jumpa kembali kita.. just nak inform yang esok pagi pukul 10 aku dipanggil interview kerja.. harap-harap diterima lah.. dah bosan duduk rumah sahaja.. at least dapat juga kumpul duit belanja sendiri, walaupun masih ditaja PTPTN... tapi berapa lah sangat aku dapat.. tapi aku tetap bersyukur walaupun gaji yang bakal aku dapat tu gaji budak lepasan SPM.. tetap lidah ni menyebut Alhamdulillah...
kerja kat mana tu emie??
kerja mana-mana pun sama.. tak perlulah nak bagitahu kat sini.. lagipun sekarang ni aku berkawan dengan seorang lelaki yang perahsia.. manalah tahu dia stalker blog aku nie.. kang kantoi pulak aku kerja mana.. bagi yang dah tahu tu tolong diam-diam jek eh.. rahsiakan tau.. tq so much..
lepas ni aku busy lah sikit.. kalau boleh bila kerja ni dapatlah kurangkan sikit berat badan dan dapat gugurkan lemak-lemak yang dah lama bertepek dikulit aku ni.. biarlah dia terbakar sikit.. so tak adalah dikatakan aku ni obesiti sangat.. bersyukur alhamdulillah.. sedebab-sedebab aku ni, belum ada penyakit merbahaya datang menyerang.. kurang darah merah dan tonsil tu dah biasa kena.. penyakit selain tu tak adalah pulak.. mintak dijauhkan lah... amin..
TIME TO
doakan aku yek.. mudah-mudahan urusan aku esok dipermudahkan... amin.. gambate emilia!!!
No comments:
Post a Comment