Baru jek bercerita pasal birthday aku pada post sebelum ni tapi da macam-macam berlaku keatas aku. Bukan hadiah yang aku dapat tapi malapetaka yang aku dapat.
Ceritanya bermula begini.
Pada 16 Julai 2011, pukul 1.30 p.m aku berangkat ke larkin dari office yang dihantar oleh K.LILY. Jalan ke dalam bus stand Larkin mencari bus yang akan ke MASAI. Dapat bus terus naik dan bus terus menuju ke destinasi yang aku nak pergi. Dengan perasaan yang berbaur, ada marah, bengang, sedih dan gembira. Tapi disebabkan malas nak layan sangat perasaan aku, aku tengok jelah pemandangan luar sampailah bus berhenti di bus stands MASAI.
Telefon ayah suruh ambil aku kat bus stands tapi malangnya kereta bawang merah pakai pergi hantar nenek ke rumah mak uteh sebab pak uteh nak buat kenduri doa selamat untuk kedai gunting rambutnya yang buka. So, aku ingat nak naik prebet sapu jek. Tapi disebabkan aku ternampak kelibat mamat yang amat menyeramkan aku tu ada dekat kawasan prebet t uterus aku ambil keputusan nak naik bus ISKANDAR ke TAMAN DESA RAKYAT. Aku pun menunggu lah dekat tempat menunggu bus dan mata aku akan berkeliaran melihat gelagat orang-orang yang berada disekeliling aku. Kebetulan ada orang gila kat tempat menunggu bus, dan mata aku tertumpu kat orang gila tu dan aku ternampak sepasang mata tengah perhatikan aku sambil pegang telefon. Aku tak kenal orang tu, dan tiba-tiba orang lelaki tu duduk sebelah aku Tanya aku nak balik mana lah, duduk mana dan siap mintak no telefon kat aku. Tapi aku malas nak layan. Aku jawab pun macam tak nak jawab jek. Then aku Nampak bus ISKANDAR dan terus naik. Lelaki tu ikut aku dan dia bayarkan tambang bus aku. Dia duduk sebelah aku sedangkan masih banyak lag I tempat duduk yang kosong. Disebakan hati aku tengah kosong dan kebetulan aku tengah merajuk dengan NIZAM so aku layankan jek perasaan aku tanpa ada rasa yang orang ni sedangkan plan sesuatu terhadap aku. Sampailah dekat PUSAT BANDAR, PASIR GUDANG yang kebetulan perut aku tersangatlah lapar dan memang niat aku nak larikan diri dari mamat tu. Aku terus menuju ke tingkat atas sekali then masuk ke KFC then order snack plate untuk mengisi perut aku yang tengah mengeroncong.
Tiba-tiba lelaki yang duduk disebelah aku masa dekat bus stands MASAI dan dalam bus tu ada depan aku. Dan lepas tu aku tak tahu apa yang terjadi. Aku teruskan makan makanan yang aku order sampai abis dan tiba-tiba terdetik dalam hati aku. Lelaki tu telah meragut handphone aku yang merupakan hadiah dari insan tercinta. Aku terus gelabah dan terus telefon adik aku suruh dia call telefon aku cakap dengan mamat tu pulangkan balik handphone aku. Memang harapan lah nak dapat balik. Aku terus menangis dan berusaha mencari mamat dalam PUSAT BANDAR. Keliling aku pusing-pusing cari kelibat mamat tu tapi malangnya tak jumpa. So, aku call ayah aku yang kebetulan nak pergi kerja, dan ayah suruh aku tunggu dekat bus stands pusat Bandar sampai ayah datang.
Sampai jek rumah adik-adik aku semua Tanya macam mana kejadian tu boleh timpa aku. Tapi aku dalam keadaan yang sangat sedih dan lemah. Yang aku tahu hanya menangis, menangis dan terus menangis. Nak tidur pun menangis lagi. Sampailah bawang merah balik, dia buatkan AIR YASSIN untuk aku dan suruh aku minum dan sapu muka. Aku masih trauma dengan kejadian tu.
Yang tak boleh bla nya, mamat peragut tu boleh guna no telefon aku minta topup dengan kawan-kawan aku. Yang jadi mangsa RAUDAH, LAN (budak kecik) & ANIS. Tapi Odah & Anis terselamat. Cuma Lan dah terlepas topupkan. Mamat tu guna nama aku, mengatakan aku tengah urgent nak call someone coz aku tengah gaduh dengan family aku. Tergamak mamat tu buat aku macam ni. Nasib mamat tu tak mintak duit. Kalau duit macam mana lah aku nak ganti. Tu pun Lan nak mintak ganti rugi dari aku. Aku pulak tengah pokai, dengan elaun tak dapat lagi. So, dia consider dengan keadaan aku time tu.
Kenapalah benda ni terjadi dekat aku. Masuk ni dah dua kali aku kehilangan handphone kesayangan. Dua-dua SONY ERICSSON. Yang dulu punya kes kena seluk kat poket aku. Aku tak perasan. Tak sampai setengah tahun aku pakai handphone, ada jek benda terjadi. Sayangnya... sedih… aku nak handphone aku balik… baru jek pagi tu aku rakam video sempena harijadi aku. Tak sangka benda ni boleh terjadi.
Nasihat aku kepada gadis-gadis di luar sana:
- Jangan berjalan sendirian. Bawalah teman bila nak keluar mana-mana pun.
- Jangan percaya kata-kata manis lelaki diluar sana kalau kamu semua tak kenal siapa dia.
- Bawalah senjata yang boleh selamatkan diri dari orang-orang yang berniat jahat terhadap kita. Contohnya macam spray, pisau atau gunting.
- Pakailah underwear terbalik bila nak keluar berjalan untuk elakan diri dari kena PUKAU. (petua orang-orang tua)
- J Jangan pandang mata orang sembarangan. Ini untuk mengelakan diri dari kena PUKAU.
- Terus balik rumah, jangan singgah mana-mana jika segala urusan sudah selesai.
- Berhati-hatilah wahai kawan-kawanku bila berada diluar sana.
No comments:
Post a Comment