Showing posts with label HATI AKU. Show all posts
Showing posts with label HATI AKU. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

TAHUN BARU

New years 2013

Assalamualaikum semua.. kedengaran bunyi letupan bunga api diluar jendela rumahku.. every level menjerit "Happy new year!!!!".. first thing memang feeling excited tengok bunga api cantik-cantik kat langit.. tapi..

tak lama lepas tu bunyi bom meletup.. rasa nak gugur jantung aku.. korang tau what i feel that time?? KIAMAT.. yeah... i feel macam nak kiamat. serious rasa takot sangat.. rasa gegaran tu.. aku tak tahu nak describe macamana kat uollss... but the important is.. serious rasa berderau darah ni.. perot aku kecot seketika. time ni la terpikir.. kalau lah betol2 terjadi apa yang tengah bermain difikiran aku.. aku memang keseorangan.. tak ada sapa nak tolong aku.. jauh dari keluarga.. jauh dari orang yang dikenali.

try to calm down.. breath in and out.. then, i feel better now..

selepas tengok video gambaran hari kiamat di facebook.. aku rasa something.. aku tertanya pada diri sendiri.. sempat lagi ke aku bertaubat.. sempat lagi ke aku nak buat amal kebajikan. aku belom lagi rasa puas nak bahagiakan kedua ibu bapa dan adik-adik aku.. aku belom rasa lagi alam perkahwinan tu macamana.. aku teringin nak ada anak sendiri selepas melihat kegembiraan yang terpancar di wajah kawan-kawan aku bila dorang dah pun memiliki zuriat sendiri.. aku nak rasa semua tu.. banyak lagi impian aku belom tercapai.. sempatkah aku???

itulah perasaan dan gangguan emosi yang terjadi pada diri aku lately ni.. aku banyak buat dosa.. hari-hari doa.. semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang aku buat... aku manusi khilaf.. tak lari dari melakukan kesilapan... aku betul-betul ingin menjadi hamba-Nya yang taat dan senantiasa mengikut segala suruhan dan perintahnya.. tapi aku masih lagi tak berdaya untuk memenuhi itu semua. aku masih lagi belum mampu.. tapi hatiku tak pernah kering untuk berdoa semoga apa yang aku hajati dikabulkan oleh-Nya.. Amin..

oryte..i think.. i wanna stop writing now, coz i feel mengantok sangat.. so, next time jumpa lagi ok.. dont forget uolls.. masa itu emas.. kita tak akan boleh putarkan balik masa itu tanpa izin Ya Karim..
take care people!!! 
peace yo!!

Saturday, July 28, 2012

RINDU DIA



DIA JAUH DARI PANDANGAN MATA
JARAK PEMISAH BUKAN PENGHALANG HATIKU UNTUK MENCINTAI DAN MERINDUI DIA
WALAU DIA MENIDAKAN IA
KUNCI HATIKU CUMA PADA SESEORANG SEPERTI DIA

KAU KATA AKU PEMBUAT AIRMATAMU MENITIS
JURAIAN AIRMATA DIPIPIKU JUA TERTITIS
KATAMU "AKU ADALAH KUNCI HATIMU" TERSEMAT DIHATI
ITULAH JUA DIHATIKU ADA KAMU MEMAKAN DIRI

SALAM RINDU UNTUKMU WAHAI CINTA HATI
KAU MENYEPI TENANGKAN HATI
HARI-HARIKU DILALUI TANPAMU DISISI
PENGUAT SEMANGAT DICARI DITEMPAT ORANG TAK DIKENALI

HARAPAN DIRI UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG BERBAKI
DEMI KEGEMBIRAAN KELUARGA YANG DISAYANGI
SEMANGAT DARIMU KUPERLU UNTUK KUATKAN HATI
DEMI MENGHARUNGI ONAK RANJAU YANG BERDURI

Monday, July 16, 2012

SALAM PERPISAHAN KAWAN2




LOVE  AND MISS U ALL A LOT!!
EVERY SINGLE TIME WITH U ALLZ ARE VERY MEANINGFUL TO ME..
SEE YOU AT CONVOCATION DAY!!! INSYA'ALLAH..
AMIN..

Thursday, February 2, 2012

THE ONLY ONE



he is my PAST

but
  
u are my PRESENT 

and 

my FUTURE..





saranghaeyo!!!

Monday, October 17, 2011

AYAH

Pada hari sabtu yang lepas bakal bapa mertua aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kesian nizam.. aku tak ada bersama dengan dia ketika dia perlukan aku.. maafkan sayang b.. 

SEMOGA ROH PAKCIK YUSOH DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

Di waktu dia perlukan aku, ayah aku juga perlukan aku.. hati aku berbelah bagi. Tapi aku gagahi jugak.. aku pilih untuk balik kerumah tengok keadaan ayah di rumah.. Adik2 aku cakap ayah aku sakit.. sakit sebab rindukan aku... maafkan emi ayah.. bukan emi tak nak balik.. tapi keadaan di rumah buat emi tak sanggup nak balik rumah... rumah kita tu dah macam bukan rumah kita sendiri dah ayah... emi rasa macam duduk di rumah orang lain.. bilik emi tu dah tak ada rupa bilik emi dah ayah... 

Sesampainya aku di perkarangan rumah, ayah dengan keadaan jalanya yang terhencut2 menyambut kepulangan aku.. " yeyeyeye... anak ayah dah balik.." terus ayah peluk aku... sambil menangis dan berbisik.. "ayah rindukan kau.." bawang merah pula tersenyum dan berkata.. 

b.merah : la nape tak bagitau nak balik.. bila kau balik jek mak nak pergi rumah nenek..
aku        : tak pelah mak.. lama ke pergi rumah nenk?? 
b.merah : esok balik lah.. nak tolong cat rumah nenek jek.. ni bawa apis dengan bob skali tolong cat..

Betul kata odah.. family come first.. dan bawang merah pilih untuk pergi jumpa mak dia di Kota Tinggi... dan aku bertiga jek di rumah bersama ayah dan Aidil.

Bila malam tiba.. sepatutnya kami sekeluarga berkumpul menonton tv tapi kali ini aku berdua sahaja dengan ayah.. sambil bercerita.. ayah sekali lagi mengeluarkan air mata rindunya di hadapan aku.. tapi aku gagahi air mata aku untuk turut jatuh membasahi pipi.. ayah tahu the reason why aku tak balik rumah.. 

Aku dah malas nak bertekak.. masa aku sampai jek bilik aku sendiri aku lihat bilik aku dah rupa tempat kucing beranak.. bersepah yang amat.. aku tak tahu parasit yang duduk bilik aku tu jantan ke betina... tapi aku lihat yang masuk bilik aku tu betina.. sepatutnya kalau betina.. kemas jek bilik tu.. tapi tidak.. sakit mata aku melihatnya keadaan bilik aku..  terus aku keluar balik bawa beg pack dan handbag aku keluar duduk di kerusi ruang tamu sehinggalah parasit betina itu balik dan kemas bilik aku.. 

Mungkin ayah ada bercakap dengan bawang merah mengapa aku jarang balik rumah.. dan tiba2 bawang merah masuk bilik aku.. mungkin dia pelik kenapa aku tak bawa masuk barang2 yang aku bawa tu terus ke bilik.. di sebabkan parasit itu adik dia.. tu yang bawang merah tak sanggup nak marah dia.. nanti bergaduh melibatkan atok dan nenek aku pulak.. tu yamg dia malas nak cakap lebih.. tapi parasit tu boleh pikir sendiri lah yang kau tu cuma menumpang jek.. tak kan la tak tahu adab menumpang rumah orang macam mana.. belajar tinggi... tapi otak letak dekat lutut.. dan si parasit boleh arah aku basuh cadar yang melekat di tilam aku itu.. emm.. tak tahulah nak cakap apa.. sebenarnya aku dah malas nak layan kerenah orang.. penat nak jaga hati orang sedangkan hati aku sendiri tak ada siapa yang nak jaga.. UNFAIR!!


Saturday, October 15, 2011

TERSEPIT

YA ALLAH... AKU SAYANG KEDUA-DUANYA... MANA SATU HARUS AKU DAHULUKAN??? 

AKU TERSEPIT... MANA SATU JALAN YANG HARUS AKU PERGI??

AYAH AKU YANG SEDANG SAKIT MERINDUI AKU YANG DAH LAMA TAK BALIK RUMAH??

ATAU

BAKAL BAPAK MERTUAKU YANG SEDANG NAZAK??? 

DIMANA SEMUA ANAK2NYA SEDANG KELAM KABUT KETIKA INI MENUJU KE HOSPITAL 

APABILA DAPAT PANGGILAN DARI HOSPITAL MENGATAKAN BAPA MEREKA SEDANG NAZAK... 

YA ALLAH... PERMUDAHKAN SEGALANYA.. AKU MOHON PADAMU...

AMIN...

Monday, October 3, 2011

UNTUK UBAT HATI YANG SEDIH.. TAPI MAKIN SEDIH..






Apabila seorang lelaki tu benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh harapan dan iklas,perubahan sikapnya berubah dengan jelas. Hati seorang lelaki yang selama ini keras macam batu tiba-tiba bertukar menjadi lembut seperti sutera, pada masa inilah hati mereka begitu sensitif dan mudah tersentuh sehingga mampu  menitiskan air mata sekiranya dilukai atau dikhianati, kerana jika wanita itu adalah orang yang amat diperlukan dan melengkapi hidupnya sudah tentu dia sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Namun kaum wanita janganlah pula mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh kaum lelaki untuk mu.sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu tu sentiasa bersungguh-sunguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak tersilap pilih teman hidup.situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan keatas kamu tetapi atas dasar cinta yang sebenar.betapa beruntungnya kamu... 




Dia boleh jadi lucu tapi begitulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu.Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati nya melayannya lebih dari orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada, bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap macho nya kepada seorang lelaki yang berperawatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi saja.. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang akan datang membantu mu adalah teman lelakimu, tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah..beruntungnya.. Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaanya.. xD

Kadang-kadang si dia akan kerap mengeluarkan kata-kata yang sama seperti " Ingat saya lagi?" , "saya suka orang macam awak" dan lain-lain, sebab itulah kalimah yang sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, kebanyakan mereka takan membuang masa kepada kamu sekiranya kamu tidak memberi layanan  lebih dari sebagai seorang teman biasa.. mereka sangup menunggu sebarang keputusan oleh kamu kerana ingin melihat sejauh mana pandangan mu terhadapnya, jadi jangan lah terlalu menyembunyikan diri sehingga dia terus menunggu untuk mendengar khbar berita dari mu.




Manusia tidak ada yang sempurna,samalah juga dengan teman lelaki mu..memang tidak boleh daripada  membuat silap dan kadang2 buat kamu kecik hati tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang  kamu perlu sokong. Berilah dia masa untuk berubah..nak berubah ni bukannya senang tapi kalau dia berubah demi bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik..janganlah kamu cari penggati dia semata2 kamu kecik hati dengan kesalahan dia...dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.. emm...



*
*
*
*
*
*

  


Jadi,HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya...berilah diri kamu peluang
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Lelaki tak semua sama.. begitu juga dengan perempuan.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah swt agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman InsyaAllah.. :)

kredit to: 
http://isqandar90.blogspot.com/

PERITNYA PERPISAHAN


hanya air mata terus berguguran menahan betapa pedih dan peritnya perpisahan itu.. perpisahan yang belum pernah aku rasakan sebelum ini.. aku tak sangka ini jalan penyudah hubungan yang di bina selama ini..

salah aku... silap aku.. terlalu pentingkan diri sendiri.. sehinggakan buta melihat hati orang yang disayangi sakit dek perbuatan yang aku lakukan padanya... buta melihat kesedihan dan kebimbangan yang di tanggung oleh dia .. oleh sebab terlalu ikutkan hati... penyudahnya ini balasan yang aku terima... dan sampai masa aku menangis sendiri tak henti2... 

YA ALLAH... sakitnya hati ini menahan pedih.. 

aku tak aware amaran yang dia dah bagi sebelum2 ini... ko ingat dia akan tahan dengan ko ke emie.. kalau sikap kasar ko berterusan macam ni... tak de sifat lemah lembut betul lah ko ni emie...macam mana lelaki nak dekat dengan ko kalau ko terus macam nie... nak ikut ckp ko jek... sikit2 nak merajuk... 

entahlah.. bila dah jadi macam ni baru nak menyesal... kenapa dia tak nak bagitau aku yang ayah dia masuk ICU.. nape dia buat aku tertanya2 dan buat andaian sendiri pasal dia... kenapa aku marah dia utamakan kerja dia bila aku dtg jumpa dia.. kenapa?? adakah aku kekurangan kasih sayang sehingga tamakan kasih sayang dari dia.. sampaikan tidak boleh lepaskan dia langsung... kenapa...

Ya Allah... apa yang aku buat kat dia... aku dah kuranghajar kat dia... aku tinggalkan dia begitu jek.. kuranghajarnya aku.. aku tak pernah buat orang sebigini rupa... Ya Allah.. kesiannya dia... kenapa aku buat dia macam tu.. menyesalnya aku dengan perbuatan aku tu.. melampau sungguh aku terhadap dia... aku tak nampak pengorbanan yang dia dah lakukan terhadap aku.. aku buta hati..even mata aku celik... 

maaf aku dah tak diterima lagi.. aku sedih.. sedih... menyesal seumur hidup aku buat dia macam tu... aku terlalu ikutkan hati sangat... 

"YA ALLAH... AMPUNKAN AKU... BUKAKANLAH PINTU HATI DIA UNTUK MAAFKAN AKU.. YA ALLAH... PERITNYA PERPISAHAN YANG KAU BERIKAN PADAKU INI... SAKITNYA YA ALLAH... TABAHKAN HATI AKU UNTUK TERIMA DAN REDHA DENGAN SEMUA UJIAN YANG KAU BERI.. AKU MENGHARAP KEMAAFAN KU DITERIMA... DAN AKU MENGHARAPKAN JUGA AKU AKAN BERJUMPA LELAKI YANG SALING TAK TUMPAH SEPERTI DIA... KUATKAN HATI AKU YA ALLAH.. ALLAHUAKHBAR!!!! "

Sunday, April 3, 2011

TERingin

lately nie hidup aku sangat sunyi... rasa macam dah kehilangan kawan2 pun ada... rasa keseorangan.. da tak ada tempat mengadu lagi...

gembira melihat kawan2 yang dikelilingi sahabat2 yang memahami mereka... tahniah!

hidup ini teringin nak jadi macam MARIA ELENA... happy go lucky... ade aje benda dia nak buat... speakong pun not bad... mcam air dia cakap... aku nie tergagap g.. bile nak improve tah... miss kate aku ada sikit masalah grammaticality error n sometimes apa yang aku ckp miss xpaham... n aku sendiri pon xpaham apa yang aku cakap.. heheh

hidup ini juga ingin seperti HANIS ZALIKHA... da cantik, pandai pluk tu... ada family yang very close with her... ade siblings yang sangat comel. speakong dia pon macam air gak... no wonder la dia xde communication problem when dia g melancong... best jek tengok gambar dia kat hongkong dengan mak dia... pastu boleh guna duit sendiri lak tu pergi jumpa NABIL kat German.. bestnya hidup mereka2 ini...

hidup ini juga ingin seperti FATIN LIYANA yang mempunyai family yang sangat perihatin terhadap anak2nya yang hidup di perantaun.... sanggup datang Bandung hantar Ipod untuk anank kesayangan mereka... walaupun tak dapat merasai macam fatin rasa.. tapi aku happy dengan family aku sekarang walaupun kadang2 perangai bawang merah agak menyakitkan hati aku... aku harap bawang merah dapat berubah better than before..
.
.
.
.
menangis
.
.
.
aku rindu akan adik2 aku di rumah sana... apa khabar mereka disana agaknya?? bawang merah ada marah2 dorang kew... bawang merah ada paksa2 mereka buat itu ini tak agaknya... bila ingat balik... sayu melihat keadaan adik2 aku... tak cukup untuk mendapatkan kasih sayang seorang ibu yang baik.. memahami mereka... aku juga rindukan kasih sayang seorang ibu... yang boleh belai aku masa aku tidur... sikatkan rambut aku macam mana NURULHUDA dapat dari bawang merah... yang dengar segala masalah aku... yang boleh jadi peneman aku buat kerja sekolah... bagi kata2 semangat bila aku nak exam... yang doakan aku dalam solat sunatnya bila aku sedang berusaha menjawap paper...

"YA ALLAH, KAU TUNJUKANLAH JALAN KEPADA ANAKKU SEKIRANYA DIA MENGHADAPI KESUKARAN DALAM MENJAWAP PAPERNYA PADA PAGI INI... KAU BERIKANLAH KECEMERLANGAN KEPADA ANAK-ANAKKU SUPAYA PADA MASA AKAN DATNG DIA DAPAT BERBAKTI PADA-MU, AGAMANYA, KEPADA IBU BAPANYA DAN MASYARAKAT... BERIKANLAH DIA KEFAHAMAN SEPERTI KEFAHAMAN PARA NABI DAN RASUL-MU SUPAYA DIA DAPAT MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN DAN MUDAH UNTUK MENJAWABNYA... AMIN....

aku harap bila aku sudah mempuyai keluarga aku sendiri dan menjadi seorang ibu... aku harap aku dapat mendoakan anak2 aku macam ni..

serius... memang aku rasa keseorangan walaupun aku dikelilingi dengan kawan2... yang gelak ketawa bila buat lawak... tapi the problem is...

DIMANAKAH JIWA AKU BERADA???

Thursday, January 13, 2011

rintihan anak tiri

semua orang cakap ibu tiri ni jahat... selalu pukul2 anak tiri dorang... selalu maki hamun anak tiri dorang... selalu suruh buat kerja rumah tanpa hiraukan yang anak tiri dia penat, baru balik sekolah... ada banyak kerja sekolah dan sebagainya...

kenapa macam itu ya???

ada tak lagi ibu tiri yang baik yang sangat memahami perasaan anak2 tiri dia dan melayan mereka seperti anak kandungnya sendiri???

melihat situasi sebegini rupa rasa tersangat takut hendak menerima seorang ibu baru dalam satu institusi keluarga yang baru kehilangan ibu lama... adae?? ibu kandung la senang cerita...

derita

derita

derita

itu luahan seorang anak tiri

tekanan

tekanan

tekanan

itu luahan seorang lagi anak tiri

nak lari rumah

nak lari rumah

nak lari rumah

lagi seorang anak tiri bersuara

jiwa jadi kosong, semua kebahagiaan yang pernah dirasakan sebelum ini hilang...
tak ada lagi tawa yang meriuhkan suasana sunyi dalam sebuah rumah yang usang...

si bapa kesedihan melihat wajah suram anak2nya... dan sesekali di kelopak mata si bapa bergenang air yang masin rasanya... apalah salah aku selama ini...

adakah selepas anak2ku mendapat kerja yang bagus2 mereka akan menjaga aku???

adakah mereka akan selalu menziarahi aku bila mereka sudah mempunya keluarga sendiri??

adakah mereka akan datang menjenguk aku bila aku sakit???

kasihan anak2ku.... maafkan ayah kerana menghancurkan kegembiraan kalian...

ayah tak dapat nak memenuhi kehendak kalian... ayah tak dapat bagi kesenagan kepada kalian... ayah hanya ada tulang empat kerat membanting tulang untuk menyara kalian...

tidak mengapa ayah... ayah fikirkan sahaja adik yang berdua ini... kami tahu cari cara lain untuk keperluan kami sendiri... usah ayah risau....

diam....

diam...

air mata....

air mata....

si adik dikatakan pembawa sial dalam keluarga kerana si dia sahaja yang malang... jiwanya tertekan... kosong... diam... muram... tidur... kerja...

si sulung rasa dirinya tak guna sebab tak dapat mempertahankan adik2nya... tak dapat selamatkan adik2nya... tak dapat berikan yang terbaik untuk adik2nya... dia maki... dia tepuk tampar... tapi si sulung tak mampu nak berbuat apa2... dimanakah dia bila adik2nya menangis...
dia ada... hanya mampu melihat dan mendengar... ingin rasanya memeluk adiknya itu... tetapi... rasa segan itu hinggap disebabkan kami semua sudah akil baligh... malu... tapi perasaan ingin memeluk, mencium pipi mereka, mengusap kepala mereka teramat lah mendalam...

tangan ini rasanya ingin terus hinggap ke pipi dia!!!!!!
kaki ini terasa ingin menendang pintu2 yang ada!!!
mulut ini rasanya ingin saja menyebut....

perempuan tak guna!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
...
...

bila iman masih bertakhta dijiwa... semua itu hilang... senyap... diam... terkurung... menangis mengenang apa yang terjadi...

apa akan terjadi selepas ini agaknya...

kami tidak kuat lagi YA ALLAH!!!!

TOLONG!!!!

TOLONG!!!

SAKIT!!!

SAKIT!!!

BAWA KAMI PERGI YA ALLAH!!!

sesungguhya kami da tak sanggup nak menghadapi semua ini....

Tuesday, November 2, 2010

maybe dia xtau kot..

may be dia tak tahu blog yang aku da khas kan untuk cherita tentang aku n dia...
sedey bila dia tak follow cherita2 yang aku post kat blog KAMi... dia juz komen kat blog nie jek...
mana best camnie...
:
:
:
:
think positive emie...
:
:
:
maybe dia sibuk kot.. kan dia baru tukar keje... of coz la dia nak concentrate lu kat kje baru dia...
xpew... aku tunggu komen dari dia...
:
:
:
berharap pluk...
:
:
:
nanti kecewa
:
:
padan muka ko emie!!!
p/s tok mr.boncet> jenguk2lah blog KITA n update lah blog awak tu... da bersawang da saya tengok.. tak rimas kew???

Friday, October 29, 2010

dari mata aku


dari mata aku semua nak cantik... teringin nak tu ini... tapi lom masanya nak dapat apa yang di ingin kan...

teringin nak keluarga yang sporting, bahagia, dilaburkan dengan kasih sayang, perhatian, duit untuk anak2nya... tapi aku bukan dari golongan yang macam tu... tapi aku tetap bersyukur...

semalam aku dapat email dr seseorang yang tak dikenali... baru 2x berbalas email dgn beliau... seorang wanita awal 30-an... yang ingin tau keadaan negara daddy dia... coz selama dia dibesarkan dia dok kat London tu jek... dia cherita yang daddy dia ada byk share kat company serata London tu and dia nie ditatang macam minyak yang penuh w/pon umur da masuk 30-an... bestnyer... dia kata apa yang dia nak bapak dia mesti belikan... mak dia oarang sana.. mesti dia cantik kan... kacukan malayu-barat...

kalo nak keluarga sporting aku nak amik contoh family sunkist... mak n ayah dia jd kawan dia... apa2 leh share... now aku baru nak merapat kan diri dgna mak tiri aku... kunun2 nak jadi kawan bila aku ade kat uma masa cuti sem nanti....

family yang perihatin n support anak2 mereka... like family fiza burger... APA dia bg ap yang diperlukan anak2 mereka n mak dia jaga sangat kesihatan anak2 dia... suma adik2 beradik dia maintain jek badan... bila time final exam nie... dari start paper sampai abes... mak dia akan wat solat sunat untuk anak2nya mudah jawab periksa... bila abes jek paper mak tepon and leh predict paper anak dia tu susah kew senang... anak dia leh jawab kew x paper tu... best kan... ati ibu... instingnya tersangat la kuat...

family yang laburkan duit untuk anak2 dia... bukan laburkan duit gitu jek... laburkan wit ikut kehendak n keperluan anak... like family ainun... bila wit abes jek...

anak: ayah... nak wit blanja... ( create la reason yang munasabah untuk dapat wit blanja)
ayah: ok, no akaun bimb?

anak: xxxxxxxxxxxxxx

ayah: k

anak: terima kasih ayah..
wawaawawa.... best kan... padahal dalam akaun bank lain ade wit g...
esoknyer...
puuppp!!!!
keching!! keching!! keching!!!
.
.
.
RM 300
.
.
.

best kan...

kalo la aku dapat cam tu.. xya la susah2 hutang dgn orang kan....

tapi tu la hakikat yang aku nampak... lain orang lain persepsi matanya... aku lain... cuma nk share apa yang aku nampak... jagn lah mengata aku tak reti nak bersyukur dgn apa yang TUHAN da bagi kat aku... aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa tu jek... x lebih pon...

da penat da nak tulis... nie... nk semyang jap... next time jumpa g dgn cherita lain pulak...

ASSALAMUALAIKUM


Monday, August 16, 2010

BUAT MASA INI....

buat masa nie xde ap nk dikongsikan... aku makin bz dgn homework2 yang lecturer2 aq bg... h/w yang dibagi nie pon untuk ak jugak... supaya aku mudah paham ap yang diorang try sampaikan kat kitorang... wat masa nie aku paling suka dgn subjek TAXATION... n aku bercita2 nak apply kat firm yang wat tax nie time praktikal t... amacam??? cara??? hahah... walaupon lecturer yang mengajar subjek nie suka perli2 dngan ayat yg pedas2... tp bila bab mengajar dia ajar dgn bersungguh2 sehingga aq n kawan2 aq paham.... seronok sebenarnya blajar taxation nie...

subjek yang wat aku mengantok dalam claz sampaikan tertido kdg2 adalah subjek ARAB... ustaz yang mengajar subjek nie... hmmm.. ntah lah... aku pon xtau dia ajar kitorang atau bagi makna setiap perkataan arab dalam buku latihan yang kitorg kne beli tu... tiap kali claz arab... ade jek dak yang amik kesempatan xnk dtg... termasuk lah aku... hahhaha...

bila ustaz tanyer: mane si A nie?

kitorang jawab: ghaib ya ustaz....hehehe

subjek2 lain spt corporate finance-CF, FAR, AIS,LAW n IBM tue... wat masa nie ok la...
boleh lah...

LAW nie... MR.J ckp laju sgt... sampaikan aku kdg2 nak tolong dia suapkan air jek.... xpenat kew dia ckp laju2 tu... mcm peluru dia ckp... sampaikan aku rasa lidah aku pluk yang terbelit... hahah... ASTAGFIRULLAH....



====================================

CERITA PASAL PERASAAN AKU SEJAK 2 MENJAK NIE...
RASA CAM...
nie juz nak ckp berdasarkan pengalaman jek... pengajaran lah wat diri aku...
aku rasa aku terlalu mengharapkan SESUATU yang lum pasti aku dapat... bila tiba waktunya... xdpat... aku rasa....
YA ALLAH... SAKITNYA...
SAKIT YANG TAK TERHINGGA....
tapi nak wat camner... da lumrah hidup... terima jelah... redhakan ati n perasaan... so next time xde lah menaruh harapan yang terlalu tinggi sangat dalam sesuatu hal tu... pengajaran la... pengajaran
untuk diri aku....
BE A POSITIVE SUDEY DER...
HAHAHAK...
dalam bulan puasa nie kesabaran tu sgt2 penting... mcm2 dugaan akan kiter terima... kdg2 kiter pikir....
EHH!!! TAK ADIL BETUL LAH!!!
xpew.... kate dugaan di bulan RAMADHAN... RELAX sudey....
apa g nak bebel kan... emmm... YANG PENTING NOW... BERSYUKUR APA YANG KITER ADE SKANG NIE... KDG2 BILA2 MASA JEK TUHAN BOLEH TARIK BALIK NIKMAT YANG DIA BAGI KAT KITER... AS A MUSLIM... GUNAKAN LAH SEPENUHNYA N SEBAIK2NYA NIKMAT YANG TUHAN DAH BERIKAN PADA KITER... JGNLAH DISALAHGUNAKAN...
PERINGATAN UNTUK AKU...cukuplah apa yang TUHAN da uji aku skang nie... xsanggup aku....
xsanggup...
k la... kite sambng next time... harap2 ade cerita baru yang boleh dikongsi...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Monday, May 31, 2010

bengang!!!!

dak2 dah suh aku upload gmbar... dorg tau x uma aku ngan cc jauh.. kalo cc tu depan uma aku takpew... relex la... kalo aku ade tenet kat uma mlam lps konvo tu jugak la aku upload...
soe la... marah sket... dgn perangai org yang tak reti berterima kasih dah tolong dia pegi sane sini g... aku bengang la kalo org tu wat ati bapak aku panas... aku mmg cukup mnyampah... kalo bapak aku tak tolong ckp bapak aku xkng budi la ap la... da tolong gini ko wat kat dia... ingat bapak aku ti robot ke ap... kalo terjadi ap2 kAT bapak aku disebankan perangai ko..........
aku takkan maafkan ko!!!!

Tuesday, August 18, 2009

BOYS OVER FLOWER

weekend yang lps aku xbuat apa2 pon... ada event keusahawanan pon aku x turun padang... aku xde semangat la minggu nie... kenapa yek... hmmm... masa keboringan aku yang x terisi tu aku isikan la dengan menonton cerita korea 25 episod... BOYS OVER FLOWER... best giler citer nie.. kalo kawan2 aku ade join skali mesti aku malu... tau x sebab apa aku kate aku malu.. hahaha... sebab... kalo aku tgk citer... aku emo sket... kalo aku geram kat pelakon dalam cite tu aku akan tumbuk2 bantal atau tilam aku... dan bayangkan tilam or bantal aku tu adalah pelakon tersebut... kedebuk22!!!! ( bunyi aku tumbuk bantal... hahaha...)



teringat lah sampai sekarang citer nie.. sampai dalam kelas pon aku kaitkan dengan citer nie... ainun bengang jek dgn aku coz aku asyik cerita pasal BOYS OVER FLOWER nie... hahaha... si curly boy... JUN PYO.. n si cutie... JAN DI... "JJ"... macam aku dengan nizam... si curlynya of coz la nizam.. n si cutie mestila aku... hahaha... dorang sangat2 sweet... no one can take JAN DI from JUN PYO... JUN PYO sangat2 menjaga hal ehwal hidup JAN DI... aku nak jadi cam JAN DI la.. apa pandangan korang... she is the lucky girl.. whatever she want.. she do it until she can reach it... dia juga penyeri hidup semua orang.. da la cute... most all the part about JAN DI n JUN PYO... aku suka... huhuuhuhukk... nak macam dorang.... aku nak kisah percintaan aku berakhir mcam mana kisah cinta JAN DI n JUN PYO berakhir...
nizam... i miz u so much!!!! nape la konsert tu g penting dari aku... aku ingat dia cakap dia nak gerak pukul 6 tu dia nak gerak dtg jumpa aku... hmmm..hampa... tp benda yang menyakitkan ati aku yang aku dapat... kadang2 cemburu pulak aku dengan NINI... bf dia sgup datang bawak dia jalan2 bila dia perlukan bf dia... aku pulak time kat sini.. kalo perlukan sesorang... kene cari kawan.. tapi kawan2 pon mestilah ada life dorg sdri xtvt dorg sendiri time cuti hujung minggu... dorg pon nak rehat gak...
****NINI dating dgn bf dia dari ari sabtu sampai ahad
****SAL ari sabtu ada modul sampai petang... ahadnya pulak ada claz memandu n abes claz dia g berjimba dgn AINI, AZIE n BF AZIE...
**** MIRA pulak balik uma sampai ari isnin...
**** AINUN outing dgn SAI...
**** AKU???? layan citer BOYS OVER FLOWER la... haahaha... n then gadoh dgn NIZAM... sbb dia xlayan aku... hahahha...

Monday, August 3, 2009

sebak

Semalam ayah, aku, mak, bob n uyul bersama2 hantar aidil balik ke asrama dia.. Aku tgk riak muka ayah sama seperti dia menghantar aku balik ke uitm… muka yang amat sedih.. Memang beginikah perasaan seorang ayah ketika melepaskan anak2nya sambung belajar ke tempat yang jauh dari dirinya… patutlah dulu masa aku melontarkan hasrat aku untuk belajar ke sekolah teknik ayah x bagi aku pergi… baru sekarang aku sedar betapa sunyinya ayah ketika kami anak2nya tiada di rumah…

Mengikut cerita mak, bila ayah balik keja pada waktu pagi… ayah bukan terus salin baju.. tapi dia pergi cek bilik2 anak2nya… ternyata kosong tiada sesiapa.. baik aku, aidil, yee, apiz, bob dan jugak uyul… kesemua anak2 ayah bersekolah.. tengah hari nanti riuh lah… uyul balik, apiz n bob pun akan balik… yee selalunya akan balik sekolah waktu petang kerana ada kelas tambahan.. manakala aku n aidil, kami tinggal di asrama… kadang2 time cuti baru kami pulang kerumah…

Kesian ayah… masih teringat di benak fikiran ku suatu ketika dahulu ayah pernah berkata… “suatu hari nanti ayah rasa, ayah kan tinggal sorang2 dalam rumag pusaka ini… anak2 ayah mesti da tinggal kan ayah menuju haluan hidup masing2… mak kau mungkin da xsanggup jaga ayah… itu yang ayah rasa sekarang… ayah da tua.. fikiran ayah da jauh berfikir… tgk contoh sedara ayah tu pun da cukup… anak ramai.. tapi tiada seorang pun yang nak jaga dia… betul lah ornag kata.. seorang ayah atau ibu boleh menjaga sepuluh orang anak… tapi nak yang sepuluh tu xboleh nak jaga seorang ayah ataupun ibu… “ aku dan adik2 aku yang lain apa lagi… sedih lah bila dengar ayah cakap camtu dekat kami… macam kitorang ni betul2 nk buang ayah dari hidup kitorang… x sekalipun terlintas difikitran aku nak wat ayah macam tue.. aku xnak jadi anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya… cukuplah sekali dulu menjadi pengajaran kepada aku.. aku xnak kehilangan orang2 yang aku sayang….

Ayah… kami sayang ayah.. jangan lah berfikiran yang kami akan tinggalkan ayah.. we all love u daddy!!!!

26 july 2009

Sunday, December 7, 2008

raya haji..

esok ry aji.. tp aq xry dgn family aq pon.. aq keje nie pon dorg x amik tau... knape? adakah aq nie jahat sgt sbg sorg ank? knape msti org len yg amek tau pasal aq.. adkah aq perlu wat 1 pengorbanan tok daptkan perhatian dari dowg? aq nk ayah aq sndiri.. tb2 terasa rindu kat ayah.. mak? die pergi tglkan aq, ayah n adiq2 ms nk dkt2 ry aji.. apa aq nak wat kat segamat nie sowg2? byknyer persoalan yg bermain difikiran aq... aq terasa terabai la.. nak wat mcmner ek?

ehmmm... xpela.. kalo aya xdulukan.. biar aq yg dulukan... lantakla.. kdg2 keegoan menguasai diri aq.. tp ble pikir2kan blek.. relex r... berdosa wat mcm tu...

"ayah maafkan emie... selamat hari raya... selamat berkorban..."

"selamat melakukan ibadah korban tok semua umat islam di dunia!"

Monday, October 6, 2008

RaYa 2oo8..







hye blog.. nak dgr cte baru x??? nie cte pasal rayer taun nie.. kan pd blog yg lps aq ad ckp ad special person nak dtg beraye uma aq pd rayer ke2 aritue.. tp nak tau ap yg jadi... sblm rayer g da smpi... dier kate kui 12 da smpi.. tp aq kesian kat dier... mcm org merempat tau x... cm xde uma sdri.. cm xde family... aq kesian btui kat dier... aq da ckp rayer ke2 jek dtg.. tp dier dgil.. nak jgk dtg raye pertama aritue... lantak lah.. yg pntg dier bahagia n aq pun bahagia... aq suh dier mtk mf lu dgn mak bapak dier... aq rasa aq nie pmpuan plg jahat kat dunia sbb pisahkan anak dgn mak bapak owg.. huhuuu.... jahatkan aq... tp aq x suh on dier dtg awal.. dier yg nak g sdri...

ry 1st... dier dtg kat uma pas mak n aya aq g kota tgi uma atok n nenek bla mak aq.. pas mandi suma, makn.. rhat jap ap suma... aq tmnkan dier cr tmpat tgl smntara dier kat bandar jb sner.. jln2 jap kat CS pas tu aq blek... tgl la dier sowg2 kat c2... kesian kan.. da la dtg tmpat owg... tgl sowg pluk tue... nmpkan betapa kejamnyer aq nie...
ry ke2... aq tgk wyg dgn dier... konon... nak wat magic dgn aq... dier sk tau kacau aq... aq dtg lmbt sket dr ms yg dijanjikn pastu nk tmbh g kecewa dier ckp xya tgk wyg... sedeynyer... niat dihati mmg nak tgk SENARIO EPISOD 1... redha jek r xdpt.. kemaen g ajak pusing2 CS tue.. haah ek.. patut la dier tgk jam ms kitowg pusg2 aritue.. pppppppoooooodddddaaaaahhhhhh!!!!! hahahaha... gram gak... tp dlm ati sbnar nyer ad taman bunga yg dipenuhi rama2 bile da jejak dlm wyg... heheheehehe... kui 5.30 pm aq blek uma smula.. dier pluk g merayap kat plaza agsana...

ry ke3... kami beraya dgn kwn2 aq... best gak.. ramai2 beraya.. dgr cte dr nurse Ailmiyana... seronok gak dgr dier cte... byk gak kitowg g uma owg beraya.. yang xle percaya... sepatutnyer malm tue die kne balik KL da... tp cm xcyer jek mak n aya aq suh dier tdo uma aq 1 mlm... dowg wisau keselamatan dier balik malm... hehehe... tp mlm tue dier tdo jek... kepenatan kot... xpe la.. esknyer dier kan nk blek da.. bg la rht yg sepenuhnyer kat dier...

ry ke4... saat perpisahan... pas sarapan pagi n tgu kwn aq nak dtg rayer jap (ezwan,asri, L, daus n nisa'). pas dowg blek aq anta dier blek kat larkin.. sdey sbnrnyer tp ati aq kental tahan air mata dari jatuh berguguran... heheeh... kui 2.30 pm kami berpisah... huhuuhuhuh..
itulah serba sedikit cter raya aq taun nie.. harap kiter suma enjoy!!! owg masih beraya g, aq pluk ngah memerah otak nak test ari khamis n jumaat nie... wish me luck k!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SUMA!!!



Monday, October 22, 2007

selamat hari raya!!!!



xde yg lbh bermakne dlm hdp aq wat pertama kalinya dpt beraya dgn yg tersayang. cam mimpi jerk.. aya n mak pon da restu kami berdua.. aq ingat segarang2 mak tue mmg aq ni xle la nk cintan cintun nie. alhamdulillah berkat kesabaran n ketenangan jiwa aq akhirnya kami direstui..heheehek...

raya 1st cm biase berya bersama family aq. pas aya n adik2 semayang raya kitorg mamam lu then g ziarah makam mak n atok... sedey aq melihat pusara mak yg kelihatan uzur... tanah pon da mendap... ms g ziarah tue aya pluk tertinggal kaen putih kat uma...aya ckp nak timbus balik tanah yg mendap tue skaligus ganti kaen putih kat batu nisan tue.. tp... malangnyer sampai aq nak balik smula uitm aya x wat n kotakan pon ape yg dier ckp dgn aq. aya d x syg g kew mak... aq nak jew tunjuk hero dpn aya g kubur tue bw cangkul nak timbus balik tnh yg mndp tue...tp bile pkir blik t dikatekan ank derhaka pluk.... abru jew mtk maaf dgn aya da wat dosa blek.... agak2nye lah kan blog aya da g lum btulkan tanh pusara mak tue?????
lps g kubur kitowng g uma nenek mak kat sening,kota tinggi. kitorg blik ari jew...
aq hari raya tu x makan pon... pg raya tu jelah aq makn... tgh ari smpi mlm aq x jamah ape2 pon... sbb ape??? sbb......... ntah lah... xde selera kot.. dan tibe2 ms dlm perjalanan nak blik uma dr uma nenek...perut aq tibe2 cm ditarik2 keluar dr organ bdn aq nie... aq rs nyawa aq cm da smpi kehujung tanduk da... nizam anta msj pon aq xlarat nk bls.. kebetulan jln nk blik tue ad lekuk2... so asyik terhentak jew la... amek ko!!!!!! gile kentang aq menahan bisa perut.... padan muka!!!! rasakan bdk degil!!!!

wat ever pon.....SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!