Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

SAKIT

FARIS FARHAN

minggu lepas aku dapat satu mesej dari yang empunya diri (gambar diatas) mengatakan bahawa dirinya baru keluar dari hospital.. aku pun terkejut lah... ait?? padahal seminggu sebelum tu aku baru jek jumpa dia di bus stand JB Sentral... dan kebetulan mesej tu tepapar di hazelia aku masa aku nak turun bus di situ... memang kebetulan niat dihati nak mencari-cari si faris ni.. tak sangka pula dia accident.. innalillah.. dia suruh aku datang jenguk dia bila ada masa dan beritahu kawan-kawan yang lain.. aku cakap dekat dia... insya'Allah aku akan datang jenguk dia nanti.. dia cakap muka dia jek teruk.. dan...

aku pun menjalankan rutin harian aku.. turun dari bus... merayap kejap di CS (City Square,JB), yang kebetulan ada sale buku kat level bawah.. kasut-kasut dan juga bag-bag pun banyak tapi mataku tertumpu pada buku-buku tersebut...  panat berjalan aku pun menaiki bus 123 untuk pulang kerumah sewa.. sampai rumah... kemas-kemas... gosok baju untuk seminggu... tidur.. esok paginya bangun... mandi... siap-siap pergi kerja.. balik kerja... rehat-rehat... mandi... baca buku.. tidur... dan esoknya aktiviti lebih kurang sama..

tak teringat nak jenguk si faris ni

dan hari ini dia mesej aku lagi.. "bila kau nak datang??"

alamak!! tak sangka pulak mamat ni masih ingat yang aku cakap aku akan jenguk dia..

aku pun bagi la alasan yang member-member lain tengah busy final exam sekarang nie.. so aku tak nak lah ganggu dorang... tapi memang betul pun sekarang ni tengah musim final exam.. bagi UniKL.. U lain tak tahulah pulak... padahal aku pun budak U jugak... 

mesej punya mesej.. aku notice one thing dimana si faris ni beriya sangat nak suruh aku dan member-member yang lain datang melawat dia.. kenapa dia ni?? dah nak na__k ke?? tapi aku cakaplah kat dia.. 

ms: faris.. ko ni beriya na nak kitorang datang.. ko rindu kat kitorang ke???
ff: pala otak ko r.. hahah... dah2 xyah dtg r

terus dia merajuk.. taknak balas mesej aku... tapi sebelum tu dia ada cakap kalo nk tengok gambar dia masa accident pergi tengok kat pic member dia Amer Hamzah..  dan.. aku terkejut... nak nangis pun ada.. tak sangka aku seteruk ini sekali si faris ni accident... dan aku tanpa berlengah lagi pergi post kat fb dan cc kat member-member yang kenal.. sedih tengok keadaan faris.. aku ajak dorang tapi ada yang belajar jauh kat kelantan nun disana.. 


semoga kau cepat sembuh faris

masya'Allah.. deritanya kau...
bagi sesiapa yang mengenali FARIS FARHAN.. bolehlah menziarahi beliau di alamat:-

NO 72 JALAN KELISA 2, TAMAN SCIENTEX,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(belakang balai polis taman scientex)

sekurang-kurang bila korang datang boleh bagi dia semangat untuk sembuh.. support dia.. itu yang dia perlukan sekarang.. sebab aku dapat tau yang dia tengah down sekarang, sebabnya dia malu nak berhadapan dengan orang ramai dengan muka dia yang macam tu.. tapi aku bagi nasihat kat dia "be strong bro, yang penting ko sembuh cepat.. ketahuilah bahawa doa orang sakit akan didengari dan dimakbulkan Allah... ini mungkin ujian untuk ko.. dan ia sekaligus membersihkan diri ko dari dosa-dosa silam.. sabar kay" "thanx mie.."

rasa bersalah pula tadi kacau dia sampai dia cakap tak payah datang tengok dia.. emm... ingat esok nak balik rumahlah.. selasa ni cuti birthday ayahanda.. baginda bagi cuti sehari.. sekali jalan leh jenguk mamat ni.. heheh..


Sabda Nabi S.A.W :-

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."

kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Antara adab-adab menziarahi orang sakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
  • Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
  • Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
  • Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
  • Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
  • Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi) 

  • Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
  • Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
  • Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.


Doa untuk orang sakit:-



Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.


insya'Allah.. kita semua rajin-rajinkanlah diri menziarahi orang sakit bila dapat berita kawan kita sakit.. termasuklah aku sendiri.. nak dapat pahala bukan susah.. cuma nak buatnya yang liat sikit.. kita doakan yang terbaik untuk mereka supaya cepat sembuh. kesiankanlah member-member kita yang sakit.. tanpa korang dia mesti rasa sunyi.. sekurang-kurangnya bila korang datang terhibur sikit dia... tak adalah dia rasa sunyi dan down.. sokongan moral amat-amatlah di perlukan... mungkin hari ini hari dia.. mana tau esok lusa kita pulak yang sakit.. sedih jek rasa tak ada orang nak jenguk... kawan senang memang ramai.. kawan susah, sedih.. memang susah nak dapat...

dan bagi yang tak dapat nak datang melawat sebab busy dengan kerja, luang-luangkanlah masa sikit untuk kawan kita... ada jugak tak dapat datang sebab bf tak bagi datang tu... cukup-cukuplah dengan cemburu buta kau tu.. tak semua pada dia hak kau.. ingat.. ALLAH maha mengetahui semunya.. kalau memang dia jodoh kau... semuanya akan kembali pada kau jua.. tak payah nak risau.. berserah sahaja.. yang penting kita berusaha.. dan berdoa.. itu lebih penting..

yang baik datang dari-NYA, yang kurang itu datang dari diri kita sendiri...

p/s:- "you'll never reach perfection because there's always room for improvement. yet, along the way to perfection you'll learn to get better"-228: hlovate:versus

Monday, October 17, 2011

IKAN PARI

Beberapa hari yang lepas aku ada baca berita di Berita Harian, Jumaat, 14 Oktober 2011 mengenai seorang lelaki menanggung derita 8 tahun apabila sengat ikan pari masih berada didalam tubuh dia.. dan tiba2 keluar di hujung kemaluanya..

baca nie:-

Sengat pari keluar ikut pangkal kemaluan

2011/10/14


CHE MOHD NURUL  menunjukkan keratan akhbar dan  sengat pari yang keluar melalui pangkal  kemaluannya di Dungun, semalam.
CHE MOHD NURUL menunjukkan keratan akhbar dan
sengat pari yang keluar melalui pangkal
kemaluannya di Dungun, semalam

DUNGUN: Penderitaan pekerja penyelenggaraan tertusuk sengat pari sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat sepanjang lima sentimeter terkeluar di pangkal kemaluannya, kelmarin. 



Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun, sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan.


Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat.


“Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan. 



“Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar. 



“Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam. 



Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata. 



Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat. 

Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya. 

Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan


Ini berita yang aku baca dari Berita Harian... tapi yang lebih memeranjatkan aku rupanya  nelayan2 yang berada di pantai timur semenanjung Malaysia suka melepaskan nafsu mereka terhadap ikan pari yang mereka tangkap.. lagi besar ikan pari itu makin merangsang nafsu rakus mereka... ini pun aku dapat tahu dari mulut officemate aku sendiri, Kak Lili... dia cakap ada sesetengah orang ada yang tak makan ikan pari sebsb ikan pari ni macam perempuan.. ia akan mengeluarkan darah dari duburnya seolah-olah seperti perempuan yang datang period. dan bila aku google cerita mengenai cerita ikan pari ni... aku terjumpa satu artikel ini.. dan ia membuatkan kepala aku berdenyut2, tekak aku mula loya, dan hidung aku tetiba terhidu bau hanyir.. oh tidak!!!!! geli.....



korang bacalah ni:-


Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

















Tak sangka aku dalam dunia ni ada juga manusia seperti tu. tapi tiba-tiba aku teringat satu video klip yang pernah aku tengok suatu ketika dulu dimana seorang anak ini di sumpah oleh ibunya menjadi seekor ikan pari akibat dari perbuatan kurang sopan yang dia lakukan ketika ibunya sedng membaca Al-Quran..memang sedih dan sangat2 memberi pengajaran pada aku..

Ya Allah jauhkan aku, ahli keluargaku dan bangsaku tergolong dalam golongan orang seperti ini.. Astagfirullahala'zim... mengucaplah panjang2.... dan ingatlah Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya

Tuesday, October 4, 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR

sebenarnya aku tertanya2 sampai sekarang... kenapa orang tu tak buat solat jamak dan qasar jek sampaikan sembahyang dalam bus... memanglah boleh sembahyang dalam bus yang penting kita ada wudhu' tapikan Islam ada sediakan  rukhsah solat untuk orang2 yang berjalan jauh.. aku kadang2 pun berjalan jauh... tapi kadang keliru dengan niat solat jamak dan qasar ni.. so aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat melalui satu blog ni mengenai solat jamak dan qasar... sama2 lah kita amalkan jika kita berjalan jauh nanti... sebenarnya islam itu sangat mudah.. kita jek yang tahu... 





Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.




Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.



Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.


Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.


Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.





Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

ps: ISLAM ITU MUDAH.. kita jek yang wat dia jadi complicated.. sama2 lah kita aplikasikan bila kita berjalan jauh... selamat beramal kawan2...