Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib
Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ jumlah terkumpul bernilai
RM 15,000.00 dalam wang tunai kepada setiap dari 112,635 peneroka
FELDA. Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan
ekonomi Negara.
“Sempena penyenaraian FELDA Global
Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion.
Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap
peneroka. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3,
agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.
Pengumuman yang dinanti nanti oleh
112,635 peneroka FELDA dibuat Perdana Menteri dalam program Majlis
Bersama Peneroka FELDA itu mendapat sambutan begitu gemuruh dikalangan
40,000 warga FELDA yang berhimpun di Jengka 8 ini. Jalan menuju FELDA
Jengka 8 ini menerima kesesakan trafik yang luar biasa, sejauh 6 km dari
arah Pusat Bandar Jengka dan Jerantut.
Selain dari itu, 20% saham FGVH akan
diperuntukan kepada Tabung Amanah bagi peneroka FELDA. “Sekiranya FGVH
untung selepas penyenaraian, insyaAllah akan dapat lagi RM 1,500.00 bagi
setiap peneroka FELDA”.
Beliau, yang juga Menteri bertangung
jawab hal ehwal FELDA juga mengumumkan ‘Durian Runtuh 2′ merupakan ‘pink
form’ bagi pengagihan saham dalam gerak-kerja penyenaraian FGVH, yang
dijangkakan akan disempurnakan 26 Jun 2012 di Bursa Malaysia.
“Membetulkan segala tohmahan Pembangkang, saya ingin mengesahkan, tanah peneroka akan kekal milik warga FELDA”.
Bagi warga kerja FELDA pula, PM Najib
mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ untuk
mereka. Sumbangan dan dedikasi mereka dalam agenda membawa perubahan
melalui transformasi FELDA semenjak ditubuhkan, jelas dihargai dalam
pengumuman ini. Ini juga merupakan rekod bonus paling besar yang
diperuntukan untuk mana mana warga-kerja agensi Kerajaan.
‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada
Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011. Ianya
merupakan sebahagian dari agenda transformasi beliau bagi masyarakat
FELDA, yang merangkumi penyenaraian FGVH, dalam menentukan kedudukan
strategik FELDA bagi 50 tahun akan datang terus kekal kukuh dan
progressif.
“Apa yang ada hari ini merupakan impian
Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi
itu kepada tahap yang lebih tinggi”, sambil mengimbau FELDA yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan
memberikan tumpuan khusus peribadi, merupakan agenda transformasi
masyakar luar bandar bermula tahun 60an itu.
“Untuk sampai ke tahap ini, ianya dengan
kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas.
Bermula dari ‘roll call’ setiap pagi dan berbekalkan dengan alat asas
seperti kapak, parang dan kecekalan jitu. Akhirnya, kawasan hutan itu
bertukar wajah dan berjaya dibangunkan kampung dan kawasan ladang”.
“Ditempat binatang buas dan berpuaka itu
kita bina kampung, ujudkan ladang dan membangunkan masyarakat. Hari ini,
ianya berubah kepada kawasan yang maju, seperti Pusat Bandar Jengka
ini”.
FELDA merupakan agensi Kerajaan
Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan
sehingga berjaya mengujud dan bangunkan 317 tanah rancangan seluruh
Negara.
Menurut PM Najib, FELDA merupakan
organisasi pengeluar minyak sawit terbesar didunia. Kini ianya mengorak
langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA
dikonsolidasikan bawah FGVH. “Banyak pihak luar ingin belajar dengan
kita”.
Beliau juga mencemuh segelintir minoriti dikalangan peneroka FELDA yang bersekongkol dengan Pembangkang dan cuba menggagalkan penyenarian IPO,
termasuk membawa ke Mahkamah. Beberapa kali mesyuarat agung luar biasa
(EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dibatalkan kerana
injuksi Mahkamah yang diambil. “Saya tidak rela dan redha mereka
menerima ‘Durian Runtuh’ ini. Haram jadah mereka!”.
Dalam ucapan alu aluan Pengerusi FELDA
Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus
menentukan masyarakat FELDA dibela dan bangunkan. Beliau meminta
masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada
Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib.
No comments:
Post a Comment