Thursday, August 16, 2012

POST RAYA

semalam baru sahaja settlekan e-filling.. nak kejar punya dateline.. banyak jugak salah yang aku buat.. nasib manager consider aku budak baru.. bertungkus lumus aku, K.ina (manager) and K.madiha siapkan semua keja semata-mata nak balik berbuka puasa bersama family.. aku jek berbuka keseorangan di ampang point..

hari ni aku kena siapkan semua working paper tok direview oleh k.ina.. penat jugak.. stress.. template yang co ni gunakan lain sikit dari template tempat praktikal aku dulu (AFTAAS). takpe.. aku belajar sikit2.. dan tengahari tadi bos panggil wat meeting raya.. alhamdulillah rezeki.. dapat duit raya.. walaupun baru masuk 4 hari bekerja.. bertuah aku bekerja disini.. bos aku sangat baik dan lemah lembut. mesti dia seorang ayah yang penyanyang.. thanx daddy Ghani..

bercerita tentang balik raya.. aku tak tahulah ade tiket tak ni nak balik JB.. lenjan jek nie.. risau jugak.. kot-kot dah memang confirm takada.. beraya kat Ampang lah aku sorang2. mak aku pulak entah apa dia meroyan tiba-tiba paksa boncet balik raya dengan aku sekali.. pelik.. siap ugut g.. tapi sedih.. dia taknak pun beraya dengan kami.. dah takada feel raya katanya.. entahlah.. mood raya aku tahun ni tak terasa sangat.. biasa jek.. tengok akak2 kat opis nie beriya beli kuih raya, kepek la.. angpow raya pun nak beli kat bank negara.. dasyat sungguh.. nila auditor.. agaknya duit dia dah banyak sangat.. tu yang dia melabur banyak untuk raya ni.. bestnya dorang semua dapat bonus.. seronok lah.. ok lah.. walaupun tak ade feel raya, aku tetap nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..


Saturday, August 11, 2012

BUDAK AMPANG

aku diterima bekerja di sekitar bumi Ampang, Selangor disalahsatu accounting firm di sini. Alhamdulillah.. rezeki aku rupanya dibumi orang lain.. hari ini aku baru jek sampai.. alhamdulillah rumah sewa pun selesa.. persekitaran bersih.. housemate pun ok.. yelakan.. baru jek datang sini.. memang take time nak sesuaikan diri disini.. slow2..

isnin ni aku start kerja, esok aku try blajar naik bus nak ke tempat kerja.. kang sesat pulak.. susah xde kenderaan sendiri.. xpe.. aku usaha sikit2. insya'Allah.. ade rezeki nanti aku beli sebijik..

malam pertama disini.. sedih.. pilu.. rindu.. kat rumah.. kat bilik.. rasa diri ni lonely..

xpelah.. da dapat kerja kat sini kan emi.. skang kerja susah nak dapat.. cuba dulu.. kalau tak sesuai.. cuba nasib kat tempat lain.. mula2 perit sikit nak telan.. semua rasa pahit.. ok lahh.. next time kita cerita banyak2 ok.. doakan aku berjaya kejar cita-cita aku.. 

thanx anis akira.. sebab banyak tolong aku sepanjang aku di ampang nie.. dan thanx nizam.. bagi support.. xlupa juga paling special.. terima kasih mak ayah.. kerana bagi kepercayaan kepada anakmu ini untuk bina kerjaya disini.. i love u!!!


Friday, August 10, 2012

DEMI KELUARGA TERCINTA



ramai yang post video ni kat facebook pagi tadi.. so aku menggunakan kesempatan yang ada nak post kat blog kecintaan aku ni. even family kita dah tak ada lagi bersama kita..  ziarahilah makam mereka.. sesungguhnya mereka pasti gembira DI ATAS SANA melihat anak-anak mereka datang jenguk mereka.

aku ingin menceritakan pengalaman aku pergi menziarahi kubur almarhumah bondaku. raya 2 tahun lepas aku tak dapat pergi menziarahi kubur mak sebab dalam haid. sejak raya sehinggalah balik cuti sem aku tak pergi2 ziarahi mak. sampailah satu petang tu aku round2 pusing kampung dan lalu didepan Tanah Perkuburan Islam Felda Cahaya Baru.. aku cakap dengan dalam hati "mak.. maafkan emi sebab dah lama tak melawat mak".. tiba-tiba malamnya badan aku seram sejuk.. sampai nak bangun pun xboleh.. then ayah aku panggil mak aji sebelah rumah tolong ubatkan aku.. dan mak aji tu cakap.. "ko ada lalu depan kubur tegur mak kau ke mie?", aku jawablah ya.. then mak aji tu cakap lagi.. "ni mak kau tegur kau nie.. nanti lepas dah sihat nie pergilah ziarah kubur mak kau.. dah lama benar kau tak jenguk mak kau".. then.. lepas aku sihat.. aku ajak adik aku temankan aku pergi ziarah kubur mak...

moral of the story.. jangan biar lama sangat tak ziarah kubur ahli kelaurga kita.. mereka sebenarnya nampak dan berharap anak2 mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka DISANA..

Thursday, August 9, 2012

HATI TAK TENTERAM

apa yang harus aku buat..
nak pergi ke tidak..
nak terima ke tidak..
aku dalam dilema..

Ya Allah.. berilah aku petunjuk
bantulah aku untuk membuat keputusan yang tepat
bantu aku ya Rabbi..
aku mohon belas ihsan-Mu

Monday, August 6, 2012

HARTA PUSAKA






keratan-keratan akhbar diatas banyak menceritakan perbelahan antara adik beradik dan keluarga berpunca dari cara pembahagian harta pusaka yang tidak adil.

banyak cerita yang didengar yang sampai ketelinga aku.. disebabkan harta pusaka ini juga lah ada yang sampai sanggup berbunuhan antara satu sama lain. aku harap kita sebagai orang muda yang banyak mendapat pendedahan berikutan hal harta pusaka ini sepatutnya beware. takut nanti kita juga tergolong diantara orang-orang seperti ini yang kurang pengetahuanya mengenai pembahagian harta pusaka.

baiklah.. makna harta pusaka adalah semua harta yang ditinggalkan oleh simati samada harta alih atau harta tak alih termasuklah apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. Harta berbentuk alih ( wang simpanan ASB, barang kemas dan sebagainya) atau tak alih (rumah, tanah dan saham).

sebaik-baiknya sebelum apa-apa terjadi kepada kita dan juga masa depan anak-anak dan keluarga kita seharusnya kita perlu mengambil jalan bijak iaitu membahagikan wasiat kepada waris-waris kita. dan kita sebagai anak sepatutnya menasihatkan ibu bapa kita untuk membuat pembahagian dia jabatan harta pusaka kecil di negeri masing-masing secepat yang boleh bagi mengelakan masalah lain berlaku. ini dikhuatiri jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa kita.. tanpa menurunkan wasiat yang betul.. anak-anak kita boleh jadi bergaduh sesama sendiri. bukan apa.. saya tak bermaksud untuk bertindak keterlaluan.. semua ini dilakukan ada sebabnya. bukan tamak tapi dilakukan untuk masa depan kita semua..

mengikut pengalaman saya selama berada di jabatan harta pusaka kecil untuk mengikuti proses pembicaraan.. ada satu keluarga ini sanggup bergaduh anak beranak di hadapan khalayak ramai tanpa mengira malu disebabkan berebut harta peninggalan arwah bapa mereka. si anak sulung tak setuju jika  harta tersebut dibahagikan mengikut faraid sedangkan dia sebagai anak yang sulung. sepatutnya berhak mendapat lebih dari adik-adik dia yang lain.. bak kata pembahagian harta tersebut mengikut rate pangkat.. yang sulung dapat banyak.. yang si adik mendapat lebihan selepas pembahgian tersebut.

sewajarnya dinasihatkan.. biarlah harta pusaka tersebut dibahagikan pengikut undang-undang faraid kerana cara ini lebih afdhal dan lebih baik dari cara pembahagian harta yang lain. ini telah dibuktikan dalam:

Al-Quran - Surah al-Nisa'; ayat 10, 11 dan 176

“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai  anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, dan jika kamu mempunyai anak bagi isteri seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki(seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada  harta Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seseorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan  tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun”. ( Surah an-Nisa': ayat 12 )  

Jika kita memandang remeh tentang pembahagian harta pusaka ini ia boleh mengakibatkan: 
  • Pembekuan Harta Pusaka oleh Amanah Raya Berhad
  • Proses Penyelesaian Harta Mengambil Masa Yang Terlalu Lama
  • Persengketaan Sesama Ahli Keluarga Yang Tersayang
  • Pembolotan Harta oleh Mereka Yang Tidak Bertanggung-jawab
  • Pembahagian Harta Yang Tidak Betul Serta Tidak Berlandaskan Syariat Islam
  • Terpaksa Melalui Proses Perundangan Yang Rumit Akibat Daripada Urusan Harta Pusaka Yang Tertangguh 
  • Bayaran Guaman Yang Tinggi


dan jika anda semua mahu mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pembahagian harta pusaka ini anda boleh lawati portal rasmi JKPTG dan anda juga boleh membaca rencana ini

Sunday, August 5, 2012

THANK YOU SO MUCH DLCW!!!


never mind Chong Wei.. u try ur best to fight and try hard to get the gold. even kalahpun I'm proud of u Chong Wei.. U are Our Hero!! keep it up bro. 


CONGRATULATION LEE CHONG WEI!!!

JOB TOUR DE

PASIR GUDANG, SERI ALAM, LARKIN, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, SEGAMAT, JEMENTAH, TANGKAK, BUKIT GAMBIR, AMPANG & KLANG


dah lama dah nak siapkan entry ni.. tapi sebab penyakit kebosanan dan kemalasan melanda diri akibat asyik duduk terperap jek dirumah selepas job tour minggu lepas membuatkan jari jemari yang montel-montel ini kaku seribu bahasa. 

pengalaman mengajar kita erti kematangan dalam membuat pilihan dan membuat keputusan. itu yang aku belajar dari job tour ini. dari satu tempat ke satu tempat aku gigihkan kaki ini melangkah untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan akan datang. tapi rezeki belum menyebelahi aku. 

kata orang rezeki ada dimana-mana.. yang penting kita perlu gigih berusaha walaupun result tak la segempak mana. dapat peluang pekerjaan di negeri orang tanpa restu keluarga juga menjadi penyebab aku menolak tawaran bekerja disana. walaupun position yang diberikan menepati citarasa aku yang sebenar. tapi bagaimana hendak dibuat.. family comes first. tanpa restu mereka hidup aku dan perjuangan aku mungkin tak kemana.

sudahnya.. aku still berdiam diri di bilik yang usang ini..


search punya nak rak.. semua kerja yang di advertisekan di jobstreet, jobsaved, linked, jobmalaysia dan macam-macam lagi aku apply.. tapi yang datang bergolek ke aku job di kuala lumpur sana.. yang di johor bahru ni.. satu pun tak dapat feedback lagi.. sabar dan terus bersabar..

dalam menanti panggilan untuk ditemuduga dan orang putih kata "interview".. ada sahaja yang tak kena dimata orang lain. aku pun tak paham.. apa lagi yang mereka mahu aku buat. segala yang disuruh telahpun aku siapkan... tapi apa lagi perbuatan aku yang tak kena dimata mereka. nasib.. nasib..


mood: menunggu panggilan untuk di temuduga dan kalau boleh terus kerja.. bantai jek kerja apa.. pecacai angkat sampah pun aku sanggup.. asal halal.. asal dapat tampung kehidupan aku lepas ni..


Friday, August 3, 2012

KEPADAMU YA ALLAH KUATKAN HATIKU



Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.. aku bersyukur diatas segala ujian dari-MU..
demi masa depan yang cerah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan diri ini

aku terima segala keputusan yang KAU tetapkan untuk aku
berilah aku peluang Ya Allah untuk merasa lebih baik dari orang lain dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

demi keluarga, kawan-kawan dan juga orang tersayang yang sudah banyak membantu aku, tak sanggup rasanya hati ini nak kecewakan mereka. banyak sangat jasa mereka untuk aku terus berjaya dan rasanya aku sendiri tak mampu nak membalas. aku berserah pada-MU Ya Rabbi..



Ya Allah.. berikan aku jalan untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri aku untuk menjadi insan yang lebih berguna, yang boleh diharapkan dan boleh dibanggakan oleh keluarga aku terutama sekali..

ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku buat selama 24 tahun aku hidup dibumi-MU ini dan pada-MU Ya Allah aku terima dengan hati yang terbuka segala apa yang KAU telah tetapkan untuk diri aku..

Terima Kasih Ya Allah!!! Syukran..