Wednesday, May 9, 2012

KESALAHAN DALAM BERTAUBAT

taubat nasuha 258x300 Kesalahan Dalam Bertaubat

Mahu bertaubat tetapi menunda taubat
seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada ALLAH kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa.Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus”hati sehingga dosa sukar dihapus.

Lalai dan terlupa untuk bertaubat
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada ALLAH, lantas lalai untuk bertaubat kepada ALLAH.

Enggan bertaubat kerana khuatir akan melakukannya lagi
Seseorang telah berbuat dosa kepada ALLAH dan kemudian ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat.

Malu Hendak Bertaubat
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami islam, jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.


Berani buat maksiat lagi kerana rahmat ALLAH itu luas
Rahmat dan kasih sayang ALLAH bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan  suka melakukan kemaksiatan pada ALLAH.

Tertipu dengan ahli maksiat
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus malakukan maksiat tanpa ada balasan daripada ALLAH, bahkan mereka diberikan nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.

Berputus asa daripada rahmat ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat ALLAH kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat ALLAH seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang muslim.

No comments: