Sunday, January 27, 2013

JERIT SAMPAI KELUAR ANAK TEKAK

hai semua.. apa khabar.. lama giler tak update..

lately ni aku senang sangat fed up dengan perangai orang.. naik menyampah aku dibuatnya.. makin aku simpan perasaan tu makin aku sakit hati.. bila tak terluah perasaan yang aku kandung ni mulalah aku nak naik marah.. aku simpan semua apa yang aku rasa sorang2.. aku pendam semuanya sampai aku dah tak tertahan lagi..  bila aku nak luahkan kat orang terdekat.. dia lebih kejarkan dunia dia dari amik berat pasal aku.. aku sorang-sorang… even ada kawan yang duduk dekat area2 KL ni pun.. mereka masing-masing ada komitmen sendiri.. ada yang dah bekeluarga.. tak kan aku nak cerita semua tu kat dorang.. lagipun aku tak mempunyai ramai kawan yang betul2 “KAWAN”.. End up.. aku simpan semuanya tu in my own pocket..

bila dah sampai terpaksa minta bantuan pun, orang terdekat masih suruh aku berdikari sendiri.. kali ni aku betul2 tak dapat kawal perasaan aku.. aku sedih.. bila aku susah dan memerlukan bantuan sangat2.. tak ada sape yang hulurkan bantuan.. aku tahu aku sape nk mintak bantuan dengan orang.. tapi dengan dia sahaja yang dapat aku harapkan.. aku dah cakap dengan dia seminggu awal dimana aku perlukan perkhidmatan dia.. last2.. semuanya aku kena buat sendiri.. lepas ni aku dah malas nak minta bantuan sape2.. orang yang aku percaya.. even yang paling dekat dengan aku pon.. aku malas nak dengar ungkitan2 tu semua.. biar aku susah.. yang penting aku buat sendiri.. dan yang paling penting sekali aku tak menyusahkan hidup orang lain!!!! semua ni berlaku dimana-mana sahaja.. even di office aku pun.. buat keje sikit semua nak berkira.. sakit sikit dah mengeluh.. sakit sikit dah tak boleh nak buat kerja..

so bila aku sendiri dah tak boleh nak kawal perasaan aku.. aku menjerit sekuat2 hati aku.. aku dah tak tahan tanggung semua nie sorang2.. dah lah duduk diperantauan ni pon aku usaha sendiri.. semuanya sendiri.. memang silap besarlah aku mintak tolong tunjukan tempat kerja aku dulu.. susah sebenarnya mintak bantuan orang.. kena dengan orang yang ikhlas tak pe.. tapi kalau kena dengan orang yang tak ikhlas.. mengata kita belakang.. mengutuk lagi.. memang takat tu jela aku mintak tolong dengan kau!!! Nak kata dah puas menangis.. berbaldi air mata yang aku hasilkan.. bercampur baur.. marah.. benci.. dendam.. sedih.. rasa nak maki semua ada.. kalau ikutkan hati dah tunggang langgang dah bilik ni aku sepahkan… dah banyak dah barang2 aku musnahkan.. betapa aku kecewa nak mati.. hati aku hancur nak mampus dah.. aku dah cuba beristighfar.. banyak kali.. sampai sekarang mulut aku masih tak berhenti beristighfar.. sebabnya perasaan marah tu masih berbaki.. aku dah malas nak amik tahu hal orang lain.. biarkan aku dengan dunia aku.. kau kejarlah cita-cita kau.. kau kejarlah harta yang tak boleh dibawa sampai kemati tu… buatlah apa yang kau nak buat.. aku dah malas nak amik tahu.. aku dah fed up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sorrylah.. hari ni aku post benda yang bodoh.. yang tak beri apa-apa manfaat pun kepada yang membaca blog… walaupun aku tulis semua ni.. hati aku masih sakit.. bernanah… tak tahu bila sembuhnya.. memang keje nak maki orang jek..buat masa ni aku nak bersendirian.. aku malas nk masuk cmpur and amik tahu hal orang lain.. bila aku susah xde sape pun nak amik tahu hal aku.. even aku xde tempat mengadu didunia nie..  tapi aku masih ada-Mu Ya Allah..

No comments: