Tuesday, November 29, 2011
SHE IS MARRIED!! HAPPY!!
salah seorang blogger yg aku slalu follow dah pun berkahwin... comel jek dia nie... nama dia DIANA RIKASARI..
comelkan... i like...
check it out this video.. congrats DIANA and her husband, SHARJEEL..
Labels:
BLOGGER,
ENTERTAINMENT,
KAHWIN
Sunday, November 27, 2011
COPY FROM MEMBER: ZAMAN KANAK2KU
budak2 yg lahir pd thn 80/90an, mesti ingat mase skola rendah dulu: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
* pakai... pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
* Kalau ada kedai masa nak balik sekolah.. mesti ada jual aiskrim batang pelbagai warna.. sambil jalan sambil makan askrim tu...
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih ^_^
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
* pakai... pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
* Kalau ada kedai masa nak balik sekolah.. mesti ada jual aiskrim batang pelbagai warna.. sambil jalan sambil makan askrim tu...
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
LEMAK AKU JATUH SATU PERSATU
semalam niat aku nak balik rumah sebab nak melawat kawan aku si FARIS nie.. gerak dari office 6.45 p.m.. kalau tak awal gerak tapi disebabkan si kila n si hot setap, anis ni nak join jugak aku balik tu yang lambat jadinya... dengan dorang berceloteh lagi.. adeh...
sampai bus stand larkin, aku pergi cucuk duit dulu.. sambil teringat entry lama pasal nak withdraw duit ni (tekan sini).. lepas da withdraw aku pun mencari-cari si anis nie untuk mengucapkan selamat tinggal.. dan sempat berpeasan kepada beliau.. sampai rumah terus kunci, pagar pun kunci jugak dengan kunci no 15.. salam-salam.. peluk-peluk.. laga-laga pipi... anis terus meninggalkan aku sendirian di bus stand larkin.. dan turn aku pulak naik bus untuk menuju ke rumah tercinta...
dalam bus telinga ku dihidangkan dengan celoteh-celoteh dari dj radio era untuk aku mengetahui status bola sepak negara yang diterajui harimau muda malaya, menentang garuda (indonesia) dalam Sukan SEA 2011.
sampai pasir gudang ayah aku cakap da 2-0.. terkezut aku.. padahal baru 1-0... takpe tak sampai rumah lagi.. aku tak boleh nak cakap apa...
sampai jek rumah.. aku melaungkan lagu... selamanya..
terus buka tudung.. nagadap tv bersama adik-adik dan ayah tercinta... menjerit.. meraung.. melompat...
YEEEEEEEEEEAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MALAYSIA MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku, anis, kila & zida masing-masing masej update emosi masing-masing... zida.. walaupun tak minat.. tapi still melayan kawan-kawannya yang gile bola.. (melompat2 jugak dalam selimut) hahaha... zida.. zida.. si anis lagi lah.. sampai menangis-nangis MALAYSIA MENANG... hahaha.. bahana bola.. ya!! untuk NEGARA TERCINTA...
tq Apex sebab jaga gawang dengan baik.. walaupun si garuda menjampi-jampi gol yang kau jaga tu.. tak apa.. berkat doa kami semua rakyat MALAYSIA, berkat bacaan Yassin adik aku NURULHUDA, dan berkat zikir-zikir yang dilafazkan oleh SUHARA.. MALAYSIA menang jua.. tak lupa juga pada Badrol.. sepakan penalti terakhir dari kau penentu segala-galanya... ALHAMDULILLAH...
MALAYSIA BOLEH!!!
Sunday, November 20, 2011
SAKIT
FARIS FARHAN |
minggu lepas aku dapat satu mesej dari yang empunya diri (gambar diatas) mengatakan bahawa dirinya baru keluar dari hospital.. aku pun terkejut lah... ait?? padahal seminggu sebelum tu aku baru jek jumpa dia di bus stand JB Sentral... dan kebetulan mesej tu tepapar di hazelia aku masa aku nak turun bus di situ... memang kebetulan niat dihati nak mencari-cari si faris ni.. tak sangka pula dia accident.. innalillah.. dia suruh aku datang jenguk dia bila ada masa dan beritahu kawan-kawan yang lain.. aku cakap dekat dia... insya'Allah aku akan datang jenguk dia nanti.. dia cakap muka dia jek teruk.. dan...
aku pun menjalankan rutin harian aku.. turun dari bus... merayap kejap di CS (City Square,JB), yang kebetulan ada sale buku kat level bawah.. kasut-kasut dan juga bag-bag pun banyak tapi mataku tertumpu pada buku-buku tersebut... panat berjalan aku pun menaiki bus 123 untuk pulang kerumah sewa.. sampai rumah... kemas-kemas... gosok baju untuk seminggu... tidur.. esok paginya bangun... mandi... siap-siap pergi kerja.. balik kerja... rehat-rehat... mandi... baca buku.. tidur... dan esoknya aktiviti lebih kurang sama..
tak teringat nak jenguk si faris ni
dan hari ini dia mesej aku lagi.. "bila kau nak datang??"
alamak!! tak sangka pulak mamat ni masih ingat yang aku cakap aku akan jenguk dia..
aku pun bagi la alasan yang member-member lain tengah busy final exam sekarang nie.. so aku tak nak lah ganggu dorang... tapi memang betul pun sekarang ni tengah musim final exam.. bagi UniKL.. U lain tak tahulah pulak... padahal aku pun budak U jugak...
mesej punya mesej.. aku notice one thing dimana si faris ni beriya sangat nak suruh aku dan member-member yang lain datang melawat dia.. kenapa dia ni?? dah nak na__k ke?? tapi aku cakaplah kat dia..
ms: faris.. ko ni beriya na nak kitorang datang.. ko rindu kat kitorang ke???
ff: pala otak ko r.. hahah... dah2 xyah dtg r
terus dia merajuk.. taknak balas mesej aku... tapi sebelum tu dia ada cakap kalo nk tengok gambar dia masa accident pergi tengok kat pic member dia Amer Hamzah.. dan.. aku terkejut... nak nangis pun ada.. tak sangka aku seteruk ini sekali si faris ni accident... dan aku tanpa berlengah lagi pergi post kat fb dan cc kat member-member yang kenal.. sedih tengok keadaan faris.. aku ajak dorang tapi ada yang belajar jauh kat kelantan nun disana..
semoga kau cepat sembuh faris |
masya'Allah.. deritanya kau... |
NO 72 JALAN KELISA 2, TAMAN SCIENTEX,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(belakang balai polis taman scientex)
sekurang-kurang bila korang datang boleh bagi dia semangat untuk sembuh.. support dia.. itu yang dia perlukan sekarang.. sebab aku dapat tau yang dia tengah down sekarang, sebabnya dia malu nak berhadapan dengan orang ramai dengan muka dia yang macam tu.. tapi aku bagi nasihat kat dia "be strong bro, yang penting ko sembuh cepat.. ketahuilah bahawa doa orang sakit akan didengari dan dimakbulkan Allah... ini mungkin ujian untuk ko.. dan ia sekaligus membersihkan diri ko dari dosa-dosa silam.. sabar kay" "thanx mie.."
rasa bersalah pula tadi kacau dia sampai dia cakap tak payah datang tengok dia.. emm... ingat esok nak balik rumahlah.. selasa ni cuti birthday ayahanda.. baginda bagi cuti sehari.. sekali jalan leh jenguk mamat ni.. heheh..
Sabda Nabi
S.A.W :-
"Apabila
seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di
jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah
mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
kelebihan menziarahi orang
sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang
menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru
(malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya
perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits
riwayat at-Tirmidzi)
Antara
adab-adab menziarahi orang sakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah
tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang
baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan
sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat
duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
- Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
- Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
- Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
- Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
- Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah !
Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang
menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan
yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
- Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
- Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
- Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum
menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat
dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran
tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam
yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum
menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun
disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau
kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa untuk orang sakit:-
Doa untuk orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada
seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian
membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi
& Abu Daud.
insya'Allah.. kita semua rajin-rajinkanlah diri menziarahi orang sakit bila dapat berita kawan kita sakit.. termasuklah aku sendiri.. nak dapat pahala bukan susah.. cuma nak buatnya yang liat sikit.. kita doakan yang terbaik untuk mereka supaya cepat sembuh. kesiankanlah member-member kita yang sakit.. tanpa korang dia mesti rasa sunyi.. sekurang-kurangnya bila korang datang terhibur sikit dia... tak adalah dia rasa sunyi dan down.. sokongan moral amat-amatlah di perlukan... mungkin hari ini hari dia.. mana tau esok lusa kita pulak yang sakit.. sedih jek rasa tak ada orang nak jenguk... kawan senang memang ramai.. kawan susah, sedih.. memang susah nak dapat...
dan bagi yang tak dapat nak datang melawat sebab busy dengan kerja, luang-luangkanlah masa sikit untuk kawan kita... ada jugak tak dapat datang sebab bf tak bagi datang tu... cukup-cukuplah dengan cemburu buta kau tu.. tak semua pada dia hak kau.. ingat.. ALLAH maha mengetahui semunya.. kalau memang dia jodoh kau... semuanya akan kembali pada kau jua.. tak payah nak risau.. berserah sahaja.. yang penting kita berusaha.. dan berdoa.. itu lebih penting..
yang baik datang dari-NYA, yang kurang itu datang dari diri kita sendiri...
p/s:- "you'll never reach perfection because there's always room for improvement. yet, along the way to perfection you'll learn to get better"-228: hlovate:versus
Saturday, November 19, 2011
KEMBALI
assalamualaikum semua.. lama kan aku tak update.. banyak cerita sebenarnya selama aku mendiamkan diri untuk beberapa ketika... sekarang ni aku tengah countdown hari-hari yang ada untuk bersama tersayang AFTAAS JB.. happy ada, sedih ada, rasa bersalah pun ada.. ia bercampur baur.. tapi tak apa.. dengan bertenang jek ni. hehehe
last update 04.11.11... pada 11.11.11 ramai yang buat event... oarng nikah pun ramai.. bersepah2 cerita kat fb, blog2 dan dilaman sosial yang lain... tapi ada aku kesah... on that day, aku rasa aku tengah busy nak siapkan tax com for one company dimana principal business activity dia adalah TAXI... so kepala aku sampai nak pecah (tapi tak berapa nak pecah la..) kira taxi-taxi dia... tegang segala urat saraf kat tengkuk aku buat schedule CA (capital allowance@elaun modal) dia nie... 12 tahun tu.. kalau tak dah lama settle... tapi disebabkan ade kesilapan teknik masa awal-awal kemasukan budak praktikal.. so kerja nie messy sikit.. tapi tak apa.. dengan bertenang jek... dan alhamdulillah... hari ini aku dapat siapkan kedua belas tahun tax computation tersebut... nanti aku upload gambar report tax computattion yang aku buat eh.. nak ikutkan banyak dah tax com- tax com yang aku buat.. tapi company ni mencabar sikit.. sebab aset dia terlalu banyak... lagi-lagi bab hire purchase ni.. adeh...
bz |
khusyuk |
lepas penat-penat mengadap kerja yang bersepah atas meja.. lepas office hour aku and the geng berehat sebentar bersama kit-kat.. sembahyang.. baca paper... bergosip dengan k.wati... aerobik... makan... pastu menuju ke bus stand amek bus menuju ke rumah... apa aktiviti aku selepas itu... kita cekikdot gambar ini...
otak-otak kempas @ sayam, stulang |
anak ikan |
tempat makan baru, dekat dengan bomba |
anis, si kuat makan |
slurppp.... |
ala-ala lambchop... lupa nama dia.. RM16 |
mamam |
Mc'D dekat dengan smart |
cahaya keimanan |
dalam bus nak balik stulang |
minum petang untuk zidaku |
versus |
Hlovate |
cekikdot pula video-video yang sempat kami rakam dikala waktu sengkang:-
keluarga baru kak wati & abg chomel.. QAISARA HUSNA...tahniah untuk mereka suami isteri..
pertandingan lawan minum air antara aniss dan syahkila... Go Malaysia GO!!!
psstt.. aku dapat tawaran... tapi tak confirm lagi... dah confirm nanti aku cerita ok...
see ya people.. peace yo!!
Friday, November 4, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!
ESOK PAGI BALIK RUMAH... TAPI KESIAN KAT MY BONCET.. NAK SAMBUT PUN TAK TAHU NAK SAMBUT DENGAN SAPE... MAK AYAH DAH TAK ADA... MAYBE INILAH PENGORBANAN YANG DIA PERLU LAKUKAN... MENJAGA ADIK-ADIKNYA... SUPAYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA PADA KELUARGA DAN MASYARAKAT.
AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK DIA.. DOAKAN AKU CEPAT-CEPAT HABIS BELAJAR LEPAS TU KUMPUL DUIT THEN KAHWIN.. HEHEH..
SELAMAT BERKORBAN SEMUA!!!
AIDIL |
ADHA |
Labels:
cherita raya,
EMILIA
AWAS!! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN..
PETUA DARI AZIDAH:-
KALAU KITA NAK TAHU MASA KITA TRY BAJU KAT FITTING ROOM TU ADA CAMERA KE TAK CUBA ANDA CALL KAWAN ANDA ATAU BF ANDA...
KALAU MASA KORANG CALL TU XDAPAT OR RASA MACAM TAK ADA LINE.. BERMAKNA ADA CAMERA YANG SEDANG MENG' USYA BODY ANDA DALAM FITTING ROOM TU..
TAHU TAK KENAPA TAK DAPAT CALL??? INI DISEBABKAN ADA LINTAR PINTAS YANG MENGHALANG ANDA CALL MEMBER ANDA DI LUAR SANE..
KALAU KORANG DAPAT CALL KAWAN KORANG YANG KAT LUAR TU BERMAKNA ANDA DALAM KEADAAN SELAMAT.
TRY LA... UNTUK KESELAMATAN ANDA JUGAK.. HUHU...
PEACE YO!!!
Labels:
PENGETAHUAN AM