hai semua.. hari ini hari yang sangat memenatkan.. kerana satu hari aku berjalan atau outing bersama family aku.. tak pergi mana pun.. cuma melawat atok dan nenek di Felda Sening, Sg Rengit, Kota Tinggi... berjalan di Bandar Penawar.. teman atok settlekan payment cukai tanah dia.. sekali arung renew I/C baru yang ada 2 gambar tu.. memang la tak diwajibkan.. tapi demi keselamatan kami sekeluarga buatlah.. dah alang-alang sampai kan.. buatlah skali.. lagipun tak ramai orang.. so sekejap jelah.. lagi 3 minggu siaplah I/C baru aku tu.. heheh... lepas buat I/C kami semua pergi menjamu selera di medan selera Bandar Penawar.. ramai giler orang.. bak kata atok.. time dah pukul 1 ramailah orang datang makan.. kang pukul 4 dah tak ada orang nak datang makan pulak.. apa maksud atok tu??
lepas makan nenek ajak pergi Sakan Bandar Penawar.. ada jawatan kosong!!! tapi jauhlah pulak dari rumah.. tak kan aku nak tinggal rumah nenek pula... tak nak lah.. huhuu... pusing punya pusing, aku beli kain ela untuk dibuat baju kurung.. kunun-kunun nak bakar semangat untuk masuk sem baru pada bulan 3 nanti.. eee... tak sabar rasanya nak belajar semula.. walaupun aku tahu betapa susahnya dan banyaknya rintangan yang bakal aku hadapi nanti.. tapi dengan bertenang jek ni... relax.. nanti kalau dah siap.. aku upload lah gambar bajunya yek.. tunggu...
si adik pula merengek mintak dibelanjakan sepasang stoking putih.. sebabnya.. esok dorang dah start sekolah..
demi adik tersayang akak sanggup keluarkan duit belikan stoking untuk korang.. lepas tu.. kami round punya round sampai dah tak tahu nak round mana... kami pun beransur pulang semula ke rumah nenek.. bagilah ayah rehat sebentar.. aku, bawang merah dan nenek siapkan apa yang patut untuk juadah minum petang...
dah siap makan semua, kami pun berangkat pulang ke rumah melalui lebuhraya yang baru siap.. dalam masa 30 minit kami pun sudah sampai di hadapan rumah..
malamnya pula.. si adik minta dibawakan keluar mencari baju t-shirt putih dan juga mencari seluar tracksuit.. tapi malangnya hanya t-shirt putih sahaja yang berjaya dibeli... dapat adik pula yang memng seleranya agak cerewet sedikit.. tapi layankan jelah... sambil-sambil teman si adik mencari barang yang mahu di belinya.. mata aku meliar mencari kertas-kertas yang di tampal di kedai-kedai yang berdekatan.. mana tahu ada rezeki aku... esok bolehlah aku call tanya ada kosong lagi ke tak.. heheh...
settle sesi mencari dan membeli.. kami pun balik.. dengan menaiki motor wave S kepunyaan poksu kesayangan kami.. dalam perjalanan.. ada pulak yang block jalan kami..
roadblock da.. tapi tak pe, dengan bertenang jek ni... dengan muka yang tak bersalah aku harungi pak-pak polisi yang berada di tengah-tengah jalan itu slow-slow... sambil mengukirkan senyuman manis.. kenyit-kenyit mata sikit.. (tipu jek.. heheh). padahal dalam hati dah mengelabah dah.. siap berdoa lagi.. "janganlah kene tahan.. janganlah kene tahan.. aku tahu salah aku.. tapi tolonglah lepaskan kami..."
nak tahu apa salah aku??? aku tak tampal sticker "P".. maklumlah x full lagi.. gelabah la sikit..
berkat mengharungi mereka dengan bacaan Basmallah... alhamdulillah.. kami selamat...
fuuuhhh... lega...
pantun untuk si adik:-
pagi-pagi gosok gigi,
lepas mandi bersiap bersarapan roti,
wahai si adik bangun.. dah pagi,
siap ke sekolah menuntut ilmu dengan hati berseri.
SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN KEPADA ADIK-ADIK AKU YANG COMEL, AKAK DOAKAN KAMU SEMUA BERJAYA DAN SEMANGAT UNTUK MENGHADAPI HARI MENDATANG.. AMIN..
UNTUK KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENGHADAPI FINAL EXAM ESOK.. AKU DOAKAN KORANG DIPERMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB PAPER KORANG.. DI BERI KETENANGAN UNTUK BERFIKIR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENHADAPI HARI-HARI FINAL EXAM KORANG.. DAN JANGAN LUPA KAWANKU.. USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN... BERUSAHALAH!! DAN BERDOALAH!! YANG SELEBIHNYA KITA BERTAWAKAL PADA YANG MAHA KUASA.. CHAYOK!!!!
No comments:
Post a Comment