FARIS FARHAN |
minggu lepas aku dapat satu mesej dari yang empunya diri (gambar diatas) mengatakan bahawa dirinya baru keluar dari hospital.. aku pun terkejut lah... ait?? padahal seminggu sebelum tu aku baru jek jumpa dia di bus stand JB Sentral... dan kebetulan mesej tu tepapar di hazelia aku masa aku nak turun bus di situ... memang kebetulan niat dihati nak mencari-cari si faris ni.. tak sangka pula dia accident.. innalillah.. dia suruh aku datang jenguk dia bila ada masa dan beritahu kawan-kawan yang lain.. aku cakap dekat dia... insya'Allah aku akan datang jenguk dia nanti.. dia cakap muka dia jek teruk.. dan...
aku pun menjalankan rutin harian aku.. turun dari bus... merayap kejap di CS (City Square,JB), yang kebetulan ada sale buku kat level bawah.. kasut-kasut dan juga bag-bag pun banyak tapi mataku tertumpu pada buku-buku tersebut... panat berjalan aku pun menaiki bus 123 untuk pulang kerumah sewa.. sampai rumah... kemas-kemas... gosok baju untuk seminggu... tidur.. esok paginya bangun... mandi... siap-siap pergi kerja.. balik kerja... rehat-rehat... mandi... baca buku.. tidur... dan esoknya aktiviti lebih kurang sama..
tak teringat nak jenguk si faris ni
dan hari ini dia mesej aku lagi.. "bila kau nak datang??"
alamak!! tak sangka pulak mamat ni masih ingat yang aku cakap aku akan jenguk dia..
aku pun bagi la alasan yang member-member lain tengah busy final exam sekarang nie.. so aku tak nak lah ganggu dorang... tapi memang betul pun sekarang ni tengah musim final exam.. bagi UniKL.. U lain tak tahulah pulak... padahal aku pun budak U jugak...
mesej punya mesej.. aku notice one thing dimana si faris ni beriya sangat nak suruh aku dan member-member yang lain datang melawat dia.. kenapa dia ni?? dah nak na__k ke?? tapi aku cakaplah kat dia..
ms: faris.. ko ni beriya na nak kitorang datang.. ko rindu kat kitorang ke???
ff: pala otak ko r.. hahah... dah2 xyah dtg r
terus dia merajuk.. taknak balas mesej aku... tapi sebelum tu dia ada cakap kalo nk tengok gambar dia masa accident pergi tengok kat pic member dia Amer Hamzah.. dan.. aku terkejut... nak nangis pun ada.. tak sangka aku seteruk ini sekali si faris ni accident... dan aku tanpa berlengah lagi pergi post kat fb dan cc kat member-member yang kenal.. sedih tengok keadaan faris.. aku ajak dorang tapi ada yang belajar jauh kat kelantan nun disana..
semoga kau cepat sembuh faris |
masya'Allah.. deritanya kau... |
NO 72 JALAN KELISA 2, TAMAN SCIENTEX,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(belakang balai polis taman scientex)
sekurang-kurang bila korang datang boleh bagi dia semangat untuk sembuh.. support dia.. itu yang dia perlukan sekarang.. sebab aku dapat tau yang dia tengah down sekarang, sebabnya dia malu nak berhadapan dengan orang ramai dengan muka dia yang macam tu.. tapi aku bagi nasihat kat dia "be strong bro, yang penting ko sembuh cepat.. ketahuilah bahawa doa orang sakit akan didengari dan dimakbulkan Allah... ini mungkin ujian untuk ko.. dan ia sekaligus membersihkan diri ko dari dosa-dosa silam.. sabar kay" "thanx mie.."
rasa bersalah pula tadi kacau dia sampai dia cakap tak payah datang tengok dia.. emm... ingat esok nak balik rumahlah.. selasa ni cuti birthday ayahanda.. baginda bagi cuti sehari.. sekali jalan leh jenguk mamat ni.. heheh..
Sabda Nabi
S.A.W :-
"Apabila
seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di
jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah
mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
kelebihan menziarahi orang
sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang
menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru
(malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya
perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits
riwayat at-Tirmidzi)
Antara
adab-adab menziarahi orang sakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah
tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang
baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan
sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat
duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
- Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
- Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
- Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
- Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
- Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah !
Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang
menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan
yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
- Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
- Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
- Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum
menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat
dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran
tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam
yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum
menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun
disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau
kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa untuk orang sakit:-
Doa untuk orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada
seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian
membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi
& Abu Daud.
insya'Allah.. kita semua rajin-rajinkanlah diri menziarahi orang sakit bila dapat berita kawan kita sakit.. termasuklah aku sendiri.. nak dapat pahala bukan susah.. cuma nak buatnya yang liat sikit.. kita doakan yang terbaik untuk mereka supaya cepat sembuh. kesiankanlah member-member kita yang sakit.. tanpa korang dia mesti rasa sunyi.. sekurang-kurangnya bila korang datang terhibur sikit dia... tak adalah dia rasa sunyi dan down.. sokongan moral amat-amatlah di perlukan... mungkin hari ini hari dia.. mana tau esok lusa kita pulak yang sakit.. sedih jek rasa tak ada orang nak jenguk... kawan senang memang ramai.. kawan susah, sedih.. memang susah nak dapat...
dan bagi yang tak dapat nak datang melawat sebab busy dengan kerja, luang-luangkanlah masa sikit untuk kawan kita... ada jugak tak dapat datang sebab bf tak bagi datang tu... cukup-cukuplah dengan cemburu buta kau tu.. tak semua pada dia hak kau.. ingat.. ALLAH maha mengetahui semunya.. kalau memang dia jodoh kau... semuanya akan kembali pada kau jua.. tak payah nak risau.. berserah sahaja.. yang penting kita berusaha.. dan berdoa.. itu lebih penting..
yang baik datang dari-NYA, yang kurang itu datang dari diri kita sendiri...
p/s:- "you'll never reach perfection because there's always room for improvement. yet, along the way to perfection you'll learn to get better"-228: hlovate:versus
No comments:
Post a Comment