Sunday, January 1, 2012

SEPANJANG 2011

syukur alhamdulillah.. hari ini bermulalah hari yang baru bagi tahun 2012.. semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan berharap hari yang mendatang will be better than yesterday... sungguhpun memori aku kecil untuk mengingati apa yang berlaku pada 2011, aku berharap ia masih tersimpan dengan baik.. mungkin apa yang berlaku ada baik dan buruknya.. so, kita kene redha dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik.. chayok semua!!

aku cuma hendak mengingatkan kepada diri aku sendiri.. mana tau suatu hari nanti Tuhan tarik balik ingatan aku.. mungkin ini dapat membantu... tiba-tiba teringat cerita "a moment to remember". sedih cerita tu.. dan juga  romantik.. aku suka jalan ceritanya...

Januari

  • kenangan main bowling bersama-sama pelajar NR dimana pada waktu itu aku berada di sem ke-6
  • bila dah satu rumah kadang-kadang ada yang tak puas hati.. and hopefully pada tahun 2012 ini tidak lagi berlaku kejadian yang sama. janganlah pisang berbuah 2 kali.. cukup-cukuplah dengan yang lepas.. aku harap sem akhir aku berakhir dengan kegembiraan tanpa tekanan.. amin..
Februari & Mac
  • lawatan ke CCM bersama budak-budak kelas aku.. kemudian sambung berjumpa besti aku, GBS     ( geng budak selulit) dan kemudian sambung pula berjumpa kekasih hati sampai menangis-nangis sebabnya dah lama tak jumpa.. pememeh betul aku nie...
  • kenangan bersama Ainun dan Nad meng'explore Bukit Cerakah sangat menyeronokan.. dan berharap aku akan kesana lagi bersama sidia jika dipanjangkan jodoh.. amin..
  • family day of  BACSA, dimana kami budak-budak part 6 melancarkan peperangan persahabatan bersama budak-budak part 8.. just for fun.. walaupun ada budak part 8 yang tak puas hati, do we care??? hahaha.. ini for segelintiran budak sahaja.. not semua budak part 8.. happy..
  • ibu kesayangan si dia telah menemui Tuhan yang satu.. semoga dia tabah terima dugaan hidup ini.. 
April & May
  • video arab yang di buat last-last minute.. sampai keluar mata panda aku siapkan video tersebut.. on that day kitorang stay up dirumah Lan JPA... nasib parent dia sporting bagi kitorang siapkan kerja sampai ke pagi dirumah diorang.. thanks pakcik dan makcik...
  • teringat satu video aku dan dia, dimana aku cuba nak sampaikan perkataan i love u dalam bahasa arab.. tapi dia boleh balas.. "marabbuka"
Jun - November
  • dalam tempoh 6 bulan tersebut, aku menghabiskan hari-hari aku dengan menjalani praktikal di sebuah audit firm yang pada masa itu menumpang teduh dibawah bumbung sebuah company kecik yang menjalankan business mengira tax orang dan juga menyediakan khidmat company secretary.
  • aku menjadi mangsa keadaan dimana terpaksa diberi pinjam kepada bos company T&S (tax & secretary) ini.. agak kecewa juga pada mulanya kerana tidak berpeluang belajar audit dan account sepenuhnya... tapi lama-lama aku sudah boleh terima hakikat.. memang ini bidang yang aku minat.. ya.. Allah lagi maha mengetahui segala-galanya.. mungkin ini yang terbaik untuk aku.. 
  • selama 6 bulan aku praktikal disitu, aku dijaga oleh 2 kakak yang sangat caring.. dan aku rasa sangat dijaga.. sweet sangat dorang tu.. bila berjauhan memang sedih.. mana tidaknya.. mereka sekumpulan pergi outstation.. tapi aku.. sorang-sorang duduk office.. inilah cabaran yang harus aku terima bila berlainan bidang dengan mereka-mereka ini..
  • alhamdulillah.. tempoh praktikal aku pun dah tamat.. semua yang aku dapat akan aku semaikan dalam ingatan aku.. apa yang aku belajar walaupun untuk sem depan aku tak boleh nak praktikan.. mungkin selepas habis belajar nanti.. mungkin aku boleh gunakan... Insya'Allah..
  • dalam tempoh ini juga si dia kehilangan bapa tercinta, melakar sejarah dalam hidup dia menjadi anak yatim piatu dan juga menjadi ketua keluarga dimana tanggungjawab yang dia akan pikul tersangatlah besar.. semoga dia tabah hati menerima dugaan hidup.. semangat!!!
December
  • bulan untuk aku beristirehat bersama keluarga tercinta.
  • bulan ini juga aku di turunkan satu ujian.. mungkin untuk menguji tahap kesabaran aku dimana.. ya aku terima dengan seikhlas hati aku..
  • ya.. selama duduk di rumah.. mungkin hubungan aku dengan sidia akan goyah.. mungkin salah aku.. tapi aku dah biasa dengan semua ini.. aku harap dengan buku-buku motivasi yang aku beli dapat mengisi kekosongan hati aku.. aku berharap sepanjang cuti semester yang panjang ini.. aku dapat laluinya dengan tabah.. amin..
setakat ini dulu.. gambar akan aku update later.. thank for reading.. love u all!! 


happy new year my friends!!!!

No comments: