salam semua... esok kita semua akan menyambut hari raya korban.. tahun ni merupakan raya korban kedua aku beraya diperantauan.. kalau sebelom nie aku sambut raya dirumah officemate aku semasa aku kerja di UiTM Segamat time cuti semester dulu.. kali ni pula, aku beraya sorang2 jek dirumah sewa aku.. disebabkan hari ini aku masih bekerja.. aku pon decide aku nak beraya disini sahaja.. lagipun keadaan tak mengizinkan aku balik kampung.. bawang merah pun paham keadaan kerja aku sekarang... dan aku pon dah beritahu ayah yang aku tak dapat balik.. ayah pon sedia maklum dengan keadaan anak perempuan dia sorang nie.. maafkan emi ayah..
sabtu nie keluarga kami akan menghantar rombongan merisik untuk pak usu aku... aku tak dapat pergi.. lagi pon dengan bilangan ahli keluarga yang ramai takot kereta kami tak muat.. so aku decide.. aku dok soini sahaja.. aku doakan semoga perjalanan mereka pergi dan balik dari merisik selamat dan dijauhkan dari marabahaya..
if korang nak tahu, ayah aku sekarang dalam keadaan yang tak sihat... mata kanan ayah aku dah tak nampak langsung.. orang tua2 cakap katarak... minggu depan bawang merah nak bawa ayah pergi hospital untuk checkup.. harap2 mata ayah dapat pulih seperti sediakala...kalau korang semua baik hati.. tolong doakan ayah aku sihat yekk... kesian ayah...
apa cerita raya korban kali nie??? aku??? seperti sedia maklum aku sekarang sedang berusaha keras berjuang memperbaiki kedudukan keluarga aku sekarang... kalau diperkenankan oleh yang maha kuasa aku nak ayah aku sihat dan aku nak ayah dapat lihat dan bangga dengan kejayaan anak2nya sekarang dan juga in future.. aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur ibu bapa aku.. dan somoga Allah memberikan aku kesempatan untuk membalas kesemua jasa mereka terhadap aku sebelum ini.. aku mohon belas ihsan-Mu... perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...
pagi tadi semasa aku nak melintas jalan, ada sebuah lori yang membawa muatan beberapa ekor lembu lalu didepan aku.. bila aku tengok lembu2 tersebut.. muka dorang semua sedih semacam jek.. mungkin dorang dah tahu kot esok hari penentuan dorang.. itulah agaknya pengorbanan mereka sebagai salah seekor haiwan yang dah tertulis dalam Al-Quran sebagai binatang yang boleh dibuat korban..
apa pulaklah pengobanan yang kita boleh lakukan ye kawan2???
apa pulaklah pengobanan yang kita boleh lakukan ye kawan2???
mungkin sebagai anak.. kita boleh bekorban demi keluarga kita dan sebagai pelajar kita boleh bekorban masa dan tenaga untuk lulus cemerlang dalam pelajaran kita supaya bila dah grad nanti kita boleh balas balik jasa ibu bapa kita.. sebagai pasangan kekasih kita harus korbankan nafsu kita ke jalan yang benar.. bukan dijalan yang dimurkai Allah.. sedar tak sedar sebenarnya kita as perempuan... dosa kita masih ditanggung oleh ayah atau bapa kita.. selagi kita tak kahwin apa segala dosa yang kita buat ayah kita yang tanggung.. kalau boleh.. bukan kalau boleh.. kene MESTI... jauhkanlah diri kita dari melakukan maksiat.. cuba kikis semua tu.. kita tak sedar kita dah banyak menyusahkan mak bapak kita semasa dorang hidup.. bila dorang dah tak ada nanti barulah time tu kita rasa menyesal.. sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian dah tak guna lgi dah... selagi dorang ada lagi ni.. elakanlah.. kalau tak sabar sangat nak pegang sane pegang sini.. suruhlah bf kita tu masuk meminang cepat2.. atleast tak adalah berat sangat beban dosa yang ayah kita tanggung..
aku cakap ni kadang2 dalam tak sedar aku pon buat juga.. tapi akhir2 ni.. bila buka cerita pasal hal ni dengan roomate aku, ia buat aku tersedar dan revise apa yang aku dah buat selama ni.. kita sebagai manusia tak lepas dari buat silap.. kalo boleh from now kita minimizekanlah semua tu... bila mak ayah kita dah bagi kepercayaan kepada kita, kita gunakanlah ia sebaik-baiknya.. janganlah sesekali memusnahkan kepercayaan yang diberikan tu dengan melakukan benda2 yang tak elok.. bukanya apa.. kalau dorang tahu kita buat kerja yang tak elok.. sudah semestinya ibu bapa kita kecewa dengan kita.. menghampakan, mengecewakan dan buat hati ibu bapa kita sedih ni kita pon dah kira dosa dah..
rasanya nie sesi meluahkan perasaan... yelah.. dok uma sorang2 ni kadang2 buat kita muhasabah diri seketika.. kalau ia untuk kebaikan diri kita apa salahnya kita berubah.. hehe.. cuma nak bagitau kat semua.. lately ni aku balik rumah, aku dah tak naik lif.. aku naik tangga... rumah aku tingkat 13... semput tak semput lah aku naik tangga tu.. atleast aku tengah berusaha nak turunkan berat badan aku.. kepala lutut aku pon menggigil bila dah sampai tingkat 10.. ye!!! aku kene usaha lebih.. chayok emilia!!
ok lah.. kita sambung next time k..
No comments:
Post a Comment