Dalam kitab Al-Tazkirah Fi Ahwal Al-Mawta wa Umur Al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi,
diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk
mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
“Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:”
1.Jangan kamu makan rezeki ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki ALLAH derhaka kepada ALLAH.
2.Jangan kamu tinggal di bumi ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi ALLAH malakukan maksiat dan menderhaka kepada-Nya.
3.Buatlah maksiat di tempat yang ALLAH tidak nampak akan kamu.
4.Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,
maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi
umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan
perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5.Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang
hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu
tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka
dipersilakan untuk melakukan maksiat.
Setelah mendengar kata-kata tersebut,
lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak
bagi seorang hamba ALLAH untuk melakukan maksiat kepada-NYA.
Akhirnya,lelaki itu menemui jalan
hidayah. Dia bertaubat kepada ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh.
Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta
menjadi hamba ALLAH yang soleh.
credit to: bicara islam.com
No comments:
Post a Comment