Monday, October 17, 2011

AYAH

Pada hari sabtu yang lepas bakal bapa mertua aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kesian nizam.. aku tak ada bersama dengan dia ketika dia perlukan aku.. maafkan sayang b.. 

SEMOGA ROH PAKCIK YUSOH DICUCURI RAHMAT.. AMIN..

Di waktu dia perlukan aku, ayah aku juga perlukan aku.. hati aku berbelah bagi. Tapi aku gagahi jugak.. aku pilih untuk balik kerumah tengok keadaan ayah di rumah.. Adik2 aku cakap ayah aku sakit.. sakit sebab rindukan aku... maafkan emi ayah.. bukan emi tak nak balik.. tapi keadaan di rumah buat emi tak sanggup nak balik rumah... rumah kita tu dah macam bukan rumah kita sendiri dah ayah... emi rasa macam duduk di rumah orang lain.. bilik emi tu dah tak ada rupa bilik emi dah ayah... 

Sesampainya aku di perkarangan rumah, ayah dengan keadaan jalanya yang terhencut2 menyambut kepulangan aku.. " yeyeyeye... anak ayah dah balik.." terus ayah peluk aku... sambil menangis dan berbisik.. "ayah rindukan kau.." bawang merah pula tersenyum dan berkata.. 

b.merah : la nape tak bagitau nak balik.. bila kau balik jek mak nak pergi rumah nenek..
aku        : tak pelah mak.. lama ke pergi rumah nenk?? 
b.merah : esok balik lah.. nak tolong cat rumah nenek jek.. ni bawa apis dengan bob skali tolong cat..

Betul kata odah.. family come first.. dan bawang merah pilih untuk pergi jumpa mak dia di Kota Tinggi... dan aku bertiga jek di rumah bersama ayah dan Aidil.

Bila malam tiba.. sepatutnya kami sekeluarga berkumpul menonton tv tapi kali ini aku berdua sahaja dengan ayah.. sambil bercerita.. ayah sekali lagi mengeluarkan air mata rindunya di hadapan aku.. tapi aku gagahi air mata aku untuk turut jatuh membasahi pipi.. ayah tahu the reason why aku tak balik rumah.. 

Aku dah malas nak bertekak.. masa aku sampai jek bilik aku sendiri aku lihat bilik aku dah rupa tempat kucing beranak.. bersepah yang amat.. aku tak tahu parasit yang duduk bilik aku tu jantan ke betina... tapi aku lihat yang masuk bilik aku tu betina.. sepatutnya kalau betina.. kemas jek bilik tu.. tapi tidak.. sakit mata aku melihatnya keadaan bilik aku..  terus aku keluar balik bawa beg pack dan handbag aku keluar duduk di kerusi ruang tamu sehinggalah parasit betina itu balik dan kemas bilik aku.. 

Mungkin ayah ada bercakap dengan bawang merah mengapa aku jarang balik rumah.. dan tiba2 bawang merah masuk bilik aku.. mungkin dia pelik kenapa aku tak bawa masuk barang2 yang aku bawa tu terus ke bilik.. di sebabkan parasit itu adik dia.. tu yang bawang merah tak sanggup nak marah dia.. nanti bergaduh melibatkan atok dan nenek aku pulak.. tu yamg dia malas nak cakap lebih.. tapi parasit tu boleh pikir sendiri lah yang kau tu cuma menumpang jek.. tak kan la tak tahu adab menumpang rumah orang macam mana.. belajar tinggi... tapi otak letak dekat lutut.. dan si parasit boleh arah aku basuh cadar yang melekat di tilam aku itu.. emm.. tak tahulah nak cakap apa.. sebenarnya aku dah malas nak layan kerenah orang.. penat nak jaga hati orang sedangkan hati aku sendiri tak ada siapa yang nak jaga.. UNFAIR!!


No comments: