Thursday, January 5, 2012

DIALOG

assalamualaikum pembuka bicara.. apa khabar semua..

hai korang.. malam ni aku nak cerita pasal berdialog.. berdialog??? ya.. berdialog..

lately ni aku selalu berdialog  dengan diri aku sendiri.. kadang-kadang ayatnya terlalau jiwang karat.. kadang-kadang rasa macam buleh buat puisi pula.. hummm...  korang pun kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri juga kan... dalam kepala otak aku sekarang ni tengah dok pikir.. kalaulah aku tak dapat kerja.. aku nak buka business kecil-kecilan la.. modal?? nanti try la usha-usha... yang penting tak ada kena mengena dengan ayam.. yang penting halal.. (ayat Lu Pikirlah Sendiri). 


baru perancangan jek nie.. tapi aku masih mencari kerja yang sesuai.. yang penting tak ada kene mengena dengan kerja kilang.. yang penting duit hasil titik peluh aku sendiri.. dan yang paling penting halal..

aku dapat mesej dari seseorang.. dia kata dia berada dalam hospital.. makna dalam hospital tu dalam... dia buat apa dalam hospital?? whateverpun... aku doakan dia selamat.. kalau dia berada dalam hospital sebab diri dia tercedera atau sakit.. aku disini hanya mampu berdoa dari jauh.. nak jenguk modal tak ada.. dan kalau bukan sekalipun dia yang berada dihospital atas sebab sakit, mungkin juga kawan dia atau sedara mara dia.. aku juga hanya mampu  berdoa yang terbaik untuk dia menghadapi dugaan hidup..

suatu masa dulu ada seorang sahabat berkata kepadaku... bercakap dalam telefon dengan bf kita pun dah kira dosa.. sebabnya boleh mendatangkan kemaksiatan disitu.. yelah.. cakap dengan pakwe mesti la kene control ayu.. tapi aku kurang pasti sama ada ia betul ke tidak.. tapi aku boleh terima alasan yang dia berikan... just nak share jek.. kalau salah jangan lah marah pula... dan kalau anda tau sila-silalah rajinkan tangan anda komen di entri ini.. mana tahu maklumat yang aku sampaikan ini salah.. sekurang-kurangnya boleh dibetulkan mana yang silap tu... tq.. heheh..

ok lah.. kita jumpa lagi next time..

take care people.. peace yo!!

nite!! ZZzzzzz...

No comments: