Sunday, August 9, 2009

TAKZIAH UNTUK KELUARGA KAK AISHAH... AL-FATIHAH..


Dua lagi korban H1N1
Oleh ZALIFAH MOHD YATIM dan INTAN MAS AYU SHAHIMI

SEGAMAT: Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) di negeri ini terus meningkat apabila dua lagi mangsa terkorban membabitkan seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) di sini dan seorang bayi perempuan berusia 16 bulan di Johor Bahru, malam kelmarin.

Dalam kes pertama, seorang penuntut UiTM Segamat meninggal dunia di Hospital Segamat, kira-kira jam 8 malam.

Siti Aisyah Koestiadi, 23, penuntut tahun akhir Ijazah Perakaunan berasal dari Kampung Bukit Bintang di sini, masuk ke hospital sejak 2 Ogos sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Khairi Yakub, berkata penuntut wanita berusia 23 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 2 Ogos lalu dan dia dipindahkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam kelmarin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah obesiti dan pneumonia,” katanya.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Siti Aisyah tinggal menyewa bersama rakan di sebuah rumah Kampung Lubok Batu di Jalan Muar-Segamat.

Dia dipercayai demam panas dan masukkan ke hospital sejak seminggu lalu apabila keadaannya bertambah kritikal.

“Selepas cuti semester dipinda awal, sepatutnya Siti Aisyah balik semua ke universiti untuk menduduki peperiksaan kerana pengajiannya bakal habis tidak lama lagi,” katanya.Menurutnya, arwah Siti Aisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bintang, di sini, pagi semalam.Di Johor Bahru, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Dr Mohd Khairi berkata, bayi itu meninggal dunia kerana pneumonia.Kes kematian pertama akibat H1N1 di negeri ini membabitkan seorang budak lelaki, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2 Ogos lalu.

Seorang budak lelaki berumur enam tahun pula meninggal dunia jam 2.30 pagi pada 5 Ogos lalu di Hospital Batu Pahat, iaitu kematian kedua di Johor.Manakala dua lagi kes membabitkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia 37 tahun. Kedua-dua mangsa dimasukkan ke Hospital Kluang pada 3 Ogos lalu dan meninggal dunia di HSA Johor Bahru, Rabu lalu.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments: