Thursday, December 26, 2013

ANAK TIRI

Assalamualaikum semua.. dah tidur ke. hai.. hari ni cuti pon tidur awal ke?? yela.. lupa pula.. esok kan kerja. hmm.. hari ni aku tak tahulah apa dah jadi dengan diri aku. bangun tidur pagi tadi kepala aku melayang-layang (macam dikelilingi burung-burung warna biru) nak jalan pun kena pegang dinding. sebabnya mata aku berpinar-pinar. jalan pon macam orang lepas minum todi.. sampai laaa ni kepala aku still kenoneng lagi. tak pasti apa dah jadi pada diri aku sebenarnya..

tujuan post aku kali ini bukan nak cerita pasal minum todi ke apa.. tak ada kene mengena pon.. tapi aku nak lah amik kesempatan yang ada ni untuk ucapakan merry Christmas kepada yang menyambutnya. wish uollsss happy ok.. mesti banyak hadiah yang korang dapat kan.. 

ok lah.. sebenarnya aku nak tanya korang.. pernah tak korang rasa di anak tirikan??? aku???? aku rasa sekarang ni.. dalam keadaan semasa nilah.. aku macam di anak tirikan jek.. oleh siapa tu.. biarlah aku sorang je yang tahu. but, the point is.. bengang tak korang jika diperlakukan seperti itu???

semenjak dua menjak ni aku tak tahulah.. aku ni terlalu advance sangat ke.. terlalu lemau sangat ke.. yang penting aku rasa tersisih sangat. mostly perkara ni berlaku di tempat kerja. sebab hidup aku.. masa aku... banyak dihabiskan ditempat kerja. rutin harian aku.. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur, then ulang balik benda yang sama. iyalah.. kat sini aku mana ada kawan sangat. so.. apa yang aku boleh buat dengan masa yang ada ni.. dok lepak kat office jela.. lagipun jimat sikit duit aku.. kalau aku keluar berjalan entah kemana-mana aku pergi.. kena keluar duit tambang la.. duit makan la.. nampak itu ini nak beli lagi.. satu hari RM50 boleh habis macam tu jek.. tapi semenjak ada dua tiga orang budak praktikal kat tempat aku kerja ajak keluar aku apa lagi on jek tanpa berfikir panjang. tak kisahlah pergi makan ke, main bowling ke.. pergi gym ke... aku memang tak ada masalah... tak ada kata-kata penolakanlah senang cerita dari mulut aku ni.. dan tak kisahlah keluar dengan "budak-bidak sekolah" sekalipon.. aku joint venture jek dengan dorang. lagipon muka aku ni pon orang kata macam budak-budak belasan tahun lagi.. dorang yang kata tau bukan aku kata... hihihihi.... hah... itu sahajalah cara aku nak lepaskan stress di tempat kerja. kalau yang ada laki tu balik kerja bolehlah ngendeng-ngendeng.. manja-manja.. story morry dengan husband dorang.. aku????? nak cerita kat sape?? nak bermanja dengan sape???? haiwan peliharaan pon takde.. so how????? kat mr.boncet tu.. aku cerita pon bukan nak layan. lagi dia kenekan kita balik adalah.. poooodddaaahhhhhh.. buat sakit hati kita balik jek.. kadang-kadang kelakarlah jugak... huahauhuah...

hah.. berbalik pasal cerita dianak tirikan ni.. bila orang yang selalu bercakap dengan kita, luahkan perasaan dengan kita, happy2 dengan kita.. tiba-tiba buat endah tak endah jek dengan kita.. mesti ada something wrong kat situ. aku ke yang bermasalah?? aku ada buat dia sakit hati ke???  tapi apa benda dia tu??? dia langsung taknak pandang aku lagi. pandang sebelah mata kat aku pon aku rasa susah sekarang ni... memang totally banyak lah yang berubah kat diri orang yang kita agak rapat tu.. apa-apa pon sekarang ni aku ikut flow jek.. semuanya aku buat atas dasar kerja. malaslah nak amik kisah pasal orang lagi.. orang tu pon bukan kesssssaaaahhhhh sangat pon pasal aku.. perasaan aku.. baik aku jaga diri aku sendiri. lagi elok. tak ada lah nak menyusahkan orang.. dan tak adalah aku nak pikirkan masalah orang lain.. tak gitu kak jah....

hei...... seriously... aku rasa... aku memang nak buka businesslah.. sekarang ni pon aku masih tercari-cari lagi arah tuju kehidupan aku yang sebenar. kerja tetap memang dah ada. tapi sampai bila aku nak makan gaji jek. aku perlu buat sesuatu.. idea dah ada.. cuma sekarang ni aku tengah pikirkan jalan untuk kumpulkan modal dan sebagainya untuk aku mulakan misi aku tu. still kene cari platform yang sesuai untuk aku mulakan business aku nanti. mudah-mudahan adalah peluang yang cerah menanti aku dihadapan sana. doakan lah aku yek.. 

ok lah.. esok nak kerja. kita sambung next time ok. take care semua. peace yo!!! 
 

Monday, December 23, 2013

SEBELUM MELOMPAT LEBIH TINGGI

carian encik google


Assalamualaikum semua.. jmpa lagi kita. alhamdulillah ada juga masa untuk aku update blog pada hari ini walaupon sebelah laptop ni bersepah GL dan buku Budget 2014 yang aku pinjam dengan manager audit. tq k.linda..

apa yang aku nak sharekan dengan korang kat sini yek hari ini.. emmm... sempena keberangkatan mantan principal firm ditempat aku bekerja sekarang ni, maybe aku boleh ceritakan sedikit kot macam mana jatuh bangun seseorang itu jika mahu berjaya. hari ni my big boss on the way menunaikan umrah bersama ahli keluarga beliau.. semoga beliau sekeluarga mendapat umrah yang mabrur serta diberi kesihatan yang baik sepanjang berada disana. semoga juga mereka sekeluarga selamat pergi dan balik. Amin...

ok... sebelum my big boss berangkat tadi sempat beliau jumpa kami-kami semua untuk memohon maaf sekiranya beliau ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan kami serta melakukan kesilapan kepada kami-kami semua. selama aku bekerja dibawah naungan beliau aku dah anggap my big boss ni macam ayah aku sendiri. aku tak ada masalah bekerja dibawah beliau.. beliau juga selalu bagi nasihat serta tunjuk ajar  kat kami-kami semua.. as his staff i'm also proud with him b'coz dia kuat.. kuat untuk bangun semula walaupun bermacam-macam dugaan dia terima selama dia berusaha untuk membangunkan firma yang dia telah usahakan selama almost 14 years. bangga tak bangga aku dengan bos aku ni. dengan bermodalkan RM9,000 sahaja untuk dia setup a firm.. tabik spring.. inilah yang kita nak as anak melayu yang nak berjaya kenelah berusaha keras dan align with our goal.. maybe i should take it as motivation to me challenge my weaknesses to be strong like him.. and one day, insya'Allah.. i will setup my own business.. 

actually, part of his story sebenarnya ada kene mengena dengan aku. the way he work, the way he trained his self, and the way he gain all the experience actually aku pon rasa benda yang sama macam dia rasa. maybe aku tak adalah sampai seteruk dia. but macam yang aku cakap sebelum ni.. bila kita dah di trained dengan cara kerja yang susah serta berliku.. dan beronak duri ini..  end up nanti kita akan rasa senang bila kita menghadapi kes atau job yang besar serta teknikal nanti. percayalah... make all the experience as ur spirit to face ur future career later..

mungkin sekarang aku lebih banyak mengeluh disebabkan kerja-kerja yang aku buat tak pernahnya habis. bila selesai jek satu kerja datang lagi 2-3 kerja lain. yang tak bestnya semua urgent. Alhamdulillah aku dapat kerja di muslim firm. so ada sedikit sifat toleransi dan peri kemanusiaan yang ditonjolkan dalam dunia pekerjaan aku sekarang.. (betol ke apa yang aku cakap.. tak kesahlah.. janji korang paham.. kalo tak paham nasib koranglah yek..) kalau korang kerja di firm yang mix committee nya ni maybe susah sikit. mungkin akan berkira-kira bila nak solat apa bagai. aku cukup bersyukur dengan tempat kerja aku sekarang. ingat lagi kata-kata mutiara dari my big boss tadi sebelum beliau berangkat menunaikan umrah.

"jangan ukur apa yang kita kerjakan sekarang dengan gaji yang kita bakal akan terima, tapi kita ukurlah apa yang kita kerjakan sekarang ini dengan pengalaman dan ilmu yang bakal kita dapat... kepuasannya amatlah luar biasa dan berlipat kali ganda.. insya'Allah..."

so, kalau kita nak berjaya kita perlulah dan kenelah berkorban sedikit.. maybe now kita akan suffer.. who knows for the future kita ada share berjuta-juta... sape yang tahukan.. ini semua kerja Allah.. kita as makhluknya kenelah berusaha.. dan jangan berputus asa jika dugaan datang kepada kita bertimpa-timpa.. samalah juga.. bak kata orang tu.. kalau kita nak melompat lebih tinggi.. dan tinggi lagi...  perkara yang harus kita buat.. kita kenelah rendahkan sedikit badan kita.. then jump!!!.. it's show how their work..

memory with one of my bestie

ok la korg.. hari semakin gelap.. kerja menanti aku.. kertas-kertas dan buku budget ni dah jeling-jeling aku lagi tadi.. adehhh... malasnya nak buat revision pasal budget ni.. adeh.. emi.. emi.. jangan merungut. tidak baik.. nak berjaya jugak kenelah kurangkan perkara-perkara negatif seperti ini.. jangan contohi perkara or tabiat negatif yang aku buat.. elakan kalau boleh.. hihihii.. ok.. jumpa lagi next time..

take care semua.. peace yo!!!

Thursday, December 19, 2013

WHAT I SEE

Assalamualaikum semua.. sebelum ni aku ada janji nak cerita something kan kat korang. ok lah.. kali ni aku nak cerita pengalaman aku selama aku menjadi warga kota metropolitan ini. fuyoooo... ayat nak gempaq..

Oklah, hampir setahun jugak lah aku tinggal di negeri orang ni. aku berhijrah bukan sebab aku nak terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga ibu bapaku.. tetapi lebih dari mencari ilmu dan pengalaman. sebenarnya aku tak kisah dapat kerja dekat mana. kalau dekat dengan rumah lagi bagus sebabnya aku boleh ulang alik balik rumah aku sendiri. hubungan dengan keluarga pun bertambah erat. tapi what should i do... rezeki ditempat lahir aku sendiri tak berapa nak ada sangat.. aku tak memilih kerja pon. tapi kalau boleh nak la yang setaraf dengan kelayakan yang aku ada sekarang. minat aku sangat mendalam dalam bidang percukaian. aku tak tahu kenapa dan aku tak ada jawapan nak bagitau korang semua. yang pasti kalau zaman belajar dulu aku kalau boleh tak nak skip langsung kelas taxation. kebarangkalian lecturer yang mengajar aku tu pun best dan aku paham apa yang dia terangkan. siap bagi gelaran "bapaku" gitu..  ingat lagi masa test tax under topic RPGT. dengan condifentnya aku jawab and i feel it yang aku boleh dapat high score time tu. disebabkan terlalu condifent sangat menjawab.. last2 dapat result hampeh.. sangatlah kecewa masa tu. but aku pikir positif. aku mesti boleh buat lagi baik lepas ni. Insya'Allah.. aku study betol2 and masa final exam aku dapat A- for taxation. Alhamdulillah.. disebabkan aku minat sangat tax ni aku tak kisah kena bambu dengan manager masa aku praktikal dulu. siap turun balik tu dari bus lepas dapat call dari dia. punyalah seram nak mengadap muka manager aku dulu. garang dia tak leh ingat... macam singa... weyyy... seriously seram yang amat time tu.. kelakar jugak bila ingat balik zaman praktikal dulu.. rindu kat kila, zida n su.. tapi aku nak bagitau korang... sebab manager time aku praktikal and pengalaman jadi trainee kat sanalah aku jadi aku sekarang. event aku sorang-sorang pun.. at least aku dah ada basic tax untuk aku menghadapi dunia pekerjaan nanti.

And now, i am tax assistant at one medium firm. kat sinilah bermulanya kerjaya sebenar aku. dah setahun lebih dah aku timba pengalaman kat sini. macam-macam ragam dan betuk orang aku jumpa.. dunia belajar dan dunia pekerjaan tak sama. yang kita belajar tu adalah teori semata. if nak rasa yang real punya mintaklah kerja kat firm small medium.. tu lagi bapak busy.. sekalimat tak balik rumah dan buat office tu macam rumah korang.. samalah masa aku kene trained dulu.. hammmeeekkkk ko!!!!!

ok sambung cerita balik... untuk berhijrah kesini (Ampang) ni pon banyak jugak dugaan, cabaran dan rintangan yang aku perlu tempuh. nak dapatkan sesuatu yang kita nak sudah tentulah ada cabaran menanti dihadapan. cuma kita ni kuat atau tidak jek nak menghadapi ujian tersebut. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak putus-putus serta mengambil masa yang lama juga untuk membuat keputasan. akhirnya aku berhijrah di tempat yang begitu asing bagi aku. kat sini aku tak kenal sape-sape pon. Ampang ni dalam Negeri Selangor. event En.Boncet tinggal dalam Selangor pun tapi kami bukan pun selalu jumpa. jarak tempat dia ke sini pun jauh.. kadang-kadang aku kecik ati jugaklah dengan dia kalau dia tak nak jumpa aku dengan alasan jauh. bila dah lama-lama ni aku dah tak heran dah.. senang cerita jejak jek kaki kat sini semuanya aku buat sendiri. dari turun bus naik bus sendiri, cari rumah sewa sendiri, cari makan sendiri.. cuma adalah certain part tu aku terpaksa mintak tolong dengan orang yang aku kenal dan tak berapa nak rapat sangat kat sini. weyyyyhhh... kalau ingatkan balik lah.. rasa tak nak duduk sinilah senang cerita.. rasa dah putus asa pon ada masa tu.. nak balik jb jek. aku menangis sorang-sorang kat bumi asing ni pon tak ada sape tahu. sadis jugaklah masa awal-awal aku hidup kat sini. nak sangat kan berhijrah... ni la yang perlu aku harungi. but what i faced at previous year, make me feel stronger now. bila dah kerja ni macam-macam pulak nak kene pikir... ehhhhhhhhh... kalau nak cerita pon panjang lagi la sebenarnya. cut dulu la eh.. ni jek kot dulu as an introduction la katekan... katenyerrrrrr.... huahuahua...

oklah.. sambung next time ok. aku pon da mengantuk tahap gaban dah ni. tengok jam pon da pukul 0315 am dah.. beberapa jam lagi nak bangun siap-siap g kerja. jangan aku tak sedar sudahlah... mati aku nanti kene bebel dgn bos aku. tu pon kalau dia dapat tahulah... huahuahuahuha...

take care semua and thanks b'coz sudi baca. actually aku lately ni ada masalah susah nak tidur. laterlah kita story ok. tata..

Peace yo!!! (tajuk cerita macam lari jek dari apa yang aku cerita ni...macam tergantung pon ada... lantak lah... peace!!)



Wednesday, December 11, 2013

I'M BACK YOO!

assalamualaikum semua. serious.. lama giler tak update blog ni. and seriously memang bussy x hengat.. betul (angkat tangan) xtipu korang pon. lagi-lagi bulan ni dan bulan depan peak period for submission tax return year ended June 2013.

pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku bertapak di bumi Ampang ni. macam-macam yang aku lihat.. macam-macam yang aku dengar dan cuba untuk memahami situasi disini. nanti aku cerita yek pengalaman aku kat sini.

this post nak update pasal kawan-kawan aku yang mostly dah pun bertukar status. yang bestnya.. last year and this year ramai yang kawin.. and for next year for sure lah ramai yang dah dapat baby.. my bff sunkist insya'Allah dengan izin Tuhan bulan April tahun depan akan melahirkan seorang baby yang comel and opcoz xlupa juga my opismate k.siti yang bezanya seminggu jek dengan due my bff beranak nanti.. matila aku next year nak mengadap tax com and submission tax return year end December 2013 nanti.. positif emi.. semoga dipermudahkan segala urusan.

bila dah ramai member-member dah nak dapat baby ni. aku lah yang paling excited. geram giler sei dengan baby2 ni semua. dah kata baby opcoz lah comel, wangi dan rasa nak cium dan gomol-gomol jek dorang ni.. serious aku tak tipu. excited giler kot kalo dapat jumpa budak-budak cenonet-cenonet semua ni.. adakah itu petanda yang aku dah ready untuk melangkah setapak lagi untuk membina keluarga aku sendiri??? insya'Allah one day.. doakanlah jodoh aku sampai awal.. serious.. rasa tak sabar nak ada anak sendiri.. gerammmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!

nanti aku update gambar2 untuk halwa mata korang. malam ni tak sempat. aku pon ada kerja lain nak buat.. (kerja la sangat... huhuhuhu..)

ok dear bloggers semua.. nak checkout dah from this entry. tulus nun di dalam hati aku ni.. aku rindu yang amat nak berblog lagi sebenarnya.. tapi buat masa sekarang ni masa sangat-sangat mencemburui aku.. memang banyak sangat nak share dengan korang.. serrrrriiiioooouuusssss... betul.. tak tipu... nanti aku update ok..

oryte.. see u guys.. take care ok.. peace yo!!!
assalamualaikum...




Friday, July 26, 2013

RAMADHAN 2013

IFTAR WITH ZALGHANI & CO @ DEWAN PERDANA D'SAJI, JALAN SEMARAK

tax department with management

ZNC Sportclub members

En.Zalghani family's

Audit Department

Zalghani & Co's Kid

Tax Department

Management Team

Foods



IFTAR WITH MY BONCET






Monday, July 8, 2013

Testing

Assaalamualailum semua.. hahah... tujuan poat ini hanya untuk merasmikan hp baru aku.. next entry akan diceritakan ok.. now.. just for warming up dulu.. see you then.. tc!!!

Saturday, June 29, 2013

ROOM FOR RENT AT AMPANG / BILIK UNTUK DISEWA DI AMPANG - INTAKE JULY 2013

kami sedang mencari penyewa untuk bilik tengah (middle room). jika ada sapa2 berminat sila sms di 017-7170945. just text me if u interested. detail of the rental:-

  1. PANGSAPURI 5 TINGKAT TAMAN SERI MERDEKA, BANDAR BARU AMPANG
  2. MIDDLE ROOM ( AVAILABLE FOR 2 PERSON IF U WANT TO SHARE)
  3. RM300/MONTH
  4. DEPOSIT 1 + 1 MONTH + RM50 FOR UTILITY ( RM300+RM300+RM50=RM650)
  5. AVAILABLE FOR FEMALE ONLY
  6. CAN COOK
  7. CLEAN
  8. NEAREST PANGSAPURI SERI NILAM
  9. EVERY TUESDAY AND THURSDAY ADA PASAR MALAM DEPAN SIMPANG BANDAR BARU AMPANG (TRAFFIC LIGHT)
  10. FACILITIES: -
    • BUS RAPID, SJ N METRO (NON-STOP) TO KL
    • DOBY
    • STORE
    • TAMAN REKREASI & PADANG UNTUK RIADAH
    • INTERNET (WIRELESS BERBAYAR)
    • ASTRO 
  11. CURRENTLY YANG MENYEWA ADA 2 ORANG SAHAJA
  12. ANY QUESTION JUST TEXT ME AT 017-7170945.

Thursday, May 30, 2013

KERJA

Assalamualaikum semua.. apa khabar.. sebenarnya dah lama bercita-cita nak update blog yang dah bersawang ni.. tapi masa pulak tak lapang.. sekarang ni pun aku tengah busy buat tax computation for year end december.. at the same time mengejar dateline end of June untuk individual yang ada other income.. enterprise la senang cerita... kenapa cerita pasal tax computation nie.. la.. korang tak tahu lagi aku ni bekerja sebagai tax assistant.. memang la keje aku siapkan tax computation.. and for your information.. i love my job so much.. even ada yang berkata.. keje teruk tapi gajinya ciput jek.. guys.. bersyukurlah atas rezeki yang Allah berikan pada kita.. insya'Allah bila kita rajin ada rezeki lain yang kita tak nampak Tuhan nak berikan pada kita.. kerja biarlah ikhlas.. so.. apa orang nak cakap pasal kerja yang aku buat aku tak kesah.. yang penting aku enjoy dengan apa yang buat sekarang.. just pray for be a better PERSON.

S.Y.S!!! for next entry.. ni just for warming up dulu ok.. maybe Insya'Allah ada cerita yang menarik akan dikongsikan bersama-sama kamu semua..

wassalam.. peace yo!!

Wednesday, May 8, 2013

SEKITAR PRU #13



old friends... 3 adik beradik berbaris menjalankan kewajipan pada negara

Fendi said; hah!! emi gambar pokok2 semua tak nak amik??? perli ke apa..

again.. he shy2 playing selca with me..


saya sudah memilih.. anda bagaimana??

generasi ke-2 warga Felda Cahaya Baru

warga yang kurang upaya semangat nak mengundi jugak

met them after 'memangkah'

done!!

sahabat yang bertungkus lumus mengurus dan mengawal keadaan sepanjang proses mengundi.. kesian dorang penat..
rehat sebentar
  
din

din & epul..

Friday, April 19, 2013

FENOMENA GWIYOMI.. CUTE SANGAT!!


comel tak video nie.. kalau lah aku dah kawen nanti aku buat camni.. tergelak besar laki aku tengok aku buat camni.. tapi aku rasa comel sangat.. tengok pompuan dalam video ni buat cute sangat... nanti ada masa lapang nak belajar lah buat step2 gwiyomi nie..

gwiyomi kawan2!!!

Wednesday, April 3, 2013

FROM LHDN/IRB

Record Keeping

Taxpayer is required to keep the following documents for submit form BE:
  1. EA/EC Form
  2. Original dividend vouchers
  3. Insurance premium receipts
  4. Books purchase receipts
  5. Medical receipts 
  6. Donation receipts
  7. Zakat receipts
  8. Children`s birth certificates
  9. Marriage certificate
  10. Other supporting documents
  11. Working sheets (if any)

Friday, March 29, 2013

KHASIAT ASAM KEPING

Assalamualaikum readers semua...  hari ni aku nak bagi tips yang tak berapa nak tips sangat.. tapi family aku dah cuba cara ni dan alhamdullillah berkesan... tips nyer adalah untuk menurunkan berat badan dan juga darah tinggi..
 
 

Senang jek.. just minum air asam keping yang dah direndam semalaman.. itu jek.. mengikut kajian banyak khasiat yang boleh didapati dari air rendaman asam keping. Nama saintifik bagi asam keping ini adalah malabar tamarind dan brindle berry ni. Salah satu khasiatnya menurunkan tekanan darah tinggi. Dan ini diakui dimana tekanan darah tinggi mak aku sudah kembali normal semenjak dia minum air rendaman asam keping ni selama lebih kurang 2 bulan tak silap aku. Just rendam semalaman then esoknya korang dah boleh minum. Memang masam sikit.. bukan masam banyak juga lah aku rasa.. jangan tak tahu air asam keping ni jugak boleh mengurangkan berat badan kita.. aku tak pernah try lagi.. tapi bakal akan cuba untuk mengurangkan berat badan aku ni.. semakin beranak pinak lemak-emak dalam badan aku ni.. emiroy.. emiroy... (emie + boroi) 

Another information about asam keping or others name known as asam gelugur ialah dimana  penggunaannya sangat meluas di negara Eropah. Orang-orang dekat sana memang menggunakan asam keping sebagai penambah rasa dan penyedap dalam hidangan makanan mereka dan juga tidak ketinggalan untuk perubatan.. sama juga di Malaysia, orang-orang disini juga menggunakannya dalam masakan dan perubatan.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam. 

Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur ini juga dapat merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung [itu anda perlu buat rujukan coz aku just amik info kat mr.wiki..]. other else, buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

So inilah serba sedikit megenai kebaikan dan juga khasiat dari asam keping/asam gelugur/ malabar tamarind/brindle berry ini.. semoga information yang aku sampaikan ni berguna untuk pembaca-pembaca semua yang ada masalah dalam tekanan darah tinggi, berat badan, gusi dan sebagainya.. if you want another info about asam gelugur uolls boleh google jek.. bukan susah pon kan... segalanya dihujung jari sahaja..

Sharing is caring not caring is sharing.. peace yo!!!

Thursday, March 28, 2013

DILEMA HANDPHONE CANGGIH

Assalamualaikum semua.. aku dalam dilema ni.. bulan depan aku bercadang nak beli handphone yang canggih sikit.. tapi tak tahu nak pilih yang mana.. banyak sangat h/p canggih2 sekarang ni... mula2 tu ingat nak beli xperia u memandangkan budget aku nak beli h/p canggih tak la semahal mana.. lepas tengok bos aku beli samsung teringin pulak nak pakai samsung.. teringat kat raudah.. if dulu zaman2 belajar kadang2 pinjam h/p dia godeh2.. masa belajar dulu popular samsung s(ii).. lepas search punya search... ini yang aku jumpa.. agak2 samsung s(ii) dah turun harga ke belom ek.. harap2 lepaslah budget aku nanti masa nak beli.. jom kita review sama pasal samsung s(ii) yang bakal aku nak beli dengan samsung s(iii) yang bos aku dah beli beberapa minggu yang lepas.. lets check it out bebeh!!

h/p yang aku nak!!!!!!!

Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada

Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.


Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.

h/p bos aku la ni..

Smart Stay

Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.

Direct Call

Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik. minggu lepas bos buat demo pasal ni.. bengkek jek tengok.. pehh...

S Voice

Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam arahan Bahasa Malaysia. yang pasal ni bos aku tak gemar.. dia cakap macam h/p untuk orang oku pun ade.. terus dia setting off.. wahahaha...

64GB Storage

Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya kelajuan peranti ini tidak terganggu.

range harga samsung s (iii) lebih kurang RM1,300-Rm1,500... lagipun bentuk dia bulat.. kang aku pakai bertambah bulat pulak aku.. memandangkan samsung s(ii) bentuk dia memnuhi citarasa aku dan harganya pun bawah RM1,000.. insya'Allah.. jika diperkenankan dapatlah aku memiliki h/p ni.. kalau xde rezeki h/p canggih lain pun takpe.. yang penting leh 3g..

doakan aku bulan depan dapat membeli sebijik h/p canggih yek kawan-kawan!!!!

peace yo!!

credit to : kisah emas putih

Thursday, March 21, 2013

DOCUMENT NEEDED IF U WANT TO SUBMIT TAX RETURN

FOR SUBMISSION BE FORM (INCOME FROM SALARY)

  1. EA/EC Form
  2. Statement of insurance (life, medical and education-if any)
  3. Receipt of expenses ( book, medical for tax payer or parents, sport equipment, educational fee and etc)
  4. Receipt if u buy computer and also pay broadband subscription fee
  5. Birth certificate of your children 
  6. Your child details ( D.O.B, school, college, university, married or not, disable or not)
  7. Zakat and donation receipt (if any) 
  8. any other income that u received in the whole year assessment
if any i will inform u alls later on.. and if u guys have some info to topup the information that i gave.. please leave in comment box.. tq so much.. see you latter readers!!

DUE DATE E FORM SUBMISSION TO IRB


Sunday, March 10, 2013

COME BACK FROM SABAH BAH...

hai semua readers blog ni.. apa khabar?? heheh.. minggu lepas aku baru balik dari sabah... trip ni pergi dengan geng2 masa diploma kat Segamat.. ade dua orang geng kitorg tak dapat join becoz of sorang tu tgah pregnant.. and sorang lagi tengah dalam pantang... so tak boleh nak join the group.. rombongan ini di panggil "rombongan cik kiah"..

gambar tak dapat nak dipost hari ni.. maybe next time aku upload.. for time being my time is limited.. next week insya'Allah ada masa sikit nak update blog.. now i'm with my boncet tengah on9 kat cc... dia pon sajer dengki aku nak g sabah jugak.. jelous ok!!!! nak ikut!!! xpew.. xpeww... tunggu aku kumpul duit lagi.. kumpul la sangat...

ok la.. jumpa next week ok.. insya'Allah...  2 orang kawan aku kawen bulan ni... nanti aku update jugak gambar kahwin dorg.. see you soon readers!!!

peace yo!!!