Assalamualaikum semua.. aku dalam dilema ni.. bulan depan aku bercadang nak beli handphone yang canggih sikit.. tapi tak tahu nak pilih yang mana.. banyak sangat h/p canggih2 sekarang ni... mula2 tu ingat nak beli xperia u memandangkan budget aku nak beli h/p canggih tak la semahal mana.. lepas tengok bos aku beli samsung teringin pulak nak pakai samsung.. teringat kat raudah.. if dulu zaman2 belajar kadang2 pinjam h/p dia godeh2.. masa belajar dulu popular samsung s(ii).. lepas search punya search... ini yang aku jumpa.. agak2 samsung s(ii) dah turun harga ke belom ek.. harap2 lepaslah budget aku nanti masa nak beli.. jom kita review sama pasal samsung s(ii) yang bakal aku nak beli dengan samsung s(iii) yang bos aku dah beli beberapa minggu yang lepas.. lets check it out bebeh!!
h/p yang aku nak!!!!!!! |
Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada
Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar
daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan
lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar
yang hebat berbanding yang lain.
Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa
fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan
fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android
yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.
h/p bos aku la ni.. |
Smart Stay
Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam
keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara
tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini
‘hidup’ dan ‘berakal’.
Direct Call
Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim
jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan
lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke
telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan
kepada pengirim tersebut secara automatik. minggu lepas bos buat demo pasal ni.. bengkek jek tengok.. pehh...
S Voice
Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh
memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya
boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan
mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam
arahan Bahasa Malaysia. yang pasal ni bos aku tak gemar.. dia cakap macam h/p untuk orang oku pun ade.. terus dia setting off.. wahahaha...
64GB Storage
Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB
berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga
komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring
dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya
kelajuan peranti ini tidak terganggu.
doakan aku bulan depan dapat membeli sebijik h/p canggih yek kawan-kawan!!!!
peace yo!!
credit to : kisah emas putih
No comments:
Post a Comment