Monday, September 12, 2011

SAHABAT, ADIK & KEKASIH

apa yang nak ditulis hari ni ek?? hari ni hari menulis aku sedunia.. hahah... 


apa kata kita mulakan cerita pasal cik SITI NUR SUHARA BINTI SELAMAT  kita yang sudah meninggalkan kami2 ini di AFTAAS untuk menyambung pengajian beliau setelah tamat berpraktikal disini selama 9 bulan.. hampir nak setahun beliau bersama AFTAAS dan 3 bulan bersama kami. dia takada rasa macam ada kekurangan jek. terasa macam sikit jek orang2 dalam opis nie. wish beliau happy berada dalam claz untuk sem akhir beliau dan kemudian sambung kontrak mati bersama AFTAAS balik.. beliau nak ke??? tanya beliau sendiri... =)


ini adik aku HANAFAIS BIN MD.DAUD.. seorang yang amat penyabar walaupun si bawang merah banyak suruh dia buat kerja rumah itu ini. even dia busy dengan peperiksaan percubaan SPM dia yang bermula pada minggu lepas dia tetap sabar melayan kehendak bawang merah. senang cerita dia taknak bawang merah bising2. bukan dia taknak melawan... aku selalu nampak muka dia tak puas hati dengan bwg merah tapi dia simpan jek. macam aku... aku pun simpan jek apa yang bawang merah dah buat pada aku dan adik2 aku. kalo nak diceritakan pengorbanan yang apis da buat tak terkira rasanya. dia sorang saja yang dapat tahan kerenah bwg merah. dan dia sorang saja yang boleh diharap untuk buat kerja rumah. dia boleh jek melawan macam aku, yee dan bob buat... tapi dia tahan kerana hormatkan si bawang merah. aku selalu berdoa segala pengorbanan dia selama ini dalam keluarga aku dapat di balas dengan kebaikan dan TUHAN sentiasa melindungi dia dan beri dia rezeki dan kejayaan seperti yang dia harapkan. aku sebagai kakak dia sentiasa inginkan adik2 aku berjaya dalam hidup.. 



ni pulak my boncet.. EN.MOHD YUSFANIZAM BIN MAT YUSOH.. seorang teman yang sangat memahami aku. sabar dengan kerenah aku yang gedik dan ngengada ( aku gedik n manja dengan dia jek.. dengan orang lain tak hokkkeey...). dialah tempat aku meluahkan perasaan bila aku bengang, marah, sedih dan gembira. bahu dialah tempat aku bersandar bila aku menangis dan bahu dia jugaklah tempat dimana jari  telunjuk aku berputar2 meminta sesuatu untuk dibelikan.. ngengadakan.. dari dia susah sampailah dia da senang sekarang... dia tak pernah lupakan aku.. kadang2 aku tertanya sediri adakah dia benar2 cintakan aku?? sampai dia da penat nak jawab soalan aku. dia cakap bila aku dah grad dan dah bekerja nanti, fikiran aku dah berubah, ati aku juga akan berubah. aku dah tak pandang dia da.. hampir 5 tahun menyulam kasih tak akan la aku nak tinggalkan orang yang da banyak berkorban untuk aku. kami saling memerlukan sebab memory aku kecik nak ingat cerita2 cinta kami walaupun dia da sediakan hardisk 500gb untuk aku simpan memory.. ( eh ucuk... ingat baby nie komputer ke??-gediks amik nickname dalam cite hantu bonceng) hahhaha..aku bahagia bila dia ada disampingku.
I LOVE U B!!!