Dah 23 tahun aku hidup… terima kasih Ya Allah kerana beri aku peluang untuk hidup lagi di muka bumi ciptaan-Mu ini.. bersyukur Alhamdulillah…
Memang betul hari ni hari jadi aku tapi tak rasa apa2 pun. Macam hari2 biasa yang aku lalui. Kehidupan yang kadang2 gembira.. kadang2 sedih… kadang2 kosong… aku tak tahu apa aje yang terisi dalam hari2 yang aku lalui…
Berjalan sorang2 tengok orang2 berjalan… tengok gelagat orang sekeliling…
Naik bas ke Masai… duduk tepi tingkap… mata melihat pemandangan sepanjang perjalanan sampailah bus berhenti ke destinasi terakhir, bus stand Masai. Turun bas tunggu ayah jemput aku… kerana masih trauma dengan prebet yang terlalu obsess dengan aku… sehingga aku takut nak naik prebet2 disitu.
Sampai sekarang aku pun tak paham dengan mamat tu.. apa lagi yang dia nak dari aku pun aku tak tahu… kadang2 aku sampai ambil jalan jauh untuk pergi BIG10 di belakang Marrybrown tu sebab nak elakan diri dari bersemuka dengan mamat tu… ada suatu ketika dahulu… sampaikan aku tak boleh lihat kereta ISWARA AEROBACK HITAM… kepala lutut aku terus menggigil… takut… takut terjumpa muka mamat tu..
Selama 23 tahun aku hidup apa yang aku dapat??? Kebahagiaan?? Cuma dapat rasa untuk seketika waktu. Kemewahan??? Hanya dapat aku rasa sebelum EMAK meninggalkan aku. Kasih sayang?? Mungkin ada Cuma aku jek yang tak dapat nak menilainya betapa besar kasih sayang yang sudah di curahkan kepada aku. Kesihatan?? Kadang2 terasa aku ni dah terlebih sihat… tp memang pun… masih dalam proses untuk memiliki berat badan yang ideal. Kejayaan?? Aku bersyukur kerana sekarang aku dalam proses untuk memiliki segulung ijazah. Aku harap dengan segulung kertas itu aku dapat ubah family aku.. paling utama diri aku sendiri… aku nak buktikan pada mereka2 yang pandang rendah kat aku, suka memfitnah aku dengan perkara yang aku tak pernah buat dan yang iri hati serta mempunyai hasad dengki yang tak kesudahan itu terhadap aku dan family aku. Aku akan buktikan pada mereka yang aku mampu ubah semuanya… aku juga akan buktikan yang aku mampu miliki apa yang aku impikan… dan INSYA’ALLAH aku juga mampu tunaikan impian ahli keluarga aku… INSYA’ALLAH…. One day, it will happen… wait n see..
Kenapa yek bila kawan2 & family wish happy birthday kat aku aku senyum… tapi bila BF aku yang wish… aku xsenyum tapi air mata yang keluar… kenapa???
No comments:
Post a Comment