pakai baju couple masa dorang belanja barang dorang.. sweet giler.. si isteri pilih barang dapur... then tanya si suami.. abang nak ayang masak apa nanti?? abang nak makan apa?? nanti sayang masakan..
bestnyer....

teringat masa arwah bakal mak mertua aku dulu suruh aku dengan boncet beli barang nak masak ayam kari dengan barang nak masak nasi beriyani.. rasa macam kitorang ni dah kahwin.. pergi kedai lepas tu cari barang tu sama-sama.. best giler.. bila nak dapat lagi beli barang dapur sama-sama lagi pun aku tak tahu... teringat lagi satu kisah.. masa tu kami hangat bercinta.. masa tu aku dengan boncet jalan-jalan dekat Jusco.. kitorang berlakon macam dah kahwin..jalan-jalan dekat bahagian barang-barang keperluan rumah.. pastu kitorg berangan nak beli rice cooker, kuali, mesih basuh, ice box, water dispenser, tv, sofa, katil.. macam-macamlah.. pastu berangan nak susun barang-barang yang kitorang beli tu kat rumah macamana.. hahahah... indahnya kenangan masa tu... bila la nak dapat berangan dan berlakon macam tu lagi... hmmm...

oklah.. mata dah ngantok.. esok aku cuti.. nanti aku update lagi ok.. see ya..

take care semua.. peace yo!!!

Monday, January 9, 2012

K.E.R.J.A



jumpa kembali kita.. just nak inform yang esok pagi pukul 10 aku dipanggil interview kerja.. harap-harap diterima lah.. dah bosan duduk rumah sahaja.. at least dapat juga kumpul duit belanja sendiri, walaupun masih ditaja PTPTN... tapi berapa lah sangat aku dapat.. tapi aku tetap bersyukur walaupun gaji yang bakal aku dapat tu gaji budak lepasan SPM.. tetap lidah ni menyebut Alhamdulillah...

kerja kat mana tu emie??

kerja mana-mana pun sama.. tak perlulah nak bagitahu kat sini.. lagipun sekarang ni aku berkawan dengan seorang lelaki yang perahsia.. manalah tahu dia stalker blog aku nie.. kang kantoi pulak aku kerja mana.. bagi yang dah tahu tu tolong diam-diam jek eh.. rahsiakan tau.. tq so much..



lepas ni aku busy lah sikit.. kalau boleh bila kerja ni dapatlah kurangkan sikit berat badan dan dapat gugurkan lemak-lemak yang dah lama bertepek dikulit aku ni.. biarlah dia terbakar sikit.. so tak adalah dikatakan aku ni obesiti sangat.. bersyukur alhamdulillah.. sedebab-sedebab aku ni, belum ada penyakit merbahaya datang menyerang.. kurang darah merah dan tonsil tu dah biasa kena.. penyakit selain tu tak adalah pulak.. mintak dijauhkan lah... amin..

TIME TO



doakan aku yek.. mudah-mudahan urusan aku esok dipermudahkan... amin.. gambate emilia!!!

Sunday, January 8, 2012

MOTOR IDAMAN AKU



hai semua.. berjumpa kembali kita.. apa khabar semua.. hari ini aku nak cerita pasal motor idaman aku..

lately ni, hari-hari aku kena hantar adik aku pergi kerja.. aku pulak tak pergi-pergi kerja pulak.. next entry aku bagitahulah pasal kerja aku yek..

motor idaman aku..
disebabkan dah selalu naik wave, aku rasa aku lebih selesa menunggang motor jenis ni.. adik-adik aku semua pakai wave.. so aku pun rasa nak join sekali pakai wave.. tapi bila nak belinya.. tunggulah aku da cukup duit nanti.. banyak sangat duit nak pakai.. kan ini angan-angan aku sahaja.. berangan tak salahkan.. lagi pun free jek.. tak payah mintak izin siapa-siapa pun.. cuma angan-angan ini akan jadi realiti ataupun tidak kita tunggu sahajalah..


mengenai motor wave ni banyak siri dia.. tapi yang aku tahu wave s dan wave 125.. yang aku minat sekarang ni wave 125.. laju pun laju.. selesa pun selesa.. naik bukit pun tak adalah berat sangat nak naik tu.. yang penting aku selesalah menunggang motor jenis ni.. Insya'Allah.. suatu hari nanti akan ku miliki juga motor ni.. ngeng... ngeng... ngeng....



tapikan.. tapikan... mata aku tertarik dengan motor yang satu ni.. cantik pun cantik.. memang sesuai lah dengan wanita lemah lembut macam aku ni.. (lemah lembut ke???).. dari dulu memang minat LC tapi sebab tak nak sama dengan seseorang tu aku cari la jenis yang lebih girly sikit tapi LC jugak cuma  taambah depan dia EGO.. disebabkan ego aku pun tahap melampau.. bak kata seseorang nie.. aku decide nak ambil Yamaha Ego LC ni.. cantik kan design dia.. lagi-lagi yang warne purple pink... fuhhh mantooppp...

tulah angan-angan aku.. berangan je lebih belinya tak tahu bila.. doa-doakan lah yek.. mana tahu dalam masa terdekat ni aku mampu memiliki salah satu dari dua motor idaman aku ni.. kalau nak lagi murah wave la... tapi tengoklah kedudukan kewangan aku sekarang.. jealous tengok adik-adik aku mampu memilik sebiji motor sedangkan kakak dia ni hamprak pun takda... sabar emi.. sabar.. slow-slow ok.. Insya'Allah ada rezeki nanti ada lah sebijik untuk kau.. huhu..

ok lah.. see you again.. take care people!!


Thursday, January 5, 2012

BINATANG PELIHARAAN

hai semua.. how are you today??

aku cuma nak bagitahu aku baru jek memperolehi 3 ekor binatang peliharaan yang baru di aB, hopefully dengan kedatangan mereka dapat menceriakan lagi blog aku ni.. sila lihat di sidebar kanan aku.. see.. ade kolam ikan, kolam penyu dan sangkar emas hamster aku..tapi kolam ikan tu dah lama ada.. yang barunya cuma dua tu jelah..

turtle

firstly, aku ingin memperkenalkan si penyu dan kura-kura yang aku berikan nama YUYU & YAYA.. dorang telah pun aku register di JPN dan telah menerima myKid masing-masing...

si YUYU ni mengingatkan aku pada zaman aku jadi budak-budak sekolah dulu... zaman budak-budak selebet.. disebabkan tak nak berpindah ke sekolah agama yang baru, aku menangis berhari-hari di sekolah tersebut.. sampaikan budak-budak lelaki ramai yang ejek aku PENYU.. sampai sekarang nama tu melekat dan tak lekang dek usikan. bila terserempak jek dengan dorang mesti ayat ni keluar.. "eh!! penyu!!".. "wei penyu'' sambil angkat tangan kat aku.. aku menangis sebab di sekolah lama aku asyik dapat no 1 jek bila dapat result exam .. tapi bila dah tukar sekolah.. confirm-confirmlah kedudukan aku tergugat.. hahah.. dan aku terpaksa kena terima hakikat yang aku dapat tempat ke 6 dalam kelas selepas sesi pertukaran sekolah agama tersebut.. sedih memang sedih.. tapi tak akan nak merengek depan Arwah Mak pula.. minta nak stay di sekolah lama.. kalau nak rasa kena hayungan gayung di bontot silalah buat.. tak lebam bontot aku... Arwah Mak dulu garang.. takut sey... rindu pulak dekat mak.. (-_-)

hamster

yang keduanya ialah.. hamster peliharaan aku yang comel lotei ni... bila dia main-main dengan aku rasa nak cubit jek telinga dia.. dan aku sudahpun mendaftarkan nama hamster ini dengan nama HEMMY di JPN. nama ni aku berikan sempena nama panggilan aku yang selalu disebut-sebut oleh RAUDAH.. comey kan.. hihihihik.. hemmy suka main-main.. korang usik jek dia.. mesti dia kejar.. comelkan... tapi jangan sampai dia makan.. korang kacau macamana sekalipun.. huh! tak dipandangnya dia.. gerek sey...

aku harap bila aku dah lama tak update blog selepas tanggal 23hb JANUARI 2012 nanti, mereka-mereka ini dapat menemani readers sekalian... kalau yang ada sifat belas ehsan tu.. tolong-tolonglah bagikan mereka ni makan.. just click banyak-banyak kali dekat kolam dan dalam sangkar HEMMY.. kalau nak suruh Hemmy main roda tu, tunggu dia habis makan lepas tu tekan punat kuning dekat roda dia tu.. tapi jangan sampai dia tengah makan.. tak diendahnya suruhan korang..

tolong eh.. tolong eh.. bagikan makan kat dorang.. eh.. eh..  sehari sekali pun cukuplah.. janji dorang tak berlapar.. janji dorang tak mati.. janji dorang happy.. tolong yek.. hopefully dengan telatah mereka especially si HEMMY ni dapat menghiburkan hati reader-reader sekalian...

ok lah, jumpa lagi di entry yang lain.. see ya...

peace yo!!

DIALOG

assalamualaikum pembuka bicara.. apa khabar semua..

hai korang.. malam ni aku nak cerita pasal berdialog.. berdialog??? ya.. berdialog..

lately ni aku selalu berdialog  dengan diri aku sendiri.. kadang-kadang ayatnya terlalau jiwang karat.. kadang-kadang rasa macam buleh buat puisi pula.. hummm...  korang pun kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri juga kan... dalam kepala otak aku sekarang ni tengah dok pikir.. kalaulah aku tak dapat kerja.. aku nak buka business kecil-kecilan la.. modal?? nanti try la usha-usha... yang penting tak ada kena mengena dengan ayam.. yang penting halal.. (ayat Lu Pikirlah Sendiri). 


baru perancangan jek nie.. tapi aku masih mencari kerja yang sesuai.. yang penting tak ada kene mengena dengan kerja kilang.. yang penting duit hasil titik peluh aku sendiri.. dan yang paling penting halal..

aku dapat mesej dari seseorang.. dia kata dia berada dalam hospital.. makna dalam hospital tu dalam... dia buat apa dalam hospital?? whateverpun... aku doakan dia selamat.. kalau dia berada dalam hospital sebab diri dia tercedera atau sakit.. aku disini hanya mampu berdoa dari jauh.. nak jenguk modal tak ada.. dan kalau bukan sekalipun dia yang berada dihospital atas sebab sakit, mungkin juga kawan dia atau sedara mara dia.. aku juga hanya mampu  berdoa yang terbaik untuk dia menghadapi dugaan hidup..

suatu masa dulu ada seorang sahabat berkata kepadaku... bercakap dalam telefon dengan bf kita pun dah kira dosa.. sebabnya boleh mendatangkan kemaksiatan disitu.. yelah.. cakap dengan pakwe mesti la kene control ayu.. tapi aku kurang pasti sama ada ia betul ke tidak.. tapi aku boleh terima alasan yang dia berikan... just nak share jek.. kalau salah jangan lah marah pula... dan kalau anda tau sila-silalah rajinkan tangan anda komen di entri ini.. mana tahu maklumat yang aku sampaikan ini salah.. sekurang-kurangnya boleh dibetulkan mana yang silap tu... tq.. heheh..

ok lah.. kita jumpa lagi next time..

take care people.. peace yo!!

nite!! ZZzzzzz...

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN

hai semua.. hari ini hari yang sangat memenatkan.. kerana satu hari aku berjalan atau outing bersama family aku.. tak pergi mana pun.. cuma melawat atok dan nenek di Felda Sening, Sg Rengit, Kota Tinggi...  berjalan di Bandar Penawar.. teman atok settlekan payment cukai tanah dia.. sekali arung renew I/C baru yang ada 2 gambar tu.. memang la tak diwajibkan.. tapi demi keselamatan kami sekeluarga buatlah.. dah alang-alang sampai kan.. buatlah skali.. lagipun tak ramai orang.. so sekejap jelah.. lagi 3 minggu siaplah I/C baru aku tu.. heheh... lepas buat I/C kami semua pergi menjamu selera di medan selera Bandar Penawar.. ramai giler orang.. bak kata atok.. time dah pukul 1 ramailah orang datang makan.. kang pukul 4 dah tak ada orang nak datang makan pulak.. apa maksud atok tu??

lepas makan nenek ajak pergi Sakan Bandar Penawar.. ada jawatan kosong!!! tapi jauhlah pulak dari rumah.. tak kan aku nak tinggal rumah nenek pula... tak nak lah.. huhuu... pusing punya pusing, aku beli kain ela untuk dibuat baju kurung.. kunun-kunun nak bakar semangat untuk masuk sem baru pada bulan 3 nanti.. eee... tak sabar rasanya nak belajar semula.. walaupun aku tahu betapa susahnya dan banyaknya rintangan yang bakal aku hadapi nanti.. tapi dengan bertenang jek ni... relax.. nanti kalau dah siap.. aku upload lah gambar bajunya yek.. tunggu...

si adik pula merengek mintak dibelanjakan sepasang stoking putih.. sebabnya.. esok dorang dah start sekolah..

demi adik tersayang akak sanggup keluarkan duit belikan stoking untuk korang.. lepas tu.. kami round punya round sampai dah tak tahu nak round mana... kami pun beransur pulang semula ke rumah nenek.. bagilah ayah rehat sebentar.. aku, bawang merah dan nenek siapkan apa yang patut untuk juadah minum petang...

dah siap makan semua, kami pun berangkat pulang ke rumah melalui lebuhraya yang baru siap.. dalam masa 30 minit kami pun sudah sampai di hadapan rumah..

malamnya pula.. si adik minta dibawakan keluar mencari baju t-shirt putih dan juga mencari seluar tracksuit.. tapi malangnya hanya t-shirt putih sahaja yang berjaya dibeli... dapat adik pula yang memng seleranya agak cerewet sedikit.. tapi layankan jelah... sambil-sambil teman si adik mencari barang yang mahu di belinya.. mata aku meliar mencari kertas-kertas yang di tampal di kedai-kedai yang berdekatan.. mana tahu ada rezeki aku... esok bolehlah aku call tanya ada kosong lagi ke tak.. heheh...

settle sesi mencari dan membeli.. kami pun balik.. dengan menaiki motor wave S kepunyaan poksu kesayangan kami.. dalam perjalanan.. ada pulak yang block jalan kami..

roadblock da.. tapi tak pe, dengan bertenang jek ni... dengan muka yang tak bersalah aku harungi pak-pak polisi yang berada di tengah-tengah jalan itu slow-slow... sambil mengukirkan senyuman manis.. kenyit-kenyit mata sikit.. (tipu jek.. heheh). padahal dalam hati dah mengelabah dah.. siap berdoa lagi.. "janganlah kene tahan.. janganlah kene tahan.. aku tahu salah aku.. tapi tolonglah lepaskan kami..."

nak tahu apa salah aku??? aku tak tampal sticker "P".. maklumlah x full lagi.. gelabah la sikit..

berkat mengharungi mereka dengan bacaan Basmallah... alhamdulillah.. kami selamat...

fuuuhhh... lega...

pantun untuk si adik:-

pagi-pagi gosok gigi,
lepas mandi bersiap bersarapan roti,
wahai si adik bangun.. dah pagi,
siap ke sekolah menuntut ilmu dengan hati berseri.

SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN KEPADA ADIK-ADIK AKU YANG COMEL, AKAK DOAKAN KAMU SEMUA BERJAYA DAN SEMANGAT UNTUK MENGHADAPI HARI MENDATANG.. AMIN..

UNTUK KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENGHADAPI FINAL EXAM ESOK.. AKU DOAKAN KORANG DIPERMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB PAPER KORANG.. DI BERI KETENANGAN UNTUK BERFIKIR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENHADAPI HARI-HARI FINAL EXAM KORANG.. DAN JANGAN LUPA KAWANKU.. USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN... BERUSAHALAH!! DAN BERDOALAH!! YANG SELEBIHNYA KITA BERTAWAKAL PADA YANG MAHA KUASA.. CHAYOK!!!!

Tuesday, January 3, 2012

STEREO IN MY HEART



di keheningan malam yang suram.. di dalam bilik yang sengaja dimatikan lampu dan kemudiannya dipasangkan pula lampu tidur yang malap, aku melayan perasaan keseorangan.. muzik yang menusuk perasaan dimainkan.. mendengar dan kemudian keluar kepul-kepul awan dimana memori-memori indah bersama si dia terpapar...

pelengkap hidupku by eren

wish you were here by avri lavigne

count on me by bruno mars

just the way you are by bruno mars

merindukanmu by D'masiv

stereo hearts by gym class heroes ft adam levine

pujaan hatiku by kangen band

tapi bukan aku by krispatih

selepas kau pergi by la luna

pasangan yg tepat by marshanda

mr.know it all by kelly clarkson

ku tetap menanti by nikita willy

penghujung cintaku by pasha ft adelia

ada apa dengan cinta by peterpan

hanya ingin kau tahu  by republic band

percaya padaku by ungu

baik-baik sayang by wali band

ashiteru by zhifilia

sayup-sayup ku dengar.. menjadi peneman tidurku selama mana dia meninggalkanku.. tabahkan hatiku menjalani hidup ini.. semoga hari-hari ku dikelilingi sinar.. dan tunjukanlah aku jalan untuk aku temui cinta terakhirku..

p/s: mudahan-mudahan esok ada rezeki untuk aku untuk mengisi masa cuti semester yang panjang ini..
      Ya Allah.. permudahkanlah urusanku..amin..

Sunday, January 1, 2012

SEPANJANG 2011

syukur alhamdulillah.. hari ini bermulalah hari yang baru bagi tahun 2012.. semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan berharap hari yang mendatang will be better than yesterday... sungguhpun memori aku kecil untuk mengingati apa yang berlaku pada 2011, aku berharap ia masih tersimpan dengan baik.. mungkin apa yang berlaku ada baik dan buruknya.. so, kita kene redha dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik.. chayok semua!!

aku cuma hendak mengingatkan kepada diri aku sendiri.. mana tau suatu hari nanti Tuhan tarik balik ingatan aku.. mungkin ini dapat membantu... tiba-tiba teringat cerita "a moment to remember". sedih cerita tu.. dan juga  romantik.. aku suka jalan ceritanya...

Januari

  • kenangan main bowling bersama-sama pelajar NR dimana pada waktu itu aku berada di sem ke-6
  • bila dah satu rumah kadang-kadang ada yang tak puas hati.. and hopefully pada tahun 2012 ini tidak lagi berlaku kejadian yang sama. janganlah pisang berbuah 2 kali.. cukup-cukuplah dengan yang lepas.. aku harap sem akhir aku berakhir dengan kegembiraan tanpa tekanan.. amin..
Februari & Mac
  • lawatan ke CCM bersama budak-budak kelas aku.. kemudian sambung berjumpa besti aku, GBS     ( geng budak selulit) dan kemudian sambung pula berjumpa kekasih hati sampai menangis-nangis sebabnya dah lama tak jumpa.. pememeh betul aku nie...
  • kenangan bersama Ainun dan Nad meng'explore Bukit Cerakah sangat menyeronokan.. dan berharap aku akan kesana lagi bersama sidia jika dipanjangkan jodoh.. amin..
  • family day of  BACSA, dimana kami budak-budak part 6 melancarkan peperangan persahabatan bersama budak-budak part 8.. just for fun.. walaupun ada budak part 8 yang tak puas hati, do we care??? hahaha.. ini for segelintiran budak sahaja.. not semua budak part 8.. happy..
  • ibu kesayangan si dia telah menemui Tuhan yang satu.. semoga dia tabah terima dugaan hidup ini.. 
April & May
  • video arab yang di buat last-last minute.. sampai keluar mata panda aku siapkan video tersebut.. on that day kitorang stay up dirumah Lan JPA... nasib parent dia sporting bagi kitorang siapkan kerja sampai ke pagi dirumah diorang.. thanks pakcik dan makcik...
  • teringat satu video aku dan dia, dimana aku cuba nak sampaikan perkataan i love u dalam bahasa arab.. tapi dia boleh balas.. "marabbuka"
Jun - November
  • dalam tempoh 6 bulan tersebut, aku menghabiskan hari-hari aku dengan menjalani praktikal di sebuah audit firm yang pada masa itu menumpang teduh dibawah bumbung sebuah company kecik yang menjalankan business mengira tax orang dan juga menyediakan khidmat company secretary.
  • aku menjadi mangsa keadaan dimana terpaksa diberi pinjam kepada bos company T&S (tax & secretary) ini.. agak kecewa juga pada mulanya kerana tidak berpeluang belajar audit dan account sepenuhnya... tapi lama-lama aku sudah boleh terima hakikat.. memang ini bidang yang aku minat.. ya.. Allah lagi maha mengetahui segala-galanya.. mungkin ini yang terbaik untuk aku.. 
  • selama 6 bulan aku praktikal disitu, aku dijaga oleh 2 kakak yang sangat caring.. dan aku rasa sangat dijaga.. sweet sangat dorang tu.. bila berjauhan memang sedih.. mana tidaknya.. mereka sekumpulan pergi outstation.. tapi aku.. sorang-sorang duduk office.. inilah cabaran yang harus aku terima bila berlainan bidang dengan mereka-mereka ini..
  • alhamdulillah.. tempoh praktikal aku pun dah tamat.. semua yang aku dapat akan aku semaikan dalam ingatan aku.. apa yang aku belajar walaupun untuk sem depan aku tak boleh nak praktikan.. mungkin selepas habis belajar nanti.. mungkin aku boleh gunakan... Insya'Allah..
  • dalam tempoh ini juga si dia kehilangan bapa tercinta, melakar sejarah dalam hidup dia menjadi anak yatim piatu dan juga menjadi ketua keluarga dimana tanggungjawab yang dia akan pikul tersangatlah besar.. semoga dia tabah hati menerima dugaan hidup.. semangat!!!
December
  • bulan untuk aku beristirehat bersama keluarga tercinta.
  • bulan ini juga aku di turunkan satu ujian.. mungkin untuk menguji tahap kesabaran aku dimana.. ya aku terima dengan seikhlas hati aku..
  • ya.. selama duduk di rumah.. mungkin hubungan aku dengan sidia akan goyah.. mungkin salah aku.. tapi aku dah biasa dengan semua ini.. aku harap dengan buku-buku motivasi yang aku beli dapat mengisi kekosongan hati aku.. aku berharap sepanjang cuti semester yang panjang ini.. aku dapat laluinya dengan tabah.. amin..
setakat ini dulu.. gambar akan aku update later.. thank for reading.. love u all!! 


happy new year my friends!!!!