Wednesday, September 28, 2011

POST SHOPPING RAYA YANG X TERPOST LAGI



Hai kawan-kawan!! Kamu semua da shopping raya belum?? Hahahahah… aku dah shopping semalam dekat Plaza Kota Tinggi, JB. Memang banyak pilihan dekat sana. Sampai ada kedai yang offer 3 helai RM100. Aku apa lag, bolon lah. Aku beli baju jenis cotton 2 helai dan baju lace sehelai. Itu untuk baju pergi kelas and kerja. Belum lagi baju raya. Baju raya aku beli sehelai jek. Tawar punya tawar, aku dapat RM70 sehelai. Cuma tudung jek tak dapat nak cari. Takpelah guna tudung yang ada. Tak baik membazir. Alang-alang da murah ni aku beli banyak sekali. So, boleh jimat disitu. Ingat nak beli lagi lah baju cotton. Aku selesa pakai baju jenis macam ni.

Aku pergi shopping raya bersama-sama office mate aku:-


NOR SYAHKILA MAHZAN

SITI YUHANES AMAT ARJAK

NURAZIDAH AZAHAR

HANI NAZIYAH MD.HARUN

Yeah!!! Aku da ingat nama penuh kawan-kawanaku. Selama berpraktikal di AFTAAS ni banyak benda aku kena ingat. Nombor telefon client pun kene ingat. Tapi disebabkan memori aku ni kecik (nizam… saya sedar memori saya memang kecik), aku buat la satu buku telefon. Dan sekarang masing-masing bila nak telefon, masing-masing mencari buku telefon yang aku buat.. (sebenarnya takdelah sangat macam buku telefon, just sehelai kertas yang berisi nombor telefon sahaja… saja nak wat ayat gempaq.. gempaq kew????)

Berbalik dengan cerita shopping raya aku, rasa macam seronok sangat shopping bersama-sama mereka. Dan sambil-sambil jalan cari baju yang cantik dan berkenan dihati, kepala aku teringat memori indah semasa mencari baju raya bersama keluarga aku. Rindunya saat itu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Rasa macam dah tak ada apa-apa dengan raya ni. Cuma hanya atas nama HARI RAYA sahaja. Feeling nak raya dah tak ada. Mungkin sebab peningkatan umur yang semakin menjangkau usia dewasa, itu yang tak ada feel tu.  Dan mungkin sebab keadaan keluarga aku yang aku rasa macam nak roboh ni. Rasa-rasanya apalah jalan terbaik untuk kami sekeluarga boleh bahagia seperti dahulu. Muka-muka ceria dah lenyap untuk dijadikan hiasan dihari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Hanya muka-muka blur, menyampah dan benci menhiasi raya kali ini. Lama sungguh nak tunggu aku grad. Aku memang tunggu masa sahaja nak balas segala jasa bawang merah yang kununnya banyak berkorban untuk ayah, aku dan adik-adik. Tunggu jelah wahai bawang merah. Kata-katamu itu akan aku pegang sampai bila-bila. Lepas ni jangan harap apa-apa dari aku. Bukan niat nak membenci ke apa, Cuma nak tunjuk bukti dekat dia yang aku dan adik-adik aku bukan bebanan yang dia tanggung selama ni. Nak dapat mak yang boleh dijadikan kawan dikala sedih, sunyi dan gembira pun tak kesampaian. Bakal mak mertua yang sporting pun dah meninggal. So, aku nak cerita kat siapa lepas ni cerita-cerita aku ni. Emmm…

Sambung balik cerita shopping raya kita, sepatutnya aku kene kerja semalam sebab kak watie cuti pergi hospital. Nak tak nak aku mintak kerja half day dengan Encik Joe. Nasib bos bagi. Terketar-ketar jugak masa nak cakap mintak kerja half day tu. Fuuhhh… ini semua disebabkan mereka2 ini, lepas nie kawan-kawan aku akan pergi balik ke Banting meninggalkan aku sensorang. So, aku tak nak lepas peluang ini untuk  bersama-sama mereka kali ini. Bila buka puasa, kalau boleh nak hari-hari buka dengan mereka. Makan beramai-ramai bersama kawan-kawan yang kita sayang ni sangat seronok. Banyak cerita boleh dikongsi bersama. Kadang-kadang benda yang kita tak tahu pun boleh jadi tahu. Seronokan macam ni. Bila dorang pergi mesti hari-hariku suram. Sedih….

Ni gambar2 semasa kitorang shopping raya aritu.. checkitout!!





lovely sista..



try muat x??



sweet 1

sweet 2





penat...


cameramam

amek ko..



















kepenatan..

still bertenaga si anis nie..









jom ke uptown pandan..





beli 1 hot perfume... apple be delicious..





adeh.. mana nak pilih nie..


tudung yang mana sesuai dengan baju raya aku ni???




Tuesday, September 27, 2011

MACAM-MACAM

hai semua blogger or silent readers... hari ni masa aku terluang sedikit dari hari sebelum-sebelumnya... selama aku berpraktikal ni, belum pernah lagi aku keluar hangout dengan bff aku. bila dorang nak ajak aku keluar hangout sama-sama... (ala emie... kalau kitorang ajak ko ada jek alasan... busy la.. takut bos kau marah la.. orang lain pun praktikal jugak... tapi takdelah macam kau..)... ntahlah.. tak tahu nak cakap apa..

bila aku balik cepat sikit hati aku tak tenang.. risau bos akan telefon aku.. then perli aku...
"awal balik harini..." tak pun... "hai orang lain boleh kerja sampai malam takan awak tak boleh???!!! alasan tak boleh bla la awak ni!".. haaahh... sebab tu la aku mengabdikan diri di opis ni walaupun aku sekarang sorang.. kalau ade zida ke kila ke anis ke naz2 ke k.wati ke k.lili ke... tak ada lah aku sunyi sangat kat opis nie.. makan pun xlalu... hari ni aku makan goreng pisang dengan air laici jek kat kedai Hassan setelah seminggu tak turun makan kat kedai dia...

makanan tengahari aku tadi
hari sabtu yang lepas aku melawat kak wati...  tengok baby dia.. nama dia QAISARA HUSNA.. cian sara.. kene demam kuning.. yang takle bla... masa aku pegang dia... sara leh meneran... puuuuurrrrrr.... sara berak rupanya... takpelah sara... auntie emie redha... huhuhu... tapi yang bestnya.. bila aku cerita pasal dia... si sara nie senyum2 macam tau jek dia orang cerita pasal dia... tapi sepanjang aku datang tido jek memanjang si sara ni...
QAISARAH HUSNA
Sarah tengah meneran nak berry...
aku & k.lili panggil pun wat tak tahu jek si sara ni..

lepas g tengok sara.. aku balik opis semula sebab ada client aku ni nak bagi dukumen yang aku mintak dari minggu lepas.. lepas dapat tu terus lah aku buat kerja aku... tengah syok2 buat kerja tiba-tiba pintu opis aku terbuka... TIDAK!!!!!!!! malu yang teramat... malu sangat2... En.Zul tiba2 muncul depan pintu... dengan aku tak bertudung masa tu... menggigil kepala lutut aku masa dia masuk... dan aku dapat rasakan yang muka aku masa tu panas... tahan malu... macamana dia boleh masuk.. sedangkan aku dah kunci pintu atas dan bawah... dan macamana aku tak boleh dengar ada orang masuk opis... pelik... selalunya hari sabtu En.Zul xdatang opis... nape pulak dia datang... tapi masa tu memang badan aku menggigil sekejap.. macam jumpa hantu pun ada... mana taknya... dah lah masa tu aku dengan En.Zul jek berdua dalam opis tu.. kalau pihak berwajib datang... naya hidup aku... musnah semuanya... (gimik jek lebih.. tapi kalau betul2 terjadi... menangis tak berlagu la aku..) then bila aku nk balik aku bagitahu la dia aku nak balik.. tapi dia cover2 main2 handphone blackberry dia sebab masa aku nak cakap aku nak balik tu.. dia tengah tido kat lantai bilik dia berbantalkan bantal pink peninggalan SITI NUR SUHARA.

tinggalkan kenangan abadi sewaktu bersamamu SUE..
encik... zuuuuuuullllllll...............
macamnilah aku tutup muka aku malu sambil sembunyi bawah meja...

Tuesday, September 13, 2011

I LIKE!!

KAK JAY SAYA

kenapa awak tak beli hp yang macam blackberry tu? macam da ketinggalan zaman la awak nie... 

DO I CARE???

Aku punya suka lah nak beli hp apa pun..  yang penting aku suka... aku bukan org  business pun nak guna blackberry.. i'm still student hokkeeeyyy... so, beli yg simple jek. Yang penting boleh call tanpa buat loudspeaker dan terbalikan hp yg speakernya letak kat telinga sudah...  like this..

  
giler daif aku macam ni?? si boncet siap gelakan aku kaw2 lagi...

  
kak jay


J20i

p/s : thanks to my boncet coz sponsor half from the actual price.. thank a lot ucuk!!! (gediks..)

Monday, September 12, 2011

ZAMAN PERSEKOLAHAN AKU

SMK KOTA MASAI

FORM 5


DALAM CLASS BM

SMK PASIR GUDANG 1


FORM 3

SAHABAT, ADIK & KEKASIH

apa yang nak ditulis hari ni ek?? hari ni hari menulis aku sedunia.. hahah... 


apa kata kita mulakan cerita pasal cik SITI NUR SUHARA BINTI SELAMAT  kita yang sudah meninggalkan kami2 ini di AFTAAS untuk menyambung pengajian beliau setelah tamat berpraktikal disini selama 9 bulan.. hampir nak setahun beliau bersama AFTAAS dan 3 bulan bersama kami. dia takada rasa macam ada kekurangan jek. terasa macam sikit jek orang2 dalam opis nie. wish beliau happy berada dalam claz untuk sem akhir beliau dan kemudian sambung kontrak mati bersama AFTAAS balik.. beliau nak ke??? tanya beliau sendiri... =)


ini adik aku HANAFAIS BIN MD.DAUD.. seorang yang amat penyabar walaupun si bawang merah banyak suruh dia buat kerja rumah itu ini. even dia busy dengan peperiksaan percubaan SPM dia yang bermula pada minggu lepas dia tetap sabar melayan kehendak bawang merah. senang cerita dia taknak bawang merah bising2. bukan dia taknak melawan... aku selalu nampak muka dia tak puas hati dengan bwg merah tapi dia simpan jek. macam aku... aku pun simpan jek apa yang bawang merah dah buat pada aku dan adik2 aku. kalo nak diceritakan pengorbanan yang apis da buat tak terkira rasanya. dia sorang saja yang dapat tahan kerenah bwg merah. dan dia sorang saja yang boleh diharap untuk buat kerja rumah. dia boleh jek melawan macam aku, yee dan bob buat... tapi dia tahan kerana hormatkan si bawang merah. aku selalu berdoa segala pengorbanan dia selama ini dalam keluarga aku dapat di balas dengan kebaikan dan TUHAN sentiasa melindungi dia dan beri dia rezeki dan kejayaan seperti yang dia harapkan. aku sebagai kakak dia sentiasa inginkan adik2 aku berjaya dalam hidup.. 



ni pulak my boncet.. EN.MOHD YUSFANIZAM BIN MAT YUSOH.. seorang teman yang sangat memahami aku. sabar dengan kerenah aku yang gedik dan ngengada ( aku gedik n manja dengan dia jek.. dengan orang lain tak hokkkeey...). dialah tempat aku meluahkan perasaan bila aku bengang, marah, sedih dan gembira. bahu dialah tempat aku bersandar bila aku menangis dan bahu dia jugaklah tempat dimana jari  telunjuk aku berputar2 meminta sesuatu untuk dibelikan.. ngengadakan.. dari dia susah sampailah dia da senang sekarang... dia tak pernah lupakan aku.. kadang2 aku tertanya sediri adakah dia benar2 cintakan aku?? sampai dia da penat nak jawab soalan aku. dia cakap bila aku dah grad dan dah bekerja nanti, fikiran aku dah berubah, ati aku juga akan berubah. aku dah tak pandang dia da.. hampir 5 tahun menyulam kasih tak akan la aku nak tinggalkan orang yang da banyak berkorban untuk aku. kami saling memerlukan sebab memory aku kecik nak ingat cerita2 cinta kami walaupun dia da sediakan hardisk 500gb untuk aku simpan memory.. ( eh ucuk... ingat baby nie komputer ke??-gediks amik nickname dalam cite hantu bonceng) hahhaha..aku bahagia bila dia ada disampingku.
I LOVE U B!!!

PANTANG LARANG UNTUNG BAKAL PENGANTIN BARU


Lepas raya ramai pulak yang bagi kad kawin pada saya & keluarga. so, kpd kengkawan yg bakal menjadi pengantin tk lama lg and yg merancang untuk kawin tk lama lg.... disini ada satu artikel yang saya dapat untuk dikongsi bersama.... ada 43 pantang larang untuk bakal pengantin.

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaganama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh    melemahkan organ seks.

8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengahadat)

12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungibanyak toksid.

14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampaksegar.

35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri olehpengantin kerana tidak manis.

37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lainbagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam keranadikhuatiri hilang seri.

39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurangmanis dipandang tetamu.

40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akanmenghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

p/s: saya amik article nie dari one blog tapi xingat nama blog tu. whatever pun credit for the owner coz kongsi info yang berguna untuk bakal2 pengantin baru.  selamat mencuba dan selamat beramal..

GENG AFTAAS JB


mohd adam b mohd nasaruddin (manager @ all)



norsyahkila mahzan (audit asst 1 @ audit)


nurazidah azahar (audit asst 2 @ account)


siti nur suhara selamat (senior 1@ audit)



mohamad nazri musa (senior 2 @ audit & account)





siti yuhanes amat arjak (junior 1@ audit)


hani naziyah md harun (junior 2 @ audit)


emilia md.daud (junior 3 @ taxation)