Thursday, February 9, 2012

TONSIL



lately ni aku sering diserang sakit tekak.. 6 bulan yang lepas aku disahkan ada radang tonsil.. dan doktor sarankan aku buat pembedahan... aku cuba alternatif lain.. aku pergi farmasi then beli ubat yang doktor dah sarankan kat aku untuk makan.. dan aku sembuh.. alhamdulillah..

tapi tak lama lepas tu, seminggu yang lepas tekak aku kembali bengkak.. aku jumpa doktor yang lain pulak.. doktor tak sanggup tengok tekak aku sebab dia kata aku punya tonsil ni dah besar sangat.. dia siap suruh nurse yang tengokan tekak aku.. masa tu aku tak tahu nak cakap apa.. aku mintak penjelasan dari doktor tu.. tak silap nama doktor tu Dr.Noraini... dia cakap..

setiap orang dikurniakan 2 tonsil.. tujuannya adalah untuk menghalang virus dan bakteria memasuki saluran pernafasan kita..  dan menjadi salah satu sistem pertahanan badan.. bagi orang yang luar biasa.. tonsil dia lebih besar dari orang lain.. kalau tak percaya sila suruh adik ke ayah ke cek tekak kamu.. mesti mereka cakap.. Ya Allah! besarnya.. then terbukti.. adik aku dan teman sekerja terkejut tengok tekak aku... bila tonsil tu dah membengkak dan mengalami inflamasi.. saluran pernafasan kita akan terganggu.. dan banyaklah gejala-gejala yang boleh kita alami seperti:-

  1. selalu demam dan boleh mencapai suhu tinggi
  2. tidur berdengkur
  3. tak boleh makan, sampai boleh masuk air bila kena tahan kat hospital
  4. suara garau dan kadangkala sampai tak boleh bercakap dan kadang-kadang orang lain tak faham dan tak dengar apa yang kita katakan 
  5. sakit kepala dan badan
walaupun kita ambil ubat tahan sakit, antibiotik.. itu semua hanya bersifat sementara.. dan seboleh-bolehnya buatlah pembedahan untuk buang tonsil tersebut.. dan untuk masa akan datang kita dah tak ada nak sakit-sakit tekak lagi.. sakit memang sakit.. tapi untuk masa sebulan dua jek.. lepas tu awak dah boleh happy... doktor suruh aku balik dan fikir dulu.. nanti bila aku dah bersedia untuk buat pembedahan.. Dr.Noraini suruh aku jumpa dia untuk buat surat keizinan untuk buat pembedahan.. 

masalahnya sekarang aku masih belum sedia.. aku takut.. lagipun.. tak lama lagi aku dah nak start sem baru.. sem akhir aku.. bila aku buat operation nanti.. aku takut aku takleh fokus pulak sebabnya kena tahan sakit.. tunggulah lepas aku habiskan final sem aku ni dulu.. baru aku pikir balik kata-kata Dr.Noraini. aku tahu itu cara terbaik untuk aku.. tapi tunggulah aku dah bersedia nanti... dan untuk mengelakan ianya berlarutan.. doktor sarankan supaya aku jaga kebersihan tangan terutama bila nak makan.. selalu-selalulah basuh tangan untuk elakan inflamasi yang lebih teruk lagi...


by the way.. aku ada terbaca satu artikel ni.. dengan minum minyak kelapa dara BioVCO.. bengkak tonsil ni boleh kurang dan Insya'Allah jika selalu diamalkan.. radang tonsil ni boleh hilang... tapi boleh percaya ke?? any suggestion?? and ada sape-sape yang tahu pasal produk ni tak?? if ada.. bolehlah berkongsi dengan i.. mana tahu boleh hilangkan bengkak tonsil ni.. takpayah susah-susah nak buat operation.. (mr.boncet siap bagi warning lagi, kalau tak bedah takleh kawen)

terima kasih baca entri ni.. take care people.. jagalah kesihatan diri masing-masing. 
peace yo!!

1 comment:

Unknown said...

Huhu,, perit woo kena tonsil.. dulu tiap-tiap bulan saya kena tonsil.. sakit tu ya allah tuhan je yang tau..Dr ni da cam muka dan sampai nak operate.. tapi sekarang alhamdulillah.. da stop... ada rahsianya if nak sembuhkan tonsil tanpa operate.. dan operate pun belum tentu da taknaik.. memang sejarah hitam la kalo naik balik.. hhuuuhuu. do contact me okeh 010-9333205