Wednesday, September 28, 2011

POST SHOPPING RAYA YANG X TERPOST LAGI



Hai kawan-kawan!! Kamu semua da shopping raya belum?? Hahahahah… aku dah shopping semalam dekat Plaza Kota Tinggi, JB. Memang banyak pilihan dekat sana. Sampai ada kedai yang offer 3 helai RM100. Aku apa lag, bolon lah. Aku beli baju jenis cotton 2 helai dan baju lace sehelai. Itu untuk baju pergi kelas and kerja. Belum lagi baju raya. Baju raya aku beli sehelai jek. Tawar punya tawar, aku dapat RM70 sehelai. Cuma tudung jek tak dapat nak cari. Takpelah guna tudung yang ada. Tak baik membazir. Alang-alang da murah ni aku beli banyak sekali. So, boleh jimat disitu. Ingat nak beli lagi lah baju cotton. Aku selesa pakai baju jenis macam ni.

Aku pergi shopping raya bersama-sama office mate aku:-


NOR SYAHKILA MAHZAN

SITI YUHANES AMAT ARJAK

NURAZIDAH AZAHAR

HANI NAZIYAH MD.HARUN

Yeah!!! Aku da ingat nama penuh kawan-kawanaku. Selama berpraktikal di AFTAAS ni banyak benda aku kena ingat. Nombor telefon client pun kene ingat. Tapi disebabkan memori aku ni kecik (nizam… saya sedar memori saya memang kecik), aku buat la satu buku telefon. Dan sekarang masing-masing bila nak telefon, masing-masing mencari buku telefon yang aku buat.. (sebenarnya takdelah sangat macam buku telefon, just sehelai kertas yang berisi nombor telefon sahaja… saja nak wat ayat gempaq.. gempaq kew????)

Berbalik dengan cerita shopping raya aku, rasa macam seronok sangat shopping bersama-sama mereka. Dan sambil-sambil jalan cari baju yang cantik dan berkenan dihati, kepala aku teringat memori indah semasa mencari baju raya bersama keluarga aku. Rindunya saat itu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Rasa macam dah tak ada apa-apa dengan raya ni. Cuma hanya atas nama HARI RAYA sahaja. Feeling nak raya dah tak ada. Mungkin sebab peningkatan umur yang semakin menjangkau usia dewasa, itu yang tak ada feel tu.  Dan mungkin sebab keadaan keluarga aku yang aku rasa macam nak roboh ni. Rasa-rasanya apalah jalan terbaik untuk kami sekeluarga boleh bahagia seperti dahulu. Muka-muka ceria dah lenyap untuk dijadikan hiasan dihari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Hanya muka-muka blur, menyampah dan benci menhiasi raya kali ini. Lama sungguh nak tunggu aku grad. Aku memang tunggu masa sahaja nak balas segala jasa bawang merah yang kununnya banyak berkorban untuk ayah, aku dan adik-adik. Tunggu jelah wahai bawang merah. Kata-katamu itu akan aku pegang sampai bila-bila. Lepas ni jangan harap apa-apa dari aku. Bukan niat nak membenci ke apa, Cuma nak tunjuk bukti dekat dia yang aku dan adik-adik aku bukan bebanan yang dia tanggung selama ni. Nak dapat mak yang boleh dijadikan kawan dikala sedih, sunyi dan gembira pun tak kesampaian. Bakal mak mertua yang sporting pun dah meninggal. So, aku nak cerita kat siapa lepas ni cerita-cerita aku ni. Emmm…

Sambung balik cerita shopping raya kita, sepatutnya aku kene kerja semalam sebab kak watie cuti pergi hospital. Nak tak nak aku mintak kerja half day dengan Encik Joe. Nasib bos bagi. Terketar-ketar jugak masa nak cakap mintak kerja half day tu. Fuuhhh… ini semua disebabkan mereka2 ini, lepas nie kawan-kawan aku akan pergi balik ke Banting meninggalkan aku sensorang. So, aku tak nak lepas peluang ini untuk  bersama-sama mereka kali ini. Bila buka puasa, kalau boleh nak hari-hari buka dengan mereka. Makan beramai-ramai bersama kawan-kawan yang kita sayang ni sangat seronok. Banyak cerita boleh dikongsi bersama. Kadang-kadang benda yang kita tak tahu pun boleh jadi tahu. Seronokan macam ni. Bila dorang pergi mesti hari-hariku suram. Sedih….

Ni gambar2 semasa kitorang shopping raya aritu.. checkitout!!





lovely sista..



try muat x??



sweet 1

sweet 2





penat...


cameramam

amek ko..



















kepenatan..

still bertenaga si anis nie..









jom ke uptown pandan..





beli 1 hot perfume... apple be delicious..





adeh.. mana nak pilih nie..


tudung yang mana sesuai dengan baju raya aku ni???




1 comment:

Hafiz Ajmain said...

Kirim salam kat kak azidah ye :)