hai semua! apa khabar?? sihat?? lama kan tak update. busy la.. kan aku kerja.. tapi tinggal esok jek ni. lepas tu aku resign.. surat resign pun dah siap.. tinggal nak print jek.. masalah rumah sewa pun dah selesai.. tapi ada sikit masalah family yang aku kena selesaikan.. sekarang ni ayah mengahrapkan aku untuk tolong dia. kesian tengok ayah.. aku dapat lihat betapa terbebannya dia.. Insya'Allah.. aku harap aku dapat tolong ayah aku sedaya yang boleh.. doakan kami..
hari ahad ni seorang lagi kawan aku nak bertunang.. actually, she's one of my BFF.. masa wawa tunang aku tak dapat pergi dek kekangan masa.. kebetulan last aku kerja sabtu ni.. ahad pulak aza jemput untuk datang ke majlis dia.. so, bolehlah menghadirkan diri.. isnin pula aku kena ikut ayah pergi pejabat harta pusaka kecil.. then kalau sempat pergi pejabat pentadbir tanah daerah, johor. semoga segala urusan dapat diselesaikan dan dipermudahkan.. kawan-kawan.. doakan kami..
SURAT PERLETAKAN JAWATAN:-
Emilia
Binti Md.Daud
No
47-A Prkt 1 Jalan Ros,
Felda
Cahaya Baru,
81760 Masai, Johor
____________________________________________
Department
head Cashier,
Econsave
Kota Masai,
Jalan Rusa 1 Kota Masai,
81700 Pasir Gudang,
Jalan Rusa 1 Kota Masai,
81700 Pasir Gudang,
Johor. 25hb
Feb 2012
PER: PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya, berdasarkan maklumat yang
dirujuk diatas, saya Emilia binti
Md.Daud (ID: 151XXX) sebagai juruwang (cashier) di Econsave Kota Masai
ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya yang secara
rasmi jatuh pada 26hb Februari 2012.
2). Untuk
makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya ingin melanjutkan pelajaran saya yang akan bermula pada awal bulan
Mac ini. Sehubungan dengan itu saya harap pihak tuan dapat menerima keputusan saya
ini dengan hati yang terbuka.
3). Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan terutamanya pada senior-senior department cashier kerana sudi member tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya
ketika melaksanakan tugas. Segala jasa baik dan kenangan selama saya bekerja
bersama pihak tuan amat-amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_________________________
(EMILIA
BINTI MD.DAUD)
CASHIER
ID:
151XXX
No comments:
Post a Comment