Monday, December 19, 2011

ASYIK POST GAMBAR KAHWIN JEK EMIE NI..

salam semua.. apa khabar?? aku sihat macam biasa.. lately ni aku selalu online pada jam 12 keatas.. ini kerana masa-masa sebelum jam 12 malam.. aku banyak buat kerja rumah, spend time bersama family aku yang tercinta, kacau adik-adik aku, kemas bilik, memasak, dan banyak lagilah.. kadang-kadang bila dah busy, busy sangat.. bila free tak tahu nak buat apa.. tu yang duduk terperap je dalam bilik.. tak tahu apa yang dilakukan..

bab aku selalu post gambar kahwin tu semua kawan-kawan aku dan orang-orang tertentu yang aku kenal.. maaf cakaplah.. bb aku lembab.. tu yang post ringkas-ringkas jek.. jangan marah yek..

seminggu berada dirumah, aku tak keluar pergi mana-mana pun.. kalau keluar pun dekat-dekat area rumah aku jek.. tak adalah pulak keluar jauh-jauh sampai Korea sana.. hihihik...

baru-baru ni aku belek-belek album-album lama.. tu dah tak ada kerja sangat la tu.. tengok balik gambar-gambar yang ada dalam album tu tersengih aku sorang-sorang.. sampai terbawa-bawa masa breakfast tadi pagi.. siap si montel uyul ni tegur.. "akak ni kenapa senyum sorang-sorang???".. then ayah aku kebetulan tadi makan tanpa gigi palsu dia.. boleh pulak dia ingat aku senyum sorang-sorang sebab aku ketawakan ayah aku makan tanpa gigi... tak pun sebenarnya.. aku senyum sebab aku teringat gambar aku masa kecik-kecik dulu.. muka aku sama macam si montel uyul ni.. cuma rambut jek lain.. rambut aku rambut meggy.. si montel ni pulak lurus.. kalau tak rambut aku lurus.. tapi mungkin arwah mak nak sangat rambut anak perempuan dia yang sorang ni curl-curl gitew.. tu yang dia bawa aku pergi salon buat rambut meggy tu.. hahahk.. lain mak pun muka kami lebih kurang jek... baka ayah banyak sangat kot.. tu yang kami berdua ni rapat dengan ayah.. huhu.. 

mr.boncet lately ni pun busy jek memanjang.. dah nak akhir-akhir tahun ni.. kenalah kerja lebih sikit... lagi-lagi lori dia selalu buat hal.. kesian pulak tengok dia cari rezeki guna lori orang lain.. itupun lepas tuan punya lori dah balik kerja... so dia gunalah peluang yang ada dari malam sampai ke pagi.. balun habi-habisan.. chayok boncet!!!

tapi bila kitorang nak jumpa lagi... lama jugak lah tak jumpa... berbulan jugak lah.. huhu.. free2 nanti kita ngedate yek boncet...

ok lah.. perut ni tiba-tiba lapar pulak.. tapi dah malam... tak bagus makan malam-malam ni.. so, solutionya aku kenalah tidur.. lain kali kita sembang-sembang lagi ok.. 

good night kalian semua!! peace yo!!


No comments: