Thursday, December 26, 2013

ANAK TIRI

Assalamualaikum semua.. dah tidur ke. hai.. hari ni cuti pon tidur awal ke?? yela.. lupa pula.. esok kan kerja. hmm.. hari ni aku tak tahulah apa dah jadi dengan diri aku. bangun tidur pagi tadi kepala aku melayang-layang (macam dikelilingi burung-burung warna biru) nak jalan pun kena pegang dinding. sebabnya mata aku berpinar-pinar. jalan pon macam orang lepas minum todi.. sampai laaa ni kepala aku still kenoneng lagi. tak pasti apa dah jadi pada diri aku sebenarnya..

tujuan post aku kali ini bukan nak cerita pasal minum todi ke apa.. tak ada kene mengena pon.. tapi aku nak lah amik kesempatan yang ada ni untuk ucapakan merry Christmas kepada yang menyambutnya. wish uollsss happy ok.. mesti banyak hadiah yang korang dapat kan.. 

ok lah.. sebenarnya aku nak tanya korang.. pernah tak korang rasa di anak tirikan??? aku???? aku rasa sekarang ni.. dalam keadaan semasa nilah.. aku macam di anak tirikan jek.. oleh siapa tu.. biarlah aku sorang je yang tahu. but, the point is.. bengang tak korang jika diperlakukan seperti itu???

semenjak dua menjak ni aku tak tahulah.. aku ni terlalu advance sangat ke.. terlalu lemau sangat ke.. yang penting aku rasa tersisih sangat. mostly perkara ni berlaku di tempat kerja. sebab hidup aku.. masa aku... banyak dihabiskan ditempat kerja. rutin harian aku.. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur, then ulang balik benda yang sama. iyalah.. kat sini aku mana ada kawan sangat. so.. apa yang aku boleh buat dengan masa yang ada ni.. dok lepak kat office jela.. lagipun jimat sikit duit aku.. kalau aku keluar berjalan entah kemana-mana aku pergi.. kena keluar duit tambang la.. duit makan la.. nampak itu ini nak beli lagi.. satu hari RM50 boleh habis macam tu jek.. tapi semenjak ada dua tiga orang budak praktikal kat tempat aku kerja ajak keluar aku apa lagi on jek tanpa berfikir panjang. tak kisahlah pergi makan ke, main bowling ke.. pergi gym ke... aku memang tak ada masalah... tak ada kata-kata penolakanlah senang cerita dari mulut aku ni.. dan tak kisahlah keluar dengan "budak-bidak sekolah" sekalipon.. aku joint venture jek dengan dorang. lagipon muka aku ni pon orang kata macam budak-budak belasan tahun lagi.. dorang yang kata tau bukan aku kata... hihihihi.... hah... itu sahajalah cara aku nak lepaskan stress di tempat kerja. kalau yang ada laki tu balik kerja bolehlah ngendeng-ngendeng.. manja-manja.. story morry dengan husband dorang.. aku????? nak cerita kat sape?? nak bermanja dengan sape???? haiwan peliharaan pon takde.. so how????? kat mr.boncet tu.. aku cerita pon bukan nak layan. lagi dia kenekan kita balik adalah.. poooodddaaahhhhhh.. buat sakit hati kita balik jek.. kadang-kadang kelakarlah jugak... huahauhuah...

hah.. berbalik pasal cerita dianak tirikan ni.. bila orang yang selalu bercakap dengan kita, luahkan perasaan dengan kita, happy2 dengan kita.. tiba-tiba buat endah tak endah jek dengan kita.. mesti ada something wrong kat situ. aku ke yang bermasalah?? aku ada buat dia sakit hati ke???  tapi apa benda dia tu??? dia langsung taknak pandang aku lagi. pandang sebelah mata kat aku pon aku rasa susah sekarang ni... memang totally banyak lah yang berubah kat diri orang yang kita agak rapat tu.. apa-apa pon sekarang ni aku ikut flow jek.. semuanya aku buat atas dasar kerja. malaslah nak amik kisah pasal orang lagi.. orang tu pon bukan kesssssaaaahhhhh sangat pon pasal aku.. perasaan aku.. baik aku jaga diri aku sendiri. lagi elok. tak ada lah nak menyusahkan orang.. dan tak adalah aku nak pikirkan masalah orang lain.. tak gitu kak jah....

hei...... seriously... aku rasa... aku memang nak buka businesslah.. sekarang ni pon aku masih tercari-cari lagi arah tuju kehidupan aku yang sebenar. kerja tetap memang dah ada. tapi sampai bila aku nak makan gaji jek. aku perlu buat sesuatu.. idea dah ada.. cuma sekarang ni aku tengah pikirkan jalan untuk kumpulkan modal dan sebagainya untuk aku mulakan misi aku tu. still kene cari platform yang sesuai untuk aku mulakan business aku nanti. mudah-mudahan adalah peluang yang cerah menanti aku dihadapan sana. doakan lah aku yek.. 

ok lah.. esok nak kerja. kita sambung next time ok. take care semua. peace yo!!! 
 

No comments: