assalamualaikum semua..
sebagai hamba Allah kita tak lepas dari menerima ujian dari Allah S.W.T.. ujian atau dugaan yang diberikan itu hanya untuk orang yang special di mata-Nya.. Dia tidak akan beri sesuatu ujian itu di luar kemampuan hambanya.. dan sebagai hambanya yang taat menurut segala suruhan-Nya.. seharusnya kita menerima dengan hati yang tenang.. cuba selesaikan sesuatu masalah itu dengan berhati-hati, slow-slow, tenang dan sifat sabar amat-amat diperlukan.. jangan kita cepat melatah, serta cepat berputus asa.. sesungguhnya ada orang lain yang lebih hebat ujian yang diterimanya dari kita.. sepatutnya kita harus bersyukur..
kunci utama untuk selesaikan sesuatu masalah itu adalah..
- BERUSAHA
- BERDOA
- BERTAWAKAL
sesungguhnya semua ujian yang datang itu dari-Nya, maka perginya sesuatu itu juga adalah dari-Nya..
banyakkan berdoa kerana itulah satu-satunya kunci kita untuk kita dekat pada
Allah S.W.T .
harus di ingatkan sekiranya masalah yang menimpa kita itu dapat diselesaikan, dan kita berjaya menjalani ujian itu dengan penuh sabar.. ucapan syukur jangan sesekali dilepaskan dari mulut, hati dan perbuatan kita.. kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui yang tersirat dan juga yang tersurat..
aku berharap apa yang menimpa kami semua adalah peringatan dari-Nya untuk kami lebih dekat dengan-Nya.. Insya'Allah.. akan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua..
No comments:
Post a Comment