Beberapa hari yang lepas aku ada baca berita di Berita Harian, Jumaat, 14 Oktober 2011 mengenai seorang lelaki menanggung derita 8 tahun apabila sengat ikan pari masih berada didalam tubuh dia.. dan tiba2 keluar di hujung kemaluanya..
baca nie:-
Sengat pari keluar ikut pangkal kemaluan
2011/10/14
CHE MOHD NURUL menunjukkan keratan akhbar dan sengat pari yang keluar melalui pangkal kemaluannya di Dungun, semalam |
Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun, sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan.
Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat.
“Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan.
“Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar.
“Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata.
Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat.
Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya.
Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan.
Ini berita yang aku baca dari Berita Harian... tapi yang lebih memeranjatkan aku rupanya nelayan2 yang berada di pantai timur semenanjung Malaysia suka melepaskan nafsu mereka terhadap ikan pari yang mereka tangkap.. lagi besar ikan pari itu makin merangsang nafsu rakus mereka... ini pun aku dapat tahu dari mulut officemate aku sendiri, Kak Lili... dia cakap ada sesetengah orang ada yang tak makan ikan pari sebsb ikan pari ni macam perempuan.. ia akan mengeluarkan darah dari duburnya seolah-olah seperti perempuan yang datang period. dan bila aku google cerita mengenai cerita ikan pari ni... aku terjumpa satu artikel ini.. dan ia membuatkan kepala aku berdenyut2, tekak aku mula loya, dan hidung aku tetiba terhidu bau hanyir.. oh tidak!!!!! geli.....
korang bacalah ni:-
Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari
Ya Allah jauhkan aku, ahli keluargaku dan
bangsaku tergolong dalam golongan orang seperti ini.. Astagfirullahala'zim...
mengucaplah panjang2.... dan ingatlah Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya
No comments:
Post a Comment