Showing posts with label PRAKTIKAL. Show all posts
Showing posts with label PRAKTIKAL. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

LABUHNYA TIRAI ITU

dah seminggu sesi praktikal aku melabuhkan tirai.. banyak kenangan yang indah dapat dikongsi bersama selama aku praktikal disana.. suka duka kami hadapi bersama.. gelak ketawa.. menangis.. semua tu kami rasa sama-sama.. sorang kena marah semua pun akan rasa tempiasnya.. ini membuatkan kami rapat tak ubah macam kakak dan adik.. tak ada perbezaan taraf antara kami.. aku happy bila bersama mereka... bila nak berpisah rasa berat nak tinggalkan mereka.. macam ada magnet yang menarik aku.. tapi aku kena teruskan kehidupan aku untuk menghadapi hari yang mendatang.. mungkin kita tak satu kapal.. tapi our relationship still continue til the end...

buat masa ni aku tak boleh nak upload gambar banyak-banyak memandangkan bb aku nie speed dia dah lebih had laju yang telah di tetapkan.. so polis traffic pun dah bagi amaran keras kat aku.. jangan asyik nak download suria dicordoba, tengok tonton.. download ni download tu.. paling teruk.. pak polisi mau aku buang semua cerita korea yang ada dalam "kerbau".. sampai hati...

berbalik pada cerita praktikal aku.. bukan tak nak sambung.. tak dinafikan yang audit nie sangatlah berguna untuk sem akhir aku.. semua berkaitan dengan audit.. in the 1st place memang nak sambung... tapi bila apa yang dah berlaku pada aku.. semuanya terbatal.. cukuplah sekadar tempoh yang sudah di tetapkan.. masalah yang timbul mungkin bermula dari aku sendiri tanpa aku sadari.. ujian dari-Nya.. untuk itu dengan cuti yang ada seharusnya aku gunakan sebaik mungkin untuk musahabah diri aku sendiri kepada yang lebih baik.. u know what.. sifat manusia.. tak semuanya perfect.. ada sahaja silap yang kita buat.. aku harap dengan apa yang terjadi ini membuatkan aku matang untuk berhadapan dengan manusia... manusia ni banyak fe'eil (perangai).. mungkin rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain.. bersedialah untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar selepas ini Emilia.. lepas ni banyak lagi kau akan jumpa perangai manusia yang pelik-pelik.. ini baru sikit yang kau nampak.. aku harap semua ini memberi pengajaran yang sangat berguna untuk bekalan hari mendatang..




NORSYAHKILA MAHZAN
  • seorang pendengar yang baik
  • sama macam aku.. maybe.. luar nampak keras tapi dalam hati ada taman bunga..
  • minat k-pop macam Anis
  • ada myvi... kesian kat dia.. selalu dapat kerja part time jadi runner.
  • tegas
  • care about us like we all adik-adik dia.. so sweet.. 
  • ada pendirian dia tersendiri
  • tidak berkira:- masa, tenaga dan wang ringgit
  • boleh campak dia mana-mana jek.. sebab dia pandai bawa diri..
  • tak pernah dengar dia cerita pasal lelaki..
  • pandai simpan rahsia dan cepat tangkap apa yang berlaku disekeliling dia
  • kuat semangat..



NUR AZIDAH AZHAR
  • boleh jadi seorang kakak yang bertanggungjawab
  • dia layan orang based on sifat seseorang itu.. jika seseorang itu jenis yang lemah lembut.. dia akan layan dengan cara yang lemah lembut.. begitulah disebaliknya..
  • boleh jadi guru.. sebab apa yang dia ajar.. aku mudah paham.. walaupun pada hakikatnya aku nie slow orangnya...
  • slow macam aku bila ada apa-apa yang berlaku disekeliling dia... jika level slow aku tahap 5.. level slow dia 2 kot.. pahamkan maksud aku.. (-_-")
  • tak minat bola.. tapi dia terpaksa layan kitorang yang gile bola... cian dia..
  • cepat touching.. sama macam aku.. 
  • on the way ambil lesen.. bakal jadi pembantu Kila..heheh..
  • taste lelaki dia tinggi... nak yg putih.. doktor gitew.. hope dia akan jumpa lelaki yang di idamkan.. same goes to Kila.. even thought dia tak pernah cerita pasal lelaki idaman dia dengan aku..
  • jangan kacau kerja dia... kalau tidak binasa diri..
  • workaholic
  • ada migrain yang sangat teruk bila tertekan dengan kerja..
aku rasa sampai sini dulu aku bercerita.. nanti kita sambung lagi cerita pasal praktikal aku yang sudah pun melabuhkan tirai ni..

see you next time people.. peace yo!!



Saturday, November 19, 2011

KEMBALI

assalamualaikum semua.. lama kan aku tak update.. banyak cerita sebenarnya selama aku mendiamkan diri untuk beberapa ketika... sekarang ni aku tengah countdown hari-hari yang ada untuk bersama tersayang AFTAAS JB.. happy ada, sedih ada, rasa bersalah pun ada.. ia bercampur baur.. tapi tak apa.. dengan bertenang jek ni. hehehe

last update 04.11.11... pada 11.11.11 ramai yang buat event... oarng nikah pun ramai.. bersepah2 cerita kat fb, blog2 dan dilaman sosial yang lain... tapi ada aku kesah... on that day, aku rasa aku tengah busy nak siapkan tax com for one company dimana principal business activity dia adalah TAXI... so kepala aku sampai nak pecah (tapi tak berapa nak pecah la..) kira taxi-taxi dia... tegang segala urat saraf kat tengkuk aku buat schedule CA (capital allowance@elaun modal) dia nie... 12 tahun tu.. kalau tak dah lama settle... tapi disebabkan ade kesilapan teknik masa awal-awal kemasukan budak praktikal.. so kerja nie messy sikit.. tapi tak apa.. dengan bertenang jek... dan alhamdulillah... hari ini aku dapat siapkan kedua belas tahun tax computation tersebut... nanti aku upload gambar report tax computattion yang aku buat eh.. nak ikutkan banyak dah tax com- tax com yang aku buat.. tapi company ni mencabar sikit.. sebab aset dia terlalu banyak... lagi-lagi bab hire purchase ni.. adeh...

minggu lepas mr.daddy bagi aku kerja secretary... tapi tak berapa nak secretary la sangat... kena siapkan surat aku janji untuk dihantar ke IRB.. ada kena mengena jugak la dengan tax... yang nak aku sampaikan dekat sini adalah... dimana aku sudah tersalah taip nama owner of the company... pengarah urusan la katakan... mestilah hujung pangkal nama sebenar dalam i/c ade Datuk/ Dato' Sri/ Tan Sri bagai... bukan senang lah katakan nak dapat pangkat-pangkat ni semua... yang aku pun sengal.. source dah ada depan mata.. boleh pulak tak cek..  nasib tak kena maki hamun.. cuma kena betulkan balik jek.. nasib mr.daddy best friend dengan Dato' Seri Paduka Dr. Haji bla.. bla... bla... ni...   fuh... selamat...


bz


khusyuk
lepas penat-penat mengadap kerja yang bersepah atas meja.. lepas office hour aku and the geng berehat sebentar bersama kit-kat.. sembahyang.. baca paper... bergosip dengan k.wati... aerobik... makan... pastu menuju ke bus stand amek bus menuju ke rumah... apa aktiviti aku selepas itu... kita cekikdot gambar ini... 


otak-otak kempas @ sayam, stulang

anak ikan
tempat makan baru, dekat dengan bomba

anis, si kuat makan


slurppp....

ala-ala lambchop... lupa nama dia.. RM16


mamam

Mc'D dekat dengan smart

cahaya keimanan

dalam bus nak balik stulang

minum petang untuk zidaku



versus

Hlovate


cekikdot pula video-video yang sempat kami rakam dikala waktu sengkang:-





keluarga baru kak wati & abg chomel.. QAISARA HUSNA...tahniah untuk mereka suami isteri..

pertandingan lawan minum air antara aniss dan syahkila... Go Malaysia GO!!!


psstt.. aku dapat tawaran... tapi tak confirm lagi... dah confirm nanti aku cerita ok...
see ya people.. peace yo!!

Friday, October 14, 2011

LAGU BOS AKU REBUTKAN KATAK HIJAU

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song

PEPIJAT


apalah nasib aku... duduk rumah kat larkin, tikus makan aku punya barang-barang dalam drawer aku.. habis  milo, maggie, nescaffe, baju, kotex dan banyak lagi di makan nya si tikus nie.. sampaikan habis semua baju aku di kencingnya..

kurang ajar punya pijat gigit kaki aku 

ni.. pindah rumah dekat setulang kena gigit dengan pijat pulak.. habis kaki aku.. buruk beno da rupa kaki aku.. lepas aku nampak binatang-binatang nie buat rumah dekat tilam aku.. tanpa pikir panjang etrus aku buang tilam aku dalam tong sampah.. tak sanggup aku nak tidur balik dekat tilam tu.. meremang bulu tengkuk aku tengok binatang ni. Ya Allah... gelinya...


sebijik macam luka kat kaki aku

Tuesday, September 27, 2011

MACAM-MACAM

hai semua blogger or silent readers... hari ni masa aku terluang sedikit dari hari sebelum-sebelumnya... selama aku berpraktikal ni, belum pernah lagi aku keluar hangout dengan bff aku. bila dorang nak ajak aku keluar hangout sama-sama... (ala emie... kalau kitorang ajak ko ada jek alasan... busy la.. takut bos kau marah la.. orang lain pun praktikal jugak... tapi takdelah macam kau..)... ntahlah.. tak tahu nak cakap apa..

bila aku balik cepat sikit hati aku tak tenang.. risau bos akan telefon aku.. then perli aku...
"awal balik harini..." tak pun... "hai orang lain boleh kerja sampai malam takan awak tak boleh???!!! alasan tak boleh bla la awak ni!".. haaahh... sebab tu la aku mengabdikan diri di opis ni walaupun aku sekarang sorang.. kalau ade zida ke kila ke anis ke naz2 ke k.wati ke k.lili ke... tak ada lah aku sunyi sangat kat opis nie.. makan pun xlalu... hari ni aku makan goreng pisang dengan air laici jek kat kedai Hassan setelah seminggu tak turun makan kat kedai dia...

makanan tengahari aku tadi
hari sabtu yang lepas aku melawat kak wati...  tengok baby dia.. nama dia QAISARA HUSNA.. cian sara.. kene demam kuning.. yang takle bla... masa aku pegang dia... sara leh meneran... puuuuurrrrrr.... sara berak rupanya... takpelah sara... auntie emie redha... huhuhu... tapi yang bestnya.. bila aku cerita pasal dia... si sara nie senyum2 macam tau jek dia orang cerita pasal dia... tapi sepanjang aku datang tido jek memanjang si sara ni...
QAISARAH HUSNA
Sarah tengah meneran nak berry...
aku & k.lili panggil pun wat tak tahu jek si sara ni..

lepas g tengok sara.. aku balik opis semula sebab ada client aku ni nak bagi dukumen yang aku mintak dari minggu lepas.. lepas dapat tu terus lah aku buat kerja aku... tengah syok2 buat kerja tiba-tiba pintu opis aku terbuka... TIDAK!!!!!!!! malu yang teramat... malu sangat2... En.Zul tiba2 muncul depan pintu... dengan aku tak bertudung masa tu... menggigil kepala lutut aku masa dia masuk... dan aku dapat rasakan yang muka aku masa tu panas... tahan malu... macamana dia boleh masuk.. sedangkan aku dah kunci pintu atas dan bawah... dan macamana aku tak boleh dengar ada orang masuk opis... pelik... selalunya hari sabtu En.Zul xdatang opis... nape pulak dia datang... tapi masa tu memang badan aku menggigil sekejap.. macam jumpa hantu pun ada... mana taknya... dah lah masa tu aku dengan En.Zul jek berdua dalam opis tu.. kalau pihak berwajib datang... naya hidup aku... musnah semuanya... (gimik jek lebih.. tapi kalau betul2 terjadi... menangis tak berlagu la aku..) then bila aku nk balik aku bagitahu la dia aku nak balik.. tapi dia cover2 main2 handphone blackberry dia sebab masa aku nak cakap aku nak balik tu.. dia tengah tido kat lantai bilik dia berbantalkan bantal pink peninggalan SITI NUR SUHARA.

tinggalkan kenangan abadi sewaktu bersamamu SUE..
encik... zuuuuuuullllllll...............
macamnilah aku tutup muka aku malu sambil sembunyi bawah meja...

Monday, September 12, 2011

GENG AFTAAS JB


mohd adam b mohd nasaruddin (manager @ all)



norsyahkila mahzan (audit asst 1 @ audit)


nurazidah azahar (audit asst 2 @ account)


siti nur suhara selamat (senior 1@ audit)



mohamad nazri musa (senior 2 @ audit & account)





siti yuhanes amat arjak (junior 1@ audit)


hani naziyah md harun (junior 2 @ audit)


emilia md.daud (junior 3 @ taxation)

Thursday, August 11, 2011

CERITA YANG diSIMPAN

Hai…dah lama tak post apa-apa ceritakan… huhuhukk… maklumlah… sekarang ni aku berada dalam dunia pra-pekerjaan… tahu ke tidak meaning pra-pekerjaan tu apa?? Maksudnya… aku sedang praktikal la sekarang ni. Macam cerita sebelum nie… kan aku ada post tentang kawan2 seperjuangan aku & keadaan aku sepanjang 2 minggu aku praktikal aritu… tak bacalah tu… sebab tu tak tahukan… hmm.. tak mengapalah…
Aku tengah takde kerja ni… terasa macam rajin nak menulis pulak… kita start cerita dari mula ok??? Ok ke tidak??? (nada DATIN WANABE)
First of all, I would like to thanks to all readers b’coz still read my post even I dah lama tak update apa2 cerita. Thanks a lot my friends…
Ok lah… semenjak masuk dunia pra-pekerjaan banyak benda yang aku belajar… dari segi nak berkomunikasi dengan orang, nak call client nak cakap macam mana, jumpa client dekat company dorang nak kena prepared apa yang kita nak discusskan, sahsiahrupa diri pun kena jaga… sebabnya kita kena jaga nama baik company kita praktikal ni walaupun kita hanya berkhidmat untuk 6 bulan sahaja… manatau ada rezeki mereka ambil kita sebagai staff dorang bila kita betul2 dah masuk dunia pekerjaan yang real PUNYO…. Hahah..
Masa mula2 aku masuk company nie as a trainee kepada dorang, bos aku EN.ADAM B MOHD NASARUDDIN dah pesan awal2, bila client tanya kita ni budak praktikal ke… cakap jek kita ni staff baru… if kita cakap kita ni budak praktikal dorang akan buli kita… masa ngah briefing pasal apa yang kitaorang akan buat selama 6 bulan ni, bos aku sempat lagi promote diri dia… dia cakap dalam website AFTAAS gambar dia paling banyak… buat masa nie dia pegang branch JB… tapi bos aku quit busy coz dia akan selalu ulang alik dari KL-JB, JB-KL. Kesian bos aku… tapi dia nie garang… dan kadang2 boleh jadi kawan… tapi aku rasa aku tak boleh jadikan dia sebagai kawan coz aku rasa aku tak sekepala dengan dia nie… mood dia pun cepat swing.. aku pun tak paham lah bos aku ni.. mengikut dari cerita mereka2 yang dah lama bekerja dengan bos aku ni… aku rasa mereka semua penat nak pikir ayat yang perlu dicakap @ di text kat dia sebabnya takut ayat yang kita bagi nie boleh mengguris hati dia.. dan kadang2 pun terjoin sama… tapi aku peduli apa… aku text jek ayat yang kuar dari kepala otak aku nie… takde masa nak pikir perasaan dia… nanti pun kena marah jugak… sama jek..
AKU, ANIS & HANI budak praktikal yang baru masuk dan sedia berkhidmat di AFTAAS nie.. Aku terpilih masuk depertment tax.. nak kata department takdelah besar sangat… company aku nie kecik sangat… yang dekat JB nie jelah… yang dekat KL sana maybe besar la kot… aku pun tak pernah pergi sana lagi..
Iklan sebentar…. Tadi EN.ZUL cakap dengan aku… dia ingat aku nie KAK LILY… TIDAK!!!!!!!!!! BADAN AKU DAH MACAM MAK ORANG RUPANYA… TIDAK!!!!!!!!!!
Siapa pula EN.ZUL ni emie?? Ooo… lupa pulak nak bagitau… EN.ZUL nie bos PROTAX & SECRETARY… now, aku dihantar EN.ADAM untuk belajar TAX dengan staff EN.ZUL iaitu K.WATI. Then, siapa pulak K.LILY??? ooo… K.LILY nie secretary… bukan secretary yang dalam drama tv3 tu tau… nie secretary yang tahu semua akta2 mengenai syarikat dari penubuhan sampailah pembubaran syarikat… dia nilah yang handle semua nie.. aku kesian tengok K.LILY… macam banyak benda jek yang nak dipikir… dia independent sendiri… EN.ZUL & K.WATI tak banyak tolong dia…kesian… kadang2 dia tak tahu yang dia buat nie betul ke tak… nasib dia pandai… dia tak tahu dia call CCM… Tabik spring la kat K.LILY… kalau aku lah kat tempat dia… ade juga aku melalak kat office ni… K.LILI ibu tunggal. Suami dia dah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Anak dia ade 3 orang. 2 perempuan sorang lagi lelaki. K.WATI pulak dah 3 tahun kahwin tapi baru sekarang dapat anak… dah masuk 6 bulan dah.. dia ade sakit… sebab tu lambat ada anak… saluran darah nak ke jantung dia sempit. So, doctor sarankan kat dia jangan mengandung dulu buat masa sekarang… tujuannya untuk K.WATI serasi dengan keadaan persekitaran & diri dia dengan keadaan dia yang sakit sebelum dia mengandung. Dan aku dengar cerita, lepas nie lahirkan baby dia.. dia nak berhenti dah… so, takdelah orang nak buat tax kat PROTAX..
Emmm… macam banyak jek aku bebelkan hari nie… apa kata kita sambung nanti.. hehe… see ya…
Ps:
1. Nak cari ubat kurus… xle jadi nie sampai aku nie dah dipandang macam k.lily…
2. Sekarang nie dah kene buat kira2 untuk expenses aku untuk sem kali ini
3. Rasa macam tak cukup duit jek nka beli motor,, kecewa…
4. Xpe… slow2 emilia!!! Chayok!!!!!!!!!!!!

Friday, July 15, 2011

mereka nak balik!!!

saya happy sebab hari nie kawan2 seperjuangan saya da otw nak balik jb!!!

semoga perjalanan pulang mereka di rahmati dan sentiasa diberi perlindungan... amin...

yeah!!!!! xsunyi lagi!!!!

Sunday, June 12, 2011

AHAD YANG KELAM...

Hari tue aku adA update pasal kehidupan aku setelah bergelar trainee... (eleh... baru trainee kot... keje ko kira2 kapal... potostat... wat kopi tok bos... beli suratkabo... beli air tok mentor ko...)

banyaklah!!!!

memang aku ade kene beli air untuk mentor aku... tu pada waktu siang... malamnya pluk aku tolong kawan2 aku buat keje audit... even aku lom nampak lagi macamne audit nie in real life... but.. sedikit sebanyak aku dah belajar dari mereka2 ini... buar masa nie gambar xdapat nak di paparkan lagi coz aku still berKAMPUNG kat BLUEWAVE HOTEL JB nie...

bila la nak balik... aku ok g... nampak jugak dunia luar... cuba ko tanya HANI & ANISS AR... dorang seringkali berkata... bilalah nak nampak dunia luar...

ANISS: emie... aku jeles tgok ko...
AKU: sebab??
ANISS: at least ko keluar... kitorang nie terpejara kau tau....

(begitulah >< ayat yang dorg ckp dgn aku...)

huuhuh.... hari ni aku tolong dorang key in bank slip... semalam aku tolong killa cek bank statement tally tak dengan transaction yang 1 company ni buat... then buat tax com untuk 3 companies but yang sempat buat 1 jek coz... yang lagi 2 tu ada pada member lagi 1... NAZERI.

sebenarnya, semalam aku dapat task dari mentor aku, KAK WATIE... kena kira tax untuk sorang apek nie... dia buat business kuih... firstly aku kene buat, aku kena kira income & expenses dia.. tapi yang sempat aku buat semalam kira income apek tu jek... maklumlah... sabtu... 1/2 day...

emmm... ok lah... tak tau nak cita ape lagi... by the way... sebelum aku chau dari sini aku nk kenal kan korang dengan member2 seangkatan dengan aku selama aku berkhidmat 6 bulan di AFTAAS nie... ( ingat nak buat show macam cite 8 bulan... jangan nak berangan lah kau emie!!!... cite 8 bulan tu pasal kehidupan pasangan suami isteri yang baru nak dapat baby... ko pulak nak cite pasal apa pulak.... emmm)

  • ADAM (our boss)
  • KILA (staff)
  • ZIDA (staff)
  • SUHARA ( trainee/ t.staff)
  • YASMIN ( trainee/ t.staff)
  • NAZERI (trainee/ t.staff)
  • AKU (trainee)
  • ANISS (trainee)
  • HANI (trainee)

note : next time aku update gambar2 dorang... see you then..

Friday, June 3, 2011

update laju2 a.k.a Bluewave hotel@room 810, JB

sekejap jek nie... now aku da start praktikal... mmg penat.. 1st day jek dah kne stay kat hotel coz ade urgent job... aku dapat bahagian tax... mmg kne lah pada tempatnya... tapi aku tgok kje audit lagi mencabar... sampaikan anis arr n hani madu tdo kul 3@4 pagi... ni baru 2nd day kitowg start praktikal... aku pon xnmpak lagi audit ni macam mana... xpew... sikit2 aku blaja...

now aku fokos on taxation lu... coz pas nie aku kne wat tax sowg2 abt MAHSAN Co. anis n hani wat accnt n audit abt Co nie... esok kul 12 pm dowg da kne submit kje dowg...

mengenai keje aku wat tax nie... aku start sdri... kak wati selaku cikgu aku xajar ap2 pon... aku nak tanya tgok muka dia masam semacam jek... aku usaha sampai aku paham... mmg kalo da bongok sgt baru aku tye dia... tapi hari nie... akak wati baik pulak ngan aku... siap blanja lunch g.. heheh.. pasal makan... dont worry.. ditanggung halal... xpayah nak kuar duit... duit boss byk nak tanggung makanan kitowang hari2...

tadi aku baru balik dari dinner dgn suma dak2 nie... kat BENAFEE,JB depan menara MAA... mmg mewah giler lah... nmpak gayanya aku xle nak kurus camni...
tapi... xpew... aku akan usaha.... kalo boleh aku mmg nak turunkan berat badan aku sebelum aku masuk alam pertunangan...

doktor pon susah nak cari urat aku masa aku demam panas aritu tok masuk air... giler gemok ko nie emie!!!

shut up!!!
aku try my best utk kurus jugak... k la...
da pukul 3.32 a.m da nie... aku baru siapkan company tax... esok ade satu fail menunggu aku tok disemak untuk pengiraan cukai...

NOTA:

  1. audit objective:

  • C= completeness
  • A= accuracy
  • V= valuation
  • E= existence
  • C= cut
  • O= off
  • R= right
  • O= obligation
  • P= presentation
  • D= disclosure


2) accounting cycles
  • general ledger
  • trial balance
  • p&L
  • balance sheet