Friday, March 29, 2013

KHASIAT ASAM KEPING

Assalamualaikum readers semua...  hari ni aku nak bagi tips yang tak berapa nak tips sangat.. tapi family aku dah cuba cara ni dan alhamdullillah berkesan... tips nyer adalah untuk menurunkan berat badan dan juga darah tinggi..
 
 

Senang jek.. just minum air asam keping yang dah direndam semalaman.. itu jek.. mengikut kajian banyak khasiat yang boleh didapati dari air rendaman asam keping. Nama saintifik bagi asam keping ini adalah malabar tamarind dan brindle berry ni. Salah satu khasiatnya menurunkan tekanan darah tinggi. Dan ini diakui dimana tekanan darah tinggi mak aku sudah kembali normal semenjak dia minum air rendaman asam keping ni selama lebih kurang 2 bulan tak silap aku. Just rendam semalaman then esoknya korang dah boleh minum. Memang masam sikit.. bukan masam banyak juga lah aku rasa.. jangan tak tahu air asam keping ni jugak boleh mengurangkan berat badan kita.. aku tak pernah try lagi.. tapi bakal akan cuba untuk mengurangkan berat badan aku ni.. semakin beranak pinak lemak-emak dalam badan aku ni.. emiroy.. emiroy... (emie + boroi) 

Another information about asam keping or others name known as asam gelugur ialah dimana  penggunaannya sangat meluas di negara Eropah. Orang-orang dekat sana memang menggunakan asam keping sebagai penambah rasa dan penyedap dalam hidangan makanan mereka dan juga tidak ketinggalan untuk perubatan.. sama juga di Malaysia, orang-orang disini juga menggunakannya dalam masakan dan perubatan.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam. 

Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur ini juga dapat merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung [itu anda perlu buat rujukan coz aku just amik info kat mr.wiki..]. other else, buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

So inilah serba sedikit megenai kebaikan dan juga khasiat dari asam keping/asam gelugur/ malabar tamarind/brindle berry ini.. semoga information yang aku sampaikan ni berguna untuk pembaca-pembaca semua yang ada masalah dalam tekanan darah tinggi, berat badan, gusi dan sebagainya.. if you want another info about asam gelugur uolls boleh google jek.. bukan susah pon kan... segalanya dihujung jari sahaja..

Sharing is caring not caring is sharing.. peace yo!!!

3 comments:

Anonymous said...

agak2 kalu mkn byk sgt asam2, nnti sakit2 & lemah badan tak ??

mizslumber said...

tengok jugak asam apa yang anda makan.. kalu yang banyak sgt kandungan acid ni kalau boleh kurangkan.. lagu2 yang jeruk2 tu...

Esempoi said...

Banyak khasiat rupanya asam keping ni..