Showing posts with label ampang girl. Show all posts
Showing posts with label ampang girl. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

TAHUN BARU

New years 2013

Assalamualaikum semua.. kedengaran bunyi letupan bunga api diluar jendela rumahku.. every level menjerit "Happy new year!!!!".. first thing memang feeling excited tengok bunga api cantik-cantik kat langit.. tapi..

tak lama lepas tu bunyi bom meletup.. rasa nak gugur jantung aku.. korang tau what i feel that time?? KIAMAT.. yeah... i feel macam nak kiamat. serious rasa takot sangat.. rasa gegaran tu.. aku tak tahu nak describe macamana kat uollss... but the important is.. serious rasa berderau darah ni.. perot aku kecot seketika. time ni la terpikir.. kalau lah betol2 terjadi apa yang tengah bermain difikiran aku.. aku memang keseorangan.. tak ada sapa nak tolong aku.. jauh dari keluarga.. jauh dari orang yang dikenali.

try to calm down.. breath in and out.. then, i feel better now..

selepas tengok video gambaran hari kiamat di facebook.. aku rasa something.. aku tertanya pada diri sendiri.. sempat lagi ke aku bertaubat.. sempat lagi ke aku nak buat amal kebajikan. aku belom lagi rasa puas nak bahagiakan kedua ibu bapa dan adik-adik aku.. aku belom rasa lagi alam perkahwinan tu macamana.. aku teringin nak ada anak sendiri selepas melihat kegembiraan yang terpancar di wajah kawan-kawan aku bila dorang dah pun memiliki zuriat sendiri.. aku nak rasa semua tu.. banyak lagi impian aku belom tercapai.. sempatkah aku???

itulah perasaan dan gangguan emosi yang terjadi pada diri aku lately ni.. aku banyak buat dosa.. hari-hari doa.. semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang aku buat... aku manusi khilaf.. tak lari dari melakukan kesilapan... aku betul-betul ingin menjadi hamba-Nya yang taat dan senantiasa mengikut segala suruhan dan perintahnya.. tapi aku masih lagi tak berdaya untuk memenuhi itu semua. aku masih lagi belum mampu.. tapi hatiku tak pernah kering untuk berdoa semoga apa yang aku hajati dikabulkan oleh-Nya.. Amin..

oryte..i think.. i wanna stop writing now, coz i feel mengantok sangat.. so, next time jumpa lagi ok.. dont forget uolls.. masa itu emas.. kita tak akan boleh putarkan balik masa itu tanpa izin Ya Karim..
take care people!!! 
peace yo!!

Thursday, December 19, 2013

WHAT I SEE

Assalamualaikum semua.. sebelum ni aku ada janji nak cerita something kan kat korang. ok lah.. kali ni aku nak cerita pengalaman aku selama aku menjadi warga kota metropolitan ini. fuyoooo... ayat nak gempaq..

Oklah, hampir setahun jugak lah aku tinggal di negeri orang ni. aku berhijrah bukan sebab aku nak terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga ibu bapaku.. tetapi lebih dari mencari ilmu dan pengalaman. sebenarnya aku tak kisah dapat kerja dekat mana. kalau dekat dengan rumah lagi bagus sebabnya aku boleh ulang alik balik rumah aku sendiri. hubungan dengan keluarga pun bertambah erat. tapi what should i do... rezeki ditempat lahir aku sendiri tak berapa nak ada sangat.. aku tak memilih kerja pon. tapi kalau boleh nak la yang setaraf dengan kelayakan yang aku ada sekarang. minat aku sangat mendalam dalam bidang percukaian. aku tak tahu kenapa dan aku tak ada jawapan nak bagitau korang semua. yang pasti kalau zaman belajar dulu aku kalau boleh tak nak skip langsung kelas taxation. kebarangkalian lecturer yang mengajar aku tu pun best dan aku paham apa yang dia terangkan. siap bagi gelaran "bapaku" gitu..  ingat lagi masa test tax under topic RPGT. dengan condifentnya aku jawab and i feel it yang aku boleh dapat high score time tu. disebabkan terlalu condifent sangat menjawab.. last2 dapat result hampeh.. sangatlah kecewa masa tu. but aku pikir positif. aku mesti boleh buat lagi baik lepas ni. Insya'Allah.. aku study betol2 and masa final exam aku dapat A- for taxation. Alhamdulillah.. disebabkan aku minat sangat tax ni aku tak kisah kena bambu dengan manager masa aku praktikal dulu. siap turun balik tu dari bus lepas dapat call dari dia. punyalah seram nak mengadap muka manager aku dulu. garang dia tak leh ingat... macam singa... weyyy... seriously seram yang amat time tu.. kelakar jugak bila ingat balik zaman praktikal dulu.. rindu kat kila, zida n su.. tapi aku nak bagitau korang... sebab manager time aku praktikal and pengalaman jadi trainee kat sanalah aku jadi aku sekarang. event aku sorang-sorang pun.. at least aku dah ada basic tax untuk aku menghadapi dunia pekerjaan nanti.

And now, i am tax assistant at one medium firm. kat sinilah bermulanya kerjaya sebenar aku. dah setahun lebih dah aku timba pengalaman kat sini. macam-macam ragam dan betuk orang aku jumpa.. dunia belajar dan dunia pekerjaan tak sama. yang kita belajar tu adalah teori semata. if nak rasa yang real punya mintaklah kerja kat firm small medium.. tu lagi bapak busy.. sekalimat tak balik rumah dan buat office tu macam rumah korang.. samalah masa aku kene trained dulu.. hammmeeekkkk ko!!!!!

ok sambung cerita balik... untuk berhijrah kesini (Ampang) ni pon banyak jugak dugaan, cabaran dan rintangan yang aku perlu tempuh. nak dapatkan sesuatu yang kita nak sudah tentulah ada cabaran menanti dihadapan. cuma kita ni kuat atau tidak jek nak menghadapi ujian tersebut. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak putus-putus serta mengambil masa yang lama juga untuk membuat keputasan. akhirnya aku berhijrah di tempat yang begitu asing bagi aku. kat sini aku tak kenal sape-sape pon. Ampang ni dalam Negeri Selangor. event En.Boncet tinggal dalam Selangor pun tapi kami bukan pun selalu jumpa. jarak tempat dia ke sini pun jauh.. kadang-kadang aku kecik ati jugaklah dengan dia kalau dia tak nak jumpa aku dengan alasan jauh. bila dah lama-lama ni aku dah tak heran dah.. senang cerita jejak jek kaki kat sini semuanya aku buat sendiri. dari turun bus naik bus sendiri, cari rumah sewa sendiri, cari makan sendiri.. cuma adalah certain part tu aku terpaksa mintak tolong dengan orang yang aku kenal dan tak berapa nak rapat sangat kat sini. weyyyyhhh... kalau ingatkan balik lah.. rasa tak nak duduk sinilah senang cerita.. rasa dah putus asa pon ada masa tu.. nak balik jb jek. aku menangis sorang-sorang kat bumi asing ni pon tak ada sape tahu. sadis jugaklah masa awal-awal aku hidup kat sini. nak sangat kan berhijrah... ni la yang perlu aku harungi. but what i faced at previous year, make me feel stronger now. bila dah kerja ni macam-macam pulak nak kene pikir... ehhhhhhhhh... kalau nak cerita pon panjang lagi la sebenarnya. cut dulu la eh.. ni jek kot dulu as an introduction la katekan... katenyerrrrrr.... huahuahua...

oklah.. sambung next time ok. aku pon da mengantuk tahap gaban dah ni. tengok jam pon da pukul 0315 am dah.. beberapa jam lagi nak bangun siap-siap g kerja. jangan aku tak sedar sudahlah... mati aku nanti kene bebel dgn bos aku. tu pon kalau dia dapat tahulah... huahuahuahuha...

take care semua and thanks b'coz sudi baca. actually aku lately ni ada masalah susah nak tidur. laterlah kita story ok. tata..

Peace yo!!! (tajuk cerita macam lari jek dari apa yang aku cerita ni...macam tergantung pon ada... lantak lah... peace!!)



Wednesday, December 11, 2013

I'M BACK YOO!

assalamualaikum semua. serious.. lama giler tak update blog ni. and seriously memang bussy x hengat.. betul (angkat tangan) xtipu korang pon. lagi-lagi bulan ni dan bulan depan peak period for submission tax return year ended June 2013.

pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku bertapak di bumi Ampang ni. macam-macam yang aku lihat.. macam-macam yang aku dengar dan cuba untuk memahami situasi disini. nanti aku cerita yek pengalaman aku kat sini.

this post nak update pasal kawan-kawan aku yang mostly dah pun bertukar status. yang bestnya.. last year and this year ramai yang kawin.. and for next year for sure lah ramai yang dah dapat baby.. my bff sunkist insya'Allah dengan izin Tuhan bulan April tahun depan akan melahirkan seorang baby yang comel and opcoz xlupa juga my opismate k.siti yang bezanya seminggu jek dengan due my bff beranak nanti.. matila aku next year nak mengadap tax com and submission tax return year end December 2013 nanti.. positif emi.. semoga dipermudahkan segala urusan.

bila dah ramai member-member dah nak dapat baby ni. aku lah yang paling excited. geram giler sei dengan baby2 ni semua. dah kata baby opcoz lah comel, wangi dan rasa nak cium dan gomol-gomol jek dorang ni.. serious aku tak tipu. excited giler kot kalo dapat jumpa budak-budak cenonet-cenonet semua ni.. adakah itu petanda yang aku dah ready untuk melangkah setapak lagi untuk membina keluarga aku sendiri??? insya'Allah one day.. doakanlah jodoh aku sampai awal.. serious.. rasa tak sabar nak ada anak sendiri.. gerammmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!

nanti aku update gambar2 untuk halwa mata korang. malam ni tak sempat. aku pon ada kerja lain nak buat.. (kerja la sangat... huhuhuhu..)

ok dear bloggers semua.. nak checkout dah from this entry. tulus nun di dalam hati aku ni.. aku rindu yang amat nak berblog lagi sebenarnya.. tapi buat masa sekarang ni masa sangat-sangat mencemburui aku.. memang banyak sangat nak share dengan korang.. serrrrriiiioooouuusssss... betul.. tak tipu... nanti aku update ok..

oryte.. see u guys.. take care ok.. peace yo!!!
assalamualaikum...




Friday, July 26, 2013

RAMADHAN 2013

IFTAR WITH ZALGHANI & CO @ DEWAN PERDANA D'SAJI, JALAN SEMARAK

tax department with management

ZNC Sportclub members

En.Zalghani family's

Audit Department

Zalghani & Co's Kid

Tax Department

Management Team

Foods



IFTAR WITH MY BONCET






Monday, July 8, 2013

Testing

Assaalamualailum semua.. hahah... tujuan poat ini hanya untuk merasmikan hp baru aku.. next entry akan diceritakan ok.. now.. just for warming up dulu.. see you then.. tc!!!

Saturday, June 29, 2013

ROOM FOR RENT AT AMPANG / BILIK UNTUK DISEWA DI AMPANG - INTAKE JULY 2013

kami sedang mencari penyewa untuk bilik tengah (middle room). jika ada sapa2 berminat sila sms di 017-7170945. just text me if u interested. detail of the rental:-

  1. PANGSAPURI 5 TINGKAT TAMAN SERI MERDEKA, BANDAR BARU AMPANG
  2. MIDDLE ROOM ( AVAILABLE FOR 2 PERSON IF U WANT TO SHARE)
  3. RM300/MONTH
  4. DEPOSIT 1 + 1 MONTH + RM50 FOR UTILITY ( RM300+RM300+RM50=RM650)
  5. AVAILABLE FOR FEMALE ONLY
  6. CAN COOK
  7. CLEAN
  8. NEAREST PANGSAPURI SERI NILAM
  9. EVERY TUESDAY AND THURSDAY ADA PASAR MALAM DEPAN SIMPANG BANDAR BARU AMPANG (TRAFFIC LIGHT)
  10. FACILITIES: -
    • BUS RAPID, SJ N METRO (NON-STOP) TO KL
    • DOBY
    • STORE
    • TAMAN REKREASI & PADANG UNTUK RIADAH
    • INTERNET (WIRELESS BERBAYAR)
    • ASTRO 
  11. CURRENTLY YANG MENYEWA ADA 2 ORANG SAHAJA
  12. ANY QUESTION JUST TEXT ME AT 017-7170945.

Thursday, May 30, 2013

KERJA

Assalamualaikum semua.. apa khabar.. sebenarnya dah lama bercita-cita nak update blog yang dah bersawang ni.. tapi masa pulak tak lapang.. sekarang ni pun aku tengah busy buat tax computation for year end december.. at the same time mengejar dateline end of June untuk individual yang ada other income.. enterprise la senang cerita... kenapa cerita pasal tax computation nie.. la.. korang tak tahu lagi aku ni bekerja sebagai tax assistant.. memang la keje aku siapkan tax computation.. and for your information.. i love my job so much.. even ada yang berkata.. keje teruk tapi gajinya ciput jek.. guys.. bersyukurlah atas rezeki yang Allah berikan pada kita.. insya'Allah bila kita rajin ada rezeki lain yang kita tak nampak Tuhan nak berikan pada kita.. kerja biarlah ikhlas.. so.. apa orang nak cakap pasal kerja yang aku buat aku tak kesah.. yang penting aku enjoy dengan apa yang buat sekarang.. just pray for be a better PERSON.

S.Y.S!!! for next entry.. ni just for warming up dulu ok.. maybe Insya'Allah ada cerita yang menarik akan dikongsikan bersama-sama kamu semua..

wassalam.. peace yo!!

Sunday, February 17, 2013

KAKAK SAYA DAH BERTUNANG!!


cantik tak?? berseri-seri muka dia.. malangnya aku tak dapat datang majlis dia.. because of housemate baru nak datang rumah aku pagi tadi.. 

tengah meramah mesra dengan housemate baru tiba-tiba ada bunyi mesej masyuk... buka jek.. menjerit sekejap.. cantik!!!!!!!!!! itu yang terkeluar dari mulut aku.. tahniah k.wani.. tak lama lagi nak kawin pulak.. sorang lagi kawan aku bakal mendirikan masjid..

now.. aku tak sabar nak dengar berita gembira dari roomate aku pulak.. hari ni ada rombongan merisik datang kerumah dia.. dia cakap bertunang terus.. tapi tak confirm lagi.. tengah menunggu jugak kabar berita dari dia.. harap-harap dia happy and majlis dia berjalan dengan lancar..

wah.. ramainya kawan-kawan aku nak kahwin tahun ni.. boncet!!! kita bila pulak????
upppppssssssss!!!! lupa pulak.. berat tak cecah 60kg lagi.. mana boleh nak kawin... so sad... wawawawa...

ok lah kawan-kawan.. kita jumpa lagi next time... assalamualaikum.. peace yo!!

DI MALAM MERCUN BERDENTUM DENTAM

hye and assalamualaikum semua.. apa khabar.. lama kan tak jumpa korang semua.. (emilia bajet macam blogger yang famous amous).. i'm quit busy from last year lagi.. start tahun baru 2013.. boss i dah bagi kerja sekelepuk dari january until maybe august if i not mistaken.. but whateverla... this is my jb and my responsibility to finish up all the kerja-kerja yang ada dibawah meja and already listing in my planner.. ko kerja ap emilia?? uolls tak tahu lagi kew?? i'm tax assistant in one of audit firm at Kuala Lumpur. tax assistant jek.. tapi kerja macam jadi auditor.. auditor base on sample but tax assisstant 100% kene check all client invoice, payment voucher and sewaktu dengannya.. every day i akan mengadap general ledger, trial balance, balance sheet, cashflow and income statement client.. if account cantik that is no problem to me.. yang tak cantik tu sahaja yang buat masalah.. i'm still under learning lagi.. banyak benda nak kena belajar.. tax assistant ni pon banyak benda kena tahu.. Income Tax Act, Public Rulling, Budget, Zakat and all those thing yang related dalam accounting suma kene study.. tension memang tension.. tapi bila dalam diri kita ada minat.. semuanya Insya'Allah.. mudah kita faham.. yang penting kena banyak bertanya bila tak tahu.. kerja dalam accounting field ni memang mencabar.. kalau tak tahan boleh jadi migraine dibuatnya.. tepuk dada tanya hati.. 

now, kita cerita pasal hal perkahwinan pulak.. umur semakin hari semakin bertambah.. tapi muka still cute macam zaman sekolah menegah dulu.. wawawawa... (cute lah sangat ko ni emilia. muka dah macam mak orang dah..) whattttteverrrr... tahun 2013 ni ramai pulak geng-geng aku kahwin.. semua tahun nie.. dorang dah melangkah to other step.. aku ni.. merangkak pun tak lagi.. bila nak planning ni.. macam tak ready lagi jek.. tengok lah badan aku.. makin hari makin membesar.. lemak-lemak berlumba-lumba nak masuk dalam badan aku.. bila nak kurusnya pun tak tahulah.. bersenam dahlah malas.. kat opiz dok buat kerja jek.. balik rumah penat terus tidur.. bilanya nak ada masa bersenam suma bagai ni.. padang bola kemain terbentang luas depan uma aku ni.. perginya tak juagk.. hujung minggu abiskan masa berehat, basuh baju, kemas bilik, kemas rumah, jumpa family, jumpa ehem-ehem, pergi majlis kawin... untuk diri sendiri takde lagi.. mr.boncet cakap dengan aku.. selagi aku tak dapat cecah berat badan 60kg.. dia tak akan kahwin dengan aku.. tu motivasi tu.. bagi naik semangat sikit nak kurus.. dia cakap dari zaman naik basikal kat UiTM (6 years ago) lagi cakap nak kurus.. tapi tengok makin mengembang pulak.. insya'Allah.. aku akan cuba.. dengan budget yang sedikit ni akan ku usahakan jugak.. kalau tak jadi andartu la aku jawabnya... 

oklah.. sakit pinggang pulak duduk lama-lama ni.. next time kita bercerita panjang lagi okey.. buat masa ni, ni jelah yang dapt aku sharekan dekat korang semua.. panjang umur kita berjumpa lagi..

assalamualaikum.. peace yo!!

Tuesday, December 11, 2012

CUTI UMUM HARIJADI SULTAN SELANGOR

assalamualaikum semua. dipagi selasa ini dimana warga selangor sedang bercuti (i'm also included) i celikan mata mandi, goreng nugget dengan rebus ketam segera pergi opiz sambung kerja yang terbengkalai di atas meja. "asal kau gigih sangat pergi opiz emie???".. nak buat macamana due date dah dekat.. aku kene la gigihkan jugak siapkan kerja aku...

lately ni banyak jugak benda-benda yang berlaku yang mencuit hati aku untuk bermonolog sendiri.. niat dihati nak jek report suma tu kat blog nie.. tapi dek kekangan masa.. tak dapek den nak taip panjang lebar kat sini.. ni pon just nak luakan sikit-sikit jek.. i'm so sorry..

di kesempatan ini aku mohon sangat doa dari kalian untuk aku bersemangat untuk teruskan kehidupan aku yang penuh liku dan berbatu-batu nie.. semua orang mohon supaya apa yang kita usahakan dapt berkat dari yang Maha Esa.. dan diberi kemudahan untuk melakukanya.. tak ketinggalan juga aku.. aku nak sangat semua masalah yang penuh dikepala dan terbeban di bahu aku sekarang ni dapat di uraikan satu persatu.. doakan yek.. aku nak senang hidup dunia dan akhirat..

p/s: life of PI best... breaking dawn lagi best.. tapi sedih.. lepas ni dah tak ada dah cite twilight lagi..
hope aky jugak tak ketinggalan dapat hidup dengan happy ending like them...

Sunday, November 18, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

salam satu malaysia semua.. minggu ni aku menghabiskan masa hujung minggu dengan beberapa aktiviti bersama kawan-kawan yang aku sayang..

semalam (17.11.2012) aku pergi ke UiTM Shah Alam untuk ambil jubah konvo.. as uolls know minggu depan i nak konvo uollsss.. but sadly.. my parent tak dapat hadir.. so yang akan memeriahkan my convocation days are my friends.. hope so i tak nangis sebab jealous dorang ada family yang sambut that beautiful day.. but not me.. xpelah.. nak buat macam mana.. lepas konvo nanti i balik la jumpa my parent tunjuk dorang ijazah yang i dapat... this is my pre-convo picture.. 

fatin,linda,erni,me,fazra,izati,lala and anis





then.. hari ni (18.11.2012) i pergi job fair kat PWTC.. actually.. bukan exactly kat PWTC.. tapi kene jalan sikit ke Dewan Tun Razak.. lets check it out these picture..



hah.. kat sini tau tak job fairnya berlangsung...

zooommmm...

KL f.m on air audition yoo...


giler artisticlah sangat haku nie..



time register nanti hamek kaw.. dorang tampal kat legan korang dengan sticker nie..

lupa nak snap gambar dengan sape aku g.. actually.. aku g dengan my best friend Ainun Mardhiah.. lepas g sana kami g makan2 and lepaking kat wangsa walk.. fiers time jejakan kaki ke wangsa walk.. tujuan utama nak makan nasi ayam penyet.. tapi kedai tu dah berpindah.. next two weeks baru bukak.. so kempunanlah kami nak merasa nasi ayam penyet tu.. tapi makan kat NICE pon sedap gak.. tomyam dia pedas.. nyum.. cukup rasa.. heheh.. lepas makan and gosip2 ainun hantar aku pulang.. dan so sad.. lif rosak lagi... naik la dahku tangga sampai tingkat 13.. sempottttt....


Tuesday, November 13, 2012

DE PALMA HOTEL

hye semua.. apa khabar?? happy deepavali bagi yang menyambut.. hari nie aku nak share something kat korang semua.. minggu lepas bos aku belanja lunch kat De Palma Hotel.. alhamdulillah.. tak payah kuar wit on that day beli makanan.. if korang nak tau bos aku ni sangat2 baik hati.. selalu sangat belanja kitorang semua makan.. gemok la aku kat sini (xsedar diri padahal kau dah gemok pon emie..). apa lagi.. balon la habis-habisan makanan kat sini.. selagi perot belom bagi siren warning.. sumbat jela.. heheh.. 

on the same day and place rupanya Dato' Mashitah pon ade.. suuwweeeett 17 betol la dia tu.. cantik.. sejuk mata memandang.. Ust Noh Gandut, Mufti Johor pon ade.. planning nak amik gambar dengan dorang.. tapi sebab nampak dorang tengah bincang membincang dengan alim ulama' kat situ.. terus tak jadi.. apa lagi.. aku layan la suma makanan kat situ.. (nampak sangat aku kelaparan tahap monster).. oklah.. korang layan lah gambar yang sempat aku snap.. layan...

kat sinilah tempat kami lunch.. dalam hotel De Palma


wajib ade sayur dalam menu aku..

ayam goreng..

meja kami yang sudah direservekan oleh pihak hotel..

tax department


nasi ayam de palma

char kuew teaw..


mamak!!! roti canai se..

mee udang.. hau hau liawww..

vegetarian section..

amekaww..

bubur kacang..

kuih singgit kak..


nyum2..

thanks En.Ghani!!! semoga encik dimurahkan rezeki.. amin..

lelem..

k. zue with Dato' Mashitah

account depatment

nyum!!!

we allz..

senior..

we allzz lagi..

geng..

we allzzz..

cuuwwwiiitt...

ololooolll...

akhir kata.. aku kekenyangan.. masuk opiz.. mata ngantuk.. heheh.. tapi best.. special thank to En.Zalghani Hassan.. terima kasih banyak2 kerana sudi belanja kami lunch.. semoga rezeki En.Ghani melimpah ruah.. dan juga untuk company ini.. mudah-mudahan ade rezeki kami akhir tahun nie dan juga berita baik untuk aku..

sebelum ni.. nasi arab.. minggu lepas hotel de palma.. next time kat mana pulak beliau nak belanja.. wahahahah... see ya..