Wednesday, September 19, 2012

PENANGAN MAK TIRI BARU


Assalamualaikum pada pembaca blog sekalian... (alamak skema la pulak)...
Hari ni aku nak ceritakan pasal hal budak rumah aku pulak. Aku dok rumah flat jek.. nama glamor org sini panggil pangsapuri.. hidup di flat ni kene berhati-hati sikit sebabnya banyak negro dan orang indon.. aku memang selalu balik lewat malam dek kekangan kerja. Selalunya lepas jek aku turun bas aku terus kepit handbag aku.. berlari terus ke lif.. kalo lapar baru aku singgah gerai mamak kat bawah flat ni.. beli roti and air kotak susu HL sudah semestinya..

Dalam rumah yang aku duduk ni dihuni seramai  5 orang gadis2 termasuklah aku yang tembam ni. Aku sebilik dengan Radzilla (Dilla). Dia ni memang tak lekat dok rumah.. balik kerja siap2 terus jumpa BF dia.. hari2 ko jah dia jumpa BF dia. Bila aku tanya dia tak bosan ke jumpa hari2 dan dia menjawab tak.. sebabnya BF dia banyak mulut.. ada aje dia nak cerita.. dilla ni pun aku tengok kelakar jugak.. tapi kalo diteliti betul2 dia ni kepala berangin gak.. huhu.. wat masa ni aku tak ada masalah dengan si Dilla ni. Makanan pon ade certain2 kitorang kongsi sama2... nak pakai barang orang malu jugak.. macam aku ni tak mampu pulak.. wat masa ni barang dia yang aku pinjam lama T.O.T.O dia la...tunggu dapat gaji nanti aku nak beli tilam sebijik.. wat masa ni aku pakai toto dulu.. sakit jugak badan.. sebabnya nipis.. tu yang aku pakai toto Dilla buat double.. macam Double cheese burger tu.. ehhehe..

Yang problemnya sekarang ni.. si Ina ni jek.. aku tak paham lah dengan dia nie.. kenapa dia nak letak label nama dia kat barang2 dia.. sebelum ni tak ada pulak cam tu.. dia tak bagi kitorang pakai barang dia kew??? siap tupperware yang isi ayam yang dia letak dalam freezer tu pun dia labekan nama dia.. macam kitorang nak makan sangat makanan dia..    macam kitorang nak bawa lari jek barang dia.. tak hadap la aku suma tu.. macam la aku tak boleh beli sediri barang2 tu.. pakal jek tak de ruang kat rumah tu.. macam mana nak ada ruang.. suma ruang kosong penuh dengan barang dia jek.. hangen btol la.. malam tadi punya kes lagi la xboleh bla.. si Dilla ni sidai baju dia yang dia dah basuh tu.. tempat ampaian kitorang tu memang sempit. Juz untuk sorang jek sidai baju. Si Dilla ni ketepikan la sikit pakaian dia.. boleh pulak balik2 rumah terus tepekik telolong marah2.. terus tepon Dilla.. marah2 dia.. aku yang dengar ni hangen jek.. aku memang malas nak cari gadoh.. aku pikir aku macam lama dok rumah tu tak nak la kita satu rumah bermasam muka.. kan tak elok... pastu bila Dilla balik.. tak sempat dia buka tudung lagi.. terus dia sergah Dilla.. marah2 dia.. sedih aku tengok budak tu.. da la dia penat2 balik kerja pastu masuk2 rumah jek kene marah.. aku ingatkan bila datang negeri orang aku boleh lari dari penangan IBU TIRI.. tapi kat sini pun aku dapat mak tiri jugak.. nasiblah Mak tiri aku dah berubah.. kitorang dah macam kawan la jugak kat rumah tu.. tapi yang kat sini ni.. tak le bla btol la... nasib... nasib... memang betol la orang cakap first impression kita kat orang tu membuktikan segala-galanya.. skang ni tak ada sapa nak temankan dia tengok tv.. dia pernah complaint kat Dilla semua orang dok bilik.. bila si ina tak ada baru dorang ni kuar tengok tv.. tu yang dia bengang kot..

Yang lagi 2 orang tu pulak kire kakak2.. sorang aku panggil k.wa sorang lagi k.ain.. kadang2 aku tersasul jugak juz panggil nama dorang jek.. k.ain ni diam jek.. dok bilik jek.. sama la macam aku.. balik kerja dok bilik terus.. xde kuar2 nak tgok tv ke.. berborak kosong dengan dorang kew.. aku buat hal aku jek..malas la nk campur.. lagi2 dengan perangai si ina ni.. ok.. k.wa skang ni tengah siapkan writting research dia.. skang ni dia tengah bertungkus lumus siapkan master in Biokimia.. k.ain pluk.. secretary kat bandar tun razak.. company mana dia bekerja xtau la pluk.. masing2 ade kereta except aku dengan Dilla..

Tu jek kot wat masa ni aku nak ceritakan.. next time cerita pasal lain pulak.. ohh lupa.. hari ni hari jadi mak tiri aku.. aku mesej dia.. sebak pluk ati aku nie.. dah meleleh air mata ni.. mak aku selalu pesan.. dok negeri orang jangan lupa asal usul kita.. dan yang paling penting jangan lupa keluarga... hujung bulan ni aku nak balik uma la... ayah cakap mak sedara aku sakit.. kesian makcik kat segamat.. dia pun sakit jugak.. kalau lah aku boleh jadi boboboy.. dah lama aku bagi2kan tempat.. sorg balik JB, sorang balik Segamat.. sorang lagi jumpa Boncet... heheh...

Friday, September 14, 2012

LATEST NEWS ABOUT MERSING LAGUNA


HRH Sultan of Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar announced the cancellation of the mega ambitious RM 22 billion project for  Mersing, Laguna Mersing. he cited that the developer Radiant Starfish development Bhd failed to raise the RM 200 million paid up capital, as stipulated by the Johor State Government.
*********************************************************************************

Sunday September 9, 2012
Johor Ruler: Mersing Laguna developer failed to fulfil condition
By NELSON BENJAMIN
nelson@thestar.com.my

MERSING: The RM22bil Mersing Laguna project has been cancelled because the developer failed to fulfil a condition in the agreement, announced Johor Ruler Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

He said the developer, Radiant Starfish Development Berhad, had failed to raise the paid-up capital to RM200mil within six months as required under the agreement signed on Feb 25 this year.

“Owing to the failure, the project is hereby cancelled,” the Sultan said, adding that he himself had performed the ground-breaking ceremony for the mega project on April 14.

The project was to have involved the construction of hotels and resorts, a marina, a water theme park and shopping malls. It was to also involve land reclamation to create three man-made islands.


Heads held high: Sultan Ibrahim walking past a line-up of soldiers at the Special Forces anniversary day celebrations at Kem Iskandar in Mersing. — Bernama
The first phase was to have been completed in seven years.

The Sultan said he would monitor all development in Johor to ensure they were successfully carried out and benefited the people and state.

Meanwhile, palace officials confirmed that Radiant Starfish Development Bhdchief executive officer Ungku Safian Abdullah died on Friday in Kuala Lumpur from health complications.

In his speech at the Special Forces anniversary day celebrations at Kem Iskandar here yesterday, the Sultan also reminded arms suppliers, including retired army personnel and generals, not to raise the prices of equipment supplied to the armed forces.

source: bigdogdot.com

MERSING LAGUNA


Mersing Laguna jana ekonomi
14/09/2012 - 07:58:08AM 
Oleh: Syed Ridzuwan Ismail, Iskandar Ibrahim dan Mohd Sah Muda

SULTAN IBRAHIM   menyempurnakan majlis pecah tanah Mersing Laguna dan Festiva Mersing sambil diperhatikan Abdul Ghani (kanan);  Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ungku Safian (kiri) di  Mersing, semalam.
SULTAN IBRAHIM menyempurnakan majlis pecah tanah Mersing Laguna dan Festiva Mersing sambil diperhatikan Abdul Ghani (kanan); Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ungku Safian (kiri) di Mersing, semalam. Projek eko pelancongan tambah sumber pendapatan penduduk tempatan
MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, pembinaan projek Mersing Laguna bernilai kira-kira RM22 bilion bakal memberi manfaat besar kepada ekonomi serta seluruh rakyat negeri ini. Sultan Ibrahim bertitah, cadangan pembinaan projek berkenaan diperkenankan baginda selepas melihat keadaan ekonomi semasa dan manfaat yang bakal diperoleh rakyat di Mersing.
Titah baginda, walaupun dimaklumkan dari awal mengenai projek itu, baginda hanya memberi perkenan selepas lima tahun susulan pelbagai kajian dibuat berkaitan impak yang bakal memajukan daerah ini sebagai bandar eko pelancongan.

“Mersing adalah sebuah daerah yang mempunyai kekayaan alam semula jadi yang berharga. Pulau yang ada sekitarnya menjadi tarikan pelancong. Namun, bandar ini yang dibuka sejak 1892 masih belum membangun dengan pesat berbanding bandar lain di Johor.

“Ketika ini, bandar Mersing hanya menjadi laluan dan persinggahan pelancong. Penduduknya juga masih banyak bergantung pada sumber ekonomi perikanan yang bermusim dan pendapatan yang tidak menentu.

“Pada hemat saya, sudah tiba masa rakyat Mersing berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan sumber pendapatan lebih tinggi dan terjamin melalui peluang yang ada menerusi projek Mersing Laguna,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Mersing Laguna di Dataran Pulau Mersing, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden Power Contructions Corporation China, Ma Zong Lin dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Development Berhad, Ungku Safian Abdullah.

Sultan Ibrahim bertitah, bagi melicinkan pembangunan projek titu, rakyat daerah ini diminta memberikan kerjasama bagi membantu menaik taraf bandar Mersing.

“Jangan kita bersifat cemburu, menabur fitnah atau cuba mengkhianati usaha yang akan dilaksanakan ini. Suka saya ingatkan jangan juga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat bantahan atau tuntutan yang tidak sepatutnya untuk kepentingan diri atau politik.

“Saya sendiri akan mengawasi kemajuan projek ini supaya dibuat dengan baik dan sempurna. Penduduk yang mempunyai masalah berkaitan projek ini boleh memaklumkan kepada pegawai daerah yang kemudian akan menyampaikan kepada saya,” katanya.

sumber: Berita Harian

SALAM JUMAAT

Salam Jumaat kepada pembaca blog semua. hari ni waktu rehat panjang sikit iaitu dari pukul 12.30 sampai 2.30 petang. tadi aku ikut k.wani pergi beli makanan kat belakang ampang point. boleh tahan sedap. aku order nasi goreng U.S.A.. harganya pun standardlah... nak letak gambar tapi nasi tu dah dalam perut aku dah. heheh...

esok sampai Isnin cuti. tau tak korang cuti apa?? cuti Hari Malaysia. jangan jadi macam aku.. tak alert pasal cuti2 ni.. yang aku tahu.. keje.. keje.. keje... Alhamdulillah.. buat masa ni aku suka dengan kerja yang aku buat sekarang.. bulan ni aku dapat gaji pertama aku.. berapa lah dapat agaknya setelah dipotong E.P.F nanti..

aku nak share something.. korang tahu tak ayat seribu dinar.. ayat tu bagus sangat kalo kita amalkan selalu.. kadang-kadang rezeki tu datang tiba-tiba jek pada kita. tapi kena amalkan selalu lah.. aku biasa setiap selepas sembahyang fardhu aku amalkan baca atleast 3x.. nak lebih pun boleh sebenarnya.. lagi afdhal dalam bilangan ganjil..



apa-apa nanti aku update lagi ok.. take care semua..

Wednesday, September 5, 2012

POST RAYA II

salam semua.. lately ni aku memang busy. tapi tak adalah se-bz bulan puasa aritu. sekarang ni aku tengah belajar banyak benda as a tax assistant coz semua kerja aku kena buat sorang2. k.madiha esok last coz ikut suami dia kene transfer ke Qatar. Fdhilah pulak minggu last before raya dia pun last kerja coz nak sambung degree.

semalam aku da selamat arrangekan 6 orang untuk K.Ina interview.. dan one of them adalah jasmin/yasmin.. my senior masa buat internship kat AFTAAS. before a day of her interview.. we meet at my office tapi kat luar jela.. anis akira yang bawa dia jumpa aku. tak sangka pula dia yang aku tepon untuk interview tu. sebab dalam resume dia tak ada gambar. so aku tak pay attention sangat la.. kitorang keluar makan and jalan2 kat carefour ampang and at the same time aku mengambil kesempatan beli drawer untuk baju2 aku. mahal giler babeng barang2 kat kL ni. memang kene banyak berjimat.

makan pun kene buat sekatan. aku pun tengah berdiet ni. nanti kalau nak tunang ke kahwin ke.. cantik sikit badan tu laki aku nak tengok. tuttttt..... tu tak tahu lagi la tahun berapa aku nak tunang ke kahwin.. yang penting sekarang ni dah kene kumpul duit.

aku bersyukur sangat kerja disini. bos aku akan pastikan aku keluar nanti dengan ilmu yang penuh di dada. dia nak aku jadi seseorang yang profesional dalam bidang tax ni. dia bagi semangat kat aku. bila ada masa lapang jek mesti dia tak lokek nak bagi aku hadiah dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk aku. dia cakap kat Malaysia jarang ada orang melayu yang dapat amik lesen tax agent ni. tanggungjawab sebagai tax agent ni sangat besar. banyak kene remindkan client kita. berbeza suasana kerja dengan intership di JB. kat sini aku kena banyak tahu section2 dalam income tax act. semua tu aku kene study. disini jugak aku belajar cakap dengan berhemah dengan client. semua tu dari tunjuk ajar bos aku.

ok la.. lain kali kita cerita lagi. for this time ni jek yang aku boleh cerita. sabtu ni nini kawin. semoga dia berbahagia dengan suami dia, saiful. and buat kawan2 yang sedang berperang jawab exam minggu ni. GOOD LUCK!!! AND ALL THE BEST!!!

see you next time.. peace yo!

p/s: post ni xde kene mengena rupanya dengan tajuk. lain pulak aku cerita.. wawa

terima kasih baca this entry

Monday, September 3, 2012

SIMILAR

  

terperasan bila belek2 gambar member.. baju kawin muz dengan baju tunang sunkist lebih kurang sama..