Friday, October 7, 2011
Wednesday, October 5, 2011
TRANSFORMASI
tangan aku membelek2 laman mukabuku... belek sana belek sini... buka sane buka sini.. dan aku terjumpa one photo... and i thing she is one of my bestfren.. lain dah dia... tapi aku tak pelik... dia memg up 2 date person... no wonder la.. fashion dia everytime akan berubah mengikut peredaran fashion masa kini.. aku jek yang still in takok yang sama.. bila nak berubah agaknya pun tak tahu... may be after aku da kerja kot... tak sabar nak tunggu habis blajar nie...
lets check it out si sunkist ni dolu2 dan sekarang...
| zaman lepasan spm.. budak naru nak naik.. abaikan minah yg pakai tdung putih tu.. fokus on the topik ok.. |
![]() |
| now.. |
Tuesday, October 4, 2011
SOLAT JAMAK DAN QASAR
sebenarnya aku tertanya2 sampai sekarang... kenapa orang tu tak buat solat jamak dan qasar jek sampaikan sembahyang dalam bus... memanglah boleh sembahyang dalam bus yang penting kita ada wudhu' tapikan Islam ada sediakan rukhsah solat untuk orang2 yang berjalan jauh.. aku kadang2 pun berjalan jauh... tapi kadang keliru dengan niat solat jamak dan qasar ni.. so aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat melalui satu blog ni mengenai solat jamak dan qasar... sama2 lah kita amalkan jika kita berjalan jauh nanti... sebenarnya islam itu sangat mudah.. kita jek yang tahu...
Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
Syarat Jamak Taqdim

- Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
- Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
- Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
- Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
- Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
- Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
- Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
- Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
- Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :

- Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
- Berdiri lurus mengadap kiblat.
- Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
- Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
- Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
- Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
- Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
- Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
ps: ISLAM ITU MUDAH.. kita jek yang wat dia jadi complicated.. sama2 lah kita aplikasikan bila kita berjalan jauh... selamat beramal kawan2...
Labels:
ISLAM
Monday, October 3, 2011
UNTUK UBAT HATI YANG SEDIH.. TAPI MAKIN SEDIH..
Apabila seorang lelaki tu benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh harapan dan iklas,perubahan sikapnya berubah dengan jelas. Hati seorang lelaki yang selama ini keras macam batu tiba-tiba bertukar menjadi lembut seperti sutera, pada masa inilah hati mereka begitu sensitif dan mudah tersentuh sehingga mampu menitiskan air mata sekiranya dilukai atau dikhianati, kerana jika wanita itu adalah orang yang amat diperlukan dan melengkapi hidupnya sudah tentu dia sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Namun kaum wanita janganlah pula mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh kaum lelaki untuk mu.sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu tu sentiasa bersungguh-sunguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak tersilap pilih teman hidup.situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan keatas kamu tetapi atas dasar cinta yang sebenar.betapa beruntungnya kamu...
Dia boleh jadi lucu tapi begitulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu.Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati nya melayannya lebih dari orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada, bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap macho nya kepada seorang lelaki yang berperawatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi saja.. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang akan datang membantu mu adalah teman lelakimu, tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah..beruntungnya.. Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaanya.. xD
Kadang-kadang si dia akan kerap mengeluarkan kata-kata yang sama seperti " Ingat saya lagi?" , "saya suka orang macam awak" dan lain-lain, sebab itulah kalimah yang sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, kebanyakan mereka takan membuang masa kepada kamu sekiranya kamu tidak memberi layanan lebih dari sebagai seorang teman biasa.. mereka sangup menunggu sebarang keputusan oleh kamu kerana ingin melihat sejauh mana pandangan mu terhadapnya, jadi jangan lah terlalu menyembunyikan diri sehingga dia terus menunggu untuk mendengar khbar berita dari mu.

Manusia tidak ada yang sempurna,samalah juga dengan teman lelaki mu..memang tidak boleh daripada membuat silap dan kadang2 buat kamu kecik hati tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang kamu perlu sokong. Berilah dia masa untuk berubah..nak berubah ni bukannya senang tapi kalau dia berubah demi bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik..janganlah kamu cari penggati dia semata2 kamu kecik hati dengan kesalahan dia...dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.. emm...
*
*
*
*
*
*
Jadi,HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya...berilah diri kamu peluang
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Lelaki tak semua sama.. begitu juga dengan perempuan.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah swt agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman InsyaAllah.. :)
kredit to:
http://isqandar90.blogspot.com/
Labels:
HATI AKU
PERITNYA PERPISAHAN
![]() |
salah aku... silap aku.. terlalu pentingkan diri sendiri.. sehinggakan buta melihat hati orang yang disayangi sakit dek perbuatan yang aku lakukan padanya... buta melihat kesedihan dan kebimbangan yang di tanggung oleh dia .. oleh sebab terlalu ikutkan hati... penyudahnya ini balasan yang aku terima... dan sampai masa aku menangis sendiri tak henti2...
YA ALLAH... sakitnya hati ini menahan pedih..
aku tak aware amaran yang dia dah bagi sebelum2 ini... ko ingat dia akan tahan dengan ko ke emie.. kalau sikap kasar ko berterusan macam ni... tak de sifat lemah lembut betul lah ko ni emie...macam mana lelaki nak dekat dengan ko kalau ko terus macam nie... nak ikut ckp ko jek... sikit2 nak merajuk...
entahlah.. bila dah jadi macam ni baru nak menyesal... kenapa dia tak nak bagitau aku yang ayah dia masuk ICU.. nape dia buat aku tertanya2 dan buat andaian sendiri pasal dia... kenapa aku marah dia utamakan kerja dia bila aku dtg jumpa dia.. kenapa?? adakah aku kekurangan kasih sayang sehingga tamakan kasih sayang dari dia.. sampaikan tidak boleh lepaskan dia langsung... kenapa...
Ya Allah... apa yang aku buat kat dia... aku dah kuranghajar kat dia... aku tinggalkan dia begitu jek.. kuranghajarnya aku.. aku tak pernah buat orang sebigini rupa... Ya Allah.. kesiannya dia... kenapa aku buat dia macam tu.. menyesalnya aku dengan perbuatan aku tu.. melampau sungguh aku terhadap dia... aku tak nampak pengorbanan yang dia dah lakukan terhadap aku.. aku buta hati..even mata aku celik...
maaf aku dah tak diterima lagi.. aku sedih.. sedih... menyesal seumur hidup aku buat dia macam tu... aku terlalu ikutkan hati sangat...
"YA ALLAH... AMPUNKAN AKU... BUKAKANLAH PINTU HATI DIA UNTUK MAAFKAN AKU.. YA ALLAH... PERITNYA PERPISAHAN YANG KAU BERIKAN PADAKU INI... SAKITNYA YA ALLAH... TABAHKAN HATI AKU UNTUK TERIMA DAN REDHA DENGAN SEMUA UJIAN YANG KAU BERI.. AKU MENGHARAP KEMAAFAN KU DITERIMA... DAN AKU MENGHARAPKAN JUGA AKU AKAN BERJUMPA LELAKI YANG SALING TAK TUMPAH SEPERTI DIA... KUATKAN HATI AKU YA ALLAH.. ALLAHUAKHBAR!!!! "
Labels:
HATI AKU