Tuesday, October 18, 2011

UTUSAN MALAYSIA- BUDAK KENA LANGGAR TAPI TIDAK DIHIRAUKAN

Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirau


SEDUTAN video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober 2011 menunjukkan kejadian langgar lari ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. - AGENSI


BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.

Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.

Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters

Cuba lihat video ini... sangat kejam manusia zamam sekarang.. janganlah di negara kita ada manusia yang berperikemanusiaan langsung macam ini.. sedih aku tengok...






Monday, October 17, 2011

HIDUP SUSAH TANPA CHE NOVO

bila lah boleh siap dia nie kene service.. lama giler..

 sunyi giler tanpa mu che novo... minggu nie kit ajumpa nak???

i amek u kat TBS eh.. c u darling.. 

miss u so much..

IKAN PARI

Beberapa hari yang lepas aku ada baca berita di Berita Harian, Jumaat, 14 Oktober 2011 mengenai seorang lelaki menanggung derita 8 tahun apabila sengat ikan pari masih berada didalam tubuh dia.. dan tiba2 keluar di hujung kemaluanya..

baca nie:-

Sengat pari keluar ikut pangkal kemaluan

2011/10/14


CHE MOHD NURUL  menunjukkan keratan akhbar dan  sengat pari yang keluar melalui pangkal  kemaluannya di Dungun, semalam.
CHE MOHD NURUL menunjukkan keratan akhbar dan
sengat pari yang keluar melalui pangkal
kemaluannya di Dungun, semalam

DUNGUN: Penderitaan pekerja penyelenggaraan tertusuk sengat pari sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat sepanjang lima sentimeter terkeluar di pangkal kemaluannya, kelmarin. 



Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun, sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan.


Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat.


“Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan. 



“Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar. 



“Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam. 



Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata. 



Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat. 

Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya. 

Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan. 


Ini berita yang aku baca dari Berita Harian... tapi yang lebih memeranjatkan aku rupanya  nelayan2 yang berada di pantai timur semenanjung Malaysia suka melepaskan nafsu mereka terhadap ikan pari yang mereka tangkap.. lagi besar ikan pari itu makin merangsang nafsu rakus mereka... ini pun aku dapat tahu dari mulut officemate aku sendiri, Kak Lili... dia cakap ada sesetengah orang ada yang tak makan ikan pari sebsb ikan pari ni macam perempuan.. ia akan mengeluarkan darah dari duburnya seolah-olah seperti perempuan yang datang period. dan bila aku google cerita mengenai cerita ikan pari ni... aku terjumpa satu artikel ini.. dan ia membuatkan kepala aku berdenyut2, tekak aku mula loya, dan hidung aku tetiba terhidu bau hanyir.. oh tidak!!!!! geli.....



korang bacalah ni:-


Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

















Tak sangka aku dalam dunia ni ada juga manusia seperti tu. tapi tiba-tiba aku teringat satu video klip yang pernah aku tengok suatu ketika dulu dimana seorang anak ini di sumpah oleh ibunya menjadi seekor ikan pari akibat dari perbuatan kurang sopan yang dia lakukan ketika ibunya sedng membaca Al-Quran..memang sedih dan sangat2 memberi pengajaran pada aku..

Ya Allah jauhkan aku, ahli keluargaku dan bangsaku tergolong dalam golongan orang seperti ini.. Astagfirullahala'zim... mengucaplah panjang2.... dan ingatlah Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya

AYAH

Pada hari sabtu yang lepas bakal bapa mertua aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kesian nizam.. aku tak ada bersama dengan dia ketika dia perlukan aku.. maafkan sayang b.. 

SEMOGA ROH PAKCIK YUSOH DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

Di waktu dia perlukan aku, ayah aku juga perlukan aku.. hati aku berbelah bagi. Tapi aku gagahi jugak.. aku pilih untuk balik kerumah tengok keadaan ayah di rumah.. Adik2 aku cakap ayah aku sakit.. sakit sebab rindukan aku... maafkan emi ayah.. bukan emi tak nak balik.. tapi keadaan di rumah buat emi tak sanggup nak balik rumah... rumah kita tu dah macam bukan rumah kita sendiri dah ayah... emi rasa macam duduk di rumah orang lain.. bilik emi tu dah tak ada rupa bilik emi dah ayah... 

Sesampainya aku di perkarangan rumah, ayah dengan keadaan jalanya yang terhencut2 menyambut kepulangan aku.. " yeyeyeye... anak ayah dah balik.." terus ayah peluk aku... sambil menangis dan berbisik.. "ayah rindukan kau.." bawang merah pula tersenyum dan berkata.. 

b.merah : la nape tak bagitau nak balik.. bila kau balik jek mak nak pergi rumah nenek..
aku        : tak pelah mak.. lama ke pergi rumah nenk?? 
b.merah : esok balik lah.. nak tolong cat rumah nenek jek.. ni bawa apis dengan bob skali tolong cat..

Betul kata odah.. family come first.. dan bawang merah pilih untuk pergi jumpa mak dia di Kota Tinggi... dan aku bertiga jek di rumah bersama ayah dan Aidil.

Bila malam tiba.. sepatutnya kami sekeluarga berkumpul menonton tv tapi kali ini aku berdua sahaja dengan ayah.. sambil bercerita.. ayah sekali lagi mengeluarkan air mata rindunya di hadapan aku.. tapi aku gagahi air mata aku untuk turut jatuh membasahi pipi.. ayah tahu the reason why aku tak balik rumah.. 

Aku dah malas nak bertekak.. masa aku sampai jek bilik aku sendiri aku lihat bilik aku dah rupa tempat kucing beranak.. bersepah yang amat.. aku tak tahu parasit yang duduk bilik aku tu jantan ke betina... tapi aku lihat yang masuk bilik aku tu betina.. sepatutnya kalau betina.. kemas jek bilik tu.. tapi tidak.. sakit mata aku melihatnya keadaan bilik aku..  terus aku keluar balik bawa beg pack dan handbag aku keluar duduk di kerusi ruang tamu sehinggalah parasit betina itu balik dan kemas bilik aku.. 

Mungkin ayah ada bercakap dengan bawang merah mengapa aku jarang balik rumah.. dan tiba2 bawang merah masuk bilik aku.. mungkin dia pelik kenapa aku tak bawa masuk barang2 yang aku bawa tu terus ke bilik.. di sebabkan parasit itu adik dia.. tu yang bawang merah tak sanggup nak marah dia.. nanti bergaduh melibatkan atok dan nenek aku pulak.. tu yamg dia malas nak cakap lebih.. tapi parasit tu boleh pikir sendiri lah yang kau tu cuma menumpang jek.. tak kan la tak tahu adab menumpang rumah orang macam mana.. belajar tinggi... tapi otak letak dekat lutut.. dan si parasit boleh arah aku basuh cadar yang melekat di tilam aku itu.. emm.. tak tahulah nak cakap apa.. sebenarnya aku dah malas nak layan kerenah orang.. penat nak jaga hati orang sedangkan hati aku sendiri tak ada siapa yang nak jaga.. UNFAIR!!


Saturday, October 15, 2011

TERSEPIT

YA ALLAH... AKU SAYANG KEDUA-DUANYA... MANA SATU HARUS AKU DAHULUKAN??? 

AKU TERSEPIT... MANA SATU JALAN YANG HARUS AKU PERGI??

AYAH AKU YANG SEDANG SAKIT MERINDUI AKU YANG DAH LAMA TAK BALIK RUMAH??

ATAU

BAKAL BAPAK MERTUAKU YANG SEDANG NAZAK??? 

DIMANA SEMUA ANAK2NYA SEDANG KELAM KABUT KETIKA INI MENUJU KE HOSPITAL 

APABILA DAPAT PANGGILAN DARI HOSPITAL MENGATAKAN BAPA MEREKA SEDANG NAZAK... 

YA ALLAH... PERMUDAHKAN SEGALANYA.. AKU MOHON PADAMU...

AMIN...

SELENDANG

Friday, October 14, 2011

LAGU BOS AKU REBUTKAN KATAK HIJAU

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song

PEPIJAT


apalah nasib aku... duduk rumah kat larkin, tikus makan aku punya barang-barang dalam drawer aku.. habis  milo, maggie, nescaffe, baju, kotex dan banyak lagi di makan nya si tikus nie.. sampaikan habis semua baju aku di kencingnya..

kurang ajar punya pijat gigit kaki aku 

ni.. pindah rumah dekat setulang kena gigit dengan pijat pulak.. habis kaki aku.. buruk beno da rupa kaki aku.. lepas aku nampak binatang-binatang nie buat rumah dekat tilam aku.. tanpa pikir panjang etrus aku buang tilam aku dalam tong sampah.. tak sanggup aku nak tidur balik dekat tilam tu.. meremang bulu tengkuk aku tengok binatang ni. Ya Allah... gelinya...


sebijik macam luka kat kaki aku

Friday, October 7, 2011

PESANAN BUAT SUAMI

lately ni aku suka baca artikel pasal kawen2 nie.. saja nak share yang nie.. hehe.. 



1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


p/s : credit to LIN... even xknal pun.. saya suka baca artikel yg awak paparkan nie.. hehe.. thanx..

BERITA KEPADA KAWAN

lama giler aku mencari2 lagu nie... tak kisahlah orang cakap aku ni suka sangat dengan lagu lama2 ke apa ke... Yang penting aku suka lagu ni.. lagu nie memberi seribu makna.. aku suka lirik dia.. akhirnya jumpa jugak.. heheh.. suka... =))